3.0 Rasional
3.1 Setiap orang mempunyai bakat dan kemahiran tersendiri di dalam bermain alat
muzik dan menyanyi.
3.2 Bakat serta kemahiran yang ada perlu diasah supaya dapat dimanfaatkan kepada
ummah terutamanya pemuda-pemuda islam yang sememangnya akan menjadi
tonggak kemajuan bangsa pada masa akan datang.
3.3 Pemupukan nilai murni dan mesej dakwah islamiyah dapat disampaikan melalui
muzik dan nyanyian memandangkan masyarakat sekarang menggemarkan hiburan
muzikal.
3.4 Melalui nasyid dan qasidah, mesej dakwah dapat disampaikan dengan cara yang
sesuai melalui rentak-rentak islamik yang selari dengan garis syariat.
4.0 Objektif
4.1 Menubuhkan Kelab Nasyid dan Qasidah sebagai sebuah kelab rasmi.
4.2 Menggalakkan masyarakat supaya berkhidmat kepada agama Allah melalui
pelbagai cara mengikut kemampuan masing-masing antaranya dengan nyanyian
qasidah dan lagu-lagu dakwah.
4.3 Mengasah bakat pemuda dalam permainan alat muzik yang dibenarkan di dalam
islam seperti kongga, tabla, gendang dan kompang.
4.4 Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pemuda yang menyertai kelab
terutamanya dalam bidang fardhu ain supaya ilmu tersebut dapat disebarkan.
4.5 Merupakan elemen dakwah yang menjadi panggilan pertama kepada masyarakat
untuk mendekati agama.
4.6 Mengajarkan kepada masyarakat ilmu yang wajib mereka ketahui iaitu aqidah,
fiqah, akhlak, al-quran dan sirah.
Muslimin:
Muslimat: