Anda di halaman 1dari 1

Terdapat beberapa perbandingan di antara nilai relatif dan nilai mutlak.

Nilai relatif
merujuk kepada nilai-nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk
mencapai sesuatu matlamat masyarakat manakala nilai mutlak merujuk kepada nilai yang
kebaikannya tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat. Nilai relatif
merupakan nilai yang bersifat arbitrari atau tidak menentu, tidak sempurna dan berbeza-beza
antara masyarakat yang berlainan. Malah,segala idea atau fakta dalam nilai mutlak dapat
diterima secara umum dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Jadi, nilai relatif ini
boleh berubah mengikut semasa manakala nilai mutlak berkekal sepanjang masa dan di semua
tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Justeru, nilai relatif
membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut
kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing manakala nilai mutlak berfungsi sebagai
satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk
bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh
pihak lain. Tambahan pula, nilai relatif mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut
masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Malah nilai mutlak berperanan sebagai
batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara
rasional dan tidak keterlaluan.

Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas antara remaja yang
berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini adalah biasa di
negara barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di Malaysia. Negara Barat
berpandangan perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia
berpandangan serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan
dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya
mengamalkan nilai relatif yang mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakat
yang mana ia berada. Selain itu, contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti
gambaran hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif
kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan
keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan
negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan
pihak lain.

Anda mungkin juga menyukai