Anda di halaman 1dari 3

Emcee: Mohd Zulhafiz Bin Hussin Sabli

Majlis : Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun2018

Tarikh : 26 Januari 2018

Majlis mengumumkan ketibaan Yang berhormat Dato’ Hj Zaiful Bahri Bin Idris diiringi oleh
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rembau Tuan Azmi Bin Basir, dan Pengetua SMK Agama
Dato Hj Abu Hassan Hj Sail, Tuan Jamaluddin Bin Yusof serta semua tetamu jemputan masuk
kedalam dewan

Para hadirin diminta berdiri.....

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2018 dimulakan dengan
Nyanyian

a. Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........

Para hadirin dijemput duduk, dipersilakan.

‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬,‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.

1. Yang berhormat Dato’ Hj Zaiful Bahri Bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pembangunan Modal Insan Belia Dan Sukan Merangkap Adun Chembong

2. Yang berusaha Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rembau Tuan Azmi Bin Basir

3. Yang Berusaha Pengetua SMK Agama Dato Hj Abu Hassan Hj Sail, Tuan Jamaluddin Bin
Yusof

4. Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG SEMADAH Dato Omar Bin Osman

5. Yang dihormati ,Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Rembau, Tuan Inspektor Abdul Widad
Bin Othman,

6. Barisan guru-guru,

7. Para ibubapa

8. Serta pelajar pelajar yang di rahmati allah sekelian

Assalammualaikum w.b.t
Terbang belatuk ke kuala perlis
Di tengah permatang mencari ikan
Kehadiran datuk penyeri majlis
Selamat datang kami ucapkan

ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat


Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah izin dan inayahnya Nya jua, dapat kita
dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam Majlis Penyerahan Bantuan Awal
Persekolahan Tahun 2018

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang berhormat Dato’ Hj
Zaiful Bahri Bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan Belia Dan
Sukan Merangkap Adun Chembong, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian
dalam Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2018 ini. Semoga dengan
kesudian meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis kami .

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya,
marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah
sempena Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2018 ini. Jesteru, Majlis
mempersilakan ustaz Mohd FairulNaim Bin Yaakob untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.....

....................... Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz Mohd FairulNaim Bin Yaakob di atas
bacaan doa itu tadi.

Sidang hadirin yang dirahmati allah sekalian

Pergi ke kota beli selasih,


mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengetua
SMK Agama Dato Hj Abu Hassan Hj Sail, Tuan Jamaluddin Bin Yusof.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan Tuan Pengetua itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,


Berpagar teguh tidak berpapan,
Yang Berhormat datuk jadi tumpuan
Persilakan datuk memberi ucapan
Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang berhormat Dato’ Zaiful Bahri Bin
Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan Belia Dan Sukan
Merangkap Adun Chembong
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan……

*********************************Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat
Dato’ Hj Zaiful Bahri Bin Idris,atas ucapan sempena majlis penyerahan Bantuan Khas Awal
persekolahan sebentar tadi

Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian,

Acara diteruskan lagi dengan penyerahan wang bantuan khas awal persekolahan yang
bakal disempurnakan oleh Yang berhormat dato’. Sehubungan dengan itu, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan yang Berhormat dato’ untuk tampil menyempurnakan
penyerahan tersebut dengan diiringi oleh Tuan Azmi Bin Basir, Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Rembau,Dan Tuan Jamaluddin Bin Yusof, Pengetua SMK Agama Dato Hj Abu
Hassan Hj Sail, dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan dimulakan dengan penerima daripada
tingkatan 5 :

Dijemput Kepada Penerima Yang Pertama :

Warga dewan yang dirai,

kita telahpun sampai ke penghujung majlis, Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis,
memohon maaf atas segala kekurangan dan kecacatan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan

Cukup Sekadar Itu, saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai