Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIS SPM

Baca petikan di bawah ini dengan telit, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pual Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai
penemuaan pada tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang
membina otak itu sendiri.
Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi.
Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui
teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata,
biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturan tidak segagap itu. Aku
dapat bertutur , biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi.
Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan
mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang geologi.
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan
di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih
mendekati diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di palnet bumi.
Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang
mengahantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan intensif dan istimewa itu,
babah; tidak perlu latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.

(Dipetik daripada cerpen “Halusinasi” oleh Illias Zaidi


Dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

I. Mengapakah Aiman berasa nasibnya lebih baik berbanding Paul Broca? (2 markah)
II. Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dapat diperoleh Aiman melalui latihan intensif
dan latihan terapi yang dijalaninya?
Nyatakan tiga kelebihan tersebut. (3 markah)
III. Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan
Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. (3 markah)
PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN PEMAHAMAN
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
darpada markah yang diperiuntukkan sahaja.

1. Soalan 2 markah :

DISKRIPSI MARKAH
 Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis 2
 Jawapan tepat tetapi ayat tidak gramatis 1
 Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup tetapi ayat gramatis 1
 Jawapan tidak tepat / salah 0

2. Soalan 3 markah :

DISKRIPSI MARKAH
 Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
 Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
 Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis
 Isi tidak cukup / kurang lenagkap dan ayat kurang gramatis 1
 Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah :

DISKRIPSI MARKAH
 Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
 Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
 Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
 Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
 Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

SKEMA JAWAPAN

I. … situasi pertuturan Aiman tidak segagap Paul Broca (1 markah)


…Aiman dapat bertutur biarpun mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum mengeluarkan
kata-kata (1 markah)

II. …memperceatkan proses pemulihan rawatan percakapan (1 markah)


…menambahkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang lain (1 markah)
…menggunakan kaedah pemlihan rawatan yang betul dan diikhtiraf oleh kementerian
kesihatan (1 markah)
…latihan terapi dan intensif ini dikendalikan oleh pakar fiositerapi yang mahir dan
berpengalaman (1 markah)
III. Satu perwatakan dalam petikan :
…seorang yang bersyukur atas kelebihan diri sendiri. Contohnya, Aiman tetap bersyukur
pertuturannya yang gagap lebih baik berbanding Paul Broca. (1 markah)
...seorang yang insaf akan kesalipan. Contohnya, Aiman sedar akan kesillapannya yang
terlalu jauh berimaginasi dengan memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Illahi. (1 markah)

Satu perwatakan Aiman dalam keseluruhan cerpen :


...seorang murid yang pintar dalam pelajaran. Contohnya, Aiman Aqil merupakan murid
yang pintar terutama dalam subjek Matematik dan Sains. (1 markah)
...seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya, Aiman aqil menyipan angan-angan untuk
menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong. (1 markah)
...seorang yang suka menyakat. Contohnya, Aiman selalu merayau dan menyakat rakan-
rakannya sehingga dia diberikan amaran oleh guru kelasnya. (1 markah)
...seorang yang suka memberontak dan marah-marah terhadap suasana persekitarannya.
Contohnya, Aiman akan ponteng kelas setelah dia dirotan oleh bapanya. (1 markah)