Anda di halaman 1dari 6

3.

IMPLIKASI BODEK

Menurut Ahmad Faisol Haji Omar (2012) di dalam buku bertajuk “Pembodek Parasit dalam
Organisasi” menyatakan bodek yang dilakukan oleh seseorang kadang-kadang berjaya dan
ada ketikanya gagal. Walaupun jika si pembodek berjaya, namun ia telah menimbulkan
mudarat kepada organisasi dan individu lain dalam organisasi tersebut.

Mudarat bukan sahaja menimpa si pembodek, malahan bos yang berjaya dibodek, mangsa
bodek, dan organisasi turut menerima kesan buruk.

1. IMPLIKASI KEPADA PEMBODEK

Pada hakikatnya, manfaat yang sedikit diterima oleh si pembodek akan mengundang pelbagai
kerugian kepadanya. Terdapat lima kesan buruk yang akan menimpa pembodek iaitu hasil
perolehan tidak berkat, hilang sahabat, ramai yang membenci, kerja tidak berkualiti, dan
“untung sekarung rugi seguni”

1.0 Hasil Perolehan Tidak Berkat

Iman dan takwa merupakan syarat asas untuk mendapat keberkatan. Adakah seseorang
pembodek itu beriman dan bertakwa semasa membodek? Tentu sekali tidak, kerana iman dan
takwa adalah mustahil dipadankan dengan perkara yang dilarang. Sesungguhnya perbuatan
membodek adalah dilarang dalam islam. Justeru, apabila seseorang itu membodek, maka
sudah tentu pada ketika itu iman dan takwa tiada dalam dirinya dan apa sahaja yang
diperolehnya dengan sebab bodek tentu sekali tidak akan mendapat keberkatan daripada
Allah S.W.T

1.1 Hilang Sahabat

Si pembodek akan menolak hak-hak persahabatan semata-mata ingin mendapatkan sesuatu


yang dikejarnya. Antaranya ialah dia tidak suka sahabatnya yang senior atau sebaya
mendapat pangkat atau jawatan yang terhad kerana ingin memintas sahabatnya untuk
mendapatkan pangkat itu.

Sahabat yang kehilangan hak angkara tindakan si pembodek secara semulajadinya akan
berkecil hati, marah, geram, dan benci kepadanya. Lama-kelamaan rengganglah hubungan
mereka dan dia akan kehilangan lebih ramai sahabat.
1.2 Ramai Yang Membenci

Menjauhkan diri daripada pembodek beerti membencinya disebabkan keburukan


perangainya. Islam mengajar umatnya supaya berdamping dan berkawan dengan orang yang
berakhlak mulia dan melarang daripada mendampingi orang yang berperangai buruk.

Dalam sesebuah organisasi, si pembodek dibenci oleh ramai orang. Kebencian orang
kepadanya ditunjukkan dengan cara yang berbeza-beza. Bagi yang berani, maka kebencian
ditunjukkan secara terbuka dan terang-terang seperti memarahi dan mengutuk si pembodek.
Ada yang memulaukannya. Ada yang tidak memberi kerjasama kepadanya. Ada yang
berurusan denagn sekadar keperluan semata-mata.

1.3 Kerja Tidak Berkualiti

Kebiasaannya seseorang yang melangkah naik ke suatu jawatan yang lebih tinggi dengan cara
membodek tidak akan dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. Pelantikkannya itu
memberikan kesan negatif kepada oraganisasi dan sedikit sebanyak kepercayaan orang ramai
dan pelanggan terhadap organisasi akan terhakis.

Antaranya faktor pembodek tidak dapat menghasilkan kerja yang berkualiti adalah kerana
mendapat jawatan tidak berdasarkan kebolehan dan pengalaman sedangkan kedua-duanya
adalah penting untuk menghasilkan kerja berkualiti dan melonjakkan produktiviti.

1.4 “Untung Sekarung Rugi Seguni”

Peribahasa ini amat sesuai dipadankan dengan seseorang yang suka membodek. Walupun dia
mendapat sesuatu yang dihajatinya hasil daripada kejayaannya membodek tatapi pada masa
yang sama dia kehilangan banyak perkara yang merugikan.

Bil Untung Rugi


1. Naik pangkat 1. Hilang sahabat.
2. Tiada keberkatan.
3. Ramai yang membenci.
4. Kerja tidak berkualiti.
5. Tidak dapat kerjasama.
6. Tiada pengaruh.
7. Sukar mendapat sokongan.
8. Hidup tidak tenteram.
9. Tidak dihormati.
10. Orang bahawan. berurusan dengannya sekadar
perlu.
2. Jadi orang kanan bos 1. Ramai yang mengutuk.
2. Orang tidak peduli.
3. Majoriti.
4. Pekerja berurusan dengannya seolah-olah
terpaksa.
5. Bersendirian apabila tiada bos.
Jadual menunjukkan nisbah untung rugi seseorang pembodek

2. IMPLIKASI KEPADA BOS

Bos yang mudah dibodek dan melayan kehendak pembodek merupakan bos yang tidak
disenangi oleh majoriti pekerja. Bos ini juga selalu termakan dek pujian si pembodek.

Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman (2008) memuji orang dihadapannya walalupun pujian
itu adalah benar dan ikhlas, tetapi tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri, dan
menghilangkan ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukannya. Kerana itulah sebuah hadis
sohih menyebut :-

َّ ‫ فقال أهلكتم ـ أو قطعتم ـ ظهر‬،‫المدْ َح ِة‬


‫الرجل‬ ْ ‫رجل يُثنى على رجل وي‬
ِ ‫ُط ِري ِه في‬ ً ‫سمع النبي ـ صلى هللا عليه وسلم ـ‬

Ertinya : Musa Al-Asyaary berkata : Rasulullah mendengar seornag lelaki memuji seorang
lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong diri
lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bos yang keterlaluan melayan pembodek sebenarnya telah melakukan kesilapan besar.
Kesilapan bos memenuhi dan melayan kehendak pembodek mengundang implikasi negatif
antaranya, tidak mendapat sokongan semua pihak, serba salah, menzalimi pihak lain, pergi
tidak dikenang dan lain-lain.
2.0 Tidak Mendapat Sokongan Semua Pihak

Pada hakikatnya bos yang dikuasai pembodek sukar mendapat sokongan kesemua pihak. Dia
hanya mendapat sokongan daripada pembodek dan penyokong-penyokongnya. Individu yang
paling ketara tidak memberi sokongan kepada bos ialah individu yang teraniaya angkara
kezaliman bos. Hal ini kerana bos telah terpedaya dan termakan hasutan dan fitnah yang
direka-reka oleh si pembodek. Jika ramai yang teraniaya maka semakin ramai individu yang
secara terang-terang tidak memberi sokongan kepada bos.

Sehebat mana sekalipun bos, jika tidak mendapat sokongan warga organisasi pimpinannya
maka dia akan hilang arah untuk memimpin.

2.1 Serba Salah

Dalam keadaan serba salah ini, bos akan terdedah kepada melakukan kesilapan-kesilapan
seperti tidak berani menegur si pembodek kerana bimbang dia akan mengungkit dan
menyebut semula satu per satu sumbangannya kepada bos atau mendedahkan rahsia bos
kepada orang lain. Membiarkan si pembodek bebas dalam organsasi seperti keluar masuk
pejabat secara suka hati dan lain-lain.

2.2 Menzalimi Pihak Lain

Menzalimi individu tertentu dengan mengambil haknya lalu diberikan kepada si pembodek
merupakan suatu kesilapan besar yang dilakukan oleh bos. Perkara sebegini berlaku apabila
bos tidak menggunakan akal untuk mempertimbangkan sesuatu kepututsan yang adil dan
tepat. Sebaliknya, dia membiarkan nafsu menguasai dirinya ketika membuat keputusan.
Akhirnya individu yang senior, berpengalaman dan berkelayakan teraniaya akibat dinafikan
haknya.

2.3 Pergi Tidak Dikenang

Adakah bos yang tidak disenangi oleh sebahagian besar pekerja akan disebut-sebut namanya
selepas meninggalkan organisasi? Pada hakikatnya semua pekerja memperlekehkan bos yang
tidak meninggakan jasa. Justeru itu dia tidak layak dikenang dan namanya lekang dari
sebutan. Jika disebut juga, maka sifat-sifat yang buruk sahaja yang dibangkitkan seolah-olah
memberi peringatan supaya janagn diteladani sikap bos itu.
3. IMPLIKASI KEPADA MANGSA BODEK

Mangsa bodek ialah individu yang teraniaya akibat permainan licik daripada si pembodek
dan bos yang kena bodek. Kebolehan, pengalaman, senioriti, ketrampilan, dan prestasi
cemerlang seseorang pekerja langusng tidak diambil kira sekiranya dia menjadi mangsa
bodek. Antara implikasi yang menimpa mangsa bodek ialah hak dinafikan, kecewa dan tidak
bersemangat, tidak menghormati bos, tidak dihormati dan dipeduli, dan hubungan dengan
pembodek menjadi renggang.

Akibat kecewa menjadi mangsa bodek, individu ini tidak lagi bersemangat untuk terus
bekerja. Walupun dia tiak berhenti kerja, tetapi semangat kerjanya semakin menurun. Prestasi
kerjanya merosot. Jiwanya dilamun perasaan benci, marah, geram, dan sakit hati kepada bos
dan si pembodek. Walaupun niat bekerja bukan untuk mengejar kemewahan, pangkat, dan
pingat tetapi sebagai manusia biasa yang serba kekurangan, pasti terdetik kehampaan di hati
apabila usaha tidak dihargai oleh bos yang mengemudi orgnisasi.

4. IMPLIKASI KEPADA ORGANISASI

Kewujudan pembodek yang menjalar dalam organisasi turut menginggalkan implikasi negatif
terhadap organisasi. Antara implikasi negatif yang bakal diterima oleh organisasi ialah
produktiviti menurun dan perpecahan dalam organisasi.

4.0 Produktiviti Menurun

Kurang produktiviti menyebabkan kerugian kepada organisasi. Jika organisasi itu berbentuk
perniagaan maka kekurangan produktiviti memberi petunjuk bahawa organisasi sedang
berhadapan dengan masalah besar. Jika tidak diambil langkah-langkah segera menanganinya
maka berkemungkinan operasi organisasi tersebut terpaksa tidutup kerana mengalami
kerugian berterusan.

4.1 Perpecahan Dalam Organisasi

Perpecahan akan berlaku di dalam organisasi setelah mereka tiada kesatuan dan mereka
berpecah belah menguruskan perjalanan organisasi. Maka amat sukar bagi mereka untuk
mengaut keuntungan besar, bahkan tidak mustahil mereka akan “gulung tikar”.
RUJUKAN

- (buku pembodek parasit organisasi tu, lupa plk nk amik detail)

- Rahman, D. Z. (1 Jun, 2008). Puji, Ampu dan Bodek, Pandangan Islam . Retrieved 1 April,
2015, from www.zaharuddin.net:
http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=718

ISI KANDUNGAN

3. IMPLIKASI BODEK

1. IMPLIKASI KEPADA PEMBODEK

1.0 Hasil Perolehan Tidak Berkat

1.1 Hilang Sahabat

1.2 Ramai Yang Membenci

1.3 Kerja Tidak Berkualiti

1.4 “Utung Sekarung, Rugi Seguni”

2. IMPLIKASI KEPADA BOS

2.0 Tidak Mendapat Sokongan Semua Pihak

2.1 Serba Salah

2.2 Menzalimi Pihak Lain

2.3 Pergi Tidak Dikenang

3. IMPLIKASI KEPADA MANGSA BODEK

4. IMPLIKASI KEPADA ORGANISASI

4.0 Produktiviti Menurun

4.1 Perpecahan Dalam Organisasi

Anda mungkin juga menyukai