Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1
KATA ALUAN
Terlebih dahulu saya merakamkan terima kasih kepada Ketua Jabatan Ortopedik,
Hospital Melaka Mr. N. Sivapathasundaram yang sudi menjadi tuan rumah untuk
Mesyuarat Teknikal Penyediaan Buku POP 2011 biar pun masa yang diperuntukan
amatlah singkat. Namun saya percaya jawatankuasa yang dibentuk mampu
menterjemahkan objektif mesyuarat teknikal ini dibuat. Saya juga ingin mengambil
kesempatan mengalu-alukan kehadiran semua para peserta dari seluruh tanah air. Dari
Perlis iaitu Hospital Tengku Fauziah hingga ke Sabah iaitu Hospital Queen Elizabeth kita
mempunyai wakil untuk duduk dalam Mesyuarat Teknikal ini.
Saya secara peribadi berharap dapat berada bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-
puan untuk menilai semula Buku Prosedur POP 2001. Saya merasakan edisi 2001 sudah
agak lama kalau nak dijadikan sebagai rujukan. Biarpun tiada perubahan besar yang
ketara, sekurang-kurangnya, kita telah bersepakat dan bersetuju bahawa rujukan kita
kekal relevan pada masa kini.
Biarlah diakhir mesyuarat teknikal ini kita mendapat kata sepakat untuk satu-satu
keputusan seperti isu ”consent” sebelum prosedur POP. Ini kerana terdapat perbezaan
pendekatan oleh sebahagian daripada kita. Begitu juga nasihat atau pendidikan kesihatan
kepada pesakit. Saya bercadang supaya satu ”pamplet” seragam digunakan untuk
dijadikan panduan lengkap sebelum pesakit melangkah keluar dari premis kita.
Tentu tuan-tuan dan puan-puan juga sedia maklum bahawa terdapat beberapa kes, yang
berkaitan dengan POP berakhir di mahkamah hanya kerana terdapat ruang yang boleh
dilihat sebagai kecuaian oleh pihak kita. Kerajaan terpaksa membayar Ex-Gratia dalam
jumlah yang besar kepada pesakit hanya kerana isu-isu berkaitan dengan pemasangan
POP.
Akhir nya saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur
khususnya Jabatan Ortopedik Melaka dan juga kepada semua Ketua-Ketua Jabatan
Ortopedik yang telah menghantar peserta kali ini. Sampaikan ucapan terima kasih saya
kepada ketua jabatan masing-masing kerana berjaya melihat keperluan Mesyuarat
Teknikal ini diadakan. Kepada para peserta, penyertaan tuan-puan amat bermakna
kepada Perkhidmatan Ortopedik KKM, oleh itu terjemahkan melalui penghasilan Buku
Prosedur POP edisi kedua yang lebih baik dan mantap.
t.t
2
PENGENALAN
Plaster of Paris (POP) telah pun digunakan secara meluas untuk merawat kepatahan
tulang, sejak turun temurun. Ianya juga digunakan dalam rawatan pemulihan deformities
misalnya CTEV dan DDH dan juga rawatan kecederaan tisu lembut. Walaupun terdapat
kaedah rawatan melalui pembedahan, namun peratusan pesakit yang memerlukan
rawatan secara pemasangan kast masih tinggi.
Walaupun terdapat berbagai kaedah pemasangan kast yang telah diamalkan dan telah
dibukukan, namun begitu kita perlu mengemaskinikan kaedah pemasangan kast dan
mengujudkan satu garis panduan asas teknik pemasangan yang seragam sebagai bahan
rujukan.
Bengkel kedua ini telah diadakan pada 9 - 11 Okt. 2011 di Negeri Melaka Bandaraya
Bersejarah
Garis panduan ini adalah komprehensif dan hendaklah diikuti seberapa yang boleh untuk
menghasilkan teknik pemasangan yang baik bagi semua hospital-hospital KKM dan untuk
mengelakkan dari sebarang komplikasi dalam pemasangan kast.
Dengan ini, kita berharap ianya akan dapat membantu dan memberi manafaat kepada
mereka-mereka yang bertugas di bilik plaster.
3
2. KEPERLUAN ASAS PERALATAN UNTUK BILIK POP
2.1 Kemudahan Fizikal Bilik POP
Berhawa dingin 24 jam
Cukup besar dan selesa - untuk pergerakan troil, kerusi roda dan pesakit
Work top
Sinki dengan plaster trap
Punca air
Kuasa elektrik - plug kuasa dan suis
Exhaust fan / kipas sedut
Lampu yang terang
Lantai yang tidak licin
Saliran air yang balk
Observation bay untuk 3 - 4 pesakit
Bilik cucian POP
Stor penyimpanan bahan-bahan POP
Tempat pembuangan sisa:
bahan sisa klinikal
bahan tajam
bahan sisa biasa
2.2 Peralatan
Cast cutter / plaster saw dengan vacuum (jika ada)
Plaster scissors
Stille plaster shears (8")
Plaster spreader
POP stand
Plastering table (flat hard top)
Baldi
Pengalas
Wash basin dengan POP trap
Drip stand
Hip spica board - untuk hip spica
Side rail / 2 kayu penyokong - untuk body jacket
X-ray viewer (minima muat 2 keping x-ray)
Emergency dan resuscitation set / trolley
- monitoring equipment - Dinamap, ECG machine, pulse oxymeter
Ada banyak perkara lagi yang dapat diperhatikan. Rakan-rakan dapat fikirkan mengikut
pengalaman masing-masing.
5
4. PRA PEMASANGAN
Semak
Nama
Nombor pendaftaran / kad pengenalan
Filem x-ray untuk pesakit dan anggota yang betul
Keadaan kulit (blister/ abrasions/ puncture wounds/ laceration wounds)
Status neurovaskular
Vaskular
Bengkak
Nadi
Warna jejari (pink / cyanose / pale)
Neurologi
Kebas
Pergerakan
Beri penerangan dan pengesahan anggota kepada pesakit tentang pemasangan kast
Apron / gown
Pengalas
Sarung tangan
Gunting / pisau
Pemotong kast elektrik pengalas lutut (knee rest)
6
SENARAI SEMAK PEMASANGAN KAST
Nota: sebarang keraguan hendaklah dirujuk kepada pegawai perubatan yang merawat
pesakit
______________________
Pegawai yang Bertugas Masa : ________ (am/ pm)
(Nama, cop dan Tandatangan)
7
4.3 Pemasangan Kast
Memeriksa sirkulasi
Jadikan amalan memeriksa sirkulasi sebelum dan selepas memasang kast atau
sebarang prosedur yang berkaitan kecederaan anggota.
Padding
i. Menggunakan felt atau kepingan ortoban yang berasingan
ii. dipasang pada bahagian bonjolan tulang bony prominence untuk mengelakkan
luka tekanan
iii. Contohnya kedua-dua malleolus, head of fibula, olecranon
POP
Posisi pesakit dikekal sebagaimana sebelumnya
Teknik merendam POP :
Bekas hendaklah saiz yang boleh muat untuk merendam gulungan POP
sebelum memasukkan gulungan POP ke dalam bekas merendam -- uraikan
hujung gulungan POP lebih kurang 5 inci. Ini adalah untuk memudahkan
permulaan menibalut
Rendam POP dengan memasukkan gulungan POP secara menyerong (at an
angle) 45º ke dalam bekas sehingga tenggelam kesemuanya
Rendamkan gulungan POP satu persatu
Gelembung udara akan keluar, tunggu sehingga ianya habis keluar baru diangkat
gulungan POP dari air
Perah sedikit, jangan terlalu kuat
Boleh mula membalut
Pasang POP samada dari distal ke proximal atau sebaliknya dengan bertindih
/overlap 1 / 3 - 2 / 3
Paras POP mestilah lebih pendek dari paras ortoban - bertujuan untuk lipatan
Saiz POP mengikut bahagian anggota yang terlibat
Jangan tarik POP bandage terlalu ketat (under tension) licinkan POP selepas
gulungan pertama
Rendamkan POP dan balut gulungan kedua dan seterusnya
Licinkan/ moulding POP mengikut bentuk anggota dengan menggunakan tapak
tangan, bukannya dengan jari
8
Tambah slab bahagian yang mudah pecah (sendi, pergelangan kaki) - untuk
reinforcement
Bersihkan dan selesakan pesakit
Tinggikan bahagian anggota yang terlibat dan biarkan POP kering dalam suhu bilik
(tempoh keras):
tempoh keras (setting time): 2 - 4 minit
tempoh kering (drying time): 1 - 3 hari
Pastikan anggota yang dikast didedahkan dalam masa 48-72 jam untuk memastikan
ianya kering dan keras.
Anggota yang dikast akan berasa ketat pada mula pemasangan. Tinggikan anggota
yang dikast ( tangan-anduh, kaki- bantal)
Gerakkan anggota yang disimen sekerap yang boleh misalnya, gerakkan jari-jari anda
dan semua sendi yang tidak dikast beberapa kali pada setiap jam.
Jangan basah atau kotorkan kast anda kerana ia akan menyebabkan kast anda retak
dan pecah.
Pada permulaan hari ke 2 dan 3, jangan dedahkan kast anda kepada sebarang benda
keras ,benda panas atau air. Ia akan menyebabkan kast anda retak dan kulit anda
akan luka/berkudis
Jangan garu kulit yang gatal dengan sebarang objek yang tajam, sudu atau sikat. Ini
akan menyebabkan kast retak dan kulit luka.
TANDA-TANDA AMARAN :
Kebas /pucat/ sejuk @ kebiruan pada jari tangan dan kaki.
Kesakitan yang keterlaluan @ tidak selesa.
Kast terlalu ketat/ longgar/ retak.
Anggota yang dipasang kast membengkak/cedera.
Pengeluaran cecair yang abnormal dari kast spt nanah atau darah
Jika ada salah satu tanda di atas sila datang ke hospital berdekatan dengan segera untuk
mendapat rawatan lebih awal untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada
diri anda.
9
4.5 TEKNIK MEMBUKA POP
Menggunakan teknik in and out mengikut garis yang ditanda tanpa diheret atau
mengenakan tekanan yang kuat (untuk mengelakkan kulit dari tercedera)
Jangan menekan terlalu dalam dan berhenti apabila rasa lembut
Pemotongan dari hujung ke hujung
Letakkan spreader dicelah garis potongan
(elakkan tulang yang menonjol dan
tempat fraktur) dan buka kast
Guntingkan stockinette dan ortoban
Berhati-hati supaya tidak melukakan kulit
Bersihkan pesakit sebelum dihantar balik
PERINGATAN
Jangan sekali -kali membengkok posisi shear untuk memotong POP kerana kulit pesakit
akan tercedera
10
5. KOMPLIKASI KAST
Gangguan ke atas sirkulasi dan saraf (circulatory and nerve impairment)
Kudis tekanan
Kekakuan sendi
Alahan
5.1 Gangguan ke atas sirkulasi dan saraf
Sebab-sebab
Bengkak
Pemasangan kast yang ketat
Tekanan ke atas saluran darah dan saraf yang berdekatan dengan kulit
Tindakan
Beritahu doktor dengan segera
Tinggikan anggota yang di pasang plaster
Galakkan pergerakan hujung jari
Split POP sehingga kulit terdedah (dari hujung ke hujung)
Pemerhatian rapi ke atas status neurovascular
Sebab-sebab
Teknik pemasangan POP yang tidak betul
Tiada padding yang mencukupi pada bahagian tulang yang menonjol
POP ketat atau longgar
Benda asing dalam POP
Pencegahan
Amalan teknik pemasangan POP yang betul
Nasihat yang jelas kepada pesakit
Tanda-tanda Awal
Burning / blister like pain
Kepanasan setempat
Berbau
Demam
POP bertukar warna (staining)
11
Tindakan
Open window
Pencegahan
Tindakan
5.5. Alahan
Sebab-sebab
Pesakit alah kepada kandungan plaster
Riwayat alahan
Tindakan
Beritahu doktor
Buka POP dengan segera
Pemasangan semula kast dari jenis yang lain (synthetic fiber)
12
6.0 KAST BAHAGIAN ANGGOTA ATAS (UPPER LIMB)
Opsyen 1 :
Slab yang dipasang pada bahagian anterior tangan dari hujung jari hingga 2 jari distal
antecubital dalam posisi wrist joint dorsiflex 45°, MCPJ flexion 90° dan interphalangeal joint
pada kedudukan extension (Gambarajah A).
Gambarajah A
Indikasi :
Opsyen 2 :
Slab yang dipasang pada bahagian anterior tangan dari DIPJ hingga 2 jari distal antecubital
dalam posisi wrist joint dorsiflex 45°, MCPJ flexion 90° dan interphalangeal joint pada
kedudukan extension (Gambarajah B).
Gambarajah B
Indikasi :
Kepatahan tulang metacarpal (stable/undisplace 2nd,3rd& 4th metacarpal).
Keperluan :
13
Pasukan :
Berdua
Posisi pesakit :
Prosedur :
Gambarajah C
Gambarajah D
Potong slab pada bahagian base of thumb seperti separuh bulatan untuk memudahkan
pergerakan ibu jari (Gambarajah D).
Gambarajah E.
Catatan ;
Cock-up Volar slab pergelangan
tangan pada kedudukan dorsiflex 45°.
MCP joint 90° flexion. Interphalangeal
joint pada kedudukan extension.
Selepas extensor tendon repair – slab
hingga hujung jari.
Kepatahan metacarpal – Slab hingga
DIPJ.
14
6.2 Below Elbow Back Slab ( B/E slab)
Definisi
Below elbow back slab adalah merupakan slab yang dipasang pada bahagian posterior
(dorsal) tangan.Bermula dari Metacarpal bone hingga ke radial head
Indikasi
Dislocation DRUJ.-sementara
Distal End Radius / Ulna Fracture.(undisplaced)
Keperluan
Pasukan
2 orang.
Posisi pesakit
Penyediaan slab
15
Anterior view Lateral view
Posterior view
Definasi
Ialah POP yang dipasang dari bawah MCP joint hingga middle – arm dengan ibu jari
bebas
Indikasi
Fraktur di bahagian forearm. Contoh: D/E mid-shaft, P/3rd Radius/ulna (fraktur
radius ulna)
Fraktur humerus. Coth: ' Supracondylar Humerus'
Keperluan
Stockinette - atas pilihan
Orthoban saiz 7.5cm - 2 gulung
POP saiz 10cm - 4 atau(hingga) 6 gulung (mengikut saiz pesakit)
Pasukan
Bertiga ( minimum 2 orang )
Posisi Pesakit
Pesakit duduk atau berbaring ( mengikut keadaan pesakit )
Cara memasang
Pembantu berdiri berhadapan dengan pesakit dan memegang tangan pesakit ,
dengan satu tangan memegang ibu jari dan sebelah tangan lagi memegang jari
kedua hingga keempat.
16
Siku hendaklah sentiasa dibengkokkan dalam keadaan 90°.
Mulakan membalut ortoban dari distal (MCPJ) ke proximal (paras siku) dan dari
bahagian dalam ke luar (medial ke lateral)
Balut ortoban dari melebihi MCP joint hingga hampir ke paras axilla.
Balut di antara ibu jari dan jari telunjuk (1st web space) dalam bentuk figure of 8
dan kecilkan ke 2 cm bila melalui bahagian web space
Terus membalut hingga hampir kesiku (jangan terlalu rapat dengan lipatan siku).
Moulding dan licinkan POP agar lapisan dalam padat dan tidak kasar selepas
setiap gulungan.
Letakkan sedikit gulungan ortoban dalam lipatan siku
Balut gulungan kedua seperti gulungan pertama. Jika tangan besar boleh
gunakan gulungan ketiga
Sambung gulungan hingga paras bahu, bawah ortoban. Lipatkan hujung ortoban
kedalam sebelum lapisan POP terakhir
Ampu POP sehingga set/keras untuk mengelak keretakan pada POP
Memeriksa sirkulasi dihujung jari
18
Prone Position (Distal) Supine Position (Proximal)
19
6.4 Below Elbow POP (B/E POP)
Definasi
POP dipasang dari 'MCP Joint' hingga 2 cm dari sendi siku.
Indikasi
Carpal bone fraktur
Ulnar Styloid fraktur.
Keperluan
POP 10cm
Ortoban 7.5cm
Arm sling
Stockinette (optional)
Pasukan
3 orang ( Applicator, traction and counter-traction) Minimum 2 orang.
Posisi Pesakit
Duduk atau baring.
Sendi pergelangan tangan pada neutral position
Cara memasang
Pasangkan stockinette mengikut saiz yang telah diukur.
Balut ortoban 1 cm melepasi MCP joint hingga sendi siku
Rendam POP dan balut mulai dari wrist joint dengan arch balutan dari dalam ke
luar. Pastikan tapak tangan sentiasa terbuka dan balutan POP hendaklah tidak
melepasi MCP joint
Balut tapak tangan sebanyak 2 kali melalui web space pertama (antara ibu jari
dan jari telunjuk). Teruskan balutan hingga 2 cm dari sendi siku. Jangan melepasi
hujung ortoban
Di waktu yang sama mould POP supaya lapisan luar POP licin
Lipat hujung ortoban sehingga nampak knuckle dan palmar crease di bahagian
distal. Juga lipatkan bahagian proximal sehingga 2 cm dari sendi siku.
Ulangi membalut POP dengan gulungan yang kedua mengikut cara yang sama
Sebelum POP keras, mould POP mengikut bentuk tangan dan di waktu yang
sama licinkan POP. Dengan cara ini lapisan POP akan padat
Pasang arm sling
20
Below elbow POP
Anterior View
Definasi
POP dipasang dari 'MCP Joint' hingga 2 cm dari sendi siku. Sendi pergelangan tangan
(Wrist) berkedudukan 'palmar flexion' dan 'ulna deviation'
Indikasi
Kepatahan Colles'
Keperluan
POP 10 cm sebanyak 2 gulung
Ortoban 7.5cm sebanyak 1 gulung
Arm sling
Pasukan
2 orang
21
Posisi Pesakit
Propped up atau baring. Sendi pergelangan tangan di posisi 'palmar flexion (20˚-
30˚), 'ulna deviation (15˚) dan ’pronation (20˚)
Cara memasang
Satu tangan pembantu memegang ibu jari pesakit dalam keadaan fully extended
manakala tangan yang lain memegang jari-jari pesakit yang lain dengan
mengekalkan traction
Balut ortoban 1 cm melepasi MP joint hingga 2 cm dari sendi siku
Rendam POP dan balut mulai dari pergelangan tangan dengan arah balutan dari
dalam ke luar menghala ke distal Pastikan tapak tangan sentiasa terbuka dan
tidak melebihi ortoban
Balut tapak tangan dan melalui 1St web space antara ibu jari dan jari telunjuk
sebanyak 2 kali. Teruskan balutan ke arah proximal hingga 3 cm dari sendi siku.
Jangan melepasi hujung ortoban
Di waktu yang sama mould POP supaya lapisan luar POP licin disamping
mengekalkan 3 point moulding.
Lipat hujung ortoban. Palmar crease dan knuckles hendaklah boleh dilihat
Untuk gulungan POP kedua, balut dengan cara yang sama dan cuma sekali
sahaja balutan melalui 1st web space jumlah keseluruhan, 3 lapisan POP melalui
1st web space
Pastikan kedudukan pergelangan tangan pesakit sentiasa dalam posisi palmar
flexion dan ulnar deviation
Pasang arm sling
Perhatian: Untuk pemasangan lapisan akhir, pastikan pesakit boleh actively extend ibu jari
22
Post POP X-ray (Pandangan Lateral dan AP)
Position dalam Colles Cast - 'palmar flexion (20˚-30˚), 'ulna deviation (15˚) dan ’pronation
(20˚)
Pandangan Dorsal
23
Pandangan Lateral
Definasi
POP dipasang dari 'MCP Joint' hingga 2 cm dari sendi siku dan membaluti ibu jari
hingga ke IPJ (interphalengeal joint )
Di mana:
Wrist dalam keadaan sedikit 10-15 darjah
dorsiflexion
Ibu jari dalam keadaan abduksi, fleksi dan Posisi ‘glass holding’
bertentangan dengan jari telunjuk(index)
IPJ bebas
`Radial deviation'
24
Indikasi
Fraktur scaphoid
Keperluan
POP 10cm X 2 gulung
Ortoban 7.5cm X 1 gulung
Arm sling
Stockinnette saiz 7.5cm
Pasukan
2 orang.
Posisi Pesakit
Duduk atau baring. Kedudukan tangan pesakit glass holding position seperti di
dalam definasi di atas
Cara memasang
Sarungkan stockinnette ke bahagian anggota terlibat iaitu 1cm melepasi MCP
joint sehingga ke paras siku. Stockinnette juga dipasang ke bahagian ibu jari.
Pembantu hendaklah memegang bahagian ibu jari (dalam keadaan fleksi 45
darjah pada IPJ) dan tiga jari (tidak termasuk jari kelingking) dalam keadaan glass
holding position
Untuk ibu jari - Balut ortoban 1 cm melepasi MCP joint hingga 2 cm dari sendi
siku. Balut ortoban di sekeliling ibu jari hingga ke hujungnya
Rendam POP dan balut mulai dari pergelangan tangan dengan arah balutan dari
dalam ke luar menghala ke distal dan tidak melebihi ortoban. Pastikan tapak
tangan sentiasa terbuka
Balut tapak tangan melalui web space pertama (antara ibu jari dan jari telunjuk)
sebanyak 2 kali. Teruskan balutan sehingga melingkari ibu jari. Pastikan POP
tidak melepasi interphalangeal joint ibu jari
Teruskan balutan menghala proximal hingga 3 cm dari sendi siku dan jangan
melepasi hujung ortoban. Palmar crease dan knuckles hendaklah boleh dilihat
Di waktu yang sama mould POP supaya lapisan luar POP licin. Lipat hujung
stockinnette berserta ortoban.
Ulangi membalut POP dengan gulungan yang kedua mengikut cara yang sama
Sebelum POP keras, mould POP mengikut bentuk glass holding position dan di
waktu yang sama licinkan POP terutama pada hujung ibu jari. Dengan cara ini
lapisan POP akan padat
Pasang arm sling
25
Xray menunjukkan fraktur tulang scaphoid Posisi tangan Lateral View
Ibu jari dalam keadaan opposition dengan jari telunjuk (glass holding position)
Wrist dalam keadaan sedikit 10-15 darjah dorsiflexion
Lateral View
wrist dalam keadaan sedikit dorsiflexion
26
Lapisan pertama pop
Leteral view Anterior view
Definasi.
POP dipasang dari Interphalengeal Joint (mid proximalphalange) hingga ke 3 -4
cm dari sendi siku
Di mana.
Wrist dalam keadaan normal
Ibu jari dalam kedudukan abduksi (hand shake position)
Sendi interphalengeal bebas
Indikasi:
Fraktur di bahagian base Ist metacarpal ( cth: Bennett's fracture dan Rolando
fracture )
Keperluan
POP 10cm sebanyak 2 gulung
27
Orthoban 7.5cm sebanyak 1 gulung
Arm sling
Pasukan
2 orang
Posisi Pesakit
Duduk atau baring (mengikut keadaan pesakit). Sendi pergelangan tangan pada
neutral position dan ibu jari pada abduction and extension (hand shake position)
Cara memasang
Balut orthoban 1 cm melepasi MCP joint hingga 4 cm dari sendi siku
Padding tambahan diletak pada bahagian yang fraktur
28
Pembantu menarik ibu jari pesakit dalam posisi abduction and extension serta
memegang jari kedua hingga jari keempat pesakit dalam keadaan hand shake
position
Rendam POP dan balut mulai dari pergelangan tangan dengan arah balutan dari
dalam ke luar. Pastikan tapak tangan sentiasa terbuka dan tidak melebihi
orthoban
Balut tapak tangan dan melalui web space pertama antara ibu jari dan jari telunjuk
sebanyak 2 kali. Teruskan balutan melingkari ibu jari sehingga middle proximal
phalange.
29
Sebelum POP set, hendaklah menekan bahagian yang fraktur dengan hujung ibu
jarinya hingga POP set Di waktu yang sama ibu jari pesakit mesti dikekalkan
dalam posisi abduction and extension sehingga POP set
Catatan: Kita memerlukan POP yang agak lembap bagi memanjangkan masa
POP set
Pasang arm sling
Posterior view
30
Anterior view
6.8 U-Slab
Slab dipasang bermula dari bawah axilla melalui bawah siku dan naik ke atas hingga
ke pangkal leher.
Indikasi
Kepatahan Humeral .
Keperluan
POP – I0cm atau 15cm ikut saiz tangan
Ortoban 15cm
Crepe bandage/ cotton bandage 7.5cm atau I0cm
Collar& cuff
Stokinnet ( jika dibekalkan)
31
Pasukan
Bertiga
Posisi pesakit
Pesakit sebaik-baiknya dalam keadaan duduk dengan siku dibengkokkan
sebanyak 90 degree lebih mudah
Pembantu pertama berdiri di hadapan pesakit dengan memegang tangan sambil
siku pesakit dibengkokkan
Definasi
Ialah above elbow POP dengan bahagian proximal terletak 2 jari melebihi dari
tempat kepatahan, tangan dalam posisi neutral, siku bengkok 90° dan ditambah
dengan collar & cuff. Pergelangan tangan boleh juga dibebaskan, tidak diliputi oleh
POP. (Nota: Untuk kes wrist drop POP perlulah meliputi sehingga sendi pergelangan
tangan).
Indikasi
Kepatahan humerus shaft (distal half).
Keperluan
32
POP 10cm
Ortoban 7.5cm
Collar & cuff
Penyangkuk atau tali
Stockinnet (optional)
Team
Minimum 2 orang.
Posisi Pesakit
Pesakit sebaik-baiknya duduk namun bergantung pada keselesaan dan tahap
kecederaan .
Pembantu berdiri di depan pesakit sambil mengampu siku dan tangan pesakit
33
Hanging Kast - meliputi sendi wrist
Definasi
POP dipasang dari MCPJ hingga ke mid arm dengan sendi pergelangan tangan dalam
kedudukan supinated dorsiflexion manakala sendi siku pada kedudukan 90º flexion
Indikasi
Fraktur Smith
Keperluan
Stockinette
Ortoban 7.5cm sebanyak 2 gulung
POP saiz 10cm sebanyak 4 gulung
Pasukan
2 orang
Posisi Pesakit
Duduk atau baring mengikut keadaan pesakit .
34
Sendi pergelangan tangan di posisi supinated dan dorsiflexion dan sendi siku
pada kedudukan 90° flexion
Cara memasang
Cara pemasangan POP Smith adalah sama dengan cara pemasangan POP
Above Elbow
Cuma perbezaannya adalah sendi pergelangan tangan dalam keadaan
dorsiflexion dan sendi siku pada kedudukan 90°
Pasang arm sling
Definasi
Sejenis kast yang dipasang di badan untuk immobilisasi bahagian torakolumbar yang
meliputi:
BAHAGIAN DEPAN
kast yang mula dari mid /top sternum hingga symphysis pubis.
BAHAGIAN BELAKANG
dari sisi bawah tulang scapula hingga ke tulang coccyx.
BAHAGIAN SISI
7.5cm dari axila hingga meliputi Iliac Crest .
Indikasi
fraktur tulang belakang (torakolumbar)
35
rawatan konservatif untuk scoliosis
selepas pembedahan spinal
Keperluan
bergantung kepada posisi pesakit semasa pemasangan body jacket
meja body kast (spica table)-untuk posisi supine
meja Risser untuk scoliosis-untuk posisi supine
dua kayu penyokong 1.5m -untuk pesakit yang boleh berdiri
bangku- untuk pesakit duduk
POP (20cm POP) - 6 hingga 10 gulung
POP (15cm POP) - 6 hingga 10 gulung (untuk slab)
Ortoban (15 cm)
Stockinette/ T-shirt
Felt (non adhesive)
Gamgee
Pasukan
Sekurang-kurangnya 3 orang
Posisi Pesakit
berdiri dengan memegang dua kayu penyokong dan lebarkan jarak kaki selari
dengan bahu
duduk diatas bangku (untuk pesakit yang tidak boleh berdiri)
berbaring (terlentang atau meniarap) diatas meja body kast
Cara Pemasangan
Pesakit memakai dua lapisan stockinette/ T-shirt dari bahu hingga ke lipatan peha
( groin)
Letak felt di tempat-tempat tekanan iaitu ASIS, iliac crest , bahagian spina hingga
ke coccyx
Letak gamgee meliputi bahagian depan pangkal tulang rusuk dan abdomen
Balut badan dengan ortoban (kemas dan padat)
Sediakan 4 slab dengan menggunakan POP size 15cm untuk dipasang
di bahagian sisi (kiri dan kanan), depan dan belakang
Rendamkan gulungan POP size 20cm dan mula balutan POP samada dari atas
atau bawah mengikut prinsip balutan POP
POP slab diletak di tempat-tempat yang ditentukan dan sambung balutan POP
Moulding dijalankan sebelum kast set pada bahagian atas iliac crest dengan
bahagian sisi luar ibu jari (lateral aspect of the thumb) agar tidak mengelongsor ke
bawah
Potong (trim) POP mengikut bentuk seperti di gambarajah bawah.
Trimming harus dilakukan dengan pesakit dalam posisi duduk
36
Langkah 1 Slab
37
Langkah 4 Application of ortoban
Anterior View
38
Lateral View
39
Langkah 8 MouldingAnterior Slab
at both Posterior
Anterior view ofSlab
cast
iliac crest
40
Posterior View of Body Kast
PEMERIKSAAN
Keselesaan pesakit
Tentukan tiada tekanan pada bahagian tulang yang menonjol (pressure point)
41
Tiada masalah pernafasaan
Tiada geseran dan tekanan pada kawasan axila
Jangan abaikan sebarang aduan pesakit
Definasi
Sejenis kast yang dipasang meliputi kepala dan badan untuk immobilisasi bahagian
servikal dan torasik yang meliputi:
BAHAGIAN ANTERIOR
Daripada mandible hingga meliputi bahagian bawah sternum
BAHAGIAN POSTERIOR
Meliputi bahagian oksiput hingga bahagian lumbar
Indikasi
Kecederaan cervical spine
Keperluan
Ortoban 15cm dan 10 cm
Stockinette
POP 15cm dan 10cm
42
Felt (mengikut keperluan)
Penyediaan slab
Anterior slab gulungan POP 10 cm atau 15cm bergantung kepada saiz pesakit
6 lapisan
daripada dagu kanan hingga ke sternum
Posterior slab gulungan POP 10 cm atau 15cm bergantung kepada saiz pesakit
6 lapisan
daripada oksiput hingga ke kawasan lumbar
Pasukan
Sekurang- kurangnya 3 orang
Posisi Pesakit
samada duduk atau berbaring bergantung kepada status neurologi pesakit.
CARA PEMASANGAN
Dudukkan pesakit diatas kerusi dengan kedua-dua tangannya memegang kayu
penyokong jika pesakit tiada “neurological deficit” dan seorang pembantu
memegang kepala pesakit dalam kedudukan neutral.
43
Gunakan ortoban 10 cm bagi membalut kepala di bahagian dahi tidak meliputi
kening kedua-dua belah
Minta pesakit menggigit cotton bandage bersaiz sederhana. Ini bertujuan bagi
membolehkan pesakit membuka mulut selepas selesai pemasangan kast
Rendamkan posterior slab dan lekatkan di bahagian posterior dari oksiput hingga
ke bahagian lumbar
Seterusnya rendamkan anterior slab dan lekatkan di bahagian anterior dari dagu
hingga ke sternum
Tranverse slab dipasang di bahagian dagu dengan dua cabang, satu melalui di
hadapan telinga dan satu di bahagian belakang telinga di kedua-dua belah telinga
Potong POP saiz 15cm kepada dua bahagian, satu bahagian digunakan untuk
membuat slab bagi mengelilingi dahi hingga ke bahagian belakang kepala dan
satu bahagian lagi digunakan untuk membalut slab di bahagian kepala tersebut
Keluarkan cotton bandage dari mulut pesakit dan periksa sama ada pesakit dapat
membuka dan menutup mulut tanpa masalah
44
Memastikan jarak antara kening dan slab bahagian dahi lebih kurang 2cm.
MINERVA JACKET
45
MINERVA JACKET
46
Pandangan Posterior
Definasi
Kast yang dipasang untuk menstabilkan sendi bahu. Ianya meliputi bahagian tangan
yang terlibat hingga MCPJ dan seterusnya dilebarkan ke bahagian badan meliputi dari
bahagian pertengahan bahu sehingga ke axila bertentangan dan seterusnya menutupi
bahagian badan hingga ke iliac crest
Indikasi
Fraktur neck of humerus
Shoulder dislocation
Fraktur upper third of humerus (comminuted)
Kecederaan ligamen
Selepas pembedahan sendi bahu Uika perlu)
Keperluan Peralatan
Stockinette untuk badan dan tangan
Ortoban 15 cm; 7 gulung
47
Ortoban 10 cm; 3 gulung
POP saiz 15 cm; 4 gulung
POP saiz 10 cm; 3 gulung
POP slab 10 cm; 3 gulung
Felt
Pasukan
2-3 orang.
