Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN OAT

Oat adalah sumber karbohidrat yang kaya dengan serat dan membantu
memberikan rasa kenyang lebih lama. Dalam satu hari, kita memerlukan 25 gram
serat iaitu bersamaan dengan semangkuk oat. Malah oat juga membekalkan tenaga
dan membantu proses pencernaan.

Membantu Mengawal Selera Makan

Kajian di Australia membuktikan kandungan dalam oat dikenali beta–glucan


mampu mengawal hormon rasa lapar dan anda akan berasa kenyang lebih lama. Ini
sekaligus membantu anda yang dalam plan untuk diet. Kajian juga membuktikan
individu yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi jika mengambil tiga gram
serat setiap hari mampu mengurangkan tahap kolestrol sehingga 8% – 23%. Ingat,
satu cawan oat bersamaan dengan empat gram serat.

Mengurangkan Tekanan Darah

Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling tinggi dihadapi di dunia. Satu
kajian daripada sebuah jurnal di Amerika Syarikat mendapati amalan diet yang
disertakan dengan serat gandum seperti oat jika diamalkan berterusan lebih efektif
untuk mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan tekanan gula dalam badan.

Membantu Tidur Dengan Nyenyak

Ramai berpendapat, oat hanyalah sesuai dimakan ketika sarapan. Sebaliknya oat
disarankan dimakan ketika waktu makan malam. Ianya membantu anda untuk tidur
lebih selesa dan nyenyak. Kenapa oat bagus diambil sebelum tidur? Ini kerana ia
mengandungi melatonin dan complex carbohydrates termasuk kaya dengan
pelbagai vitamin seperti B6 yang menggalakan tidur nyenyak.

Jadi apa kata anda mulakan hari dengan semangkuk bijirin oat setiap pagi. Jangan
lupa hidangkan bersama susu rendah lemak, buah-buahan seperti pisang, strawberi
ataupun blueberi. Amalkan pengambilan oat setiap hari dan alami sendiri
kehebatan dan khasiatnya. Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai