Anda di halaman 1dari 42

Rahsia Perniagaan Digital

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 1
Rahsia Perniagaan Digital

Perhatian! Sudahkah anda


mendaftar ebook ini?

Tahniah dan terima kasih kerana memuat turun


ebook “Rahsia Perniagaan Digital”. Ebook ringkas
tetapi padat ini akan membantu anda memahami
sistem bagaimana untuk menjana pendapatan secara
berterusan melalui internet dan membina saluran
pendapatan global yang pelbagai (multiple streams
of income).

Ebook ini disertakan bersama Lesen Jualan Semula


Master dan anda mestilah mendaftar salinan ebook ini
dengan saya. Pendaftaran tersebut akan mengesahkan
bahawa anda adalah pemilik sah ebook “Rahsia
Perniagaan Digital” dan juga anda akan diberi lesen
Hak Jualan Semula Master untuk menjual semula
ebook ini dan mengaut keuntungan 100% dari jualan
tersebut.

Setelah mendaftar ebook ini dengan saya, anda akan


menerima semua fail HTML dan gambar-gambar untuk
memulakan jualan anda. Anda juga akan menerima
sebuah HADIAH BONUS KHAS dari saya – tetapi hanya
untuk pendaftaran segera sahaja.

Klik SINI untuk Mendaftar Salinan “Rahsia


Perniagaan Digital” Anda SEKARANG!

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 2
Rahsia Perniagaan Digital

Kata Pengantar
Oleh Iszuddin Ismail (Kidino)

Saya seringkali menerima permintaan dari usahawan internet Malaysia


untuk memberi rekomendasi terhadap ebook atau produk internet
terbaru mereka. Dan seperti biasa saya akan meminta mereka untuk
memberikan satu salinan review dan saya tidak akan menjanjikan
apa-apa kepada mereka. Malangnya kebanyakan dari mereka
menjauhkan diri apabila saya berkata demikian.

Tetapi bagi Zamri Nanyan, kisahnya berlainan. Beliau bukanlah seperti


mereka yang saya sebutkan diatas. Apabila beliau meminta saya
melihat produk terbaru beliau, saya tak perlu untuk melakukannya
kerana sudah pasti ianya sebuah produk yang bagus. Saya memang
tahu ianya bagus. Dan apabila saya membacanya, tepat sekali-ianya
memang bagus.

Buat pengetahuan anda Zamri adalah seorang yang saya sangat


hormati. Jika anda mengenali Zamri sama seperti saya mengenali
beliau, anda akan tahu yang beliau adalah seorang yang jujur dan
boleh dipercayai. Beliau jujur dalam kerjanya, jujur dengan
pembacanya, dan beliau juga jujur dengan segala halatuju kerja
beliau.

Zamri bukan sahaja jujur – beliau juga bijak.

Dan inilah masalah yang sedang melanda usahawan internet Malaysia.


Mereka bijak tetapi pada masa yang sama juga tamak.

Mereka sering mahukan sesuatu dengan cepat. Mereka mahu wang


segera. Mungkin disebabkan Internet sendiri yang telah dikaitkan
dengan sesuatu yang boleh dilakukan dengan cepat dari kebiasaan
tetapi ia tak bermakna anda tidak perlu mempunyai asas yang kukuh
dalam perniagaan.

Dan Zamri adalah seorang yang sangat bagus dalam hal ini.

Tidak seperti kebanyakan usahawan internet Malaysia yang saya lihat,


Zamri memulakan dengan langkah yang betul dari awal. Zamri faham

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 3
Rahsia Perniagaan Digital

yang memulakan perniagaan internet bukanlah untuk mendapatkan


wang segera. Ianya juga bukan untuk menjadi kaya dalam masa yang
singkat. Ianya tentang bagaimana untuk melakukannya dengan cara
yang betul, bekerja secara konsisten, dan membina empayar sedikit
demi sedikit dalam sesuatu masa. Dan semenjak saya mengenali
Zamri, itulah yang beliau sedang lakukan.

Malah, beliau lebih bagus daripada saya tentang hal ini.

Apa yang akan diceritakan dalam buku ini?

Ianya adalah tentang membina tapak perniagaan internet anda. Anda


akan bersetuju dengan saya bila anda membaca buku ini.

Dan satu yang menarik tentang buku ini adalah, ianya ditulis oleh
orang tempatan, untuk orang tempatan. Anda akan mendapat
pengajaran dari seorang yang telah berpengalaman melakukannya,
dan dari seorang yang tinggal dari negara yang anda diami.

Jika anda ingin mempelajari bagaimana untuk membina sebuah


perniagaan internet yang bertahan untuk jangka masa yang lama,
maka jawapannya terdapat didalam buku ini. Dan Zamri telah
meringkaskannya, dimana ianya akan lebih mudah difahami dan
diimplementasikan.

Jadi selamat membaca buku ini dan hayati setiap ayat yang Zamri
tuliskan.

Iszuddin Ismail aka Kidino


Successful Internet Entrepreneur
www.DIYMiniSite.com
www.MoneyClicking.net
www.AdsenseSEOQuickGuide.com

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 4
Rahsia Perniagaan Digital

Kandungan

Pendapatan Berterusan : Satu Penerangan................................................. 6


Zaman Informasi dan Anda!......................................................................10
Mencipta Mesin Jualan Digital Online Yang Berfungsi 24 Jam
Sehari, 7 Hari Seminggu................................................................................ 11
Mesin Jualan Digital Yang Sempurna.......................................................13
Menjual Semula Produk Informasi (ebook) Yang Laris ........................14
Mencipta Sistem Yang Sempurna Untuk Menjual Sebuah Ebook.......16
Menerima Pembayaran Melalui Kad Kredit Di Laman Web Anda .......21
Tukarkan Peralatan Wajib Perniagaan Internet Anda Kepada
Pendapatan Lumayan ..................................................................................... 24
Membina Laman Web Untuk Menjual Ebook ..........................................25
Rahsia Terbongkar – Bahagian I ..............................................................27
Rahsia Terbongkar – Bahagian II.............................................................30
Menjana Pendapatan Yang Pelbagai Dari Internet ................................... 35
Kata-kata Akhir................................................................................................ 38
Rujukan ............................................................................................................. 41

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 5
Rahsia Perniagaan Digital

Pendapatan Berterusan :
Satu Penerangan

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 6
Rahsia Perniagaan Digital

Tiga Saluran Pendapatan

Perkataan lain bagi Pendapatan Berterusan (Recurring Income)


adalah Pendapatan Residual (Residual Income). Secara asasnya
terdapat tiga (3) jenis saluran pendapatan yang anda boleh jana di
dalam perniagaan atau kehidupan harian anda.

1. Buat sekali - Dapat Bayaran Sekali

Jika anda melakukan sesuatu kerja, jualan atau mendapat


kontrak cara seperti ini, anda akan mendapat bayaran hanya
sekali dan pendapatan tersebut berhenti selepas anda mendapat
bayaran.

2. Teruskan Melakukan Kerja-Mendapat Bayaran


Berterusan

Jika anda melakukan kerja pejabat dari 9 pagi hingga 5 petang,


anda akan berterusan mendapat bayaran jika anda terus bekerja
dengan majikan anda-selaunya ianya dipanggil pendapatan
linear (linear income). Jenis pendapatan sebeginilah yang
'disukai' oleh majoriti. Malah jika anda seorang pakar bedah,
peguam atau jurutera, anda juga hanya akan dibayar selagi
anda bekerja. Berhenti kerja bermakna jumlah digit wang
didalam akaun bank anda juga akan berkurangan.

3. Buat Sekali-Mendapat Bayaran Secara Berterusan

Jenis pendapatan ketiga ini adalah jenis pendapatan yang


berterusan dimana anda akan tetap dibayar walaupun anda telah
berhenti daripada melakukan kerja anda. Sebagai contoh, anda
menulis sebuah buku dan selagi buku tersebut berjaya dijual,
anda akan terus memperolehi pendapatan royalti dari kerja yang
dilakukan hanya sekali (iaitu menulis buku).

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 7
Rahsia Perniagaan Digital

Majoriti daripada mereka yang kaya dan berpengaruh mencipta


kemewahan melalui saluran pendapatan yang berterusan. Lihat
penyanyi Michael Jackson sebagai contoh; beliau tetap mendapat
bayaran royalti daripada jualan album beliau yang dihasilkan beberapa
dekad yang lepas. Beliau juga boleh menghasilkan satu produk baru
dengan hanya menggabungkan album-album lama beliau dan menjana
sebuah lagi saluran pendapatan yang baru. Beliau tidak perlu lagi
pergi ke studio untuk merekod lagu terbaru dalam memastikan beliau
tetap mendapat bayaran!

Inilah situasi yang terbaik dan ideal dalam tiga jenis pendapatan di
atas. Mungkin kita semua ingin mengalami situasi sebegitu-bekerja
hanya sekali dan mendapat bayaran lagi dan lagi, dan inilah kehebatan
pendapatan yang berterusan!

Majoriti kerjaya yang mendapat hasil melalui cara pendapatan sebegini


adalah mereka yang berada di dalam profession yang kreatif seperti
pelakon, penulis, penyanyi dan pencipta.

Malangnya, tidak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan


bakat seperti Michael Jakson, biarpun peluang di dalam industri
tersebut yang amat menguntungkan.

Walaubagaimanapun, saya ada berita baik untuk anda.

Ebook yang anda sedang baca sekarang ini adalah kunci untuk
memcipta satu pendapatan secara berterusan yang stabil
melalui Internet-sekiranya anda melakukannya dengan betul dan
secara konsisten.

Saya mencadangkan anda supaya meninggalkan segala kerja yang


anda lakukan sekarang dan fokus 100% kepada mesej yang saya akan
sampaikan kepada anda ini.

Saya juga mencadangkan anda supaya mencetak ebook ini, bawanya


ke suatu tempat yang sesuai untuk relaks dan bacanya dengan
perlahan-lahan.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 8
Rahsia Perniagaan Digital

Di dalam ebook ini, saya akan membongkar rahsia-rahsia untuk:

1. Mencipta mesin jualan digitalyang berfungsi 24 jam sehari, 7


hari seminggu. Mesin ini akan menggantikan anda di dalam
membuat jualan, walaupun ketika anda sedang nyenyak tidur-
siang dan malam.

2. Mengubah keperluan yang MESTI anda guna untuk


perniagaan internet anda kepada wang. Anda telah memiliki
produk ini. Jadi, mengapa anda tidak menjana pendapatan
melaluinya?

3. Menjana pendapatan yang pelbagai darip Internet hanya


melalui satu produk sahaja. Ia akan mengubah produk anda
yang satu kepada penjana pendapatan yang pelbagai.

Menariknya, anda boleh melakukan kesemua ini secara separuh masa,


sepenuh masa atau pada bila-bila masa. Dan anda tak perlu untuk
berhenti kerja untuk menyertai peluang menjana pendapatan sebegini.
Ia akan memberi anda peluang untuk mencipta pendapatan yang
berterusan yang dinikmati oleh mereka yang telah berjaya.

Adakah anda telah bersedia?

Mari mulakannya...

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 9
Rahsia Perniagaan Digital

Zaman Informasi dan Anda!

Kita sekarang berada di zaman informasi – terimalah kenyataan dan


ambillah kesempatan terbaik ini!

Mereka yang tahu bagaimana untuk menggunakan informasi tersebut


dan menjadikannya sebagai satu saluran pendapatan akan menjadi
sebahagian daripada mereka yang bertuah yang menyelusuri
gelombang abad yang ke 21 ini - zaman informasi.

Pengetahuan dan idea yang ada di dalam fikiran anda kini boleh
diubah menjadi sesuatu produk yang boleh dijual.

Dengan kehadiran internet, kini ianya menjadi lebih mudah untuk


menjual produk informasi tersebut.

Anda boleh kumpulkan informasi tersebut, jadikan ianya boleh diakses


melalui Internet dan jualkannya kepada pelanggan yang berpotensi.

Sesiapa sahaja dengan pengetahuan yang cukup boleh melakukannya.

Tetapi, produk apa yang anda akan jual di Internet?

Secara praktikal...hampir semua produk boleh dijual melalui Internet


tetapi saya lebih memilih untuk menjual produk digital seperti ebook.

Ebook sangat mudah untuk dihasilkan, margin keuntungannya boleh


mencapai 100% dan proses jualannya boleh diautomasikan – dimana
ianya berlaku secara automatik walaupun anda sedang membeli-belah
atau berseronok bersama rakan-rakan.

Bukan sahaja anda boleh menjana pendapatan secara automatik, anda


juga boleh menggunakannya untuk menjana pendapatan yang
pelbagai melalui Internet hanya daripada satu ebook ini.

Biar saya terangkan dengan lebih lanjut...

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 10
Rahsia Perniagaan Digital

Mencipta Mesin Jualan Digital


Online Yang Berfungsi 24
Jam Sehari, 7 Hari Seminggu

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 11
Rahsia Perniagaan Digital

Ebook Sebagai Produk Informasi Terbaik

Jika anda tidak pernah mendengar satu terma yang dipanggil buku
elektronik atau ebuku (ebook), saya akan ceritakan sedikit perihal
mengenai produk ringkas tetapi hebat yang anda boleh jual di Internet
ini.

Ebook secara ringkasnya adalah sebuah fail digital yang mengandungi


informasi yang dibaca oleh sesiapa sahaja. Apa yang anda sedang
baca sekarang juga adalah sebuah ebook dan ianya adalah dalam
format pdf (sebelum anda mencetaknya). Fail pdf ini boleh dibuka
dengan menggunakan perisian Adobe pdf reader.

Apabila anda mencipta sebuah ebook yang mendapat permintaan


ramai, anda mempunyai satu pasaran dimana pasaran tersebut
sanggup membayar wang mereka kepada anda untuk mendapatkan
ebook tersebut. Melalui cara inilah anda mencipta keuntungan sekali
gus memenuhkan akaun bank anda.

Walaupun bunyinya nampak mudah, terdapat 2 masalah yang sering


melanda mereka yang baru berjinak-jinak (newbies) dengan
perniagaan sebegini:

1. Tidak semua orang boleh mencipta ebook yang boleh dijual.

Mencipta ebook adalah berbeza dengan mencipta ebook yang diingini


oleh bakal pembeli.

2. Tidak ramai mereka yang mengetahui cara dan ilmu untuk


membina satu sistem untuk menjual ebook di Internet.

Walaupun prosesnya agak rumit semasa anda melakukannya buat


pertama kalinya, anda akan menjadi biasa dengannya dalam masa
yang singkat, dan sistem penjualan ebook anda akan menjadi satu
sistem yang serupa yang anda boleh gunakan untuk menjual ebook-
ebook anda yang lain di masa akan datang.

Jika ini adalah masalah anda, jangan bimbang! Saya akan membantu
anda menyelesaikan 2 masalah di atas di bahagian seterusnya.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 12
Rahsia Perniagaan Digital

Mesin Jualan Digital Yang Sempurna

Kenapa ebook?

Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, ebook adalah mudah
untuk ditulis dan ianya mengandungi apa yang prospek inginkan dan
mereka akan bersedia membayar jumlah tertentu untuk informasi
yang terkandung di dalam ebook tersebut.

Tetapi, apa yang lebih penting lagi ialah… menjual ebook di Internet
juga boleh mendatangkan keuntungan. Dan juga, anda berpeluang
untuk menjadikan proses jualannya 100% automasi.

Untuk menjual produk informasi berbentuk ebook, samaada anda;

(1) Menulis sendiri best-selling ebook anda sendiri.

(2) atau, menjual semula ebook orang lain.

Menulis ebook anda sendiri bukannya mudah dan ianya mungkin


memenatkan. Anda perlu mencari topik yang anda betul-betul tahu
dan anda perlu pastikan ebook yang anda tulis itu akan terjual.
Seterusnya anda perlu menulis surat jualan yang menarik dan mampu
meyakinkan prospek anda yang ebook tersebut mampu menyelesaikan
masalah mereka.

Jika anda mengabaikan faktor-faktor di atas, anda akan membazirkan


usaha yang telah anda lakukan dalam mencipta mesin jualan digital
anda. Ianya akan berakhir dengan ebook yang tidak akan terjual.

Walaubagaimanapun, sekarang anda tidak perlu risau untuk mencipta


ebook anda sendiri. Terdapat pelbagai lagi model perniagaan Internet
di mana ebook yang dibeli boleh dijual semula. Model seperti ini yang
patut anda ikut jika anda ingin bermula sebagai penjual ebook.

Dan di sini...saya ada berita gembira untuk anda.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 13
Rahsia Perniagaan Digital

Menjual Semula Produk Informasi


(ebook) Yang Laris

Dengan setiap pembelian ebook ini, anda layak untuk menjualnya


semula.

Apa maksudnya?

Maksudnya ebook ini sekarang milik anda. Anda mempunyai hak untuk
menjual ebook ini kepada sesiapa sahaja dan mengaut 100%
keuntungan bersih yang anda jana daripada setiap jualan.

Hebat, bukan?

Saya memberikan anda satu produk informasi yang siap sedia,


berkualiti dan menguntungkan yang anda boleh jual sekarang.

Anda mungkin bertanya, “kenapa anda begitu baik untuk membiarkan


saya menjual ebook anda dan mengaut keuntungan daripadanya,
walhal ebook ini 100% produk anda? Tidakkah ini merugikan anda?”

Begini… mari kita anggap yang saya akan mendapat sedikit habuan
walaupun orang lain (seperti anda) mendapat keuntungan daripada
menjual semula ebook ini, dan anda akan tahu dan faham bagaimana
ianya berfungsi di akhir ebook ini.

Sabar ya. ☺

Secara ringkasnya, saya memberikan anda satu jalan penyelesaian


kepada masalah pertama anda, iaitu mencipta ebook yang telah
terbukti boleh dijual.

Sudah tentulah anda boleh mencipta produk informasi anda sendiri,


tetapi inginkah anda mengharungi segala kepayahannya apabila anda
telah mempunyai ebook yang bagus di tangan anda sekarang? Dan
ianya telah tersedia untuk dijual.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 14
Rahsia Perniagaan Digital

Keseluruhannya, saya telah menghabiskan banyak masa untuk


menulis ebook ini dan mencipta satu sistem untuk anda jual dan kaut
keuntungan daripadanya.

Setelah anda mendapat cukup pengalaman dalam perniagaan Internet


dan pemasaran secara online, maka bolehlah anda mula berfikir untuk
menulis ebook anda sendiri berdasarkan minat anda.

Tidakkah begitu?

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 15
Rahsia Perniagaan Digital

Mencipta Sistem Yang Sempurna Untuk


Menjual Sebuah Ebook

Sekarang, anda telah memiliki satu produk untuk dijual iaitu ebook ini!

Soalan seterusnya adalah...bagaimana anda boleh mencipta sebuah


mesin jualan automatik yang bekerja 24 jam setiap hari, tanpa henti –
satu sistem sempurna untuk menjual ebook anda?

Terdapat 3 ramuan penting di dalam menjual sesebuah ebook.

1. Sebuah laman web yang mempunyai surat jualan efektif


yang menerangkan tentang ebook yang anda jual dan
penerangan bagaimana untuk membuat pembelian daripada
anda. Laman web ini akan membantu anda meyakinkan prospek
yang ingin membeli ebook daripada anda dengan memberikan
mereka kelebihan produk anda dan bagaimana produk anda
boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

2. Kemudahan pembayaran yang menerima pembayaran


melalui kad kredit, PayPal (pemproses pembayaran melalui
Internet) dan/atau deposit terus ke akaun bank anda.

3. Ebook itu sendiri di mana anda akan membina sebuah


laman muat turun khas di mana anda menceritakan langkah
demi langkah kepada pelanggan anda bagaimana mereka boleh
muatturun ebook tersebut.

Secara ringkasnya, prospek akan membaca surat jualan anda di laman


web tersebut.

Jika mereka cukup yakin dengan produk anda dan ingin membuat
pesanan, mereka akan melalui proses pembayaran yang akan
diuruskan oleh pemproses kredit kad, PayPal atau melalui fasiliti
pendepositan terus ke akaun bank. Setelah pembayaran dibuat,
pelanggan anda akan menerima ebook daripada anda. Untuk
gambaran proses tersebut, anda boleh melawat www.RahsiaMLM.com.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 16
Rahsia Perniagaan Digital

Di laman web ini, anda akan melihat bagaimana saya menulis surat
jualan dan bagaimana saya menunjukkan prospek saya bagaimana
untuk membayar kepada saya secara online. Untuk kemudahan
pembayaran, saya menerima kredit kad, PayPal atau deposit terus ke
akaun Maybank saya.

Jika pelanggan membayar melalui kad kredit atau PayPal, mereka


akan dihantar secara automatik ke laman muatturun di mana di situ
terdapat arahan untuk mereka muatturun ebook tersebut.

Proses sebegini adalah 100% automatik, bilamana sekali ianya siap


dibina, ianya tidak memerlukan penglibatan saya lagi di dalam
keseluruhan proses jual beli.

Sekarang, bayangkan betapa besarnya senyuman saya apabila saya


bangun di waktu pagi untuk melihat hasil jualan seperti ini: ☺

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 17
Rahsia Perniagaan Digital

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada jualan yang dihasilkan dalam


masa sehari semasa saya menjual ebook “Rahsia Merekrut MLM”
saya... ebook di dalam bahasa Malaysia, dan bukannya bahada
Inggeris...kepada pasaran tempatan yang kecil...hanya menggunakan
fasiliti Maybank2u...dan ingat yang saya juga menerima pembayaran
melalui Kad Kredit dan PayPal.

Bukanlah niat saya untuk menunjuk-nunjuk dan riak dengan jualan


saya atau ingin buktikan yang saya bagus… kerana saya tahu lebih
ramai lagi mereka yang memiliki pendapatan Internet yang lebih
daripada apa yang saya tunjukkan di atas. Apa yang ingin saya
beritahu disini adalah… terdapat pasaran untuk produk seperti ini
(ebook) di pasaran tempatan dan anda juga boleh menjana
pendapatan sebegini melalui Internet, sama seperti apa yang saya
telah lakukan.

Ianya telah berlaku kepada saya...dan ianya boleh berlaku kepada


anda juga.

Cari produk yang mempunyai potensi pasaran untuk dijual, bina laman
web berserta fasiliti pembayaran kad kredit dan mula menjual secara
online.

Walaubagaimanapun, jika anda baru sahaja bermula, gunalah fasiliti


perbankan secara online Maybank untuk menerima pembayaran
daripada pelanggan anda. Ianya percuma dan kurang teknikal
berbanding dengan proses integrasi untuk menerima pembayaran
melalui kad kredit atau PayPal. Anda cuma perlu pergi ke mana-mana
cawangan Maybank dan membuat permohonan untuk satu akaun bank
dan tanya kepada pegawai bank tersebut bagaimana caranya untuk
anda memohon kemudahan perbankan secara online Maybank2u.

Anda juga boleh menggunakan bank-bank lain tetapi kebanyakan


orang lebih memilih untuk menggunakan Maybank2u sebagai
perbankan secara online pilihan mereka di Malaysia. Dan Maybank2u
juga boleh digunakan di Singapura, sekaligus menjadikan ianya lebih
mudah untuk mereka yang tinggal di Singapura membuat tempahan
ebook anda.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 18
Rahsia Perniagaan Digital

Dan buat pengetahuan anda, lebih daripada 80% tempahan di


www.RahsiaMLM.com juga datangnya daripada fasiliti perbankan
Internet Maybank2u. Jadi, berhati-berhati dengan keputusan anda
untuk tidak menggunakan Maybank2u sebagai salah satu kaedah
pembayaran jika pasaran target anda adalah Malaysia dan Singapura.

Satu perkara yang agak leceh apabila anda menggunakan Maybank2u


dan juga fasiliti perbankan internet yang lain adalah… anda perlu
mengesahkan setiap pembayaran yang dilakukan oleh pelanggan anda
sebelum memberi mereka link untuk muat turun. Kerjanya adalah
sedikit manual namun kelebihan menggunakan fasiliti sebegini ialah
wang akan terus masuk ke dalam akaun bank anda.

Jika anda masih kurang jelas, mari kita lihat gambarajah di mukasurat
seterusnya yang akan menunjukkan bagaimana keseluruhan proses
tersebut berlaku. Sila ambil perhatian bahawa gambarajah ini akan
menunjukkan anda bagaimana tempahan melalui kad kredit diproses.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 19
Rahsia Perniagaan Digital

Orang ramai melihat laman


web jualan anda.

Sebahagian daripada mereka


memutuskan untuk membeli dan klik
pada link yang akan menuju ke laman
pemprosesan pembayaran melalui kad
kredit, di mana di situ anda mengambil
tempahan daripada mereka.

Setelah pembayaran selesai dilakukan,


pelanggan ini akan melihat satu laman
lain di mana beliau boleh memuat turun
ebook anda. Proses ini dijalankan
secara automatik.

Ianya semudah itu sahaja.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 20
Rahsia Perniagaan Digital

Menerima Pembayaran Melalui


Kad Kredit Di Laman Web Anda

Walaupun kemudahan pembayaran secara online melalui Maybank


berguna untuk anda, anda juga mungkin perlu mempertimbangkan
secara serius untuk menerima pembayaran melalui kad kredit di laman
web anda apabila perniagaan anda mula berkembang.

Sebabnya ialah...

1. Yuran pemprosesan pembayaran melalui kad kredit tidaklah


begitu mahal. Dengan sekali pelaburan sebanyak kurang
daripada USD$50, anda boleh menggunakan fasiliti pembayaran
melalui kad kredit buat selama-lamanya. Buat pengetahuan
anda, terdapat juga yang percuma (rujuk PayPal).

2. Kemudahan pembayaran melalui kad kredit membenarkan


proses jual beli anda diautomasikan secara menyeluruh (100%).
Ianya boleh menguruskan tempahan dan penghantaran produk
digital anda kepada pelanggan anda tanpa perlu proses manual
daripada anda.

3. Anda akan mendapat lebih banyak jualan dengan memberi


pelbagai pilihan pembayaran yang disukai pelanggan di laman
web anda. Jika pelanggan anda tidak mahu menggunakan
Maybank, mereka boleh membayar dengan kad kredit.

4. Anda akan kelihatan lebih professional kerana kad kredit


adalah berkait rapat dengan Visa dan Mastercard, dan secara
tidak langsung anda akan dilihat sebagai pengamal perniagaan
yang berurusan dengan dua nama besar ini.

5. Anda boleh mencapai pasaran global sebaliknya dengan


Maybank anda hanya boleh menggunakannya di Malaysia dan
Singapura sahaja. Ini merupakan satu kelebihan yang anda tak
mahu lepaskan.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 21
Rahsia Perniagaan Digital

Jadi, jangan mengambil ringan perkara ini. Pertimbangkanlah untuk


melabur di dalam fasiliti pembayaran melalui kad kredit di laman web
anda di masa akan datang.

Sebagai contoh, di sini terdapat dua syarikat pemproses kad kredit


pihak ketiga yang saya telah gunakan untuk menjual produk-produk
saya:

1. 2Checkout (www.2CheckOut.com)

2Checkout membenarkan anda menjual kedua-dua produk fizikal


dan produk digital (sebagai contoh ebook). Yuran
pendaftarannya adalah USD$49 sekali bayar sahaja. Untuk
setiap transaksi, anda akan dicaj sebanyak USD$0.45 per
transaksi + 5.5% daripada harga jualan.

2. PayPal (www.PayPal.com)

PayPal merupakan sebuah sistem yang berdasarkan akaun


(account-based system) dimana sesiapa sahaja yang
mempunyai alamat emel boleh menghantar dan menerima
pembayaran secara online menggunakan kad kredit mereka atau
akaun bank, dengan selamat. Terdapat dua jenis akaun disini.

Akaun Peribadi (Akaun Pembeli) – Akaun peribadi adalah untuk


kegunaan individu sahaja.

Akaun Perniagaan/Premier (Akaun Pelanggan) – Akaun Premier


dan Perniagaan mengandungi ciri-ciri premium seperti
kemudahan untuk menerima pembayaran melalui kad kredit dan
menggunakan Shopping Cart daripada PayPal.

PayPal mengenakan caj kepada akaun Premier dan Perniagaan


dalam menerima pembayaran. Untuk akaun peribadi, ianya
percuma tetapi tidak boleh menerima pembayaran melalui kad
kredit. Tiada caj pendaftaran atau yuran bulanan untuk
menerima pembayaran dengan akaun Premier dan Perniagaan.
Walaubagaimanapun, anda akan dicaj dengan jumlah tertentu
untuk setiap transaksi. Selain dari kad kredit, anda juga boleh

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 22
Rahsia Perniagaan Digital

memberi pilihan kepada pelanggan anda menghantar cek untuk


pembayaran. Tetapi ingat, jenis pembayaran sebegini
mengambil masa yang lama untuk diproses dan tidak begitu
selamat berbanding pembayaran secara online. Anda mungkin
perlu menunggu sebelum mendapat cek tersebut.

Terdapat pelbagai lagi pemproses kad kredit pihak ketiga yang anda
boleh gunakan namun dua yang di atas adalah cukup baik untuk anda
gunakan.

[Nota Istimewa Untuk Pelanggan Malaysia] Anda boleh membuka


akaun PayPal tanpa sebarang masalah tetapi terdapat satu masalah
kecil untuk mengeluarkan dana PayPal anda. Masalah ini telah
dibincang dan diselesaikan di dalam ebook Chapter M
(www.MissingChapter.com) dan juga Malaysia Pal
(www.MalaysiaPal.com). Saya mensyorkan anda supaya membaca
kedua-dua ebook tersebut.

(terkini: sekarang, anda boleh mengeluarkan dana PayPal anda ke


dalam akaun kad kredit)

Jika anda mempunyai bajet yang kecil, dapatkan akaun PayPal dahulu.
Kemudian barulah melabur untuk 2CheckOut. Yang pentingnya, anda
mempunyai kemudahan untuk menerima pembayaran melalui kad
kredit.

Berbalik kepada asas, anda kini mempunyai sebuah ebook untuk dijual
dan telah mempelajari sistem ringkas yang diperlukan untuk menjual
ebook ini. Anda kini telah bersedia untuk mencipta mesin jualan digital
anda sendiri.

Jom ke langkah seterusnya...

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 23
Rahsia Perniagaan Digital

Tukarkan Peralatan Wajib


Perniagaan Internet Anda
Kepada Pendapatan Lumayan

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 24
Rahsia Perniagaan Digital

Peralatan Wajib

Saya pasti sekarang anda mesti berkata...”Ya betul, saya dah dapat
semua informasi untuk menjual ebook ini. Saya tahu bagaimana
sistem ini berfungsi, tetapi macam mana saya nak letak ke semua ini
di Internet? Bagaimana caranya untuk saya mendapatkan satu
www.____.com untuk laman web saya seperti yang anda ada di
www.RahsiaMLM.com? Bagaimana saya hendak buat itu dan ini...dan
banyak lagi?”

Jangan risau! Saya akan terangkan secara terperinci di dalam bahasa


yang mudah anda fahami.

Membina Laman Web Untuk Menjual Ebook

Terdapat beberapa peralatan asas yang anda WAJIB ada untukk anda
letakkan ebook anda dan menjualnya di Internet:

1. Satu nama domain.

2. Satu server webhosting (Pelayan tapak laman web)

Nama domain adalah seperti sebuah nama untuk kedai online anda.
Ianya berbentuk seperti www.NamaDomainAnda.com,
www.NamaDomainAnda.net dan lain-lain. Pelawat akan mencari dan
mengenali laman web anda dari nama yang diberikan pada nama
domain anda. Sebagai contoh, mereka akan menaip
www.RahsiaMLM.com untuk mencari informasi lanjut berkaitan ebook
saya “Rahsia Sistem Merekrut MLM”.

Server webhosting adalah seperti tapak kedai online anda di mana


anda menempatkan ebook, grafik dan juga fail-fail lain yang anda
gunakan untuk membina laman web. Cara bayaran untuk satu server
webhosting adalah secara bulanan atau tahunan dan harganya
berbeza dari satu syarikat webhosting kepada yang lain.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 25
Rahsia Perniagaan Digital

Jika anda ingin kelihatan professional dan serius untuk menjual secara
online, nama domain dan webhosting adalah alatan WAJIB untuk
anda.

Jangan terlalu berjimat dengan menggunakan server percuma seperti


Geocities atau Tripod untuk menjual ebook anda. Ianya tidak akan
memperlihatkan imej professional kepada perniagaan Internet anda
dan pelawat akan berasa kurang yakin untuk membuat pembelian
daripada laman web yang percuma, tidak professional dan meragukan.

Besar kebarangkaliannya bakal pembeli anda tidak akan membeli


produk yang dijual di laman web yang tidak professional.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 26
Rahsia Perniagaan Digital

Rahsia Terbongkar – Bahagian I

Anda dengar tadi saya baru katakan yang webhosting adalah alatan
WAJIB untuk perniagaan internet anda. Ianya digunakan untuk
menyimpan ebook dan fail penting anda yang lain.

Disebabkan sekarang anda memang memerlukannya, biarkan saya


memilih sebuah syarikat webhosting yang bagus di mana anda bukan
sahaja dapat menggunakan servis mereka untuk operasi perniagaan
internet anda, tetapi anda juga boleh menjana pendapatan sampingan
setiap bulan daripadanya.

Syarikat webhosting tersebut yang saya cadangkan untuk tujuan ini,


tidak lain dan tidak bukan, adalah syarikat Kiosk dan anda boleh
melihat servis mereka di www.Kiosk-Webhosting.com.

Anda boleh memilih pakej “Silver” untuk hanya USD$18.95 sebulan


dan ianya cukup untuk menjalankan mesin jualan automatik secara
online untuk ebook anda yang pertama.

Untuk menjadikan ianya lebih mudah, daftar nama domain anda


dengan Kiosk pada harga hanya USD$14.95 setahun, dan mereka
akan mengkonfigurasi pemasangan nama domain anda dan akaun
webhosting untuk anda.

Tetapi, jika anda memilih untuk yang lebih murah untuk mendaftar
nama domain anda sendiri, lawati www.GoDaddy.com atau
www.NameCheap.com. Saya menggunakan kedua-dua servis ini untuk
mendaftar lebih daripada 20 nama domain saya dan saya berpuas hati
dengan servis mereka.

Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memuat naik


(upload) fail-fail dan ebook ke server baru webhosting Kiosk anda dan
dengan sekejap sahaja laman web anda akan tersedia untuk
mengambil pesanan.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 27
Rahsia Perniagaan Digital

Anda boleh lihat dan belajar bagaimana untuk mendaftar nama


domain, memuat naik fail-fail dan menguruskan akaun web hosting
anda di www.VideoPercuma.com/r/zamri

Video-video ini telah disediakan oleh Zamri Nanyan dan Mohd Sufian
dan ianya dipersembahkan dengan baik, mudah diikuti dan merupakan
antara video perniagaan internet yang terpenting. Saya sangat
mensyorkan sesiapa saja yang tidak biasa dengan topik yang kita
sedang bincangkan ini supaya melawati laman web tersebut.

Cuma pastikan anda mengisi nama dan alamat emel anda di laman
web “Video Percuma” tersebut untuk mendapatkan lebih banyak lagi
informasi secara percuma.

Untuk panduan anda, di bawah adalah senarai video-video yang anda


akan terima apabila anda mengisi borang tersebut:

www.VideoPercuma.com/r/zamri

Pendaftaran Nama Domain (Domain Name) - 1 Video

Video 1 ~ Bagaimana anda dapat mendaftar nama domain, menukar


nama pelayan (name server) dan mengurangkan kos pendaftaran
nama domain dengan menggunakan kupon diskaun.

Pengaktifan Akaun Hosting Kiosk - 10 Video

Video 2 ~ Kenapa Pilih Kiosk?


Video 3 ~ Pengaktifan Akaun
Video 4 ~ Bagaimana caranya untuk membina akaun email
persendirian yang profesional
Video 5 ~ Bagaimana caranya untuk membina 'email forwarder'
Video 6 ~ Bagaimana caranya untuk muat naik fail
Video 7 ~ Bagaimana cara mudah untuk memasang blog WordPress
dengan hanya 1 klik
Video 8 ~ Bagaimana cara mudah untuk memasang forum dengan
hanya 1 klik
Video 9 ~ Bagaimana caranya memasang pengkalan data (database)
Video 10 ~ Bagaimana caranya untuk mengunci folder atau direktori
dengan kata kunci (password)
Video 11 ~ Bagaimana caranya untuk membina 'redirect'

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 28
Rahsia Perniagaan Digital

Satu perkara yang saya ingin maklumkan adalah, anda perlu


mengubah fail yang mengandungi akaun MayBank atau pemproses
bayaran anda sebelum anda memuat naik (upload) fail tersebut ke
server webhosting anda. Seterusnya, lakukan pemeriksaan sekali lagi
ke atas laman web anda untuk memastikan yang semuanya berjalan
lancar. Anda tak mahu pelanggan anda membuat pembayaran kepada
orang lain, bukan? ☺

Fail-fail tersebut boleh diubah dengan menggunakan perisian


WYSIWYS (What-You-See-Is-What-You-Get) seperti Microsoft
Frontpage, XSitePro atau NVU (percuma).

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 29
Rahsia Perniagaan Digital

Rahsia Terbongkar – Bahagian II

Untuk pengetahuan anda, bahagian ini merupakan bahagian yang


paling saya suka. Di dalam bahagian ini saya akan menerangkan
kepada anda bagaimana anda boleh mencipta satu pendapatan yang
berkembang dan berterusan dengan usaha anda sendiri dan usaha
orang lain.

Anda perlu faham! Menjual sebuah ebook adalah urusan jual-beli “Buat
Sekali – Dapat Bayaran Sekali” sahaja. Anda jual satu ebook kepada
pelanggan dan anda dapat wang. Jika anda ingin mendapatkan lebih
banyak wang, anda perlu menjual ebook ini kepada lebih banyak
pelanggan.

