Anda di halaman 1dari 4

SMK.

TAMAN KLUANG BARAT


JALAN YULE CATTO, 86000 KLUANG, JOHOR

SKEMA JAWAPAN
PENILAIAN KURIKULIM 1
2016
TINGKATAN 4

BAHASA MELAYU
Soalan : Rumusan
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :
Isi : 20 markah
Bahasa : 10 markah

PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN RUMUSAN


a) Isi [20 markah]
i. Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
 nama khas
 perkataan berulang
 penggunaan kata sendiri di dan ke
 tarikh
 angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
 gelaran
ii. Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa
iii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa.
iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah


(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12
16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/Kesimpulan 2
Jumlah Markah 20

v. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan kurang daripada 120 patah perkataa, berikan 0m untuk isi.

b) Bahasa [10 markah]


Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut :

Peringkat Markah isi Markah Bahasa Huraian


Baik 18 – 20 9 – 10  Kesimbungan isi baik
15 - 17 7–8  Struktur ayat / tatabahasa baik
 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul
Sederhana 12 – 14 6–7  Kesimbungan isi masih baik
8 - 11 4–5  Struktur ayat / tatabahasa masih
memuaskan
 Kosa kata masih memuaskan
 Tanda bacaan / ejaan juga masih
memuaskan
Lemah 1-7 1-4  Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan / tidak memuaskan
Nota :
i. Jika bahasanya baik tambah 1 markah lagi
ii. Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah
iii. Jika disalin bulat-bulat, perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 1m untuk bahasa
iv. Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong
[Markah bahasa maksimum : 10 markah]

PENDAHULUAN
 cara-cara / tindakan-tindakan / kaedah-kaedah / usaha-usaha untuk meningkatkan
penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan di Malaysia / di
negara kita

ISI TERSURAT
 kerajaan bertindak mengadakan pelbagai kempen kesedaran dalam kakitangan kerajaan
 ketua-ketua jabatan mula mengenal pasti kakitangan di jabatan masing-masing yang
belum menguasai kemahiran computer ini
 merangka program untuk mendekatkan mereka dengan alat-alat ini melalui pelbagai
kursus
 kerajaan bertindak menggantikan peralatan lama dengan peralatan canggih
 kerajaan menggalakkan penggunaan e-mel dalam urusan pentadbiran
 pada peringkat negara, usaha ini merangkumi penubuhan Koridir raya Multi Media
 menggalakkan pemilikan komputer peribadi melalui kelonggaran mengeluarkan
simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan (MAMPU) telah merangka program yang
sesuai supaya kakitangan kerajaan menguasai teksnologi maklumat

ISI TERSIRAT
 kakitangan dapat menjimatkan masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan
 majikan dapat menjimatkan kos pengambilan pekerja
 bebanan kerja yang ditanggung oleh kakitangan dapat dikurangkan
 kakitangan dan majikan dapat memperoleh maklumat melalui penggunaan Internet
 kakitangan dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan mudah

PENUTUP
 semua pihak perlu berganding bahu agar matlamat kerajaan untuk melahirkan kakitangan
kerajaan yang celik teknologi tercapai.

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
1. Maksud frasa ‘mewujudkan kerajaan elektronik ‘ ialah :
 mengadakan/ menjadikan pentadbiran berkomputer

2. Kesan-kesan kegagalan penggunaan internet dalam urusan pentadbiran ialah :


 ketinggalan dalam urusan pentadbiran
 menjejaskan keupayaan daya saing negara
 menggagalkan usaha untuk mewujudkan kerajaan elektronik

3. Pada pendapat saya, cara-cara untuk mengatasi penyalahgunaan Internet dalam kalangan
remaja ialah :
 Ibu bapa perlu memantau penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak sewaktu di
rumah
 remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan Internet perlu dihantar ke Pusat Pemulihan
Akhlah
 ibu bapa perlu menerapkan ajaran agama dalam diri anak-anak
 kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran tentang bahana penyalahgunaan Internet
malalui media massa seperti televisyen
 penguatkuasaan undang-undang yang tegas seperti menyekat laman sosial yang
memaparkan unsur-unsur lucah dan negatif