Anda di halaman 1dari 10

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pendidikan,
peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran,dan menjelaskan fungsi
domain tersebut. Turut dibincangkan adalah tentang prinsip,peranan dan kepentingan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

SUB-TAJUK

· Konsep Teknologi Pendidikan

· Domain-Domain Teknologi Pengajaran

· Prinsip-Prinsip Teknologi Pendidikan

· Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Konsep Teknologi Pendidikan

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermaknakemahiran


menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalanyang praktikal bagi
melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alatdan mesin sahaja. Ia merangkumi
proses dan idea. Kekuatan teknologi terletakterutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan
untuk mencapai sesuatumaksud atau objektif terletak pada alat.Berdasarkan erti asal perkataann
Yunani ini,maka wajarlah jika Galbraith (1967) mendefinisikan teknologi sebagai:

...the systematic application of scientific knowledge and otherorganized knowledgeto practical tasks.

yang bermaksud: kemahiran mengaplikasi pengetahuan saintifik dan pengetahuan lainyang terurus,
secara sistematik kepada kerja-kera praktikal bagi melaksanakan sesuatutugas.

Istilah teknologi sering dikaitkan dengan alat-alat teknologi moden terutama alat-
alatelektronik seperti televisyen, perakam pita video, permainan cakera laser, permainancakera
padat, perakam pita kaset, projektor LCD dan projektor lutsinar. Kadangkalateknologi bermaksud
pembangunan serta pemodenan dan biasanya sesuatu organisasiitu maju dan berkembang adalah
kerana kesan penggunaan alat-alat teknologi itusendiri.

Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea.Kekuatannya
terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untukmencapai sesuatu maksud
atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalammerancang sesuatu pengajaran, perancangan
awal yang melibatkan penggunaan ideasama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan
sebagainya adalah merupakanproses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah
mencapai kejayaan

Terdapat satu lagi tafsiran tentang teknologi oleh Evans dan Nation (2000) yang secara

menolak konsep alat sebagai teknologi. Ia dikatakan seperti berikut:

Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool fora purpose.

Evans dan Nation (2000)

Teknologi adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatukeperluan.


Penggunaan itu pula bukan dilihat dari sudut sains sematamata, tetapi jugaseni. Jadi, jika papan
hitam atau papan tulis yang usang di bilik darjah dicantikkanrupanya dan digunakan hingga
membangkitkan kefahaman dalam pembelajaran, makaitulah teknologi. Akan tetapi jika papan tulis
itu terbiar dan tidak pernah dicari jalanuntukmengoptimumkan penggunaannya, maka tinggallah ia
sebagai alat yang usang.Educational Technology is defined as

“the study and ethical practiceof facilitating learning and improving performance by creating,
using,and managing, appropriate technological processes and resources”(AECT, 2004).

Teknologi pendidikan adalah sesuatu yang luas sehingga ada yang mengatakanbahawa konsep
teknologi pendidikan itu merangkumi sesebuah organisasi pendidikanitu sendiri. Konsep dan
pengertiannya boleh dibicarakan dari pelbagai sudut.

Crowell (1971) Encyclopedia of Education Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-
alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan

Good (1973) Dictionary or Education Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik
untuk mereka dan membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran

Uhwin, Derek (1976) Applying Educational Technology Teknologi pendidikan ialah penggunaan
kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dan latihan, yang meliputi kemudahan
belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ia menimbulkan pembelajaran

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988) Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks
dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk
mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan
tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Teknologi Pendidikan (1991) Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan
dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Domain-Domain Teknologi Pengajaran


Terdapat dua domain teknologi pengajaran iaitu DomainTeknologi Pengajaran 1977 dan Domain
Teknologi Pengajaran 1994.

Domain Teknologi Pengajaran 1977

(Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (Association for

Educational Communication and Technology (1977)).Teknologi pengajaran merupakan satu proses


yang kompleks dan bersepadu yangmelibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi
untuk menganalisismasalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian
kepadamasalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamatdan
terkawal.

Domain teknologi pengajaran dibahagikan kepada tiga fungsi iaitu:

i. fungsi pengurusan pengajaran;

ii. fungsi pengembangan pengajaran; dan

iii. fungsi sumber pembelajaran.

Fungsi Pengurusan Pengajaran

Fungsi pengurusan bertujuan menyelaras dan mengawal fungsi pengembangan sertafungsi sumber
pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi pengajaran dapatberjalan dengan berkesan.
Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi dan kakitangan.Fokus pengurusan organisasi ialah
mentadbir projek dengan cara mengenal pastikeperluan organisasi, menentukan matlamat dan
objektif. Seterusnya, menguruskansoal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan
dengan prosedurpentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi.

Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan denganpengambilan, penyeliaan
dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitanganialah mewujudkan hubungan baik serta
meningkatkan keberkesanan komunikasi antarapekerja. Berdasarkan penjelasan di atas tidak dapat
dinafikan bahawa teknologipengajaran dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha manusia,
prosedur dan ideabagi mencapai satu objektif tertentu diintegrasikan.Untuk menyelesaikan
masalah,semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu.

Fungsi Pengembangan Pengajaran

Fungsi domain ini ialah menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta merekabentuk,


melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah ini. Ia melibatkan satuproses yang
mengandungi beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoretikal bagi menyelesaikanmasalah yang
dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bagi memperoleh maklumatsaintifik berkenaan murid,
pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dansebagainya. Di sini teori dan model
dihasilkan dan diuji.

Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya adalahmerekabentuk
pengajaran yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini ditukarmenjadi sebuah spesifikasi
yang akan menjadi asas kepada pembinaan pengajaran. Iadimulakan dengan analisis terhadap
murid, menulis objektif, memilih strategipengajaran, memilih media pengajaran dan juga
menentukan spesifikasi media tersebut.

Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis, grafikdan gambar
dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer danpengendalian alat turut
diadakan. Adakah ini sahaja yang dilakukan? Tidak. Itu hanyalahbeberapa contoh. Dalam aspek
penghasilan atau penerbitan, segala macam mediapengajaran boleh dihasilkan asalkan ada
spesifikasinya. Media pengajaran yang telahdihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai
terlebih dahulu agar benar-benarmemberi kesan yang dihajatkan.

Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudutkemampuannya
menepati kehendak objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualititeknikal turut dilakukan.
Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akandikemukakan sama ada hasil penerbitan ini
diterima, ditolak atau diterima denganpembaikan.

Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan. Di peringkatpenggunaan


ini, murid dibantu untuk memilih sumber pembelajaran (media pengajaransebahagian daripadanya)
yang sesuai dengan pembelajaran mereka serta membantumereka menggunakan sumber yang
dipilih. Kemajuan murid dipantau semasa merekamenjalani aktiviti pembelajaran ini.

Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempatpengumpulan perlu
disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggaradan diedarkan. Akhir sekali, bagi
memastikan perkembangan teknologi pendidikan dapatdiikuti, peringkat penyebaran pula
memastikan agar maklumat tentang teknologipengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui
pemberian khidmat nasihat, latihandan pemberitaan.

Fungsi Sumber Pembelajaran

Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah tergolong dalamfungsi sumber


pembelajaran yang terdiri daripada mesej, manusia, bahan, peralatan,teknik dan tempat atau
keadaan (settings). Setiap komponen boleh digunakan secaraterpisah atau secara kombinasi bagi
memudahkan proses pengajaran danpembelajaran. Seperti mana yang telah diterangkan di atas, di
peringkat penggunaandan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan dan disebarkan. Oleh
itu,domain ini merupakan produk daripada proses yang berlaku dalam domain atau
fungsipengembangan pengajaran. Ia dikategorikan begini bagi memudahkan penjelasan.

Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantarmaklumat kepada
murid. Satu daripadanya ialah mesej.Mesej mengandungi maklumatyang diterima oleh murid.
Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lain-lain.

Manusia ialah penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam konteks sekolah
adalah seperti guru, murid, pengetua dan ibu bapa.Bahan juga adalahpenyimpan mesej yang akan
disebarkan seperti nota, buku, pita video,modulpembelajaran (seperti modul ini), cakera padat dan
sebagainya.Peralatan pula berfungsimenghantar maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti
projektor, perakam audio,pemain cakera video dan sebagainya.Teknik ialah bagaimana bahan,
peralatan danmanusia digunakan bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan,
melelektronik dan lain-lain.

Akhir sekali tempat atau keadaan. Ia merupakan keseluruhan persekitaran di mana mesej akan
disebarkan seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi.Berhubung dengan
sumber pembelajaran, perlu ditegaskan bahawa tidak semua direkabentuk khusus untuk
pembelajaran. Namun, ia masih boleh digunakan sebagai sumberpembelajaran seperti iklan TV,
katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau TV,muzium, zoo, Internet dan banyak lagi. Dalam
hal ini, sumber yang tersedia ada samapentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh itu, murid
dan guru perlu mengetahuibagaimana menggunakan sumber sumberini.

Domain Teknologi Pengajaran 1994

Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (Association forEducational
Communication and Technology (1994)).

Domain teknologi pengajaran tahun 1994 merupakan kesinambungan daripada domaintahun


1977.Terdapat lima domain dalam teknologi pengajaran kini berbanding dengantiga sebelumnya.
Namun itu tidak bermakna wujudnya perbezaan yang banyak di antaradomain yang lepas dengan
yang terkini kerana domain pembangunan, penggunaan danpenilaian sudahpun terangkum dalam
fungsi pengembangan pengajaran. Setiap domainmempunyai teori dan amalannya yang tersendiri
dan ia boleh berfungsi secara sendirianatau berinteraksi dengan domain yang lain. Interaksi ini pula
tidak semestinya dalambentuk linear.

Tafsiran teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT pada tahun 1994:bermaksud:

Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang merekabentuk, membangun,mengguna,


mengurus dan menilai prosesserta sumber untuk pembelajaran. (AECT 1994)

Definisi menyatakan bahawa teori dan amalan menjadi asas kepada setiaptindakanyang diambil.
Seorang yang terlibat dengan sesuatu pekerjaan mesti mempunyaipengetahuan yang boleh
menyokong setiap amalan yang dilakukan.Teori bermaksudkonsep, konstruk, prinsip dan cadangan
yang menyumbang kepada badanpengetahuan.Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan
untuk menyelesaikanmasalah.Misalnya, ada teori mengatakan niat dan motif untuk belajar berkait
rapatdengan kualiti pembelajaran.

Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran dan teknologi istruksional meliputi teori
dan domain reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan
sumber untuk pembelajaran.

Domain Reka Bentuk

Domain yang pertama dalam teknologi instruksionaladalah domain reka bentuk. Reka bentuk adalah
proses untuk menentukan komponen system instruksional, ciri-ciri dankeperluan untuk
pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidangutama iaitu:

i.Reka bentuk sistem instruksional

ii. Reka bentuk mesej

iii. Strategi instruksional

iv. Ciri-ciri murid

Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau sistematik untuk
menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahaninstruksional, satu unit
pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantuatau menambahbaik murid belajar
dan guru mengajar.

Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan caradan format
media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada murid.

Bidang ketiga iaitu strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusunaktiviti
pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domainpembelajaran,
kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan prosespembelajaran.

Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri murid sepertimenentukan
kemahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi kesanterhadap proses pembelajaran.

Domain Pengembangan

Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah domain pengembangan atau pembinaan.
Domain ini melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk.untuk menghasil bahan
instruksional. Bahan instruksional terdiri dari bahancetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan
komputer dan bahan multimedia.

Domain penggunaan

Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah domain penggunaan. Penggunaanadalah tindakan
menggunakan kaedah dan model instruksional,bahan dan perkakasanmedia dan persekitaran untuk
meningkatkan suasanapembelajaran.
Domain Pengurusan

Domain keempat iaitu domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologiinstruksional


menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan pusatsumber/teknologi
pendidikan untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaranberjalan dengan tersusun dan
berkesan.

Domain Penilaian

Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian. Penilaian adalahproses untuk
menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran danpembelajaran atau program
pendidikan seperti penilaian pencapaian murid, penilaianpenggunaan media, penilaian reka bentuk
dan pembinaan bahan pengajaran danpenilaian program atau projekmedia pendidikan. Dalam
domain penilaian terdapatempat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian
kriteria, penilaianformatif dan penilaian sumatif.
Teknologi pengajaran ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluanpendidikan secara
sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk danmengaplikasikannya secara
sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacarauntuk mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Untukmemudahkan, istilah teknologi pengajaran akan
digunakan seerti dengan teknologipendidikan.

Prinsip-Prinsip Teknologi Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia ada memberi garis panduan prinsip teknologipendidikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Kementerian PelajaranMalaysia, 2012). Antara prinsip yang
dinyatakan termasuk:

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran hanya merupakan sebagaibahan


pembantu kepada guru untuk mengajar dan tidak boleh digunakan untukmenggantikan pengajaran.
Teknologi pendidikan digunakan untuk membantu gurumengajar dan membantu murid belajar suatu
kandungan mata pelajaran dengan lebihberkesan. Tujuan ia digunakan adalah untuk pengajaran dan
pembelajaran dan bukanuntuk hiburan atau untuk menunjuk-nunjuk kebolehan guru menggunakan
teknologipendidikan, juga bukan untuk membuang masa murid sementara menunggu
waktupembelajaran tamat.

Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topikdan objektif P&P,latar belakang
murid, saiz kelas dan keadaan fizikalbilik darjah.

Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkatperkembangan


pengajaran dan pembelajaran, itu sama ada: bagi

i. pengenalan topik,

ii. perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep atau

iii. penutup/kesimpulan topik pelajaran

iv.penilaian kefahaman terhadap topi.

Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untukmengoptimum P&PPenggunaan


sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat,iaitu:

i. Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannyadengan


topik yang diajar

ii. Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek pentingyang


dapat membantu proses P&P

iii. Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan danpengukuhan


Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran danPembelajaran

Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik – teknikke arah
pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Antara perananteknologi pendidikan dan
pendekatan yang dapat menggalakkan persekitaranpembelajaran positif ialah mengubah peringkat
membuat keputusan, mengubah sistematau pendekatan pengajaran dan mengubah pengalaman
pembelajaran.

Mengubah Peringkat Membuat Keputusan

Seperti yang telah kita ketahui, di Malaysia sukatan pelajaran ataupun kurikulumsekolah telah
ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan tersebut telahdigubal berlandasakan aras
kemahiran murid mengikut peringkat umur. Semasaperancangan sukatan atau kurikulum ini diolah
dan digubal, perancang kurikulum iniakan berkerjasama dengan pereka pengajaran untuk
menentukan penggunaanteknologi pendidikan dalam kurikulum sekolah.

Pada masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan. Olehyang
demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti kurangnya persediaan gurusemasa menlaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dan kesukaran mendapatkanbahan media yang sesuai untuk
membantu guru melaksanakan pengajaran danpembelajaran. Di sini dapat dijelaskan peranan
teknologi pendidikan telah berperananmerubah kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa
dahulu. Sistem pendidikan kinilebih efision dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan
kepada murid dalammasa yang lebih singkat.

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan

Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat
ini merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum
dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Pengubal
kurikulum menganggap media tidak penting. Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru menggunakan
bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah
seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil setelah bangunan
sudah siap.

Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka pengajaran


berbincang cara merancang penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Keputusan
pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi pengajaran. TP
dianggap sebagai sama pentingnya dengan kurikulum.

2. TP membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:

a) Hubungan antara guru dengan pelajar


Dalam pola pengajaran yang melibatkan guru dengan pelajar, guru mengawal sepenuhnya proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran
menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada
media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa
pengajaran dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti
kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat.

b) Guru dengan bahan pandang dengar

Dalam pola yang kedua ini, guru masih berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan
pengajaran. Perbezaan ialah ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan
media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintregarasikan secara sistematik
di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional.

c) Guru dengan sistem pengajaran dan media

Pola ketiga melibatkan guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media
dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses
pengajaran. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE adalah contoh
perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah.

d) Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru)

Media pengajaran mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan guru. Guru tidak
memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran. Dia hanya menjadi pemudah, pengurus atau
penasihat kepada proses pengajaran. Pola ini mirip dengan pengajaran yang disampaikan secara
jarak jauh secara seperti program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open Unversity United
Kingdom atau Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Media dibina oleh satu pasukan Pembina kursus yang
terdiri daripada pakar pengeluaran. Media boleh digunakan oleh pelajar tanpa bantuan guru.

3. TP mengubah sistem atau pendekatan pendidikan.

TP boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh
menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem
pengajaran individu dan pengajaran pribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar
sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaring (internet) seperti WWW, LAN
dan CWN.

Anda mungkin juga menyukai