Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di timur benua Asia. Jepun mempunyai

kawasan tanah seluas 142 700 batu persegi dan daripada ini hanya 16 peratus sesuai untuk

didiami manusia.1 Hal ini adalah disebabkan oleh faktor geografi negara Jepun itu sendiri

iaitu terdapat banyak gunung-ganang dan gunung berapi yang menyebabkan kawasan

tersebut tidak sesuai didiami oleh manusia. Dalam segi pentadbiran, maharaja berada di

atas sekali dalam hierarki pemerintahan negara Jepun. Namun bermula pada tahun 1600

sehingga 1868M, pemerintahan Jepun berada di bawah kekuasaan Shogun. Shogun

Tokugawa merupakan pemerintah pada waktu tersebut. Maharaja masih ada dan hanya

dikekalkan sebagai satu simbol penyatuan masyarakat Jepun.

Penulisan tugasan ini bertujuan bagi melihat sejauhmanakah perbezaan keadaan dan

sistem politik dan sosial di Jepun dalam tempoh kurun ke-12 hingga kurun ke-16 dengan

semasa Zaman Tokugawa iaitu pada tahun 1600- 1868M. Sebelum Tokugawa, Jepun telah

melalui zaman Hein, Kamakura, Muramachi dan Azuchi- Momoyama. Zaman shogun

Tokugawa merupakan Shogun generasi yang ketiga dan juga merupakan yang terakhir

dalam tempoh masa yang dikenali sebagai zaman Edo. Keshogunan Tokugawa diasaskan

oleh Tokugawa Ieyasu. Perang Sekigahara pada tahun 1600 dan kejayaan Ieyasu menawan

Osaka pada tahun 1615 menjamin kuasa politik Tokugawa berlanjutan untuk tempoh lebih

250 tahun.2 Semasa zaman Tokugawa terdapat banyak perubahan yang telah dibuat dari

segi politik dan sosial yang berbeza berbanding zaman sebelumnya. Zaman Tokugawa

dikaitkan dengan beberapa aspek penting seperti urbanisasi yang pesat, kewujudkan satu

entiti kebangsaan dan pengaruh Konfucianisme kepada masyarakat Jepun.3

1
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), hlm. 1.
2
Ibid, hlm. 52.
3
Ibid, hlm. 51.

1
2.0 Perbandingan antara zaman sebelum Tokugawa dan semasa zaman Tokugawa

Sebelum munculnya zaman Tokugawa terdapat beberapa zaman sebelumnya seperti

zaman Jomon hinggalah zaman Azuchi- Momoyama. Penulisan ini akan menyentuh

bermula daripada zaman Heian hinggalah ke zaman Azuchi- Momoyama untuk

dibandingkan dengan zaman Tokugawa dari segi politik dan juga sosial.

2.1 Politik

a) Sistem pemerintahan Keshogunan

Pada pertengahan abad ke-12, satu bantahan terhadap pertukaran pemerintah

telah berlaku antara dua buah keluarga yang terkenal di wilayah Jepun iaitu

Minamoto yang berpusat di Kanto sebelah timur Jepun, dan Taira yang berkuasa di

kawasan Laut Inland Jepun.4 Punca perang di antara kedua buah keluarga ini adalah

disebabkan oleh ketidaksenangan keluarga Minamoto terhadap keluarga Taira yang

lebih mencontohi cara-cara bangsawan dan cenderung mengikuti gaya keluarga

Fujiwara yang telah digulingkan. Ini menyebabkan dua peperangan kecil meletus

pada tahun 1156 dan pada musim sejuk 1159-1160.5 Seterusnya menjurus kepada

satu peperangan yang sengit sekitar tahun 1180 dan 1185 yang telah menyebabkan

kekalahan keluarga Taira.

Pada tahun 1192, Minamoto no Yoritomo yang memenangi perang tersebut

telah menggelarkan dirinya sebagai shogun atau dengan kata lain sebagai ketua

tentera.6 Gelaran ini kekal digunakan sehingga zaman Keshogunan Tokugawa.

Yoritomo telah memperkenalkan ketenteraan diktator di Jepun atau kesyogunan. Di

4
Reischauer, E. O., Jepun sejarah sebuah negara (A. M. Aros, Terj.), (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya, 2006), hlm. 33.
5
Ibid, hlm. 34.
6
Ibid, hlm.34.

2
bawah sistem shogun, terdapat tiga jabatan yang dibentuk dalam kerajaan keluarga

ini, iaitu jabatan yang mengawasi dan mengawal hubungan individu antara pahlawan

dalam sesebuah puak, lembaga pentadbiran, dan mahkamah rayuan.7 Kesyogunan

Kamakura secara semula jadinya berkisar pada shogun sebagai ketua dalam sesebuah

puak dan secara teorinya mempunyai kuasa dalam hal-hal berkenaan dengan

kesetiaan golongan pahlawan terhadap pemerintah.8

Pemerintahan shogun zaman keshogunan Kamakura sehingga Hideyoshi boleh

dikatakan hampir sama apabila melihat dasar politik yang dijalankannya dengan

negara luar seperti China, Korea dan negara di Asia Tenggara. Pada masa ini, Jepun

banyak melakukan perdagangan dengan negara-negara lain terutama pada zaman

Muromachi di mana pemerintah feudal turut menggalakkan perkembangan

perdagangan antarabangsa khususnya dengan China.9Terdapat juga hubungan

dengan kuasa Eropah yang telah membawa masuk senjata dan menyemarakkan lagi

persaingan politik.

Hal ini berbeza dengan zaman keshogunan Tokugawa yang telah bertindak

membekukan sistem politik yang telah dikembangkan sejak abad ke-16 dalam

usahanya mencapai kestabilan politik.10 Semasa zaman keshogunan Tokugawa,

mereka telah membentuk keamanan dan kestabilan dengan kawalan dari

penguatkuasaan undang-undang yang ketat dalam masyarakat serta penindasan

terhadap segala bentuk penentangan dengan mengasingkan Jepun dari dunia luar.11

Satu perubahan besar yang berlaku sewaktu zaman Tokugawa adalah pengasingan

7
Reischauer, E. O., Jepun sejarah sebuah negara…, hlm. 35.
8
Ibid, hlm. 36.
9
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun…, hlm. 1.
10
Reischauer, E. O., Jepun sejarah sebuah negara…, hlm. 60.
11
Ibid, hlm. 59.

3
politik atau sokaku yang berpunca daripada kegagalan Tokugawa untuk mengawal

perdagangan luar, kebimbangan terhadap agama Kristian dan kemungkinan daimyo

berat sebelah dan bergabung menentang bakufu. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan

dengan pemerintahan shogun sebelum Tokugawa yang banyak mengamalkan

perdagangan dengan luar.Walaupun Tokugawa melaksanakan pemencilan sosial

namun pertumbuhan ekonomi Jepun masih berjalan dengan lancar malah

menunjukkan adanya peningkatan pengeluaran pertanian berbanding dengan zaman

sebelum Tokugawa.

b) Kedudukan maharaja

Penguasaan politik pada zaman Heian yang berlangsung sekitar tahun 794 M

sehingga 1185 melihatkan penguasaan oleh keluarga Fujiwara. Mereka telah

menguasai sistem politik dan pentadbiran pada masa tersebut dan lebih 200 tahun

keluarga ini membekal isteri raja bagi mengukuhkan lagi penguasaan mereka dalam

politik Jepun. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kuasa raja dalam pentadbiran terus

lemah sementara keluarga Fujiwara terus mendominasi politik. Pada zaman

Kamakura iaitu pada tahun 1185 sehingga 1331M menunjukkan tamatnya monopoli

oleh kuasa istana dan Fujiwara dan digantikan dengan feudalisme melalui sistem

shogun yang lebih kepada ketenteraan. Penubuhan shogun ini makin memperlihatkan

kekurangan penguasaan maharaja terhadap pentadbiran. Keluarga diraja dan

bangsawan hanya berterusan menerima pendapatan daripada tanah yang dimiliki.

Mereka tidak lagi terlibat dalam hal pentadbiran negara.

Pada tahun 1333, Kesyogunan Kamakura digulingkan oleh Maharaja Godaigo

dengan sokongan beberapa jeneral antaranya ialah Ashikaga Takauji (1305-1358).

Namun begitu, Maharaja Godaigo gagal untuk mempertahankan kekuasaan diraja

4
dan telah digulingkan pada tahun 1335 oleh Ashikaga Takauji. Selepas Maharaja

Godaigo digulingkan, Ashikaga telah dilantik menjadi shogun. Semasa keshogunan

Ashikaga atau zaman Muromachi, istana telah hilang kuasa dan maharaja telah hilang

segala kekuasaan dari segi politik dan hanya wujud sebagai satu simbol penyatuan

sahaja.12

Penguasaan maharaja yang semakin lemah berterusan sehingga semasa

pemerintahan Tokugawa di mana maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk

mentadbir dan hanya dianggap sebagai simbol perpaduan rakyat. Kuasa

pemerintahan sebenar adalah shogun. Dalam tahun 1615, Kinchu narabini kuge sho-

hatto iaitu satu set peraturan yang ketat telah dikeluarkan bagi mengawal kegiatan-

kegiatan raja serta bangsawan-bangsawan istana dan daimyo yang bertelagah.13

Maharaja Jepun telah ditempatkan jauh dari pusat pemerintahan shogun di Edo dan

tinggal di Kyoto iaitu satu kawasan yang agak terpencil. Maharaja tinggal di dalam

istana yang dikelilingi oleh tembok dan golongan Kuge (pegawai istana). Hal ini

menunjukkan bahawa penguasaan maharaja dari zaman Heian makin berkurang

sehinggalah ke zaman Tokugawa di mana maharaja hilang kuasa dalam mentadbir

negara Jepun.

c) Sistem Bakufu dan Bakuhan

Sistem Bakufu diwujudkan semasa zaman Minamoto dimana semua fungsi

pentadbirannya ditadbir secara kolektif atau dikenali sebagai bakufu. Undang-undang

ketenteraan pada masa ini bersifat terbuka dan dipanggil sebagai bakufu atau kerajaan

12
Reischauer, E. O., Jepun sejarah sebuah negara…, hlm. 48.
13
Ryosuke Ishii, Sejarah Institusi Politik di Negeri Jepun (Terj. Abdullah Majid), (Kuala Lumpur: Yayasan
Pencetakan Ilmu, 1993), hlm. 75.

5
khemah.14 Selepas menjawat jawatan shogun, Ashikaga telah mengabungkan

kekuasaan tentera bagi mengukuhkan kedudukannya. Ashikaga telah membina

Bakufunya di Kyoto iaitu Shikimoku sebagai satu piagam politik yang boleh

membawa perubahan dalam pentadbirannya. Sistem pentadbirannya yang termaktub

kepada Bakufu mempunyai sifat-sifat yang tersendiri di mana Shugo merupakan

pegawai tertinggi dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan tentera tempatan.

Sistem bakufu kekal hingga ke zaman Tokugawa dan akhirnya telah

mewujudkan sistem bakuhan. Sistem ini melibatkan satu kuasa pusat atau

keshogunan (bakufu) di Edo dan kuasa daerah (han) yang diwakili sekitar 250 daimyo

yang mempunyai taraf ekonomi yang berbeza.15 Pada zaman Tokugawa

menampakkan sistem bakufu amat berkuasa di mana maharaja hanya berkuasa

mengurniakan pangkat, gelaran dan anugerah, menetapkan takwim, dan perkara

tersebut pula hanya dilakukan apabila bakufu meminta berbuat demikian. 16 Bakufu

sendiri yang telah mengeluarkan undang-undang ketat bagi mengawal bangsawan

istana dan daimyo serta menyekat hak istimewa maharaja. Hal ini menyebabkan

bakufu semakin berkuasa dan telah mengambil alih hak istimewa maharaja. Sebagai

bukti, bakufu mempunyai kuasa khas untuk mengawal semua daimyo dan

mengekalkan hak untuk membuat peraturan-peraturan, mata wang, pengangkutan,

timbang dan sukat.17

14
Reischauer, E. O., Jepun sejarah sebuah negara…, hlm. 35.
15
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun…, hlm. 52.
16
Ryosuke Ishii, Sejarah Institusi Politik di Negeri Jepun…, hlm. 75.
17
Ibid.

6
2.2 Sosial

a) Susunan hierarki masyarakat

Masyarakat Jepun dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan

pemerintah dan juga golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada

maharaja, shogun, daimyo dan juga samurai. Golongan yang diperintah pula terdiri

daripada petani (nomin), tukang-tukang mahir ataupun dikenali sebagai artisan dan

juga saudagar (chonin). Terdapat golongan yang tertentu pada zaman yang berbeza.

Dalam pemerintahan di Jepun, maharaja menduduki lapisan teratas dan

kemudiannya diikuti oleh golongan bangsawan, shogun, samurai dan rakyat. Pada

awalnya maharaja di Jepun dianggap ketua negara namun kuasa pemerintahan beralih

kepada shogun bermula pada abad ke-12. Golongan bangsawan banyak memberikan

sumbangan dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta adat istiadat. Mereka tidak

terlibat dalam sistem pemerintahan. Golongan samurai muncul pada zaman Heian

dan pada asalnya hanya berperanan sebagai pegawai yang diupah oleh puak-puak

daerah tetapi mula mengambil alih kuasa pemerintahan pada zaman Kamakura.

Bawah golongan samurai ialah rakyat yang terdiri daripada golongan petani.

Pada zaman Azuchi- Momoyama atau lebih tepatnya pada tahun 1590, struktur

kelas yang sedia ada diperakui dengan adanya undang-undang yang diwujudkan yang

7
menghalang dan mengharamkan pertukaran kelas.18 Hanya ada empat kelas rasmi

yang wujud iaitu petani, pekerja mahir, samurai dan saudagar.

Semasa zaman Tokugawa pula, hierarki masyarakat diketuai oleh keluarga

Tokugawa atau shogun yang memerintah. Di bawah shogun terdapat anak buahnya

iaitu kashin yang mengikut susunan kepentingannya iaitu daimyo, hatamoto,

gokenin, dan koke dan mereka mempunyai anak buah masing-masing.19 Golongan

bushi pada zaman Tokugawa merupakan kelompok istimewa dan dibenarkan

mempunyai dua bilah pedang serta boleh membunuh orang biasa yang tidak

menghormati mereka.20 Hal ini jelas menunjukkan berlaku perubahan struktur

masyarakat pada zaman sebelum dan semasa zaman Tokugawa.

b) Agama

Pada zaman Heian, dapat dilihat beberapa aspek agama Buddha mula diterima

oleh orang Jepun. Zaman Kamakura turut menyaksikan kemunculan mazhab baharu

Buddhisme serta resapan pesat Buddhisme ke dalam masyarakat bawahan sehingga

menjadi sebahagian daripada kehidupan orang Jepun.21 Mazhab-mazhab baru ini

menggalakkan penterjemahan kitab agama atau sutra ke dalam Bahasa Jepun yang

mudah difahami, sementara semua penganutnya mempunyai peluang yang sama

mendapat kehidupan yang lebih baik selepas mati.22Golongan pahlawan mula

mendalami mazhab ‘Zen’ pada awal abad ke-13 yang menekankan keharmonian alam

semesta hanya boleh dicapai melalui kesatuan alam. Mazhab ini telah menjadi asas

18
W. Scott Morton & J Kenneth Olenik, Japan: Its History And Culture. 4rd Edition, (New York: McGraw-
Hill,2005), hlm. 92.
19
Ryosuke Ishii, Sejarah Institusi Politik di Negeri Jepun…, hlm. 82.
20
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun…, hlm. 53.
21
Ibid, hlm. 38.
22
Ibid, hlm. 38.

8
falsafah kehidupan golongan tentera. Pada zaman Muromachi, biara Zen di Kyoto

dijadikan organisasi rasmi dengan rahib Zen dilantik sebagai penasihat kerajaan dan

provinsi.23

Konfucianisme mendapat tempat istimewa pada zaman Tokugawa dengan

inteleknya dilantik sebagai penasihat bakufu atau daimyo, sementara pemikiran neo-

Konfucianisme mempengaruhi bidang falsafah, pendidikan dan politik.24 Selain

fahaman neo-Konfucianisme yang memberikan pengaruh dalam politik dan

kehidupan sosial, agama Buddhisme dan Shinto juga memainkan peranan dalam

hubungan sosial masyarakat pada zaman Tokugawa.25 Hal ini menunjukkan bahawa

perubahan agama Buddha yang dahulunya diterima oleh majoriti masyarakat sewaktu

zaman sebelum Tokugawa masih ada pada zaman Tokugawa namun begitu, ajaran

Konfucianisme lebih diutamakan sewaktu zaman Tokugawa.

23
Ibid, hlm. 40.
24
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun…, hlm. 53.
25
Ibid.

9
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi keadaan dan

sistem politik serta sosial pada zaman sebelum Tokugawa dan semasa Tokugawa.

Penubuhan jawatan shogun telah menyebabkan kekuasaan maharaja makin berkurang.

Peranan shogun semasa zaman Tokugawa menampakkan bahawa maharaja sudah tidak

mempunyai kuasa dalam pentadbiran Jepun dan hanya sebagai simbol perpaduan. Hal ini

berbeza dengan sebelum zaman Tokugawa di mana maharaja masih mempunyai kuasa

dalam pentadbiran walaupun lemah. Penubuhan sistem bakufu sebelum zaman Tokugawa

juga menampakkan perbezaan di mana sewaktu zaman Tokugawa sistem ini dimantapkan

dengan penubuhan sistem bakuhan. Penguasaan bakufu dalam pemerintahan semakin

mantap pada zaman Tokugawa. Dari segi sosial pula, mobiliti sosial sering berubah-ubah

bermula zaman Heian hinggalah zaman Tokugawa, di mana setiap zaman ada perubahan

kelas masyarakat seperti samurai, pekerja mahir dan saudagar. Dari segi agama pula,

terdapat perbezaan di mana sebelum Tokugawa agama Buddha menjadi pegangan

masyarakat serta golongan pahlawan. Manakala semasa zaman Tokugawa ajaran

Konfucianisme mendapat tempat yang istimewa sehingga mempunyai pengaruh dalam

politik Tokugawa.

10
Bibliografi

Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Hall, J.W. Japan: From prehistory to modern times. Japan: Charles E.Turtle Company, 1975.

Morton, W. Scott & J Kenneth Olenik. Japan: Its History and Culture. 4th ed. New York:

McGraw-Hill, 2005.

Rajendran, M. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku, 1988.

Reischauer, E. O. Jepun sejarah sebuah negara (A. M. Aros, Terj.) Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya, 2006.

Ryosuke Ishii. Sejarah institusi politik di negeri Jepun. (Abdullah Majid, Terj.) Kuala

Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1993.

S. Conrad. A Brief History of Japanese Civilization.United States of America: Harcourt

Brace & Company, 1993.

Totman, Conrad. A History of JApan. 2nd ed. Malden, MA: Blackwell Publishers, 2005.

11

Anda mungkin juga menyukai