Anda di halaman 1dari 1

Keratan Akhbar Berita Harian

PENAGIH DADAH DIPERCAYAI SERANG TIGA ANGGOTA TENTERA

K
UALA LUMPUR 7/11/2017- Polis telah mendapat gambaran mengenai tiga lelaki yang menyerang
tiga anggota Renjer Tentera Darat menggunakan parang dan kayu di Perhentian Bas Klang di sini,
kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussin Mahyuddin berkata, pihaknya percaya ketiga-tiga
penyerang itu adalah penagih dadah dan sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan.

``Kita masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti mereka berdasarkan gambaran yang diberikan
oleh mangsa,'' jelasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penutup Kursus Light Strike Force (LSF)
siri 2/2001 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.

Turut hadir di majlis itu Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan dan pegawai-
pegawai kanannya.

Menjelaskan lanjut perkembangan serangan itu, Meor Chek Hussin memberitahu, pihaknya percaya tiga
lelaki yang menyerang anggota tentera itu adalah bermotif samun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang kelmarin, seorang Prebet Eming Aloysuis, 20, cedera di tangan
kiri akibat ditetak.

Dua lagi rakan Eming berjaya menyelamatkan diri.

Pada mulanya, kumpulan lelaki itu dikatakan menyerang tiga anggota tentera berkenaan setelah
mendakwa mereka mencalarkan kereta mereka tetapi dinafikan oleh anggota tentera terbabit.

Dalam sidang akhbar yang sama, Meor Chek Hussin berkata, pihaknya bercadang untuk mengemukakan
kertas kerja kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan LSF khas di IPK,
Kuala Lumpur.

Menurut beliau, buat masa ini IPK Kuala Lumpur mempunyai enam unit LSF, manakala, anggota unit
tersebut turut terikat dengan tugas-tugas lain di cawangan masing-masing.

``Mereka yang dipilih menyertai LSF akan diberi latihan tambahan untuk menghadapi rusuhan, tunjuk
perasaan dan sebagainya,'' jelasnya.

Terdahulu, Meor Chek Hussin juga menyampaikan hadiah kepada unit LSF Ibu Pejabat Polis Daerah Dang
Wangi yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa menjalani kursus selama dua minggu.

Peserta contoh kursus dimenangi oleh Koperal Rohana Seri.

Seramai 96 orang termasuk 23 anggota polis wanita dari seluruh ibu pejabat polis daerah di Kuala
Lumpur menyertai latihan LSF

Anda mungkin juga menyukai