Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 2
Pengenalan 3
1.0 Definisi Pembentukan Kata 4
2.0 Proses Pembentukan Kata 4
2.0.1 Proses Pengimbuhan 4
2.0.2 Secara Penggandaan 6
2.0.3 Secara Pengimbuhan 6
2.0.4 Pembentukan Kata Secara Akronim 7
3.0 Golongan Kata 8
3.0.1 Kata Nama 8
3.0.2 Kata Kerja 9
3.0.3 Kata Adjektif 10
3.0.4 Kata Tugas 11
4.0 Analisis Cerpen 13
4.0.1 Pencerakinan Kata Tugas 13
4.0.2 Pencerakinan Kata Adjektif 14
4.0.3 Kata Baharu 14
5.0 Refleksi 16
Bibliografi 19
Lampiran 20

1
Pengenalan

Istilah morfologii berasal daripada bahasa latin( morphe) yang bermaksud bentuk. Menurut
Nik Safiah Karim(1996), morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk
perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Struktur kata merupakan susunan bentuk
bunyi ujaran atau tulisan ( lambang) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk
kata merupakan rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal, mahupun hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula merupakan
proses menjeniskan perkataan berdasarkan kesamaan atau keserupaan bentuk dan fungsi
dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama.

Kerja kursus ini akan menghuraikan secara ringkas tentang konsep morfologi bahasa
Melayu. Ini diikuti dengan huraian ringkas bagaimana pembentukan kata itu berlaku melalui
proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan akroni.Seterusnya kata-kata yang
dibentuk digolongkan kepada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Ilmu pengetahuan yang diperolehi diguna pakai untuk menganalisis petikan cerpen.
Analisis petikan menjurus kepada kata adjektif, kata tugas dan kata baharu berserta dengan
contoh-contohnya. Kata adjektif dan kata tugas yang terdapat dalam petikan cerpen
dicerakinkan kepada jenis-jenis kata adjektif dan jenis-jenis kata tugas yang terdapat dalam
pertikan yang dipilih iaitu cerpen bertajuk Curang SMS. Terdapat sebelas jenis kata tugas
dan empat jenis kata adjektif yang digunakan dalam penulisan cerpen yang telah dipilih.

Analisis terhadap penggunaan kata baharu dalam cerpen tersebut mendapati


terdapat bahasa pinjaman bahasa Inggeris , bahasa Indonesia dan juga bahasa Arab.
Bahasa Inggeris kerap digunakan sama ada pinjaman kata tanpa perubahan ejaan
mahupun pinjaman yang diubai suai berdasarkan hukum-hukum tertentu seperti
menyelaraskan ejaan berdasarkan bunyi dalam perkataan tersebut dalam bahasa Melayu
sesuai dengan sistem ejaan Rumi.

Adalah diharapkan tugasan ini akan memberikan faedah dan manfaat kepada para
pelajar, pendidik dan lebih-lebih kepada diri saya sendiri untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.

2
1.0 Definisi Pembentukan kata

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan
mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi
bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan,
kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang
membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara
unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian
tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

Terdapat empat bentuk perkataan dalam Bahasa melayu, iaitu :

a. Bentuk perkataan bersifat tunggal serta dikenali sebagai kata tunggal.


b. Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan dikenali
Kata terbitan.
c. Perkataan yang digandakan kata dasarnya dikenali sebagai kata ganda.
d. Kata majmuk merupakan perkataan yang terbentuk secara merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna tertentu atau makna baharu.

Secara umumnya pembentukan kata merujuk kepada cara sesuatu perkataan terbentuk
dalam sesuatu bahasa. Dalam konteks bahasa melayu, pembentukan kata terdiri daripada
empat proses iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan akronim.

2.0 Proses Pembentukan Kata

Proses pembentukan kata dapat menerbitkan banyak perkataan melalui pencantuman kata
dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.Selain pengimbuhan
, perkataan dapat diterbitkan melalui dengan menggandakan secara keseluruhan ataupun
sebahagian kata dasar tersebut.Dalam bahasa Melayu kata terdiri daripada empat proses
iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan akronim.

2.0.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ataupun penggabungan morfem kata dasar(morfem bebas)


dengan morfem imbuhan(morfem terikat) membentuk kata terbitan. Imbuhan yang
digabungkan adalah di awal kata dasar(imbuhan awalan), akhir kata dasar( imbuhan
akhiran), disisip pada kata dasar(imbuhan sisipan) dan diawal dan akhir kata dasar(imbuhan
apitan). Rajah berikut menunjukkan proses pembentukan kata terbitan hasil pengimbuhan
ke atas kata dasar.

3
Jenis Imbuhan Contoh Perkataan
Awalan Men- Mendaki
Ber- Berlari
Ter- Terjatuh
Jenis Imbuhan Contoh Perkataan

Se- Sebahagian
Pen- Pelawas
Pra- Prasekolah
Juru- Jururawat
Anti- Antidadah
Maha mahasiswa
Akhiran -i Terokai
-an Makanan
-man Seniman
-kan Tinggalkan
-wan Wartawan
-isme Nasionalisme
-at hadirat
Apitan Ke…an Kehadiran
Pe…an Pelarian
Me-…kan Merayakan
di..kan Dibasahkan
menge…kan mengepamkan
Sisipan -er- Serabut
-ei- Telunjuk
-em- gemilang
Jadual 2.0.1 Pengimbuhan kata dasar

Secara keseluruhannya p roses pengimbuhan pada kata dasar akan menghasilkan


kata terbitan. Pengimbuhan merupakan proses memberikan imbuhan pada kata
dasar.Tercakup dalam memberikan imbuhan dalam bahasa Melayu Pengimbuhan ialah
pengimbuhan pada awalan, akhiran, sisipan , dan apitan.

4
2.0.2 Secara Penggandaan

Proses penggandaan kata dasar dilakukan secara menyeluruh atau sebahagian kata dasar
sahaja. Kata yang digandakan merangkumi kata dasar atau kata terbitan. Penggandaan
separa dilakukan dengan menggandakan kata dasar lazimnya melibatkan pengulangan
suku kata pertamanya dan gandaannya diletakkan di hadapan kata dasar. Penggandaan
separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya akan menggandakan kata
dasar utama sahaja.Penggandaan berentak atau berirama pula ialah proses menggandakan
kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah. Contohnya :

Jenis Penggandaan Kata dasar / kata Kata ganda


berimbuhan
Penggandaan menyeluruh Murid Murid-murid
sakit Sakit-sakit
Penggandaan separa Jari Jejari
Laki Lelaki
Berkejar Berkejar-kejar

Jenis penggandaan Kata dasar Kata ganda

Penggandaan berentak Sayur Sayur-mayur


Gunung Gunung-ganang
lintang Lintang-pukang
Jadual 2.0.2 Jenis Penggandaan

2.0.3 Secara Pemajmukan

Proses pemajmukan mengalami berlaku dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih
kata dasar dan akan membawa makna tertentu. Proses ini menghasilkan kata majmuk yang
dieja terpisah .Ini dapat diperjelaskan melalui contoh-contoh berikut :

Jenis Kata Majmuk Contoh


Kata bebas Hijau muda, biru laut, tengah hari, pasu bunga
Istilah khusus Garis pusat, hak milik, batu kapur, atur cara
Kiasan Buah tangan, berat tulang, hidung tinggi, anak angkat
Jadual 2.0.3 Pembentukan kata secara pemajmukan

5
Terdapat lima belas bentuk kata majmuk yang dianggap sudah mantap dari segi
penggunaannya.Ia dieja sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut
mengandungi dua kata dasar.Contohnya ialah antarabangsa,olaraga,
tanggungjawab,kerjasama , matahari, suruhanjaya ,jawatankuasa dan beberapa lagi.

Kata majmuk yang dihasilkan melalui proses pemajmukan kata dua kata dasar atau
lebih boleh menerima imbuhan awalan atau imbuhan akhiran sahaja.

i. Temu duga …… ditemu duga ( Imbuhan awalan)


ii. Campur aduk ….. bercampur aduk
iii. Daya serap …… daya serapan Iimbuhan akhiran

Kata majmuk yang diberi imbuhan secara apitan dieja menjadi satu perkataan.

Contohnya :

i. Campur baur ………… dicampurbaurkan


ii. Ambil alih …………….. pengambilalihan
iii. Kemas kini …………… mengemaskinikan.

Secara keseluruhanya proses pembentukan kata secara pemajmukan kata dasar

menjadi kata majmuk yang akan menghasilkan makna tertentu. Kaa majmuk ditulis terpisah
,namun mesti disatukan sekirannya menerima imbuhan apitan. Kata majmuk yang
menerima imbuhan awalan atau akhiran kekal dieja terpisah.

2.0.4 Pembentukan Kata Secara Akronim

Proses percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan serta


menghasilkan perkataan dikenali sebagai akronim. Bahagian-bahagian percantuman terdiri
daripada huruf, suku kata, dan bahagian daripada perkataan. Akronim dapat dibahagiakan
kepada empat jenis iaitu ;

A. Cantuman huruf awal beberapa perkataan yang biasanya terdiri daripada kata
nama khas. Contohnya, KPM , iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, dan PBS
berasal daripada Pati Bersatu Sabah.
B. Cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan berdasarkan sebutan yang
sedap tanpa urutan. Contohnya, MARA, daripada kata Majlis Amanah Rakyat,
dan TASKA, berasal dari Taman Asuhan Kanak-kanak.
C. Cantuman suku kata awal beberapa perkataan. Kebanyakannya terdiri daripada
kata nama am. Contohnya, GAPENA , iaitu Gabungan Penulis Nasional.

6
D. Cantuman bahagian awal perkataan sama ada melalui huruf mahupun suku kata
perkataan pertama dengan bukan awal perkataan-perkataan lain. Contohnya,
maging, iaitu makan daging dan halaju, iaitu hala laju.

Secara keseluruhannya proses ini akan membentuk kata baharu yang masih
mengekalkan maksud asal perkatan. Proses ini lebih kepada proses yang melibatkan
kata nama am mahupun kata nama khas.

3.0 Golongan Kata

Perkataan terdiri daripada satu unit perkataan. Frasa terdiri daripada sekurang-kurannya
satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi unit yang lebih besar.
Perkataan yang diperluaskan ini tidak mengandungi subjek dan predikat.Dalam bahasa
Melayu, terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja , kata adjektif dan kata
tugas.

3.0.1 Golongan Kata Nama

Kata nama merupakan perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa
nama.Lazimnya menamakan orang, tempat atau benda. Terdapat tiga golongan kata nama
iaitu, kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.Ini dapat dijelaskan seperti
contoh dalam jadual 3.0.1a dibawah.

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama


Hidup (Mmanusia) Hidup(manusia) Kata ganti nama diri ( orang
.doktor, bayi, kakak Paulus, Doktor Siva pertama):Saya, aku, beta

Hidup (bukan manusia) Hidup (bukan manusia) Kata ganti nama diri ( orang
Gajah, monyet, bunga Sang Kancil, Si Tompok kedua) :awak, kamu, anda
Kata ganti nama diri (orang
ketiga): Dia, mereka,
beliau,baginda

Kata ganti nama tunjuk : Itu,


ini.

7
Kata nama am tak hidup Kata nama khas tak hidup
Institusi Gunung Ledang, Bukit
Sekolah, hospital, universiti Perahu, Proton Iswara

Tak hidup bukan institusi


konkrit
Rumah, padang, jalan

Tak hidup bukan institusi


abstrak berbilang
Satu senyuman, tiap-tiap
pendapat

Tak hidup bukan institusi tak


berbilang
-roh, hawa, ketibaan,
kemunculan
Jadual 3.0.1 Golongan Kata Nama

Secara keseluruhannya kata nama merujuk kepada perkataan yang membawa


maksud nama benda, manusia dan tempat. Terdapat tiga golongan kata nama yang
mempunyai fungsi dan tersendiri.

3.0.2 Golongan Kata kerja

Kata kerja merupakan kata yang menyatakan makna perbuatan dan menjadi inti binaan
frasa kerja. Kata kerja dapat digolongkan kepada dua golongan iaitu kata kerja transitif dan
kata kerja tak transitif seperti dalam Rajah 3.0.2 di bawah.

Kata Kerja

Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak Transitif

Pasif Aktif Berpelengkap Tanpa pelengkap

Rajah 3.0.2 Golongan Kata Kerja

8
a. Kata kerja transitif aktif dikenali dengan imbuhan seperti me-,me-…-kan, me-..-I,
memper..kan dan memper-…-i. Contohnya : membancuh, menebang , mendaki dan
sebagainya.
b. Kata kerja transitif pasif merupakan perubahan ayat aktif kepada ayat pasif dan
ditandai oleh imbuhan di-, di-..-kan, di-…-I, diper-….-kan, dan diper-….-i. Contohnya
, dibaca, dinaikkan, dirobohkan , diperisterikan dan sebagainya.
c. Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk
melengkapkan maksud ayat. Contohnya :
i. Rahman beroleh kekayaan.
ii. Siti menjemur kain di luar rumah.
d. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap merupakan kata kerja yang tidak
memerlukan penyambut untuk mengkapkan maksud ayat. Dengan kata lain, kata
kerja jenis ini boleh berdiri sendiri. Contohnya ;
i. Rahman sedang termenung.
ii. Borhan masih berdoa.

Walaupun kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh unsur keterangan .

Contohnya :

i. Rahman sedang termenung di ruang tamu rumahnya.


ii. Borhan masih berdoa di masjid.

3.0.3 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat. Kata ini berfungsi untuk menerangkan sifat atau
keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh juga didahului oleh kata
penguat. Jenis-jenis kata adjektif dirumuskan dalam jadual 3.0.3 di bawah.

Kata Adjektif Contoh


Sifat dan keadaan Pandai, lembut, cerdas, sangat aktif
Warna Merah, sungguh putih, hijau sekali
Ukuran Panjang, pendek, sangat tinggi
bentuk Bulat, leper, bengkok , amat lonjong
Waktu Awal, suntuk, terlalu lama
Jarak Jauh, dekat, hampir
Cara Laju, lambat, lincah
Perasaan Rindu, benci, ragu, sayang
Pancaindera Sedih, harum, cantik

9
3.0.4 Golongan Kata Tugas

Kata tugas merupakan perkataan yang hadir dalam ayat , frasa atau klausa bagi
menjalankan sesuatu tugas sama ada sebagai kata hubung,kata seru, kata Tanya dan
sebagainya. Kata tugas digolongkan seperti dalam Rajah 3.0.4 di bawah.

Kata tugas

Kata Kata praklausa Kata prafrasa Kata pascakata


Penyambung
ayat

Kata seru -nya


Kata bantu
Kata Hubung
Gabungan

Kata penguat
Kata Hubung Kata tanya
Pancangan
Kata penegas
Kata perintah

Komplemen Kata nafi

Kata
Keterangan pembenar
Kata pemeri
Relatif
Kata pangkal
ayat Kata sendi
nama

Kata arah

Kata bilangan

Rajah 3.0.4 Golongan kata tugas

10
a. Kata penyambung ayat ialah kata hubung yang berfungsi menghubungkan dua
atau lebih binaan ayat sehingga membentuk ayat majmuk. Kata penyambung
ayat dapat dibahagikan kepada kata hubung gabungan dan kata hubung
pancangan.Kata hubung gabungan terdiri daripada dan, atau, lalu , tetapi dan
sebagainya. Kata hubung pancangan pula terbahagi kepada kata hubung
pancangan relatif, kata hubung keterangan dan kata hubung pancangan
komplemen.
b. Kata praklausa adalah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa yang
terdiri daripada kata seru, kata Tanya , kata perintah, kata pembenar dan kata
pangkal ayat. Setiap kata ini mempunyai fungsi tertentu. Contohnya, kata seru
berfungsi untuk melahirkan pelbagai-bagai perasaan dan diakhiri dengan tanda
seru(!). Perkataan yang betujuan menanyakan sesuatu dikenali sebagai kata
Tanya dan diakhiri dengan tanda tanya(?).
c. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa nama, frasa kerja atau frasa
adjektif ialah kata prafrasa.Golongan kata prafrasa termasuklah kata bantu, kata
penguat, kata penegas,kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama,kata arah dan
kata bilangan. Setiap golongan kata ini mempunyai fungsi yang berbeza.
Contohnya, kata nafi “bukan”, berfungsi membawa maksud pertentangan
maklumat.
d. Kata pascakata merupakan perkataan –nya yang berfungsi sebagai penekanan
dan pembenda. Kata penekan memberi penekanan kepada kata yang bergabung
dengannya. Contohnya, Kelihatannya hujan tidak akan turun petang ini. Kata
pembenda menjadikan sesuatu perkataan yang bukan kata nama sebagai kata
nama. Contohnya, kehadirannya agak merosot tahun ini.

Kesimpulannya , dalam penggolongan kata bahasa melayu, perkataan didigolongkan


berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan sedemikian lebih
selaras dengan dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi
konstituen dalam binaan sintaksis.Perkataan bahasa melayu dapt digolongkan kepada
empat golongan iaitu kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata tugas.

11
4.0 Analisis Cerpen

Tajuk Cerpen : Curang SMS

Penulis : Ahmad Syuhaimi

Dipetik daripada : Majalah Harmoni keluaran 15 – 30 Ogos 2008

4.0.1 Pencerakinan Kata Tugas Kepada Jenis-jenis Kata tugas dalam cerpen “
Curang SMS”.

Analisis ke atas petikan cerpen yang bertajuk curang SMS menunjukkan terdapat sebelas
jenis kata tugas yang digunakan dalam cerpen tersebut. Pencerakinan kata tugas tersebut
dapat dijelaskan dalam jadual 4.0.1.

Bil. Jenis Kata Kata tugas Ayat / Kedudukan ayat


Tugas
1. Kata seru helo Helo! Nama saya Nariah dari
setiawangsa.
2. Kata penegas Kah, lah, saja Ini pembantu makmal sayalah.
Sungguhpun Tak dengarkah siaran radio tadi?
lagi
3. Kata tanya Apa, kenapa “Kenapa bang?” Tanya sarah agak
kasar.
4. Kata bantu Telah(aspek) Sarah masih meraung kesakitan.
Masih,sedang Secebis kesakitan yang hanya
dirasakan di dunia berbanding
diakhirat kelak.
5. Kata nya Tumpuannya pada pemanduan
Pascakata membuatkkannya tidak menyedari
riak muka isterinya.
6. Kata penguat Hanya, Letupan yang amat kuat tadi
amat disusuli dengan jeritan nyaring.
7 Kata hubung Dan Syurga dan neraka hak Allah.
ganungan Yang(12elativ
e)
8 Kata Nafi bukan SMS itu bukan daripada ketua
jabatanmu.
Dia bukannya berduit.