Sekarang, bayangkan jika anda dibayar oleh pelanggan yang sama


setiap bulan (pelanggan yang sama yang telah membeli ebook anda
dahulu), berminatkah anda untuk mengetahui caranya?

Sudah pastilah anda berminat! Bukankah begitu?

Siapa yang tidak mahu satu perniagaan internet yang boleh menjana
pendapatan yang berkembang dan berterusan setiap bulanan...bukan?

Trik disini adalah dengan memperkenalkan sebuah program secara


online yang boleh menjana sebuah pendapatan secara konsisten setiap
bulan daripada pelanggan yang sama yang anda dapat sebelum ini.

Salah satu daripada program tersebut adalah melalui peralatan


perniagaan Internet yang WAJIB anda ada itu sendiri, iaitu
servis webhosting dari Kiosk.

Kiosk mempunyai program affiliate yang membayar anda apabila anda


memperkenalkan pelanggan baru kepada mereka. Untuk
membolehkan anda menyertai program affiliate ini, anda perlu
menjadi ahli terlebih dahulu. Dan lagi, Kiosk merupakan program
affiliate berbilang tingkat di mana anda boleh mendapat komisyen
sehingga 10 level ke bawah.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 30
Rahsia Perniagaan Digital

Saya tak mahu mengelirukan anda dengan pelan pembahagian


keuntungan mereka tetapi saya ingin anda faham sedikit mengenai
perkara yang akan saya terangkan ini...jika anda memperkenalkan 4
pelanggan yang membeli untuk menggunakan servis Kiosk,
anda akan mendapat komisyen dari Kiosk yang cukup untuk
membayar yuran bulanan hosting anda. Ini bermakna hosting untuk
laman web anda kini percuma.

Sekarang, adakah anda berminat untuk menjalankan perniagaan


tanpa sebarang kos yang melibatkan wang?

Jika anda mampu menjual ebook ini dan memperkenalkan 4


pelanggan baru kepada Kiosk..ANDA BOLEH LAKUKANNYA!

Memperkenalkan pelanggan-pelanggan menjadi lebih mudah apabila


anda menjual ebook ini kepada ramai pelanggan kerana mereka akan
membaca trik dan kelebihan menyertai Kiosk di dalam ebook ini –
sama seperti yang anda lakukan sekarang. Jika mereka memutuskan
untuk menjual semula ebook ini untuk keuntungan sendiri, peluang
untuk mereka memilih Kiosk adalah sangat cerah.

Dengan hanya satu syarat...

Jika anda mahu pelanggan-pelanggan ini menyertai Kiosk melalui link


affiliate anda sekaligus untuk menerima komisen Kiosk, anda hanya
perlu memastikan yang anda mengubah ke semua link di dalam ebook
ini kepada link affiliate Kiosk anda sendiri. (Penerangan tentang
bagaimana untuk mengubah link di dalam ebook ini boleh didapati di:
www1.bisnesdigital.com/bonus).

Ianya bertambah menarik...

Pelanggan-pelanggan anda juga boleh memperkenalkan orang lain


kepada Kiosk...dan, cuba teka apa akan terjadi?

Disebabkan Kiosk adalah sebuah program affiliate berbilang tingkat,


anda akan dibayar bukan sahaja daripada pelanggan Kiosk yang anda
perkenalkan secara peribadi, tetapi juga daripada pelanggan-

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 31
Rahsia Perniagaan Digital

pelanggan yang menyertainya selepas dan di bawah 4 orang


pelanggan yang anda perkenalkan kepada Kiosk pada awalnya.

Ianya berterusan sehingga kepada 10 level ke bawah dan pendapatan


yang anda akan terima adalah pendapatan secara bulanan, berterusan
dan meningkat. Dari sinilah anda akan melihat pengembangan
geometrik di dalam pendapatan daripada perniagaan Internet anda.

Jika anda masih tidak memahami yang program ini boleh menjadi
sumber terbaik untuk pendapatan tambahan anda, anda perlu
membaca perenggan di atas sekali lagi... dengan teliti.

Secara ringkasnya...

Anda akan dibayar dari usaha dan kerja orang lain...sehingga


10 level ke bawah dan komisen anda dibayar secara bulanan!

Untuk menunjukkan jangkaan berapa banyak pendapatan yang anda


boleh dapat melalui Kiosk, di bawah adalah struktur komisen sehingga
7 level kebawah berdasarkan kesemua ahli melanggan pakej Silver
sahaja.

Level Peratusan Jumlah Pendapatan Bulanan


(Tingkat) Komisen Setiap Tingkat
USD $18.95
1 25% (modal keahlian pakej Silver sudah
diperolehi )
2 5% USD $15.16
3 5% USD $60.64
4 5% USD $242.56
5 5% USD $970.24
6 5% USD $3,880.96
7 5% USD $15,523.84

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 32
Rahsia Perniagaan Digital

Ini hanyalah berdasarkan bayaran langganan sebanyak USD$18.95


setiap bulan dengan setiap level dipenuhi dengan ahli berbayar.
Sesetengah orang memerlukan lebih banyak laman web (dan anda
juga memerlukana lebih daripada satu laman web di masa akan
datang) untuk dihoskan di Kiosk dan mereka perlu memilih
kepada pakej yang lebih besar iaitu pakej “Platinum” atau “Titanium”.

Anda tahu apa maksudnya?

Anda akan mendapat lebih banyak komisen daripada mereka kerana


bayaran kepada anda adalah bedasarkan peratusan komisen
(commision percentage) daripada setiap pakej.

Ya! