Set Induksi Guru memulakan pengajaran dengan meminta
pelajar melihat tayangan video. Guru kemudiannya menayangkan gambar orang-orang di Afrika (kekurangan makanan). Guru kemudiannya bertanya apakah tajuk pelajaran dan bertanyakan kepada pelajar apa yang mereka dapat perhatikan dalam gambar tersebut. Pelajar mampu menyatakan tajuk pelajaran iaitu ‘Malnutrisi’. Guru kemudiannya menegaskan tajuk pelajaran. Penerangan Guru memberi penerangan menggunakan slaid yang disediakan. Slaid menarik dengan bantuan ilustrusi dan nota pendek yang disediakan. Suara guru jelas. Eye contact baik. Sesi soal jawab semasa penerangan terkawal dan melibatkan pelajar dalam sesi membaca dan memberi respon. Cara guru memberi penjelasan merangsangkan pelajar memberi respon yang aktif. Bagus! Pengajaran guru dikaitkan dengan fenomena yang realiti. Bagus! Elakkan bercakap semasa membelakang pelajar. Aktiviti Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan. Guru memberi arahan aktiviti dengan jelas. Guru mengingatkan masa aktiviti kepada pelajar adalah 10 minit. Guru menegaskan nilai kerjasama dalam kumpulan. Guru memantau kerja kumpulan. Pelajar melengkapkan silang kata. Guru menyemak jawapan silang kata bersama pelajar. Guru kemudiannya memberi arahan aktiviti yang kedua. Pelajar komited membuat kerja kumpulan. Wakil kumpulan membentang hasil kerja mereka. Guru juga memberi peneguhan positif kepada pelajar. Penilaian Guru memberi arahan yang jelas sebelum memulakan penilaian seperti: bersikap jujur, jangan meniru buku dan tidak dibenarkan berbincang kerana tugasan bersifat tugasan individu. Guru memantau kerja pelajar. Guru juga sentiasa mengingatkan masa menjawab kepada pelajar dari masa ke masa. Elakkan banyak bercakap semasa pelajar menjawab soalan secara bertulis kerana menganggu konsentrasi pelajar. Guru meminta pelajar menyemak kerja rakan- rakan mereka berdasarkan perbincangan guru dengan pelajar. Guru dapat mengawal sesi perbincangan jawapan bersama pelajar. Penutup Guru menunjukkan slaid yang meringkaskan tajuk pelajaran. Guru membuat rumusan pelajaran. Guru bersoal jawab dengan pelajar dalam membandingkan antara penyakit kwashiorkor dengan marasmus. Adalah lebih baik jika guru juga dapat meminta pelajar untuk membuat rumusan berdasarkan jadual atau peta minda sebagai panduan. Guru harus memikirkan penutup yang komprehensif (bersifat menyeluruh).