Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)


SMK MAMBAU 2018

1.0 Pendahuluan

Program Gerakan Membaca telah lama dilaksanakan di semua sekolah dan menjadi
agenda Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi anjakan kedua Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ianya merupakan salah satu inisiatif
untuk melaksanakan program ini sebagai usaha merealisasikan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk melahirkan generasi membaca dan bermaklumat serta
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.

2.0 Rasional

Memberi penekanan terhadap pelaksanaan aktiviti Gerakan Membaca (NILAM)


khususnya tahap Rakan Pembaca di sekolah.

3.0 Objektif

Pada akhir program, peserta dapat;

3.1 Memberi pendedahan kepada guru dan murid untuk melaksanakan Program
Gerakan Tabiat Membaca di sekolah.

3.2 Menjadikan membaca sebagai budaya untuk meningkatkan pengetahuan dan


bermaklumat.

3.3 Membudayakan literasi maklumat dan pemikiran aras tinggi dalam kalangan
guru dan murid.

4.0 Butiran Program

Tarikh : 3 hingga 6 April 2018 (SELASA- KHAMIS)


Masa : 8.00pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Mambau
Sasaran :
BIL PESERTA JUMLAH
1. Guru & Staf 88
2. Pelajar Peralihan 10
3. Pelajar Tingkatan 1 – Tingkatan 5 721
JUMLAH 819

1
5.0 Tentatif Program

HARI/TARIKH MASA AKTIVITI

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia


& Program Saya Suka Baca Peringkat Sekolah
2018
 Ucapan Alu-aluan pengacara Majlis
7.20 Pagi – 8.00 Pagi  Bacaan Doa
SELASA  Lagu Negarku/ Lagu Sekolah/ NILAM
3.4.2018  Ucapan Perasmian oleh Pengetua
Cemerlang SMK Mambau.
 Persembahan Pelajar
 Gimik Pelancaran

Membaca Bersama Serentak 1 Malaysia selama


7.40 Pagi – 8.30 Pagi 33 Minit 38 Saat (2016 Saat)

PdP seperti Biasa


Aktiviti dalam PdP:
8.10 Pagi – 2.30 Ptg  Kuiz Silang Kata
RABU  Buku Skrap
5.4.2018  Mewarna
 Mengarang Pantun/ Sajak / Syair
 Menghasilkan Penanda Buku
 Pidato
 Mendeklamasikan Sajak

Majlis Penutup Kem Membaca 1 Malaysia

KHAMIS  Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis


7.20 Pagi – 8.10 Pagi
6.4.2018  Bacaan Doa
 Ucapan Perasmian Penutup
 Persembahan Pelajar
 Penyampaian Hadiah & Sijil

6.0 Penutup

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya sebagai usaha memberi pendedahan kepada pelajar tentang galakkan
aktiviti gerakan membaca seterusnya menggerakkan budaya membaca dalam
kalangan warga sekolah khususnya sekolah-sekolah ahli PKG Mambau.

Disediakan oleh,

(Roziana binti Rahman)


Guru Perpustakaan dan Media
SMK Mambau.