12
9 Kata Pemeri ialah Orang itu ialah saya sendiri.
10. Kata arah ke Setiap minggu, sarah kena pergi ke
university pelas waktu pejabat dan
balik lewat malam.
11. Kata Sendi Dari, pada Isteri yang curang pada suaminya
Nama tetap dianggap derhaka.
Jadual 4.0.1 Pencerakinan Kata Tugas Kepada jenis-jenis kata tugas

4.0.2 Kata Adjektif

Analisis ke atas petikan cerpen yang bertajuk curang SMS menunjukkan terdapat empat
jenis kata adjektif yang digunakan dalam cerpen tersebut. Pencerakinan kata adjektif
tersebut kepada jenis-jenis kata adjektif dapat dijelaskan dalam jadual 4.0.2.

Bil Jenis Kata adjektif Kata adjektif Ayat (kedudukan)


1. Sifat / keadaan murah, Murah dan rapuh benar kesetiaanmu.
rapuh,baik,
ceria,
baru,
sibuk,teruk,
kasar
2. Ukuran Besar, tinggi,
sedikit
3. waktu Lewat
Serta merta
4. pancaindera Jelas, kasar Jelas tergambar riak benci di wajahnya.
Jadual 4.0.2. Pencerakinan kata adjektif kepada jenis-jenis kata adjektif

4.0.3 Kata Baharu

Analisis ke atas petikan cerpen ini memperlihatkan terdapatnya kata-kata baharu yang
terhasil daripada beberapa proses pembentukan kata. Proses pembentukan kata tersebut
seperti dijelaskan dalam Jadual 4.0.3.

13
Bil Pembentukan kata Kata Baharu Kata asal

1. Proses Pinjaman (Bahasa Inggeris) Soket Socket


a.Pengambilan kata dengan Komponen Component
perubahan atau penyesuaian ejaan. Rasional rational
i. Abjad c di hadapan a, u,o dan Romantik romantic
konsonan menjadi k. Cas (mengecas) charge

ii. Abjad y yang hadir bukan di awal University universiti


kata i. battery batteri
b. Pengambilan kata tanpa Senior senior
perubahan ejaan. Diet (berdiet) diet

2. Proses pinjaman( bahasa kamar kamar


Indonesia)
a.Pengambilan kata tanpa perubahan
ejaan.
5. Akronim ( Perkataan Bahasa sms Short message
Inggeris) service
6. Penggabungan dua kata umum Telefon bimbit
i. Dua perkataan umum yang Siaran radio
digabungkan telah dinaik tarafnya Ketua jabatan
sebagai istilah yang mendukung Jarak jauh
makna yang tertentu.
7. Bahasa pinjaman (Arab)
a. Proses pinjaman bunyi bahasa Syurga Shurga
i. Konsonan pinjaman-sh(awal kata)
tetapi telah diselaraskan mengikut
sistem ejaan Rumi.
Sh diselaraskan menjadi sy.

ii.kh(tengah kata) Akhirat Akhirat


b. Pinjaman terus tanpa perubahan
ejaaan- proses peminjaman bunyi aib aib

Jadual 4.0.3 Pencerakinan kata adjektif kepada jenis-jenis kata

14
BIBLIOGRAFI

1. Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu. Morfologi


dan sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

2. Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan kata dalam bahasa


Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

3. Ali Mahmood dan rakan-rakan (2010). Morfologi dan sintaksis bahasa


Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

4. Dr. faridah Nazir.( 2016).Morfologi Bahasa melayu.Petaling Jaya:


Sasbadi Sdn.Bhd.

5. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid
Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1 (Edisi Kedua). Shah Alam:
Oxford Fajar.

7. http://www.scribd.com/doc/88832860/Proses-Pembentukan-Kata-Dan-
Penggolongan-Kata-Dalam-Bahasa-Melayu#scribd

8. http://www.slideshare.net/cikgushamsuddin/morfologi-15770170

15
16

Anda mungkin juga menyukai