Anda di halaman 1dari 2

Perkara Penerangan

Portfolio  Digunakan untuk menilai pencapaian individu dari semasa


ke semasa
 Satu cara dalam membolehkan penilaian murid dibuat
secara keseluruhannya.

Dalam konteks pemulihan, portfolio ini digunakan untuk


mengetahui perkembangan murid dari seawal mereka memasuki
kelas pemulihan. Melalui portfolio, guru boleh membuat
pemerhatian pencapaian murid dari semasa ke semasa. Sebelum
murid pemulihan tersebut dihantar semula ke kelas aliran perdana,
guru pemulihan mempunyai evidens dalam membuktikan murid
tersebut layak untuk dihantar semula ke kelas aliran perdana
berdasarkan penilaian yang dibuat ke atas murid secara
keseluruhannya.
Prestasi (Performance based)  Proses yang menggunakan subjek penglihatan murid
dalam sesuatu aktiviti dijalankan
 Prestasi murid melalui penyempurnaan sesuatu tugasan
yang ditetapkan.
 Murid perlu melakukan sendiri dan respons yang diberikan
adalah asli

Dalam konteks kelas pemulihan, performance based ini sesuai


digunakan untuk penilaian ke atas individu itu sendiri. Hasil yang
dilakukan oleh murid itu sendiri dalam menyiapkan sesuatu
tugasan tanpa bantuan daripada guru mahupun rakan dapat
mengukur tahap kefahaman murid berdasarkan hasil tugasan yang
diberikan.
Penilaian rakan sebaya  Menilai kerja rakan
 Kefahaman yang jelas
 Proses pembelajaran

Dalam konteks murid pemulihan, penilaian rakan sebaya ini sedikit


sebanyak membantu dalam meningkatkan kefahaman murid.
Kebiasaannya murid lebih memahami apa yang diperlukan oleh
rakan-rakannya kerana mereka berada dalam situasi yang sama.
Ada juga beberapa kelemahan dalam pelaksanaan penilaian ini
kerana akan mewujudkan bias dalam kalangan murid itu sendiri
dan sukar untuk menyelesaikan konflik yang timbul.
Pentaksiran atas talian  Proses pentaksiran secara elektronik dengan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam semua aktiviti pentaksiran termasuk maklum balas.
 Dilaksanakan secara elektronik dengan penggunaan
komputer

Pentaksiran atas talian mudah digunakan jika guru mahir dalam


penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), begitu
juga dengan capaian internet yang berkelajuan tinggi. Pentaksiran
atas talian ini membolehkan ibu bapa juga turut mengakses
pencapaian anak-anak mereka secara atas talian. Jadi, ibu bapa
dapat menerima perkembangan anak-anak mereka dengan pantas.

Anda mungkin juga menyukai