Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBAE3103 Kraf Tradisional adalah salah satu kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh
masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Seni Visual dengan kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda
maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan bidang kegiatan Mengenal Kraf Tradisional dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;
2. Mengklasifikasikan jenis-jenis aktiviti bidang kegiatan Mengenal Kraf Tradisional
dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;
3. Menggunakan pelbagai strategi untuk pengajaran dan pembelajaran bidang
kegiatan Mengenal Kraf Tradisional dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memberi pengenalan umum tentang kraf tradisional.


Topik 2 menerangkan latar belakang batik dan motif dan ragam hias dalam batik.
Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan untuk
menghasilkan batik.
Topik 3 menerangkan latar belakang ukiran dan motif dan ragam hias dalam
ukiran. Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan
untuk menghasilkan ukiran.
Topik 4 menerangkan latar belakang tenunan dan motif dan ragam hias dalam
tenunan. Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan
untuk menghasilkan tenunan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

Topik 5 menerangkan latar belakang anyaman dan motif dan ragam hias dalam
anyaman. Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan
untuk menghasilkan anyaman.
Topik 6 menerangkan latar belakang tembikar dan motif dan ragam hias dalam
tembikar. Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan
untuk menghasilkan tembikar.
Topik 7 menerangkan latar belakang tekatan dan motif dan ragam hias dalam
tekatan. Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan
untuk menghasilkan tekatan.
Topik 8 menerangkan latar belakang wau dan motif dan ragam hias dalam wau.
Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan untuk
menghasilkan wau.
Topik 9 menerangkan latar belakang gasing dan motif dan ragam hias dalam
gasing. Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan bahan
untuk menghasilkan gasing.
Topik 10 menerangkan latar belakang perhiasan diri dan motif dan ragam hias
dalam gasing. Anda akan pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan alat dan
bahan untuk menghasilkan satu perhiasan diri.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik
anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan
dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda
telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-
perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak
kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami
kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian
dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya
terdapat di dalam modul itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topic, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami
setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di
dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian
Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca
bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk
mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap
pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya.

Contoh:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Bloom, Dwila (1994). Multicultural art activities kit: Re-use lessons and projects with
194 drawings, Photo Color Prints, New York: The Center for Applied Research
Education.

Radcliffe, Loral (1990), Creative crafts for kids, Westminster, USA: Teacher Created
Materials, Inc.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Buku sumber Pendidikan Seni Visual,


KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Seni Visual, KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Smolucha, L (1996). The visual art companion, New Jersey, Prentice Hall.

Mazlan, M (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip pendidikan Kuala Lumpur: Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai