Anda di halaman 1dari 4

5 Pemasaran Serentak Mesti Buat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sungguh ramai pada hari ini yang ingin menceburkan diri dalam
perniagaan dengan pelbagai alasan.

Ada yang ingin berniaga kerana sunnah Rasulullah SAW.


Ada yang ingin berniaga kerana hendak menambah perniagaan.
Ada yang ingin berniaga kerana menyambung perniagaan ayah atau
datuk.
Ada yang ingin berniaga kerana tiada perkerjaan lain yang sesuai.
Ada yang ingin berniaga kerana ingin membantu orang lain dan
sebagainya.

Tidak kisah apa alasan pun yang anda fikirkan, tetapi yang penting
kita perlu niat kerana Allah SWT.

Mudah-mudahan pekerjaan kita diberkati oleh Nya.

Dalam berniaga, perkara pertama yang perlu ada adalah ilmu,


bukannya modal dahulu.

Kalau kita tidak ada ilmu, modal yang banyak pun akan habis begitu
sahaja tetapi jika ada ilmu, modal yang sikit boleh untung besar.

Proses belajar tidak boleh berhenti. Ia perlu berjalan dan terus


berjalan.

5 Cara Pemasaran Serentak Yang Perlu


Dilakukan
Baiklah, Hari ini saya ingin kongsikan 5 Cara Pemasaran Serentak
Yang Perlu Dilakukan bagi seorang usahawan.

5 Pemasaran Serentak Mesti Buat ini saya kaji dari mentor jutawan
internet Irfan Khairi.
Dalam artikel di blog beliau, dengan tegas Irfan Khairi mengatakan
bahawa salahkan diri sendiri (peniaga) kalau 5 Cara Pemasaran
Serentak ini tidak dilakukan.

5 Pemasaran Serentak Mesti Buat ini adalah cara minimun dalam


bukannya maksimum.

Ini bermaksud, terdapat banyak cara pemasaran yang perlu dilakukan


lagi. Apakah 5 Cara Pemasaran Serentak Yang Perlu Dilakukan itu?
Jom baca seterusnya.
1. Anda perlu edarkan flyers - Sebaiknya flyers diedarkan
kepada target prospek.
2. Anda perlu membuat pengiklanan di internet -
Sekarang ini pengiklanan menerusi internet menjadi ketumaan
bagi seorang peniaga. Malahan, ada peniaga yang hanya
menggunakan online sebagai medium perniagaan tanpa
menggunakan kaedah offline.
3. Anda perlu free preview mengenai perkhidmatan
anda - Terdapat beribu-ribu jenis perniagaan diluar sana. Jika
anda tidak memberi tahu kepada orang tentang perkhidmatan
yang anda tawarkan bagaimana mereka akan tahu.
4. Anda perlu berjumpa prospek - Teknik paling berkesan
dalam pemasaran adalah dengan berjumpa secara langsung
dengan prospek.
5. Anda perlu mempromosi melalui emel (bukannya
spam) - Penggunaan emel sebagai medium pemasaran tetap
relevan sehingga kini. Ia juga merupakan cara yang efektif.
Kesimpulan

Dalam perniagaan, pemasaran merupakan salah satu komponen


utama yang perlu diambil perhatian.

Kita perlu kaji dan cuba lakukan pelbagai cara pemasaran yang boleh
untuk menjayakan perniagaan kita.

Konsep yang mudah 'try and adjust' atau dalam bahasa Melayunya
cuba dan betulkan.

Teruskan usaha kerana Allah SWT menilai berdasarkan usaha kita


bukannya apa yang kita perolehi.

Anda mungkin juga menyukai