Anda di halaman 1dari 3

Transkripsi 1

Pengakaji : Selamat sejahtera puan. Nama saya Vithya Tharshini Kesavan. Saya belajar di IPG

Kampus Ipoh. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana

sudi meluangkan masa anda untuk sesi temu bual. Tujuan saya menemu bual puan

adalah untuk memperoleh maklumat mengenai kepelbagaian sosiobudaya di kelas.

Baiklah puan. Sila memperkenalkan diri puan.

Pn. Faizah Binti : Baiklah. Nama saya Faizah Binti Johari. Dan saya mengajar di SMK Tanjung

Johari Rambutan. Saya mengajar mata pelajaran Sains dan Biology.

Pengkaji : Apakah peranan guru dalam kelas yang mempunyai murid yang berbeza kaum

dan budaya?

Pn Faizah : Kami sebagai warga guru akan selalu berusaha untuk menyatukan para pelajar.

Kami tidak akan membezakan pelajar pelajar yang berlainan budaya. Jadi dalam

kelas juga kami akan menggunakan satu bahasa yang difahami oleh semua iaiu

bahasa melayu. Guru tidak akan mengamalkan sikap piliih kasih dalam kelas.

Sebagai contohnya, memberi layanan yang sama dan hukuman yang sama tidak

kira kaum dan budaya.

Pengkaji : Adakah sekolah ini menganjurkan apa apa program yang bertujuan untuk

merapatkan jurang perbezaan kaum. Jika menyatakan nama program dan


bagaimana ia dilaksanakan.

Pn Faizah : Sebenarnya pihak sekolah menganjurkan banyak program. Salah satunya ialah

sambutan tahun baru China. Pelajar bukan saja dari kaum China malah pelajar dari

kaum lain juga turut serta dalam sambutan ini. Selain itu, pemberian ang pau

bukan hanya diberi kepada pelajar China. Semua pelajar akan menerimanya.

Tujuan program tersebut dilaksanakan ialah untuk merapatkan jurang perbezaan

antara kaum. Selain itu, melalui program sebegini pelajar dapat mengetahu

kebudayaan kaum lain dan mereka akan menghormati budaya kaum lain.

Pengkaji : Apakah pendekatan dan kaedah yang selalu anda gunakan semasa mengajar di

kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya?

Pn Faizah : Pertama sekali saya tidak akan membenarkan pelajar duduk dalam kumpulan

yang sama kaum. Saya akan menetapkan peraturan untuk duduk bersebelahan

dengan murid yang berbeza kaum. Tujuanya untuk menggalakkan komunikasi

yang sihat antara murid. Di samping itu, ia dapat membina hubungan yang baik

antara pelajar. Dan semasa berkomunikasi, pelajar perlu berkomunikasi dalam

bahasa melayu agar senang difahami oleh orang lain. Dan secara tidak langsung

mereka dapat mengenali satu sama lain.

Pengkaji : Jadi apakah manfaat yang anda peroleh daripada mengajar pelajar yang
mempunyai pelbagai sosiobudaya?

Pn Faizah : Oh. Banyak manfaatnya. Antaranya ialah, dapat mengenali murid secara

mendalam. Jika pelajar mengambil cuti sempena sesuatu perayaan guru dapat

mengetahui tujuan pengambilan cuti dan guru akan memahami situasi pelajar

tersebut. Selain itu, dapat mengenali bahasa kaum lain. Sebagai contohnya, saya

boleh bercakap sedikit sebanyak bahasa China.

Pengakaji : Baiklah puan. Soalan terakhir saya ialah, apakah pengalaman manis anda

sepanjang bekerja di sekolah ini?

Pn Faizah : Oh seronok, semasa perayaan tahun baru China memberi limau dan semasa

perayaan deepavali pelajar kaum india akan memberi maruku. Walaupun saya

berbangsa melayu, saya tidak akan bersifat perkauman. Saya akan makan bersama

mereka dan ia secara langsung merapatkan hubungan kami.

Pengkaji : Terima kasih Puan atas penjelasan yang sangan baik. Jumpa lagi di masa

hadapan.

Anda mungkin juga menyukai