BAB 4
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
Dewey – Pelajar mesti dilibatkan dengan aktiviti bermakna dan bersesuaian (hands-on,
minds-on, hearts-on) dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar
Piaget – Sediakan aktiviti yang merangsang minda bersesuaian dengan tahap
perkembangan kognitif pelajar
Vygotsky – Sediakan persekitaran belajar yang kaya secara sosial di mana terdapat
penerokaan konsep antara pelajar dan guru serta pelajar lain
Bruner – Galakkan pelajar menemui sendiri prinsip dan konsep. Bincang konsep secara
aktif dan kaitkan dengan kefahaman sedia ada pelajar
Rajah 4.1 di bawah menunjukkan model pengajaran 4-fasa yang berasaskan konstruktivisme.
Fasa 4: Refleksi/Penutup
Pendekatan Inkuiri
Inkuiri ialah proses membentuk persoalan, mencari, menyusun, dan menilai maklumat,
menyiasat sesuatu fenomena dengan menjana hipotesis, mereka bentuk eksperimen atau
aktiviti penerokaan dan/atau penyiasatan, mengumpul, menganalisis, dan mensintesis data,
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 31
serta menyampaikan dapatan dan kesimpulan. Berdasarkan definisi ini pendekatan inkuiri
merupakan pendekatan pembelajaran yang selari dengan pembelajaran sains kerana
keserasiannya dengan tabii sains itu sendiri. Namun pendekatan inkuiri juga sesuai diaplikasi
kepada pembelajaran selain bidang sains. Dalam satu-satu pembelajaran tidak semestinya
semua aktiviti meneroka di atas akan dilibatkan. Misalnya, pelajar mungkin hanya dilibatkan
dengan proses membentuk persoalan, mencari, menyusun, mensintesis serta menilai maklumat
tanpa melibatkan eksperimen. Di bilik darjah, inkuiri bermula apabila pelajar berhadapan
dengan suatu persoalan utama yang perlu dijawab, masalah yang perlu diselesaikan, atau
suatu pemerhatian yang perlu dijelaskan (Bateman, 1990). Dengan lain perkataan,
pembelajaran inkuiri bermula dengan suatu persoalan utama berdasarkan pemerhatian, disusuli
aktiviti meneroka, menganalisis, mensisntesis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan
berdasarkan bukti dan berakhir dengan menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak
lain. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan langkah-langkah utama pembelajaran menggunakan
pendekatan inkuiri.
Kesesuaian kaedah inkuiri ini banyak bergantung kepada matlamat atau tujuan sesuatu proses
pembelajaran itu di samping faktor lain seperti kesediaan guru, kebolehan pelajar, kelengkapan
makmal dan akses kepada sumber pembelajaran (misalnya bahan bercetak, model-model,
Internet dan sebagainya). Dari sudut matlamat pembelajaran dan pembinaan insan, kaedah ini
sesuai digunakan apabila
Aktiviti meneroka dalam pembelajaran inkuiri boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti bagi
membantu pelajar membina pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diharapkan.
Berikut merupakan sebahagian aktiviti pelajar yang jika dirancang dan diadun dengan baik
mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang tempoh pembelajaran inkuiri:
Inkuiri dikatakan terbuka atau bebas jikalau pelajar diberi kebebasan mengenal pasti dan
memilih persoalan dan masalah sendiri untuk disiasat atau diselesaikan dan diikuti mereka
bentuk dan melaksanakan pelan penyiasatan mereka.
Inkuiri dikatakan terbimbing jikalau guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama
pelajar merancang penyiasatan sebelum pelajar melaksanakan perancangan itu.
Kerja amali yang telah disediakan langkah-langkah terperinci (recipe-based laboratory) yang
biasanya dijalankan pelajar di sekolah dan institusi pengajian lain mempunyai darjah
bimbingan yang sangat tinggi. Oleh itu sebahagian pendidik tidak mengiktiraf ia sebagai
aktiviti inkuiri kerana pelajar hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberi tanpa perlu
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 4.1 di bawah menunjukkan perbezaan
antara amali inkuiri dan amali berasaskan resipi (Wenning, 2005).
Jadual 4.1 Perbezaan antara amali berasaskan resipi dengan amali inkuiri
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 34
Namun inkuiri terbimbing dan terbuka ini lebih sesuai dilihat sebagai penghujung satu
kontinuum pendekatan inkuiri seperti digambarkan dalam rajah 4.3.
Pendekatan Masteri
90% pelajar mampu mempelajari apa yang biasa diajar di sekolah jikalau mereka
diberi masa yang mencukupi dan pengajaran yang sesuai
Masa yang mencukupi bermakna masa yang diperlukan untuk menunjukkan
penguasaan objektif. Masa yang diperlukan berbeza bagi pelajar yang berbeza.
Pengajaran yang sesuai bermakna
o Pengajaran dibahagikan kepada unit-unit pengajaran yang lebih kecil
o Objektif atau hasil pembelajaran ditentukan lebih awal dan dijelaskan kepada
pelajar
o Memastikan pelajar menguasai objektif setiap unit (dengan melakukan
penaksiran dan penilaian berasaskan rujukan kriteria) sebelum berpindah
kepada unit lain
John Carroll (1963): Kebolehan pelajar merupakan fungsi masa yang digunakan
bahagi masa yang diperlukan. Jika pelajar diberi masa yang diperlukan dan dia
menggunakan masa tersebut, dia akan mencapai objektif.
Bloom (1968): Membuat formulasi berdasarkan idea Caroll bahawa faktor utama
pembelajaran ialah masa dan kaedah pengajaran yang berkesan
Melaksanakan aktiviti pemulihan jika hasil pembelajaran belum tercapai dan pengayaan
jika sebaliknya.
Meneruskan ke unit 2
dibahagikan kepada beberapa kumpulan seramai 5-6 orang setiap kumpulan (atau bergantung
kepada bilangan pelajar dalam kelas) dan ditugaskan mencari maklumat dan mensintesis
dapatan (dengan syarat terdapat sumber rujukan di bilik kuliah seperti journal, nota kuliah,
akses kepada internet dan sebagainya). Setiap kumpulan membentangkan dapatan masing-
masing. Ini dikuti dengan penaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) iaitu
pensyarah memberi maklum balas hasil pembentangan pelajar. Pensyarah mengakhiri
pengajaran subtajuk ini dengan mengajukan beberapa soalan secara lisan untuk menaksir
pencapaian hasil pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
Pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau
bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan mengandungi perihalan
komponen berikut:
Pelan mencungkil idea - beberapa cara mencungkil idea termasuklah POE, kartun
konsep, peta konsep, soal-jawab keseluruhan kelas, advance organizer, perbincangan
kumpulan, kuiz pendek, peristiwa bercanggah (discrepant event), dan sebagainya.
Idea atau objektif utama yang kemungkinan sukar dicapai
Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep saintifiknya yang tepat
6. PELAN PENAKSIRAN
Senarai tugasan penaksiran dan hasil akhir tugasan
Alat menaksir dan menilai pencapaian hasil pembelajaran seperti ujian bertulis,
laporan, soalan-soalan, rubrik, dll. bagi setiap fasa pembelajaran dan selepas selesai
satu unit pengajaran.
Contoh rancangan pengajaran harian mata pelajaran fizik tingkatan 4 yang menggunakan
integrasi model pengajaran konstruktivisme 4 fasa dan pembelajaran inkuiri
Konsep saintifik:
Tekanan dalam cecair
a. bertindak dalam semua arah
b. meningkat dengan peningkatan kedalaman
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 39
Langkah berjaga-jaga:
Tiada
Perkara umum yang perlu diambil kira apabila merancang pengajaran secara keseluruhan:
Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu perlu fleksibel dan boleh ubah
mengikut keperluan. Namun ada baiknya menghafal idea, soalan dan langkah-langkah
penting.
Berapa lamakah masa Apakah strategi pengajaran yang boleh membantu pelajar
yang diperlukan untuk belajar? Apakah pengubahsuaian yang mungkin diperlukan?
unit ini? Bagaimanakah teknologi boleh digunakan?
Penaksiran yang Adakah pelajar mencapai apa yang dihasratkan? Adakah pelajar
bagaimanakah yang akan membina pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan hasil
saya gunakan untuk pembelajaran? Adakah strategi pengajaran perlu diubahsuai?
melihat pencapaian
pelajar? Apakah bentuk pertolongan dan bimbingan yang diperlukan
pelajar semasa penaksiran yang tidak menjejaskan kesahan?
Bagaimana penggredan
yang akan saya lakukan? Sejauh manakah pencapaian setiap pelajar? Apakah yang perlu
Apakah skalanya? Apakah dimurnikan, dipinda, diajar semula dalam unit berikutnya?
skor min yang Adakah penaksiran sah? Adakah rubrik yang digunakan sah?
sepatutnya? Adakah strategi pengajaran dan penaksiran perlu ditambahbaik,
atau adakah diagnosis keperluan pelajar secara individu
Apakah unit seterusnya? diperlukan?
*Diadaptasi dari SBE Design Team, Nothern Colorado BOCES, 2000. http://www.bused.org/rsabe/rsabe03.pdf
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 42
Kon pengalaman Dale seperti rajah 4.5 juga boleh dirujuk apabila merancang pengajaran dan
pembelajaran.
Perhatian: Peratusan yang terdapat pada kon pengalaman Dale merupakan model yang tidak merujuk kepada mana-
mana kajian secara khusus dan oleh itu tidak harus diguna pakai sebagai fakta, hanya sebagai rujukan kasar.
Oleh sebab kandungan subtajuk ini lebih kepada pembinaan unit pengajaran yang melibatkan
langkah-langkah tertentu, kaedah paling sesuai ialah penerangan secara terus menggunakan
bahan bantu mengajar seperti nota di slaid PowerPoint dan beberapa contoh unit pengajaran
yang telah siap dibina. Selepas penerangan, pelajar bekerja dalam kumpulan seramai 2-4
orang dan diagihkan tajuk tertentu dalam kurikulum mata pelajaran masing-masing supaya
keseluruhan tajuk dalam kurikulum tersebut dipenuhi. Setiap kumpulan membina draf satu unit
pengajaran berdasarkan satu tajuk utama ini (satu tajuk utama bersamaan satu unit).
Contohnya dalam mata pelajaran fizik tingkatan 4, terdapat 5 tajuk utama iaitu (i) memahami
fizik (ii) daya dan gerakan, (iii) daya dan tekanan, (iv) haba, dan (v) cahaya.
Pembinaan dan penyusunan unit pengajaran ini akan berterusan sepanjang semester
dan dengan setiap input baru yang pelajar dapati daripada minggu pengajaran berikutnya,
mereka akan menambah dan memurnikan isi kandungan unit pengajaran masing-masing.
Pelajar diberi markah kerja kursus berdasarkan unit pengajaran yang dibina (80%). Di akhir
semester, semua unit pengajaran ini dapat dikumpulkan dan setiap pelajar akan mendapat unit
pengajaran lengkap bagi semua tajuk utama dalam sesuatu mata pelajaran. Pada semester
berikutnya, unit pengajaran yang dibina ini boleh diuji apabila pelajar melaksanakan
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 43
mikropengajaran masing-masing. Masa antara 30-35 minit setiap pelajar perlu diberi untuk
membolehkan setiap pelajar mendemonstrasi dan membuat latihan kemahiran mengajar
masing-masing di samping memberi gred.
RUJUKAN
Carroll, J. (1963). A model for school learning. Teachers College Record, 64, 723-733.
Trowbridge, L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school science:
Strategies for developing scientific literacy (9th ed.). New Jersey: Merill
Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry
processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Diperolehi dari:
http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/