Anda di halaman 1dari 7

ASSIGNMENT (RELASIS)

NAMA NO MATRIK
AMZAR BIN AZMI 13DTK17F2028
HEMNAAT A/L BASKARAN 13DTK17F2048
AHMAD LUQMAN BIN ALIAS 13DTK17F2040
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD JOHAN 13DTK17F2004
ABDUL SHAFIQ BIN ZAKARIA 13DTK17F2018
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan &
kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat
perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan
untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara
yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi
kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

OBJEKTIF

1. Adakah perpaduan kaum dapat dicapai melalui penglibatan dalam


bidang sukan.
 Bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah bidang sukan menjadi salah
satu instrument dalam menghidupkan perpaduan kaum di Malaysia.
2. Adakah sukan dapat mewujudkan peluang dalam mempertingkatkan
semangat patriotisma dalam diri individu dan masyarakat.
 Mengenalpasti sejauh manakah tahap patriotism dapat dibentuk dalam
diri individu dan masyarakat.

3. Untuk mengenalpasti cadangan penambahbaikan terhadap bidang sukan


pada masa akan dating. (Dalam konteks perpaduan dan masyarakat)
 Cadangan dan harapan masyarakat yang perlu diteliti dan diperhalusi
supaya bidang sukan dapat ditambah baik.

DEFINISI

Proses penyatuan Antara kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang


menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan
bersama

 Hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati
antara etnik/kaum.
 Pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa
konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang
berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, “Bangsa Malaysia membawa
maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia,
menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk
merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan
masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama” Ertinya
rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana
terpancar melalui amalan budaya masing-masing.
Konsep kesukarelawan

DEFINISI
Kerja sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa
paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau
balasan material, dan dapat memberi manfaat kepada golongan/pihak sasaran.
Menurut Kamus Dewan juga, ia bermakna dengan kehendak sendiri, tidak
dipaksa-paksa dan secara rela hati.

TUGAS
 Setiap pondok PKKR menempatkan lapan anggota untuk satu syif.
Penugasan anggota RELA adalah selama 24 jam dengan tiga syif
setiap hari.

 Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan


dasar-dasar kerajaan.
 Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan
dan lain-lain agensi penguatkuasaan.

 Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi


setempat.

 Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

PERANAN
1. PERANAN SUKARELAWAN DALAM PROJEK
 Peranan sukarelawan dalam projek ialah memastikan segala
perancangan yang telah dibuat berjalan dengan lancar.
 Jika terdapat sebarang masalah, para sukarelawan hendaklah
memaklumkan kepada ketua kumpulan dan ketua kumpulan
memaklumkan kepada pengarah program.

2. MELANTIK, MELATIH DAN MENGURUS SUKARELAWAN

MELANTIK

 Proses perlantikan organisasi Program adalah dengan mengambil kira


pengalaman ahli dalam mengendalikan atau menyertai mana-mana
program.
 Sebelum melantik sukarelawan, para sukarelawan akan diberikan segala
penerangan berkenaan program dan langkah-langkah yang harus
dipatuhi semasa program dijalankan.
 Sekiranya individu tersebut faham dan sedia patuh kepada semua
peraturan yang ditetapkan , maka individu tersebut akan dilantik
menjadi sukarelawan.

MELATIH

 Sukarelawan akan dilatih untuk melaksanakan program atau projek


dengan betul.
 Sebelum aktiviti bermula, para sukarelawan akan diberikan penerangan
mengenai segala prosedur semasa berada dalam misi sukarelawan
terutama ketika melaksanakan akvititi atau projek sukarelawan.

MENGURUS

 Sukarelawan akan dibahagikan tugas mengikut aktiviti yang telah


dirancang.
 Ketua kumpulan setiap kampung akan memastikan para sukarelawan
melaksanakan projek atau aktiviti sukarelawan dengan betul.
 Ketua kumpulan diminta melaporkan jika terdapat sebarang
permasalahan yang berlaku.

JENIS-JENIS KERJA SUKARELA

 Memberikan bantuan ketika berlaku kecemasan dan bencana.


 Membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti kemalangan,
bencana alam dan pelbagai lagi.
 Menjayakan pelbagai program utama negara. Antaranya ialah kempen
mendapatkan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Asia, Larian Sukan
Sea, Sukom, Grand Prix Formula Satu Malaysia, Rakan Muda dan lain-
lain.
 Menjayakan pelbagai program sukan, sama ada yang berkonsep sukan
prestasi tinggi ataupun sukan untuk semua.
 Mengawal keadaan lalu lintas di majlis kenduri atau majlis keramaian.
 Membersihkan kawasan yang dilanda bencana alam.

Anda mungkin juga menyukai