Posisi
Pesakit berdiri dengan memegang sebelah tangan yang terlibat
Tapak tangan yang terlibat dalam posisi prone
Abduction of shoulder 60°
Flexion of shoulder (ke hadapan) 30°
Kedudukan siku dalam posisi flexion 90°
Cara Pemasangan
Sendi bahu mestilah dalam kedudukan 60° abduction dan mid-rotation untuk
dimobilisasi serta sendi siku dalam kedudukan 90°
Stockinette dipasang dibahagian badan dan lengan yang terlibat
49
Langkah 3 Pasangkan ortoban pada bahagian yang terlibat meliputi MCPJ, mid-shoulder
terns ke bahagian axila yang tidak terlibat dan seterusnya kedua-dua belah iliac crest
50
Langkah 5 Mulakan pemasangan slab dari MCPJ sehingga mid-shoulder. Kemudian
diikuti slab dari bahagian siku melalui axila ke iliac crest
51
Langkah 7 Teruskan dengan balutan POP sehingga meliputi bahagian padding. Lipatkan
bahagian-bahagian tepi padding/ stockinette dan teruskan balutan sehingga ketebalan yang
diperlukan
52
Shoulder spica dari pandangan sisi
BAHAGIAN DEPAN
Kast yang mula dari mid / top sternum hingga symphysis pubis
BAHAGIAN BELAKANG
Dari sisi bawah tulang scapula hingga ke tulang coccyx
BAHAGIAN SISI
7.5cm dari axila hingga meliputi iliac crest, bersambung ke anggota kaki
terlibat (bahagian atas sendi lutut)
53
Anterior View Back View
Side View
54
Indikasi
Fraktur tulang belakang daripada lumbar tiga ke bawah
Penyakit tulang belakang seperti TB spine, spondylolysis melibatkan lumbar
tiga ke bawah
Selepas pembedahan spinal yang melibatkan lumbar tiga ke bawah (bila
perlu)
Keperluan
Meja hip spica (untuk pesakit yang tidak boleh berdiri)
POP 15 cm (5-7 gulung)
POP 20 cm (8-10 gulung)
Ortoban 15cm (4-6 gulung)
Stockinette
Felt
Gamgee
Pasukan
Sekurang- kurangnya 3 orang
Posisi
Bagi pesakit yang tidak boleh berdiri, baring atas meja hip spica dalam baringan
supine
Bagi pesakit yang boleh berdiri, kaki yang dipasang spica perlu ditinggikan 10cm
supaya hip fleksi dapat dikekalkan 15-20º
Cara pemasangan
Pesakit memakai 1 lapisan stockinette dari bahu sehingga ke paras lutut
Letakkan felt di bahagian bonjolan seperti iliac crest, bahagian spinal sehingga
coccyx
Letakkan gamgee meliputi bahagian depan pangkal tulang rusuk dan abdomen
Balutkan badan sehingga ke paras lutut dengan ortoban
Sediakan 6 slab (4 untuk body cast, 2 untuk hip spica) dengan 5-6 lapisan setiap
slab
Untuk body cast, 4 slab diperlukan
lateral slab 2. Pada bahagian kaki yang terlibat lateral slab
dipanjangkan hingga ke paras atas lutut
Anterior slab 1
Posterior slab 1
Untuk half leg spica 2 slab diperlukan (rujuk hip spica)
Balutkan POP saiz 20 cm dari atas ke bawah mengikut prinsip balutan POP
POP slab diletak ditempat-tempat yang ditentukan dan sambung balutan POP
Moulding dijalankan sebelum kast set ke bahagain iliac crest dengan bahagian
sisi ibu jari( lateral aspect of the thumb) agar tidak mengelonsor ke bawah
Keluarkan gamgee selepas POP dipasang
Pemerhatian semasa dan selepas memasang 1/2 leg spica
Pastikan tiada keretakkan plaster pada sendi pinggul selepas plaster dipasang
Pastikan keselesaan pesakit semasa dan selepas pemasangan
Nasihatkan pesakit supaya jangan duduk
Pastikan kemaluan dan dubur tidak dihalang oleh kast
55
7.5 HIP SPICA (unilateral modified)
Definasi
Sejenis kast yang di pasang di bahagian anggota bawah (lower limb) bersambung
dengan bahagian badan dari paras pusat sehingga ke atas malleolus
56
Back View Front View
Side View
Indikasi
Fraktur di bahagian femur
Fraktur-dislokasi di bahagian femur dan hip joint
Slipped upper femoral epiphysis(sufe)
Infeksi contoh osteomyelitis di bahagian hip joint
Keperluan
57
Meja hip spica
Stockinette bersaiz 20cm (Ikut keperluan)
Orthoban bersaiz 7.5 dan I Scm
Plaster of Paris : orang dewasa 15cm (8-10 gulung)
20cm (8-10 gulung)
Felt
Persediaan reinforcement slab setebal 6 lapis, ukuran panjang mengikut saiz
pesakit sebanyak 4 slab
PASUKAN
3 Orang
POSISI
Pesakit berbaring secara supine di atas meja hip spica dengan kedudukan
Hip Flexion: 15-20°
Knee Flexion : 15-20°
Abduction: 15-20°
Tumit dan punggung mesti sama paras
Cara Pemasangan
Stockinette dipasangkan di bahagian abdomen dan kaki yang terlibat
Padding setebal 2cm di letakkan di bahagian atas abdomen untuk keselesaan
pesakit (di keluarkan selepas pemasangan selesai)
Ortoban dipasangkan dari dua jari atas pusat hingga ke malleolus
Felt diletakkan di bonjolan tulang
58
Rendam pop dan dipasang dari atas pusat hingga ke atas lutut
Reinforcement slab pertama dipasangkan dari anterior ke lateral sehingga
meliputi bahagian posterior peha
Slab kedua dipasangkan dari bahagian posterior (lumbar) ke lateral sehingga
meliputi bahagian anterior peha
Slab ketiga di pasang dari bahagian iliac crest hingga ke pertengahan peha
Slab keempat dipasang di bahagian posterior
Reinforcement slab tadi dibalut dengan POP di atasnya
Seterusnya pop disambung dari bahagian lutut ke bahagian atas malleolus
Definasi
Sejenis cast yang dipasang di bahagian kedua-dua anggota bawah (lower limb), dari paras
pusat sehingga ke atas kedua-dua malleolus
59
Front View Back View
Side View
Indikasi
Pasukan
Minimum 4 orang
Posisi
Pesakit berbaring secara supine di atas meja hip spica di dalam kedudukan: -
HIP- Flexion 15-20°
Knee Flexion 15-20°
Abduction 15-20°
Cara Pemasangan
Stockinette dipasangkan di bahagian abdomen dan kedua-dua belah kaki (jika
dibekalkan)
Padding setebal 2cm di letakkan di bahagian atas abdomen untuk keselesaan
pesakit (di keluarkan selepas pemasangan selesai)
Ortoban dipasangkan dari dua jari atas pusat hingga kedua-dua buku lali
Felt diletakkan di bonjolan tulang
Lapisan pertama POP dipasangkan dari abdomen sehingga ke bahagian lutut
Reinforcement slab dipasangkan dari anterior ke lateral sehingga meliputi
keseluruhan bahagian medial femur
Lateral slab di pasang dari bahagian iliac crest hingga ke pertengahan peha, dari
posterior ke lateral keluar ke medial groin, posterior slab hingga meliputi abdomen
Reinforcement slab tadi dibalut dengan POP
Seterusnya POP disambung dari bahagian lutut hingga atas kedua-dua buku lali
Sebatang kayu diletakkan diantara dua lutut dan dibalut dengan POP untuk
reinforcement (Jika perlu)
Keluarkan padding daripada abdomen
61
Untuk kanak-kanak :
Pastikan bayi dipakai dengan napkin pakaibuang dan dilapisi dengan
satu tuala wanita (sanitary pad) untuk mengelakkan kast dari basah
Memastikan kebersihan terutama dibahagian kemaluan dan dubur
Indikasi
62
Kecederaan tisu lembut
Fraktur pergelangan kaki
Fraktur undisplaced
Bengkak kaki atau pergelangan kaki
Fraktur metatarsal dan tarsal
Keperluan
POP 15cm X 3 - 4 gulung.
Ortoban 15cm X 1 gulung
Cotton / crepe bandage 3" atau 4" X 2 gulung.
POP stand
Pasukan
Berdua
Posisi Pesakit
Pesakit duduk atau baring atas couch
Letak POP stand dibawah lutut pesakit
Pembantu berdiri di hujung kaki pesakit sambil memegang kaki pesakit dalam
90° (plantigrade)
Pembantu hendaklah menekan head of 4th metatarsal dengan tapak tangan untuk
mengelakkan inversion/ eversion semasa POP dipasang
Persediaan slab
Bentangkan ortoban agar lebih panjang & lebar beberapa cm dari slab
Ukur panjang slab dari hujung jari hingga 3 cm dari lipatan lutut
Bentangkan POP mengikut panjang yang disukat. Lapiskan POP sebanyak 15
atau 16 lapis
Catatan : Lebarkan bahagian hampir lipatan lutut
Catatan:
Pemerhatian semasa dan selepas pemasangan POP slab
Semua kelima-lima jari hendaklah terdedah (exposed)
Periksa peredaran darah di hujung jari kaki
63
Definasi
Kast yang dipasang dari sendi metatarsal phalengeal / hujung jari kaki hingga
2cm di bawah tibia tuberosity. Sendi pergelangan kaki dalam kedudukan
'plantigrade'.
lndikasi:
Fraktur 'Lateral / medial malleolus.
Fraktur / dislokasi tulang tarsal, metatarsal dan phalengeal.
Kecederaan tisu dan ligament (ankle joint)
stockinette
ortoban saiz 15 cm x 1 gulung
POP saiz 15 cm x 3 – 4gulung
Pasukan
Dua atau tiga orang
Posisi pesakit
pesakit baring terlentang (supine)
pesakit duduk/baring di atas couch sambil sendi pergelangan kaki tergantung ke
bawah
Cara pemasangan
Ortoban/ stockinette dibalut pada anggota terlibat dalam posisi yang dikehendaki,
sebagaimana teknik asas pemasangan
Padding pada kedua-dua medial dan lateral malleolus
Pemasangan POP bandage samada dari proximal ke distal atau sebaliknya
(mengikut kehendak pemasang)
Sendi pergelangan kaki pesakit dalam keadaan plantigrade 90°
Pastikan jari-jari kaki tidak terhimpit (compressed)
Pastikan alignment adalah betul:
anterior superior iliac spine ke tibial tuberosity
tibial tuberosity selari dengan jari kedua
Pastikan pesakit tidak bergerak semasa pemasangan POP
Cara pemasangan POP mengikut prinsip asas pemasangan kast
64
Nota: kedudukan sendi kaki juga bergantung kepada prosedur/ jenis kecederaan
Periksa peredaran darah dan neurologi sebelum dan selepas prosedur.
Tinggikan kaki pesakit di atas bantal untuk mengurangkan bengkak
Definasi
Kast yang dipasang dari hujung jari kaki hingga ke 2cm di bawah tibial
tuberosity
lndikasi:
Fraktur / dislokasi - sebahagian tulang tarsal (tulang cuneiform, cuboid)
- metatarsal dan
- phalangeal.
stockinette
ortoban saiz 15 cm x 1 gulung
POP saiz 15 cm x 3 – 4gulung
Saiz 10cm x 5 -6 lapis untuk tapak
Pasukan
Dua atau tiga orang
Posisi pesakit
Pesakit baring terlentang (supine)
POP stand di letakkan di bawah lutut pesakit
Pembantu berdiri di hujung kaki pesakit sambil memegang pergelangan kaki
dalam plantigrade (90 )
Cara pemasangan
65
Ortoban/ stockinette dibalut pada anggota terlibat dalam posisi yang dikehendaki,
sebagaimana teknik asas pemasangan
Padding
Pada kedua-dua medial dan lateral malleolus
66
Slab mulai dari MTP joint hingga ke paras mid-thigh. Tatacara pemasangan slab adalah
sama dengan cara pemasangan slab yang lain
Indikasi
Soft tissue injury of the leg
Kepatahan Tulang tibia fibula
Keperluan
Orthoban : Saiz 15cm (2 gulung)
POP (15 lapisan)
stockinette
67
Definasi
Ialah POP dari MTP joint hingga ke pangkal peha
Indikasi
Fraktur tulang tibia/fibula
Kecederaan Achilles Tendon (selepas pembedahan)
Keperluan
POP bandages -15cm atau 20cm
Jumlah gulungan POP tertakluk pada saiz pesakit
Stockinette (mengikut saiz yang sesuai, jika dibekalkan)
Orthoban bandage - 15cm
POP stand
Pasukan
Berdua / bertiga
Posisi Pesakit
Pesakit dalam keadaan berbaring
Letakkan POP stand dibawah lutut pesakit
Pembantu berdiri dihujung kaki pesakit dengan mengangkat dan menarik kaki.
Semasa memegang dan menarik, tarikan hendaklah cukup tegang agar pasakit
tidak terlalu sakit disebabkan pergeseran tulang
'Alignment'kaki : Pembantu hendaklah memegang kaki dalam keadaan betul.
Pastikan jari kaki yang kedua sama setentang mid patella dan ASIS (anterior
superior iliac spine)
Pastikan (ankle joint) dalam plantigrade 90° kecuali
dalam kecederaan Tendon Achilles dalam posisi plantar flexion
Pastikan sendi lutut dibengkokkan (flexion) 10 -15°
Seorang pembantu diperlukan untuk mengampu bahagian tulang yang patah
ketika prosedur pemasangan slab dilakukan
Cara Pemasangan
Sarungkan stockinette dari hujung kaki hingga ke pangkal peha. (optional)
Balut orthoban dari hujung kaki hingga ke pangkal peha
Letakkan padding pada bahagian tulang yang menonjol (malleolus, patella , tibial
tubercle dan head of fibula)
Pemasangan POP adalah dalam dua langkah
LANGKAH PERTAMA - dari hujung kaki ke paras bawah popliteal fossa
LANGKAH KEDUA - dari paras bawah popliteal fossa ke pangkal paha
Rendamkan dan balut POP (lapisan pertama) dari hujung kaki hingga paras lutut
( tidak menutupi Popliteal fossa) dan jangan melampaui ortoban pada hujung jari
kaki. Lurut POP (moulding menggunakan tapak tangan) supaya licin bahagian
dalam dan tepi
Kekalkan posisi badan dan alignment kaki sepanjang prosedur
Lipat hujung ortoban dan stockinette pada hujung kaki
Rendamkan dan balut POP sama seperti gulungan POP yang pertama dan diikuti
dengan gulungan seterusnya mengikut keperluan. Balut hingga hampir pangkal
paha, lipat hujung ortoban. Kemaskan kedua-dua hujung POP
Peringatan
68
Semasa proses memasang POP, pembantu yang memegang kaki adalah
bertanggungjawab mengekalkan kedudukan tulang yang patah dan mengelakkan
POP retak (bahagian lutut)
Indikasi
Fractur midshaft atau distal third tibia dengan tanda tanda union (x-ray atau
klinikal).
Undisplaced stable fracture of the tibia
Fraktur di sekeliling ankle joint e.g. uni atau bimalleolar fracture.
Kebaikan
Mengalakkan early weight bearing
Mengelakkan knee joint stiffness
Peralatan
Stockinette 7.5 cm
Orthoban padding saiz 10 cm; 3 gulungan
POP saiz 15 cm; 3 gulungan
POP slab 15 x 20 cm
Felt
Pasukan
2-3 orang.
Posisi
Pesakit duduk atau baring mengikut keselesaan atau keadaan
Cara Pemasangan
Posisikan pesakit
Applicator duduk berhadapan dengan pesakit
Pasangkan stockinette dari atas lutut hingga ke hujung tapak kaki
Felt atau padding diletakkan di kedua-dua condyles of the tibia, head of fibula dan
kedua-dua malleolus
Lutut diposisikan dalam kedudukan flexion 30-40º
Mulakan balutan POP dari distal ke proximal
Slab diletakkan di tapak kaki setebal 8-10 lapisan
Sendi kaki (ankle joint) pesakit dalam kedudukan plantigrade
Pastikan jari-jari kaki tidak terhimpit
Pastikan alignment adalah betul (2nd toe ke patella ke ASIS)
Pastikan pesakit tidak bergerak semasa pemasangan POP
Letakkan slab 4-6 lapisan pada paras tibial tubercle hingga pada mid-patella
meliputi femoral condyle
Moulding pada sisi patella tendon, juga pada lateral dan medial femoral condyle
dengan menggunakan thenar eminence pada posisi lutut 30-40°
Tandakan dengan pen dan trim bahagian mid- patella, medial dan lateral femoral
condyle dengan jarak 2 jari dari popliteal fossa dan kemaskan POP
Pastikan lutut pesakit boleh dibengkokkan (flexion) sehingga 90°
Heel pad boleh diletakkan pada bahagian tumit untuk memudahkan partial weight
bearing
70
Memperkuatkan bahagian Pandangan tepi PTB cast selepas untuk
moulding trimming
71
8.7 Cylinder Kast
Definasi
POP yang dipasang 3cm dari medial malleolus hingga pertengahan peha. Kedudukan
lutut dalam keadaan normal( flexion 5 - 15 darjah ) atau neutral bergantung pada
diagnosa fraktur.
Indikasi:
Fraktur patella(undisplaced)
Kecederaan tisu lembut, rawan atau ligament di bahagian sendi lutut.
Felt
Plaster strips untuk kemasan.
Pasukan
Dua atau tiga orang
Posisi pesakit
Pesakit baring terlentang di atas couch (supine)
Tapak kaki bertentangan dada dan gunakan tangan untuk mengampu lutut.
(foto 1)
Kedudukan lutut bergantung kepada keadaan. Contohnya:
- extension untuk fraktur patella
Flexion 5 - 15° bergantung kepada tahap kecederaan atau mengikut arahan
doktor
Cara Pemasangan
Ortoban/ stokinette dibalut pada anggota terlibat dalam posisi yang dikehendaki,
sebagaimana teknik asas pemasangan
Padding yang mencukupi pada head of fibula, kedua-dua malleolus dan patella
72
Side view
Anterior view
73
8.8 Knee Kast Brace
Definasi
Ialah POP yang terdiri dari 2 bahagian :
Indikasi
Fraktur distal femur dan proximal tibia
Keperluan
Stockinette saiz (optional)
Ortoban bandage -I 5cm
POP bandages - 10cm
- 15cm
- 20cm
Jumlah gulungan POP tertakluk pada saiz pesakit
POP stand ( knee support )
Knee Hinges (sepasang)
Team
Minimum Berdua
Posisi Pesakit
Pesakit baring supine di atas couch.
Balut ortoban dari hujung kaki (tidak termasuk jari kaki) hingga hampir paras
bawah lutut. Juga orthoban dari atas lutut ke pangkal peha
Felt atau padding diletakkan di atas kawasan bonjolan-bonjolan tulang jika perlu
Letakkan POP stand dibawah lutut pesakit. Pembantu berdiri dihujung kaki
pesakit dan mengangkat kaki pesakit
Pastikan sendi kaki (ankle joint) dalam plantigrade 90°. Pastikan jari kedua sama
setentang patella dan ASIS (anterior superior iliac spine)
Rendamkan POP 20cm dan balut dari bahagian peha dahulu hingga ke bahagian
atas lutut
Sebelum POP set, POP haruslah dimould dibahagian medial dan lateral peha
untuk mengelakkan rotation
74
Rendamkan POP 15cm dan balut dari paras bawah lutut ke hujung jari kaki
(seperti below knee POP)
Pemasangan knee hinges: posisi hinges haruslah berada di garisan sendi lutut.
Hinges dikunci dalam kedudukan lurus iaitu extension. Hinges diletakkan di
bahagian medial dan lateral lutut.
Hinges dibalut dengan POP agar lebih kuat.
Lapisan terakhir POP dibalut ke hujung stockinette untuk mengemaskan POP
Selepas POP set, kunci hinges dibuka untuk memeriksa pergerakan sendi lutut
Nasihat kepada pesakit: pesakit perlu menggerakkan bahagian lutut selepas POP
set
75
Langkah 3 Memasang ortoban
76
Langkah 6 Tunjukkan moulding di bahagian sisi peha
77
Kast Brace AP View
78
8.9 TALIPES EQUINO VARUS KAST
Definasi
Serial kasting yang dipasang untuk membetulkan kecacatan Talipes Equino
Varus iaitu :
Adduction of forefoot
Varus of midfoot
Equinus of hindfoot
Ianya meliputi dari hujung jari kaki hingga ke paras atas lutut
Indikasi
Talipes equino varus deformity (CTEV)
Keperluan
POP bandage - 5cm saiz POP fast setting
Ortoban saiz - 5cm
Pasukan
2-3 orang
Posisi Pesakit
Pesakit berbaring dihujung couch dengan kedudukan sendi lutut pada flexion 50-
90°
Cara Pemasangan
Lakukan manipulasi untuk membetulkan kecacatan
79
80
Langkah-langkah teknik Ponseti
Pasang padding
Pasang hanya lapisan nipis untuk lapisan kast.
Kekalkan kaki dalam pembetulan maksima
Memasang kast
Mula kast bawah lutut
Mula tiga atau empat pusingan sekeliling jari kaki dan sambung keatas kaki
.proximally
Mould dengan licin sambil melakukan moulding gunakan tekanan ringan bagi
pembetulan
Tekan dan lepaskan berulang-ulang kepala talus
(JANGAN TEKAN SECARA BETERUSAN)
Sambungkan kast ke paha.
Lutut mestilah dibengkokkan 90% (untuk mengelakan kast dari terlucut)
Trimkan kast. Jejari kaki mestilah diampukan.
Kekalkan bahagian dorsal semua jejari bebas untuk pegerakan extasion
Beginilah keadaan kast CTEV bilateral yang telah siap.
81
Forefoot adduction equinus deformity small heel
Application of ortoban
Peringatan
Bentukkan setiap penghujung lapisan balutan POP menjadi bonjolan sebagai
penanda untuk memudahkan proses pembukaan POP oleh ibu bapa pesakit
82
Nasihat
Nasihat kepada ibubapa supaya segera ke hospital jika ada sebarang komplikasi
seperti POP ketat, kebiruan jari kaki/pucat dan pembengkakkan
Pakai napkin pakaibuang supaya tidak mengotorkan POP
Pastikan bayi tidak merangkak di atas permukaan yang kasar
Pastikan ibubapa merendamkan kast sehingga kast lembut untuk memudahkan
pembukaan sebelum datang ke klinik pada malam sebelum atau pada hari
temujanji.
83
Hip Spica bagi kanak-kanak (unilateral modified)
84
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN ( STANDARDS)
BAGI TEKNIK PEMASANGAN P.O.P
( 9 – 11 Hb Oktober 2011)
Penasihat
Pengerusi
Mr. N. Sivapathasundaram.
Pengerusi Jawatankuasa
Mesyuarat Teknikal Penyediaan Buku POP 2011.
Fasilitator
Penyelaras
85
Nama Peserta:-
86