Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan

Menurut Mok Soon Sang, teori- teori pembelajaran adalah merujuk kepada prinsip-

prinsip dan hukum –hukum pembelajaran. Teori- teori pembelajaran ini dihasilkan

daripada kajian-kajian dan eksperimen yang dijalankan oleh ahli- ahli psikologi

pendidikan.

1.1-Teori Pembelajaran

Secara umumnya, teori pembelajaran merupakan suatu perkara yang amat penting

dalam aspek pengajaran dan pembelajaran memandangkan seseorang pensyarah itu

harus mengetahui dan memahami cara dan sikap pelajar- pelajar semasa dalam

tempoh pembelajaran. Teori-teori pembelajaran juga penting dalam memastikan objektif

pelajaran dapat dicapai dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik

semasa proses penyampaian isi kandungan pelajaran kepada pelajar.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), seseorang pensyarah yang baik haruslah

mempunyai satu set prinsip tentang bagaimana cara penyampaian pelajaran hendak

dilakukan semasa dalam kelas. Ini bagi memastikan pensyarah tidak terkeluar daripada

landasan yang sepatutnya semasa mengajar dan mempunyai perancangan yang

sistematik. Tidak boleh dinafikan, pelbagai teori pembelajaran yang didapati pada masa

kini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Oleh yang demikian, kreativiti seseorang

pensyarah itu memainkan peranan yang penting dalam memastikan kaedah dan teknik

yang digunakan semasa sesi pengajaran bersesuaian dengan aliran prinsip atau teori

yang menjadi teras kepada proses pengajarannya.


Mok Soon Sang ( 2008), juga menyatakan bahawa pensyarah perlu mempunyai

kefahaman yang tinggi terhadap teori-teori pembelajaran yang berkaitan. Hal ini adalah

kerana melalui teori-teori pembelajaran inilah pensyarah dapat memahami konsep

pembelajaran yang dialami oleh pelajar dalam erti kata sebenar. Seterusnya pensyarah

juga dapat mengetahui faktor- faktor sesuatu pembelajaran itu berlaku dan faktor yang

mempengaruhi proses pembelajaran pelajar-pelajar dari masa ke semasa. Oleh yang

demikian, teori mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam dan ia berhubung

kait dengan psikologi pelajar semasa proses pengajaran dan pembejaran berlaku.

Hal ini memberi peluang kepada pensyarah untuk mengkaji semula pendekatan

atau kaedah yang dilaksanakan dalam kelas bagi memperbaiki segala kelemahan

melalui teori-teori yang dipelajari. Antara kepentingan teori pembelajaran yang

seterusnya ialah teori pembelajaran mempunyai peranannya yang tersendiri sebagai

pendekatan pembelajaran yang ingin diaplikasikan oleh pensyarahsemasa dalam kelas.

Ia berfungsi sebagai cara yang paling sesuai untuk mengkaji, menganalisis dan

mentafsir proses pembelajaran yang berlaku dan ini dapat menjadi panduan kepada

pensyarahsekiranya ingin menjalankan kajian secara saintifik berkaitan proses

pembelajaran pelajar- pelajar ini.

Terdapat pelbagai teori pembelajaran yang menjadi panduan kepada pensyarah

dalam memenuhi perlaksanaan kaedah dan juga teknik pengajaran dalam kelas.

Antaranya ialah Teori Pembelajaran Behavioris, Teori Pembelajaran Sosial, dan juga

Teori Pembelajaran Humanis. Teori pembelajaran mempunyai hubung kait yang rapat

dengan pendekatan yang hendak digunakan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang


pensyarah memegang prinsip aliran teori Behaviorisme, maka pendekatan yang ingin

digunakan juga haruslah selari dan bersesuaian dengan teori tersebut.

2.0 Teori pembelajaran Behaviorisme

Sebagai contoh teori behaviorisme amat menekankan aspek psikologi dimana

golongan yang terdapat dalam aliran behaviorisme ini dipengaruhi oleh teori- teori dan

ilmu psikologi. Ini dibuktikan apabila golongan behaviorisme juga turut berpendapat

proses mempelajari bahasa mempunyai kaitan dengan rangsangan serta tindak balas

yang ada pada manusia.

Kamaruddin Hj. Hussin(1988), menyatakan bahawa aliran ini menganggap

proses pembelajaran merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang-

ulangkan aktiviti yang hendak dikuasai itu.Oleh yang demikian, pendekatan yang

bersesuaian dengan teori ini adalah seperti pendekatan yang berpusatkan pelajar. Teori

behaviorisme yang lebih menekankan perubahan tingkah laku pelajar memperlihatkan

bahawa pendekatan seperti ini lebih memberikan perhatian kepada penglibatan pelajar

secara aktif dalam kelas.

Menurut Rahil Mahyudin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009),

melalui pendekatan ini pelajar akan melalui proses pembelajaran yang berbentuk

pencarian dan penerokaan iaitu pelajar mengalami sendiri proses pembelajaran dan

mencuba melakukan aktiviti-aktiviti baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan berpusatkan pelajar ini juga akan memberikan lebih peluang kepada

pelajar untuk menilai tingkah laku sedia ada seterusnya memupuk pelajar lebih
menghayati nilai yang memberi makna kepada tingkah laku mereka semasa belajar.

Melalui pendekatan berpusatkan pelajar ini juga, pelajar dapat menjadikan sesi

pembelajaran sebagai sesuatu yang memotivasikan mereka untuk meningkatkan

prestasi yang lebih baik seterusnya menjadi ganjaran untuk mereka terus belajar.

Kamarudin Hj. Husin (1988), turut menyatakan bahawa Edward L Thorndike

yang merupakan salah seorang ahli psikologi yang terkenal pernah melakukan

kajian terhadap proses pembelajaran dalam aliran behaviorisme ini. Beliau

menyatakan bahawa pembelajaran hanya akan berlaku apabila terdapat ransangan

dan tindak balas yang berulangan. Aliran behaviorisme yang menjadi pegangan

Thorndike ini terbukti melalui salah satu eksperimennya iaitu beliau telah menguji

seekor kucing yang dikurung dalam sebuah sangkar dan sangkar tersebut
mempunyai tuil. Apabila tuil pada pintu tersebut dipijak, pintu akan terbuka dan

makanan akan diberikan sebagai hadiah kucing tersebut berjaya keluar dan

memakan makanan yang diletakkan di luar sangkat. Tindakan ini telah berlaku

berulang-ulang menyebabkan kucing yang menjadi bahan uji dalam eksperimen ini

mempelajari satu tabiat dan belajar melaluinya.

Secara tidak langsung, peneguhan positif dan peneguhan negativ dapat

dilaksanakan terhadap responden yang terlibat. Mok Soon Sang, menyatakan B.F

Skinner yang juga merupakan seorang lagi tokoh dalam aliran behaviorisme

berpendapat apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah

memuaskan maka peluang responden untuk mengulang tingkah laku ini akan

bertambah.

Peneguhan positif boleh dilakukan melui gerak balas operan dan diikuti dengan

suatu peneguhan positif seperti pemberian hadiah atau kata- kata pujian. Ia berfungsi

sebagai ganjaran dan mendorong individu untuk terus melakukan perkara yang sama

dengan baik.

Teori Thorndike dan Skinner yang terdapat dalam aliran behaviorisme ini

menekankan pengukuhan yang diberikan dapat menambahkan kemungkinan

berulangnya sesuatu perlakuan. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya stimulus dan

respons dalam pembelajaran. Tokoh-tokoh ini yang menyokong teori behaviorisme

menganggap pembelajaran merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh

dengan mengulang- ulang melakukan aktiviti yang hendak dikuasai itu. Peneguhan

yang diberikan oleh pensyarah ini penting dalam memastikan perubahan tingkah laku
pelajar berlaku selepas sesi terutamanya dari aspek perubahan tingkah laku yang boleh

diperhatikan pada diri pelajar.

Elemen yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Behavioris

( Teori Pelaziman Operan Thorndike)

Berdasarkan kepada Teori Pembelajaran Behavioris yang dipelopori oleh

Thorndike, beliau yang telah menjalankan eksperimen tentang tingkah laku seekor

kucing yang berusaha mendapatkan makanan melalui proses cuba-ralat (trial and error)

atau memilihdan menghubungkait (selecting and connecting ).Di dalam proses ini,

konsep pembelajaran diwakili oleh perbuatan atau tingkah laku yang melibatkan latihan

yang dilakukan secara berulan-ulang.

Gerak balas salah yang dihasilkan di peringkat permulaan akan semakin

berkurang seterusnya mewujudkan perhubungan di antara rangsangan dengan gerak

balas. Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi semakin

kukuh dan inilah yang dikatakan sebagai “proses pembelajaran” yang dilalui oleh

seseorang individu.

Menurut Thorndike, perhubungan ini hanya akan dapat berlaku sekiranya pelajar

belajar berdasarkan kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan

keberkesanan latihan. Melalui huraian ini, Thorndike telah membentuk beberapa

elemen yang harus ada Teori Pelaziman Operan Thorndike.


Elemen-eleman ini turut merangkumi ketiga-tiga hukum yang dinyatakan oleh

Thorndike dimana ia boleh dijadikan sebagai prinsip pengajaran dan pembelajaran

yang boleh diaplikasikan oleh pensyarah di dalam kelas.

Rajah 1: 3 Hukum pembelajaran Thorndike dalam Teori Pembelajaran

Behaviorisme( Teori Pelaziman Operan Thorndike)

Elemen pertama yang terdapat dalam teori Pelaziman Operan Thorndike ialah

elemen operan dimana ia melibatkan proses pembelajaran bersifat aktif melibatkan diri

pelajar itu sendiri. Definisi “operan” ini amat ditekankan memandangkan ia melibatkan

proses yang memerlukan insiatif secara aktif oleh pelajar itu sendiri untuk mendapatkan

peneguhan pembelajarannya iaitu ganjaran. Mengikut huraian Thorndike, tingkah laku


operan ini merupakan gerak balas yang dihasilkan (emmited) daripada diri sendiri,

seperti kucing yang memijak tuil pembuka pintu tanpa wujudnya sesuatu rangsangan

semata-mata kerana hendak keluar daripada sangkar sahaja. Oleh itu, pembelajaran

jenis ini merupakan aktif kerana pembelajaran (gerak balas) yang berlaku adalah

berdasarkan kepada kehendak diri sendiri tanpa menunggu sebarang paksaan untuk

memulakan proses pembelajaran.

Elemen ini sangat penting kerana seseorang pelajar itu seharusnya mempunyai

motivasi yang tinggi untuk belajar tentang pelbagai perkara dalam kehidupannya. Ini

dapat dilihat melalui situasi pembelajaran di Politeknik misalnya. Para pelajar akan

diberikan beberapa tugasan yang memerlukan komitmen yang tinggi untuk mereka

menyelesaikannya. Daya ketahanan dan kawalan emosi para pelajar haruslah tinggi

dalam mengekalkan tahap motivasi mereka berada pada peringkat yang tinggi untuk

konsisten menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Elemen kedua dapat dilihat pada hukum pertama dalam Teori Pelaziman ini iaitu

Hukum Kesediaan. Elemen ini merupakan lanjutan daripada elemen yang pertama tadi

iaitu keupayaan persiapan sesorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan

sesuatu aktiviti pembelajaran.Mengikut Thorndike, terdapat tiga situasi yang berlaku

dalam proses pembelajaran yang berkaitan dengan Hukum Kesediaan.


Seorang pensyarah yang peka seharusnya memastikan setiap pelajarnya

bersedia untuk belajar maka pembelajaran yang dijalankan akan menghasilkan

kepuasan. Harus diingat apabila seseorang pelajar tidak bersedia untuk belajar tetapi

dipaksa untuk belajar makan ia akan memberikan impak emosi yang negatif kepada

pelajar tersebut iaitu merasakan perasaan kecewa kerana tidak berjaya

menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Dalam erti kata lain, elemen melibatkan Hukum Kesediann menekankan bahawa

ganjaran hanya akan berkesan jika pelajar mempunyai kesanggupan dari segi

psikologinya untuk menerima proses pembelajarannya. Jika pelajar tersebut sanggup

melakukan sesuatu tugasan dan diakhirnya menerima ganjaran maka ia lebih

bermakna kerana pelajar tersebut dapat menikmati ganjaran tersebut dengan perasaan

yang puas.

Elemen ketiga ialah Hukum Latihan. Hukum ini menyatakan bahawa semakin

banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan antara gerak

balas dengan rangsangan yang berkaitan. Ini bermakna sekiranya rangsangan-gerak

balas berlaku berkali-kali, maka hubungan atau ikatannya akan menjadi semakin kukuh.

Oleh yang demikian, ia akan meningkatkann kemungkinan untuk wujudnya gerak

balas yang sama apabila terdapat rangsangan yang sama pada masa akan datang

sekaligus meningkatkan peluang pelajar menguasai topik atau kemahiran yang

diajarkan oleh pensyarah. Maka, untuk menguasai kemahiran tertentu, langkah yang
sesuai untuk dilaksanakan oleh pensyarah ialah dengan memberikan banyak latihan

kepada para pelajar bagi menggalakkan mereka menguasai kemahiran yang

sepatutnya.

Aplikasi elemen ini boleh dilakukan dalam pengajaran kelas di Politeknik.

Sebagai contoh, untuk menguasai kemahiran menggunakan kamera pensyarah

seharusnya memberikan banyak latihan berkaitan penggunaan dan juga bahagian-

bahagian kamera yang melibatkan pelbagai fungsi. Seseorang pelajar misalnya

haruslah melakukan banyak latihan dalam menguasai teknik menggunakan pengatup

atau shutter dalam usaha menghasilkan gambar yang cantik dan menarik sesuai

dengan kelajuan pengatup pada sesebuah kamera. Penggunaan pengatup ini

seharusnya dilatih dan pelajar tersebut perlu menggunakan kaedah cuba dan jaya

untuk mendapatkan kesan gambar yang berkualiti .

Elemen yang ketiga ialah Hukum Kesan. Hukum ini menyatakan bahawa

hubungan antara rangsangandengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya

individu atau pelajar tersebut memperoleh kesan yang memuaskan selepas gerak balas

dihasilkan. Sebaliknya gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan

membawa kepada impak emosi yang tidak menyeronokkan dan menyakitkan dalam diri

pelajar tersebut.

Sebagai contoh, dalam tugasan menghasilkan gambar yang memerlukan teknik

dan juga kemahiran menggunakan pengatu atau shutter misalnya, pensyarah boleh
memberikan galakan dan pujian kepada para pelajar tentang gambar-gambar yang

dihasilkan. Galakan dan juga pujian disamping bimbingan pastinya menaikkan

semangat mereka untuk memberikan komitmen yang lebih tinggi dalam menyiapkan

tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Sebaliknya, ia akan memberikan impak yang negatif sekiranya pensyarah tidak

menghargai hasil kerja mereka dan melemahkan semangat mereka untuk menguasai

kemahiran atau teknik yang sedang dipelajari. Thorndike berpendapata pemberian

ganjaran merupakan cara yang berksesan untuk membentuk tingkah laku yang

diharapkan.

Elemen yang terakhir ialah peneguhan. Rentetan daripada gerak balas yang

dihasilkan oleh para pelajar dalam proses pembelajaran, pensyarah seharusnya

memberikan peneguhan bagi menggalakkan para pelajar meneruskan proses belajar

mereka sama ada dalam kuliah mahupun di luar kelas.Ia melibatkan peluang yang perlu

diberikan kepada mereka untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Peneguhan merupakan suatu teknik dimana pensyarah boleh menggunakannya

sebagai salah satu strategi pengajaran untuk mengukuh atau mengekalkan gerak balas

yang dihasilkan oleh para pelajar semasa belajar dalam kelas. Peneguhan ini

merangkumi peneguhan yang positif dan juga negatif. Sekiranya peneguhan positif

diberikan seperti pujian dan galakan maka gerak balas yang dihasilkan boleh

dikukuhkan dalam diri pelajar. Sebaliknya, jika peneguhan negatif diberikan seperti
denda yang disebabkan oleh kesalahan pelajar akan menyebabkan kurang bermotivasi,

lemah semangat dan tidak mampu meneruskan pembelajaran. Di dalam konteks

psikologi pendidikan, penggunaan ganjaran berbentuk peneguhan positif adalah lebih

efektif dan memberikan impak yang mendalam dalam diri pelajar berbanding denda.

Contoh kaedah mengajar yang selalu digunakan dalam mengaplikasikan teori

behaviorisme ini ialah kaedah pembelajaran koperatif. Kaedah ini menjelaskan

kepentingan semangat kerjasama dan juga berpasukan dalam diri pelajar apabila

menjayakan sesuatu aktiviti semasa belajar. Umpamanya, dalam satu sesi

pembelajaran, pelajar dikehendaki untuk melakukan aktiviti yang melibatkan

pergerakan secara berkumpulan. Oleh yang demikian, setiap ahli kumpulan akan

bekerjasama bagi meberikan hasil yang terbaik dalam aktiviti atau tugasan yang

disertai.
Kesimpulan

Melalui Teori Behaviorisme, pensyarah lebih memahami kondisi dan situasi

pembelajaran yang dialami oleh para pelajar. Elemen-elemen yang telah dinyatakan

mencerminkan dengan jelas bahawa unsur emosi dan keyakinan dalam diri pelajar

sangat penting bagi memastikan mereka berjaya menggalas segala tanggungjawab

dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Dalam erti kata lain, perasaan dan tindak

balas pelajar semasa proses pembelajaran tidak harus dipandang remeh dan perlu

dititik beratkan.

Pensyarah seharusnya mempunyai kemahiran tertentu dalam mengawal dan

mengurus pengajarannya sama ada melibatkan tugasan di dalam mahupun di luar bilik

kuliah. Kepekaan dan nilai toleransi yang cukup tinggi harus wujud dalam diri

pensyarah dalam memastikan kesemua pelajar sentiasa bersemangat dan konsisten

melalui “alam belajar” di Politeknik. Pensyarah seharusnya bijak dalam menggunakan

ruang dan peluang dalam bilik kuliah dari pelbagai aspek sepeti kondisi kelas, susun

atur, peralatan, bahan dan juga yang paling penting kesesuaian penggunaan aspek-

aspek ini dalam kuliah. Ini penting bagi memastikan kelas sentiasa berada dalam

keadaan yang kondusif dan meningkatkan motivasi para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai