Anda di halaman 1dari 16

Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 1

UNIT 1
UNIT PENGAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan maksud dan fungsi unit pengajaran serta rancangan pengajaran


harian
2. Membina unit pengajaran dan rancangan pengajaran harian yang mengambil kira
ciri tertentu pendekatan Konstruktivisme, Inkuiri, dan Masteri

PENGENALAN

Terdapat kata pepatah yang mengatakan “Jikalau anda gagal merancang, anda merancang
untuk gagal”. Persoalannya pentingkah seorang guru merancang apa yang akan diajar kepada
muridnya? Bagaimana pula jikalau seorang guru itu merupakan seorang guru yang mempunyai
pengalaman mengajar? Perlukah merancang pengajarannya? Mungkin ada yang mengatakan
kegagalan merancang pengajaran yang mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya
dicapai tidaklah seteruk kegagalan merancang suatu projek besar di bawah kendalian seorang jurutera,
misalnya. Apa pendapat anda?

S
ebenarnya sikap memandang remeh tindakan merancang pengajaran dengan teliti mempunyai
kesan kumulatif kepada murid. Bayangkan jikalau kebanyakan guru mempunyai sikap seperti
ini. Sikap seperti ini jugalah menjadi sebahagian daripada sebab mengapa profesion perguruan
tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya sebagai satu profesion yang setaraf dengan, misalnya,
kedoktoran, kejuruteraan, guaman dan sebagainya yang masing-masing menitikberatkan perancangan
yang begitu teliti.

Seorang guru yang menitikberatkan kejayaan pencapaian hasil pembelajaran muridnya perlu
mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis perancangan, iaitu perancangan jangka panjang dan jangka
pendek. Perancangan jangka panjang mungkin dilakukan dalam bentuk perancangan satu tahun
manakala perancangan jangka pendek sudah tentu merupakan rancangan pengajaran harian.
Perancangan lain mungkin dalam bentuk perancangan mengikut semester atau minggu.

Anda pasti sudah biasa menulis rancangan pengajaran tahunan, mingguan, dan harian.
Apakah asas yang anda gunakan semasa merancang? Sejauh manakah anda yakin dengan kejayaan
perancangan anda? Adakah anda membuat penilaian dan refleksi terhadap keberkesanan
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 2

perancangan anda selesai mengajar mengikut rancangan tersebut, atau adakah anda menulis
rancangan dengan ringkas sahaja kerana „semuanya sudah ada di dalam kepala anda‟?

Oleh sebab anda diberi peluang mendalami bidang perguruan ini, marilah kita sama-sama
membincangkan dengan terperinci bagaimana menghasilkan satu rancangan pengajaran yang dibina
dengan teliti berasaskan beberapa teori pembelajaran yang telah kita pelajari dalam unit sebelum ini.

ISI KANDUNGAN
Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Pengajaran dan bagaimana menulisnya?

D
alam unit ini, kita akan membincangkan dua jenis perancangan, iaitu perancangan mengikut
tema atau tajuk utama dalam sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran harian. Pelan
pengajaran mengikut tema atau tajuk utama dipanggil Unit Pengajaran manakala perancangan
harian dipanggil Rancangan Pengajaran Harian.

Unit Pengajaran ialah pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan
satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan mengandungi perihalan
komponen berikut:
1. Tajuk dan tujuan unit
2. Pengetahuan sedia ada pelajar
3. Analisis isi kandungan pelajaran
4. Bahan bantu mengajar dan belajar
5. Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
6. Pelan penaksiran
7. Rancangan pengajaran harian

Unit Pengajaran juga boleh dibina berdasarkan tempoh masa misalnya rancangan satu semester atau
minggu. Perlu diingat bagi melahirkan seorang insan yang seimbang seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, murid perlu dididik untuk mencapai hasil pembelajaran dalam tiga
domain, iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif. Dua domain yang kurang diberi perhatian ialah domain
psikomotor (kemahiran) dan afektif (kerohanian, sikap dan nilai). Terbaru, transformasi kurikulum
sekolah rendah menghasilkan Kurikulum Berasaskan Standard yang memasukkan beberapa elemen
nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan teknologi maklumat dan komunikasi.
Namun, ketiga-tiga nilai tambah ini sebenarnya boleh diletakkan di bawah domain psikomotor atau
kemahiran walaupun ada pertindanan dengan domain afektif.

Senaraikan beberapa hasil pembelajaran dalam domain tersebut bagi mata pelajaran
tumpuan anda.
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 3

Domain psikomotor:
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Domain afektif:
__________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Dapatkah anda menyenaraikannya dengan mudah? Jika ya, anda sudah bersedia untuk perbincangan
kita seterusnya. Jika anda masih kabur, apa kata anda lihat semula contoh hasil pembelajaran dalam
dua domain ini di Unit 2, Modul 1. Untuk membantu murid mencapai matlamat pendidikan yang lebih
luas, hasil pembelajaran yang jelas, membantu murid bergerak ke arah matlamat tersebut. Oleh itu
hasil pembelajaran mestilah jelas kepada guru dan murid.

Dalam sebuah Unit Pengajaran, hasil pembelajaran merupakan komponen yang dimasukkan di bawah
komponen 3, iaitu „Analisis Isi Kandungan Pelajaran‟. Komponen 1 hingga 6 sebuah Unit Pengajaran
digabungkan untuk membentuk beberapa Rancangan Pengajaran Harian.

Mari kita analisis setiap komponen Unit Pengajaran dan melihat contoh bagaimana
menulisnya. Sebelum itu, kenal pasti apakah tema atau tajuk utama dalam mata pelajaran tumpuan
anda. Senaraikannya di bawah.

Tema 1: ___________________________________________________________________________

Tema 2: ___________________________________________________________________________

Tema 3: ___________________________________________________________________________

Tema 4: ___________________________________________________________________________

Tema 5: ___________________________________________________________________________

Tema 6: ___________________________________________________________________________

Komponen 1: Tajuk dan Tujuan Unit

„Tujuan unit‟ merupakan sinopsis tentang perkara yang hendak dicapai unit pengajaran dan
kepentingan tema/bahagian sukatan pelajaran terpilih itu kepada murid. Dalam mata pelajaran sains
sekolah rendah misalnya, terdapat lima tema dan salah satunya ialah „Menyiasat Alam Fizikal‟. Pada
tahun 6, murid mempelajari bidang pembelajaran Daya dan Gerakan di bawah tema ini. Oleh itu, guru
sains yang mengajar tahun 6 boleh menyediakan Unit Pengajaran berdasarkan bidang pembelajaran
ini. Jika memilih tema „Menyiasat Alam Bahan‟ maka terdapat dua bidang pembelajaran iaitu
Pengawetan Bahan Makanan dan Pengendalian Bahan Buangan. Berikut merupakan contoh
komponen 1 bagi bidang pembelajaran Daya dan Gerakan:
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 4

Contoh Penulisan Komponen 1

Tajuk: Daya dan Gerakan

Subtajuk: (i) Kelajuan (ii) Daya

Tujuan Unit:

Kepentingan Tajuk:

Komponen 2: Pengetahuan Sedia Ada Murid

Terdapat 4 perkara di bawah komponen 2 seperti berikut:

 Pengetahuan sedia ada murid – semak semula apakah yang telah murid pelajari dalam
pengajaran lepas yang berkaitan dengan tajuk/konsep yang hendak diajar
 Pelan mencungkil idea - beberapa cara mencungkil idea termasuklah POE, kartun konsep, peta
konsep, soal-jawab keseluruhan kelas, advance organizer, perbincangan kumpulan, kuiz
pendek, peristiwa bercanggah (discrepant event), dan sebagainya (lihat Unit 5, Modul 1)
 Idea atau objektif utama yang kemungkinan sukar dicapai
 Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep saintifiknya yang tepat

Contoh Penulisan Komponen 2

Pengetahuan Sedia Ada Murid

PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid telah mempelajari…

PELAN MENCUNGKIL IDEA

Pelajaran 1: Soal-jawab berdasarkan video yang menunjukkan gerakan kereta yang berlainan

Pelajaran 2: Pelajar menolak dan menarik sesama mereka diikuti soal-jawab

IDEA ATAU OBJEKTIF UTAMA YANG KEMUNGKINAN SUKAR DICAPAI

1. Menentukan kelajuan sesuatu objek

2. Mengawal pembolehubah …

MISKONSEPSI YANG MUNGKIN WUJUD DAN KONSEP SAINTIFIKNYA YANG TEPAT

Daya merupakan sifat yang dipunyai sesuatu objek (sebenarnya daya merupakan interaksi antara
sekurang-kurangnya dua objek yang melibatkan tolakan atau tarikan)
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 5

Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran

Terdapat 6 perkara di bawah komponen 3 seperti berikut:

 Hasil pembelajaran (kognitif, psikomotor, afektif)


 Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori
 Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur pelajar
 Persoalan utama dengan jawapannya (bagi kaedah pembelajaran inkuiri)
 Objek, sistem atau kejadian sebenar yang berkaitan dengan tajuk/konsep/prinsip/ hukum/teori
 Peta konsep

Contoh Penulisan Komponen 3

Analisis Isi Kandungan Pelajaran

HASIL PEMBELAJARAN: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid harus dapat:

Pelajaran 1:

A. Menguasai Isi Kandungan

1. Mendefinisi konsep kelajuan

2. Menganalisis …

B. Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir

1. Menjana hipotesis tentang perkaitan antara kelajuan, jarak, dan masa

2. Merancang eksperimen …

C. Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni

1. Melibatkan diri secara aktif …

Pelajaran 2:

SENARAI ISTILAH/KONSEP/PRINSIP/HUKUM/TEORI

Pelajaran 1: Kelajuan

Pelajaran 2: Daya, daya geseran

IDEA UTAMA MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI DENGAN KEBOLEHAN DAN UMUR MURID

Pelajaran 1: Kelajuan ialah kadar perubahan jarak iaitu jarak bahagi masa

Pelajaran 2: Daya ialah …

PERSOALAN UTAMA DENGAN JAWAPAN (JIKA PEMBELAJARAN INKUIRI)

Pelajaran 1: Apakah perkaitan antara kelajuan, jarak, dan masa? (kelajuan berkadar langsung
dengan jarak dan berkadar songsang dengan masa)

Pelajaran 2: Apakah kesan daya ke atas kelajuan dan arah gerakan? (Kesan daya ialah …)
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 6

Contoh Penulisan Komponen 3 - sambungan

OBJEK, SISTEM ATAU KEJADIAN SEBENAR YANG BERKAITAN

Pelajaran 1: Gerakan kereta di atas jalan raya, pelari pecut berlari dalam pertandingan Olimpik

Pelajaran 2:

PETA KONSEP (Untuk satu unit)

Lihat contoh Peta Konsep dalam Unit 7, Modul 2.

Komponen 4: Bahan Bantu Mengajar dan Belajar

Senaraikan bahan, peralatan, teknologi, dan bahan sumber yang diperlukan termasuk lembaran kerja
pelajar. Bahan bantu mengajar dan belajar sebenar, misalnya nota dalam bentuk slaid Powerpoint atau
lembaran kerja pelajar diletakkan sebagai lampiran.

Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Huraikan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa pengajaran.

Contoh Penulisan Komponen 5

KAEDAH DAN AKTIVITI P&P

Pelajaran 1:

Fasa 1: Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan
mencungkil idea)

Fasa 2: Kaedah inkuiri induktif dengan menjalankan eksperimen …

Fasa 3: Perbincangan kumpulan dan menyelesaikan masalah

Fasa 4: Kuiz pendek, pertandingan antara kumpulan

Pelajaran 2:

GARIS MASA (Untuk satu unit)

Boleh dibina dalam bentuk Carta Gantt untuk menunjukkan bagaimana masa diperuntukkan bagi
setiap subtajuk
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 7

Komponen 6: Pelan Penaksiran

Senaraikan tugasan penaksiran dan hasil akhir tugasan bagi setiap fasa pengajaran bagi setiap
pelajaran. Di samping itu, senarai dan sediakan alat menaksir pencapaian hasil pembelajaran
(diletakkan sebagai lampiran Unit Pengajaran) seperti ujian bertulis, laporan, soalan-soalan, rubrik, dll.
bagi setiap fasa pengajaran dan selepas selesai satu unit pengajaran. Kedua-dua penaksiran untuk
pembelajaran (assessment for learning dan assessment as learning) dan penaksiran hasil
pembelajaran (assessment of learning) perlu diambil kira.

Contoh Penulisan Komponen 6

PELAN PENAKSIRAN

Pelajaran 1:

Fasa 1: Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan
mencungkil idea). Soal jawab lisan.

Fasa 2: Rubrik menaksir kemahiran mengeksperimen (lampiran 1) semasa murid menjalankan


eksperimen …

Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (lampiran 2)

Fasa 4: Kuiz pendek (lampiran 3), soalan lisan, refleksi pembelajaran

Pelajaran 2:

Fasa 1:

Fasa 2:

Fasa 3:

Fasa 4:

Penaksiran Sumatif (untuk satu unit)

Ujian Topikal : 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur

JSU: Lampiran 4

Kertas Ujian: Lampiran 5


Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 8

Komponen 7: Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang
mengandungi elemen berikut:

 Tema/Tajuk
 Bidang pembelajaran
 Kumpulan sasar
 Tarikh dan masa
 Tujuan
 Hasil pembelajaran: kognitif, psikomotor (contohnya kemahiran saintifik), afektif (contohnya sikap
saintifik dan nilai murni)
 Konsep utama
 Bahan, peralatan dan bahan sumber
 Langkah berjaga-jaga
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 Penaksiran dan penilaian hasil pembelajaran

RPH menghimpunkan semua komponen dari 1 hingga 6 dan oleh itu perlu sejajar dengan apa yang
telah dirancang dalam komponen 1 hingga 6 tersebut. Berikut merupakan contoh rancangan
pengajaran harian mata pelajaran sains tahun 6 yang menggunakan integrasi model Kitar
Pembelajaran 4-Fasa berasaskan Konstruktivisme, pembelajaran Inkuiri dan Masteri.

Mata pelajaran: Sains


Kelas: Tahun 6 Jujur
Tarikh: 11 Februari 2011
Masa: 11.35 pagi – 12.35 tgh (60 minit)
Bilangan murid: 25 orang
Bidang pelajaran: Daya dan Gerakan
Objektif pembelajaran: Menganalisis konsep daya

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A Menguasai isi kandungan


a. Menjelaskan dengan contoh kesan daya geseran dalam kehidupan harian
b. Menyatakan kebaikan dan keburukan daya geseran dalam kehidupan
c. Membuat kesimpulan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek

B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir


a. mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk
menentukan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek

C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni


a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan
prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 9

b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa


menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Daya geseran
a. menghakis permukaan
b. memperlahankan gerakan
c. membantu gerakan
d. dipengaruhi oleh jenis permukaan (kasar dan licin)

Bahan, peralatan dan bahan sumber:


Blok kayu – 5 unit
Kacang hijau – Beberapa biji
Minyak masak – 1 botol
Beg plastik – 5 unit
Kertas pasir – 5 unit
Kereta mainan – 5 unit
Surat khabar lama – 5 helai
Pembaris – 5 batang
Gelang getah – 5 unit
Nota di slaid PowerPoint

Langkah berjaga-jaga:
Elakkan minyak dan kacang hijau jatuh ke lantai kerana jika terpijak boleh menyebabkan jatuh.

Pengetahuan sedia ada:


Murid telah mempelajari daya wujud apabila ada tolakan dan tarikan dan daya boleh mengubah bentuk dan arah
gerakan. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa daya dipunyai oleh sesuatu benda.

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota


Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/ Daya wujud akibat Buat kaitan dengan Murid memberi
Mencungkil interaksi yang pengetahuan sedia ada respon Strategi/
idea melibatkan tolakan dan pelajar dengan menyoal Teknik:
(5 min) tarikan dan boleh Cungkil idea murid tentang Penyoalan seluruh
mengubah bentuk dan kesan daya selain mengubah kelas
arah gerakan bentuk dan arah gerakan. menggunakan
Kartun Konsep
Menstruktur/ Daya geseran Mengutarakan satu Murid membuat Strategi/
Menstruktur a.menghakis persoalan utama: hipotesis, beri Teknik:
semula permukaan Apakah kesan daya geseran cadangan reka Aktiviti inkuiri
(40 min) b. memperlahankan ke atas objek? bentuk eksperimen, dalam kumpulan
gerakan Tanya hipotesis, reka bentuk menyatakan
c.membantu gerakan eksperimen dan pembolehubah. Sikap saintifik dan
d. dipengaruhi oleh pembolehubah terlibat. Murid menjalankan nilai murni:
jenis permukaan eksperimen bagi Penglibatan aktif
(kasar dan licin) Debriefing menjawab Menghargai masa
Taksir kefahaman secara persoalan.
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 10

lisan – Murid yang telah


menguasai maju ke fasa Aktviti pemulihan:
aplikasi, manakala murid Mendengar
yang tidak, dikumpul dalam penerangan guru
satu kumpulan dan diberi dalam kumpulan
penerangan kumpulan kecil kecil
Aplikasi Idea 1. Kesan tayar botak Tunjukkan masalah di slaid Pelajar Strategi:
(10 min) ketika di jalan raya (rujuk lampiran 1) menyelesaikan Perbincangan
2. Penggunaan roda masalah dalam kumpulan diikuti
bagi mengurangkan kumpulan persembahan
geseran Pelajar Sumber
membentangkan pengajaran: slaid
dapatan PP
Refleksi/ Daya geseran Taksir kefahaman pelajar Pelajar berbincang Strategi:
Penutup a.menghakis dengan memberi kuiz dalam kumpulan Penyoalan
(5 min) permukaan pendek. Tingkatkan untuk menjawab keseluruhan kelas
b. memperlahankan keterujaan dengan kuiz dan membuat
gerakan mengadakan pertandingan kesimpulan Sumber
c.membantu gerakan antara kumpulan pelajaran dengan pengajaran: slaid
d. dipengaruhi oleh Tunjukkan ringkasan idea menyatakan idea PP
jenis permukaan utama di slaid. utama serta
(kasar dan licin) Beri tugasan membaca untuk mengaitkannya
tajuk seterusnya iaitu dengan idea asal.
pengawetan makanan dan 4
soalan menyelesai masalah
dalam buku latihan.

Analisis contoh Rancangan Pengajaran Harian di atas dan kenal pasti ciri pendekatan
A Konstruktivisme, Inkuiri dan Masteri yang terdapat dalam rancangan pengajaran tersebut.

Bina sebuah Unit Pengajaran yang berasaskan mana-mana pendekatan atau teori
pembelajaran yang telah kita bincangkan bagi mata pelajaran tumpuan anda. Pastikan terdapat
sekurang-kurangnya 4 Rancangan Pengajaran Harian yang berturutan bagi satu Unit Pengajaran yang
anda bina itu. Unit Pengajaran ini menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kursus KPD3016.

Apakah perkara umum yang perlu diambil kira apabila merancang pengajaran?

R
ancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu perlu fleksibel dan boleh ubah mengikut
keperluan. Namun semasa merancang ada beberapa persoalan yang sepatutnya bermain
dalam fikiran anda. Apakah persoalan itu?
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 11

Berikut merupakan soalan-soalan yang boleh memandu anda bagi menghasilkan sebuah perancangan
yang baik:

 Apa tujuan pelajaran?


 Apakah idea utama yang hendak diajar dan kaitannya dengan pelajaran terdahulu dan yang
akan datang, dengan pengalaman murid di luar bilik darjah, dan dengan kurikulum atau mata
pelajaran lain?
 Bagaimana bahan dapat dipersembahkan dengan berkesan selepas mengambil kira konteks
P&P (seperti kebolehan murid, fasiliti, dan sebagainya)?
 Bagaimana hasil pembelajaran hendak ditaksir dan dinilai?

Di samping itu ada baiknya anda merancang kaedah pengajaran kontemporari yang mempunyai ciri
berikut:

 Mementingkan penyoalan berbanding syarahan/penerangan terus (more questioning, less


explaining)
 Lebih banyak kepelbagaian bahan dan aktiviti (hands-on, minds-on, hearts-on)
 Lebih besar tanggungjawab pembelajaran diletakkan ke atas bahu murid
 Mementingkan kefahaman idea dahulu berbanding melabel idea (ideas first, label later), iaitu
mengutamakan urutan pengajaran secara induktif berbanding deduktif

Bolehkah anda fikirkan justifikasi di sebalik keempat-empat saranan di atas?

Anda digalakkan menumpukan kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding


penyampaian isi kandungan iaitu sentiasa memikirkan pembelajaran murid semasa merancang. Jadual
1.1 membandingkan antara perancangan yang berfokus guru dengan yang berfokus murid.

Jadual 1.1 Perbandingan antara perancangan berfokus guru dengan murid

Perancangan berfokus guru Perancangan berfokus murid

 Apakah isi kandungan  Apakah isi kandungan yang akan dipelajari murid (maksudnya
yang akan saya ajar? apakah yang sepatutnya mereka tahu dan boleh lakukan?).
 Bagaimanakah saya akan Apakah relevannya isi kandungan itu; bagaimana murid boleh
mengajar kandungan aplikasikannya?
itu?  Bagaimana murid boleh mengetahui apa yang mereka tahu dan
 Apakah bahan yang saya boleh lakukan? Apakah bukti yang boleh mereka tunjukkan?
perlukan? Apakah tugasan autentik yang boleh mereka lakukan?
 Apakah tugasan atau kerja  Bagaimanakah rupa kerja murid yang dianggap cemerlang, baik,
rumah yang akan boleh diperbaiki dan tidak baik?
saya berikan?  Apakah isi kandungan, unit, atau kurikulum yang boleh
 Apakah aktiviti yang akan membantu murid mencapai apa yang dihasratkan? Apakah
saya lakukan di bilik pembelajaran atau komponen penting yang murid perlukan?
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 12

darjah? Bagaimanakah pembelajaran ini berkaitan dengan unit tumpuan?


 Berapa lamakah masa  Apakah strategi pengajaran yang boleh membantu murid belajar?
yang diperlukan untuk Apakah pengubahsuaian yang mungkin diperlukan?
unit ini? Bagaimanakah teknologi boleh digunakan?
 Penaksiran yang  Adakah murid mencapai apa yang dihasratkan? Adakah murid
bagaimanakah yang akan membina pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan hasil
saya gunakan untuk pembelajaran? Adakah strategi pengajaran perlu diubahsuai?
melihat pencapaian  Apakah bentuk pertolongan dan bimbingan yang diperlukan
pelajar? murid semasa penaksiran yang tidak menjejaskan kesahan?
 Bagaimana penggredan  Sejauh manakah pencapaian setiap murid? Apakah yang perlu
yang akan saya lakukan? dimurnikan, dipinda, diajar semula dalam unit berikutnya?
Apakah skalanya? Apakah Adakah penaksiran sah? Adakah rubrik yang digunakan sah?
skor min yang Adakah strategi pengajaran dan penaksiran perlu ditambahbaik,
sepatutnya? atau adakah diagnosis keperluan murid secara individu
 Apakah unit seterusnya? diperlukan?

*Diadaptasi dari SBE Design Team, Nothern Colorado BOCES, 2000. http://www.bused.org/rsabe/rsabe03.pdf

Kon pengalaman Dale seperti Rajah 1.1 juga boleh dirujuk apabila merancang pengajaran dan
pembelajaran.

Murid biasanya mengingati Murid boleh (hasil pembelajaran)

10% daripada apa yang dibaca Membaca Mendefinisi, menyenarai,


20% daripada apa yang didengar Mendengar Menghurai, memperihal, menerang

30% daripada apa yang dilihat Melihat Imej


Menonton video Menunjukkan
50% daripada apa yang didengar dan dilihat Menghadiri pameran Mengaplikasi
Melihat tapak Melakukan
Memerhati demonstrasi
70% daripada apa yang disebut dan Menyertai bengkel ‘hands-on’ Menganalisis
ditulis Mereka bentuk
Mereka bentuk aktiviti pembelajaran
Mencipta
Mengalami simulasi atau modelkan pengalaman Menilai
90% daripada apa yang dilakukan
sebenar
Melakukan perkara sebenar

Rajah 1.1 Kon Pengalaman Dale

Perhatian: Peratusan yang terdapat pada kon pengalaman Dale merupakan model yang tidak merujuk kepada
mana-mana kajian secara khusus dan oleh itu tidak harus diguna pakai sebagai fakta, hanya sebagai rujukan
kasar.
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 13

RUMUSAN
1. Unit Pengajaran ialah pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci
berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan
mengandungi perihalan komponen berikut:
1. Tajuk dan tujuan unit
2. Pengetahuan sedia ada pelajar
3. Analisis isi kandungan pelajaran
4. Bahan bantu mengajar dan belajar
5. Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
6. Pelan penaksiran
7. Rancangan pengajaran harian

2. Unit pengajaran dibina dengan tujuan memudahcara pengajaran dan pembelajaran supaya hasil
pembelajaran yang dihasratkan mempunyai potensi yang baik untuk dicapai.

3. Rancangan pengajaran harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori
pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktivisme, inkuiri dan Masteri. Rancangan
pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan
setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan
berkesan.

4. Semasa merancang anda digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman


pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan. Ini mempastikan murid mencapai
hasil pembelajaran yang dihasratkan. Hasil pembelajaran mempunyai tiga domain iaitu kognitif,
psikomotor (kemahiran) dan afektif (sikap, nilai murni, kerohanian)

KATA KUNCI
1. Unit Pengajaran 4. Pendekatan Masteri
2. Pendekatan Konstruktivisme 5. Hasil Pembelajaran
3. Pendekatan Inkuiri

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan Unit
Pengajaran?

2. Apakah antara pendekatan pengajaran yang boleh dijadikan asas pembinaan sebuah Unit
Pengajaran dan rancangan pengajaran harian?
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 14

3. Huraikan dengan memberi contoh dalam mata pelajaran tumpuan anda, bagaimana membina
sebuah rancangan pengajaran harian yang berasaskan ketiga-tiga pendekatan
konstruktivisme, inkuiri dan Masteri.

4. Bagaimanakah merancang sebuah pengajaran yang memfokus kepada kejayaan


pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan oleh guru?

PETA KONSEP
Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta Konsep
B di bawah.

Unit Pengajaran

_____________________________ yang dirancang dengan teliti memudahcara


pengajaran supaya murid mencapai
merupakan
pendekatan pengajaran

seperti
berdasarkan
ada tiga domain iaitu

atau
kognitif

dalam suatu

mata pelajaran

RUJUKAN

Nurulhuda Abd Rahman et al. (Eds.) (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026. Tg. Malim:
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 15

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

A Buat kaitan dan mencungkil idea


merupakan ciri pendekatan
konstruktivisme di mana premis
asasnya menyatakan murid belajar
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
dengan mengaitkan idea baru
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
kepada idea sedia ada mereka.
Permulaan/ Daya wujud akibat Buat kaitan dengan Murid memberi Strategi/
Mencungkil interaksi yang melibatkan pengetahuan sedia ada pelajar Maka penting mengetahui
respon Teknik:idea
idea tolakan dan tarikan dan dengan menyoal asal murid Penyoalan seluruh
(5 min) boleh mengubah bentuk Cungkil idea murid tentang kelas menggunakan
dan arah gerakan kesan daya selain mengubah Kartun Konsep
bentuk dan arah gerakan.
Menstruktur/ Daya geseran Mengutarakan satu persoalan Murid membuat Strategi/
Menstruktur a.menghakis permukaan utama: hipotesis, beri Teknik:
semula b. memperlahankan Apakah kesan daya geseran ke cadangan reka bentuk Aktiviti inkuiri dalam
Pembelajaran
(40 min) yang dimulai
gerakandengan atas objek? eksperimen, kumpulan
satu persoalan utamac.membantu
merupakangerakan
ciri Tanya hipotesis, reka bentuk menyatakan
pembelajaran inkuiri.d.Ini
dipengaruhi
diikuti oleh jenis eksperimen dan pembolehubah pembolehubah. Sikap saintifik dan
dengan murid menjana permukaan (kasar dan
hipotesis, terlibat. Murid menjalankan nilai murni:
licin) eksperimen bagi Penglibatan aktif
merancang penyiasatan,
Debriefing menjawab persoalan. Menghargai masa
melaksanakannya dan diakhiri
Taksir kefahaman secara lisan –
dengan membentang dapatan. Murid yang telah menguasai Aktviti pemulihan:
Aktiviti ini juga menyokong premis maju ke fasa aplikasi, manakala Mendengar
pendekatan konstruktivisme. murid yang tidak, dikumpul penerangan guru
dalam satu kumpulan dan diberi dalam kumpulan kecil
penerangan kumpulan kecil
Aplikasi Idea 1. Kesan tayar botak Tunjukkan masalah di slaid Pelajar menyelesaikan Strategi:
(10 min) ketika di jalan raya (rujuk lampiran 1) masalah dalam Perbincangan
2. Penggunaan roda bagi kumpulan kumpulan diikuti
mengurangkan
Terdapat penilaiangeseran
guru tentang tahap persembahan
3. Satu soalan melibatkan Pelajar
kefahaman murid di mana murid yang
P=hρg membentangkan Sumber pengajaran:
menguasainya meneruskan ke aktiviti
dapatan slaid PP
Refleksi/
pengayaan (fasa aplikasi idea) manakala
Daya geseran
yang
Taksir kefahaman pelajar Pelajar berbincang Strategi:
Penutup belum diberi aktiviti pemulihan
a.menghakis permukaan (penerangan
dengan memberi kuiz pendek. dalam kumpulan Penyoalan
(5 min) guru). Inib.merupakan ciri pendekatan
memperlahankan Masteri.
Tingkatkan keterujaan dengan untuk menjawab kuiz keseluruhan kelas
Di samping itu, hasil pembelajaranmengadakan
gerakan telah pertandingan dan membuat
c.membantu gerakan antara kumpulan
ditentukan secara eksplisit di awal pengajaran kesimpulan pelajaran Sumber pengajaran:
d. dipengaruhi
juga merupakan oleh jenis
ciri Masteri. Tunjukkan ringkasan idea utama dengan menyatakan slaid PP
permukaan (kasar dan di slaid. idea utama serta
licin) Beri tugasan membaca untuk mengaitkannya
tajuk seterusnya iaitu dengan idea asal.
pengawetan makanan dan 4
soalan menyelesai masalah
Terdapat aktiviti refleksi di mana murid
dalam buku latihan.
secara sedar diberi peluang mengaitkan idea
baru dengan yang lama bagi membolehkan
pembelajaran berlaku. Ini merupakan ciri
pendekatan konstruktivisme.
Unit Pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian | 16

Unit Pengajaran

boleh dibina berasaskan beberapa yang dirancang dengan teliti memudah cara
pengajaran supaya murid mencapai
merupakan
pendekatan pengajaran

pelan pengajaran hasil pembelajaran


seperti

berdasarkan ada tiga domain iaitu

tema
Konstruktivisme Masteri
kognitif afektif
Inkuiri atau psikomotor

tajuk utama

dalam suatu

mata pelajaran

Anda mungkin juga menyukai