Anda di halaman 1dari 1

Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Negara

iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah,
2006). Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan Ikrar masyarakat dunia
di Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990,menegaskan hak untuk semua
mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang
demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu
menyediakan satu program bagi membantu kanka-kanak yang menghadapi masalah untuk
belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan pelbagai aspek
seperti intelek, rohani, jasmani, emosi, sosial, bakat, nilai-nilai moral dan estetika. ( Mohd Najib,
2006

Anda mungkin juga menyukai