Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Gaya hidup sihat merupakan aspek utama bagi kesejahteraan seorang manusia.
Seseorang yang sihat akan dapat memainkan peranan yang aktif terhdap pembangunan diri,
negara dan bangsa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO, 1948 ) menyatakan gaya
hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat cergas serta bebas
daripada sebarang penyakit. “Gaya hidup sihat” bererti aktiviti yang harus dijadikan
kebiasaan dalam kehidupan seseorang untuk mengelakkan diri daripada sebarang penyakit.
Banyak aktiviti perlu dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Peribahasa “ mencegah lebih
baik daripada mengubati” perlu diamalkan oleh setiap orang. Pada masa kini, setiap insan
menghadapi pelbagai cabaran seperti tekanan, pengambilan makanan seimbang, obesiti,
senaman, dan rehat yang cukup untuk menjalani gaya hidup sihat yang diingini.

Tekanan

Dewasa kini, ramai menghadapi tekanan dalam kehidupan harian mereka. Punca seseorang
itu menghadapi tekanan adalah beban kerja berlebihan, persekitaran kerja tidak selesa,
keluarga, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain. Menurut Profesor Bersekutu, Fakulti
Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chee Kok Han( Utusan , 2015) statistik
di Malaysia menunjukkan seramai 5.8 juta rakyat mengalami penyakit tekanan darah tinggi
dan angka ini sebenarnya semakin membebankan sistem penjagaan kesihatan kita. Masalah
ini berlaku kerana dewasa kini tidak mengambil berat akan kesihatan dan kesejahteraan
mereka. Akibatnya ia membawakan diri mereka menghadapi tekanan. Untuk menghindarkan
diri daripada menghadapi tekanan, maka gaya hidup sihat amat penting bagi individu
tersebut. Individu yang menghadapi tekanan perlu mengetahui cara yang betul dan lebih
komprehensif bagi mengatasi tekanan. Tekanan perlu ditangani dengan menyerap prinsip-
prinsip positif dan menjauhi prinsip-prinsip negatif yang kronik. Gaya hidup yang sihat
membantu kita menambah nilai kehidupan seseorang dan mengurangkan pemikiran negative
dan secara tidak lansung menyumbang kepada kualiti usia yang lebih baik.

Makanan seimbang

cabaran seterusnya adalah pengambilan makanan seimbang yang selalunya dihadapi oleh
semua orang. Sebagai dewasa atau remaja pengambilan makanan seimbang tidaklah begitu
dititik beratkan oleh mereka ataupun keluarga dan masyarakat sekeliling. Dikeranakan
kurangnya pengambilan makanan seimbang yang tidak selaras dengan piramid makanan
maka individu tersebut menghadapi masalah obesiti, kurang berat badan dan penyakit-
penyakit kronik. Piramid Makanan Malaysia bertindak sebagai panduan untuk mengenalpasti
jenis dan jumlah makanan yang boleh dalam kombinasi untuk menyediakan makanan yang
sihat. Bagi menangani masalah ini, mereka perlu membiasakan diri dengan makan yang
seimbang. Ia boleh memastikan seseorang individu tersebut mendapat makanan yang sesuai
dan menggabungkan prinsip pemakanan yang baik. Pemakanan yang seimbang dapat
menyediakan tubuh badan dengan komponen diet yang sihat. Untuk mengekalkan kesihatan
yang baik, tubuh badan kita memerlukan 46 nutrien setiap hari. Menurut Profesor Dr.Faridah
Haji Abdul Rashid, dalam bukunya yang bertajuk “Makanan Seimbang Untuk Remaja”
menyatakan pemakanan yang perlu mengikut diet yang ialah 55% karbohidrat 155% protien
dan 30% lemak. Ungkapan “Makan secara sihat, sihat sepanjang hayat” membantu kualiti
hidup yang lebih tinggi turut meningkat.

Senaman

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/hipertensi-makin-


membebankan-1.67884#ixzz4oVskPzr7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai