Tujuan
Pengenalan
Tumbuhan spermatophyta merupakan tumbuhan yang memiliki ciri khas iaitu adanya
suatu organ yang berupa biji. Ciri spermatophyta adalah menghasilkan biji sebagai alat yang
mengekalkan sesuatu spesies tumbuhan. Tumbuhan spermatophyta boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu angiosperma dan gimnosperma.
Tumbuhan angiosperma memiliki jumlah spesies yang lebih banyak jika dibandingkan
dengan tumbuhan gimnosperma. Perkataan angiosperma berasal dari bahasa Yunani, angio
bermaksud bunga atau tertutup, sedangkan sperma bermaksud biji. Hal ini membuktikan
angiosperma merupakan tumbuhan berbunga dan mempunyai biji jenis tertutup. Pembiakan
seks berlaku dalam bunga yang merupakan gametofitnya. Bunga merupakan struktur
hermafrodit yang bermaksud bunga mengandungi kedua-dua organ pembiakan jantan (stamen)
dan organ pembiakan betina (karpel). Struktur bunga angiosperma terdiri daripada empat
lingkaran berstruktur iaitu sepal, petal, androesium, ginoesium. Namun demikian, terdapat juga
bunga angiosperma bersifat uniseks, iaitu sama ada bunga jantan atau bunga betina terdapat
pada satu pokok. Selain itu, keunikan angiosperma adalah bijinya tersusun secara kotiledon.
Terdapat 2 jenis kotil yang akan terbentuk iaitu monokotil dan dikotil. Monokotil mempunyai biji
benih tunggal kerana hanya memiliki satu daun lembaga, berakar serabut, daun berseling, urat
daun sejajar, jumlah lipatan bunga adalah tiga dan batangnya tidak berkambium dan tidak
berkayu. Bagi dikotil pula, biji benihnya mengandungi 2 kotiledon. Ia juga berakar tunjang, urat
daun jaringan, jumlah helai kelopak bunga adalah dua atau empat atau lima dan batangnya
berkambium dan berkayu.
Bunga raya (Hibiscus rosa sinensis), Pokok pine Pinus ponderosa, pensel, kertas, kanta tangan,
pisau kecil
Alat
pembiakan-
Alat strobilus
pembiakan- berbentuk kon
Bunga
3. Selepas itu, bunga raya dipotong secara keratan rentas dengan menggunakan pisau kecil.
Langkah Berjaga-jaga
1) Pisau kecil perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan berlaku.
2) Bunga raya dan pokok pine perlu dipetik dengan berhati-hati untuk mengelakkan
kerosakkan morfologi tumbuhan tersebut.
3) Kanta tangan perlu dipegang dengan ketat supaya ia tidak jatuh ke lantai.
4) Bunga raya perlu dipotong dengan berhati-hati untuk mengelakkan stil putus.
Keputusan
Stigma
anter Stil
ovari
ovule
Ovari
Ovul
Paksi kon
Tumbuhan angiosperma yang telah saya pilih ialah bunga raya (hibiscus rosa-sinensis).
Saya memilih bunga raya kerana ia merupakan salah satu bunga sejati. Bunga raya juga
merupakan suatu jenis tumbuhan yang mempunyai biji yang tertutup. Biji pokok bunga raya
ditutup oleh bunganya. Dalam bunga raya, terdapat organ pembiakan jantan dan organ
pembiakan betina. Organ pembiakan jantan bunga raya ialah stamen yang terdiri daripada
anter dan filamen. Organ pembiakan betina bunga raya terdiri stigma, stil, ovari dan ovule.
Selain itu, bunga raya juga merupakan salah satu jenis dikotil. Ia mempunyai urat daun jaringan,
batang berkayu dan berkambium dan akar tunjang.
Morfologi bunga raya yang telah kaji adalah ia merupakan suatu bunga tunggal yang
berbentuk trompet dengan diameter kira-kira 6 hingga 20 cm. Setiap bunga raya terdiri dari 5
helai petal. Petal merupakan lingkaran kedua dalam lingkaran sepal, dan berfungsi untuk
menarik permerhatian serangga dan haiwan supaya proses pendebungaan dapat berlaku.
Gabungan petal membentuk korola. Maka, korola bunga raya mempunyai warna yang menarik
seperti merah, putih , kuning dan biru, yang bergantung kepada jenis spesies yang diwarisi.
Setiap bunga raya akan dilindungi oleh sepal yang berwarna hijau. Selain itu, bunga raya
mempunyai satu stil yang panjang. Terdapat 5 stigma dan berpuluh-puluh filamen berada pada
stil. Stigma adalah organ pembiakan betina manakala filamen adalah organ pembiakan jantan.
Batang tanaman bunga raya berbentuk bulat, berkayu dan keras. Diameter batang berukuran 9
cm . Daun bunga raya adalah daun tunggal. Panjang daun kira-kira 10 hingga 16 cm dan
lebarnya 5 hingga 11 cm. Akar bunga raya adalah akar tunjang dengan panjang 30 hingga 60
cm yang berwarna coklat muda.
Tumbuhan gimnosperma yang telah saya pilih ialah Pokok pine Pinus ponderosa. Saya
memilih pokok pine kerana ia tidak berbunga seperti bunga sejati manakala berbentuk kon.
Maksudnya, biji pokok pine tidak tertutup oleh bunga yang seperti pokok bunga raya. Bijinya
adalah terbuka dan terdapat di luas permukaan. Alat pembiakan pokok pine ialah strobilus.
Morfologi pokok pine mudah kita fahami di mana kita akan melihat batangnya yang
besar, lurus, berjalur dan mempunyai warna kelabu coklat dengan kulit yang tebal. Selain itu,
pokok pine mempunyai daun yang keras seperti jarum yang tajam. Daunnya berwarna hijau.
Pokok ini mempunyai ketinggian antara 120 kaki hingga 450 kaki. Pokok pine mempunyai akar
yang berjenis tunjang dan bunganya berupa strobilus (kon).
Berbentuk
kon
Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma.
Bagi berlakunya pendebungaan, ada agen pendebugaan yang memainkan peranan. Yang
paling utama ialah serangga dan angin. Agen pendebungaan yang lain adalah haiwan dan air.
Agen pendebungaan bagi bunga raya melalui serangga. Hal ini demikian kerana ia
mempunyai bunga besar yang cukup menarik perhatian serangga. Selain itu, ia mempunyai
ranggi berwarna terang seperti merah, biru dan kuning, ini memudahkan pendebungaan
serangga berlaku. Selain itu, bunga raya mempunyai stil yang panjang. Maka, anter dan stigma
berada pada kedudukan yang mudah disetuh oleh serangga. Di samping itu, butir debunga
bunga raya bersifat kasar dan melekit supaya mudah melekat pada serangga. Apabila debunga
melekit pada kaki serangga dan serangga sentuh lagi stigma bunga raya, pendebugaan berlaku.
Tidak hanya sedemikian, kedudukan stigma bagi bunga raya juga berada pada kedudukan
yang mudah bersentuh dengan serangga, melekit dan berbentuk bercuping.
Agen pendebungaan bagi pokok pine adalah angin. Hal ini demikian ia tidak mempunyai
ciri yang seperti bunga raya seperti bunga besar, warna bunga yang menarik, berbau, anther
yang mudah melekit. Ciri-ciri tumbuhan pokok pine menentukkan agen pendebugaannya. Ciri-
ciri pokok pine ialah mempunyai kon yang banyak, kecil, kering dan ringan. Ini memudahkan
kon pokok pine dibawa keluar melalui tiupan angin. Selain itu, biji benih pokok pine adalah
terbuka dan tidak memerlukan serangga yang memindah debunga dari anter ke stigma. Apabila
ia jatuh ke tanah, ia akan bercambah. Maka, agen pendebungaan pokok pine adalah angin.
Dalam eksperimen ini, ahli kumpulan menunjukkan kerja pasukan. kami mengagihan
kerja supaya semua ahli terlibat diri dalam eksperimen ini secara adil. Sebagai contoh, saya
menolong. Liew Pui Lim juga mencari tumbuhan untuk gimnosperma iaitu pokok pine Pinus
ponderosa. Lai chaun Kiat dan Winnie Ong Huini diberi tugas mengambil gambar untuk
Hibiscue rosa-sinensis dan pokok pine Pinus ponderosa. Kami bersama-sama mengkaji
morfologi tumbuhan angiosperma dan gimnosperma. Selepas itu, setiap ahli kumpulan melukis
morfologi tumbuhan yang dikaji iaitu Hibiscus rosa-sinensis dan pokok pine Pinus ponderosa.
Dalam menulis report amali, kami juga menjalankan perbincangan melalui telegram dan
perjumpaan bersemuka. Dalam perbincangan, kami saling berkongsi idea dan memberi
pendapat kepada idea yang dikeluar oleh ahli kumpulan.
Kolaborasi telah dijalankan dalam kelas kita. Kami saling menolong semasa eksperimen
dijalankan. Apabila didapati seseorang menghadapi masalah seperti tidak berjumpa tumbuhan
yang ingin mencari, maka kami akan berkongsi tumbuhan yang telah dipetik. Oleh kerana
kolaborasi yang telah dijalankan, eksperimen kita boleh berjaya.
Kesimpulan
Kekuatan saya dalam amali ini adalah membuat persediaan yang awal. Sebelum
elsperimen mengkaji tumbuhan angiosperma dan tumbuhan gimnosperma bermula, saya
mencari maklumat berkaitan dengan kedua-dua jenis tumbuhan dari bahan bacaan dan Internet.
Persediaan ini memberi bantuan kepada saya dalam amali ini kerana saya mempunyai
pengetahuan luas yang berkaitan dengan angiosperma dan gimnosperma. Selain itu, saya juga
dapat mengurus masa dengan baik. Kumpulan saya berjaya menyiapkan eksperimen dalam
masa yang ditetapkan.
Kelemahan saya dalam eksperimen ialah tidak mengambil gambar akar, batang untuk
tumbuhan bunga raya dan pokok pine. Kumpulan saya hanya mengambil gambar untuk daun
dan bunga untuk kedua-dua tumbuhan tersebut. Oleh itu, saya menyelesaikan masalah ini
dengan mencari gambar dari Internet. Saya telah berjaya mencari gambar-gambar yang boleh
digunakan dalam keputusan saya. Akan tetapi, Saya tidak berjumpa gambar akar pokok pine.
Akhirnya, saya akan cuba membaiki kelemahan yang timbul dalam amali ini ialah tidak
berfikir panjang dan jauh iaitu kekurangan maklumat berkaitan dengan morfologi tumbuhan
yang dikaji. Saya juga akan berusaha menjalankan amali yang seterusnya dengan lebih
sempurna.
Rujukan
Betsy Teh Lay Hong. (2015). SPM Biology. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Choong Ngok Mang, Lee Soon Ching,& Liew Soon Leong. (2000). STPM Biology Jilid II. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Timothy Foster. ( 1996 ). Medical microbiologi 4th edition. Retrieved 26 Februari 2017, from
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK8448/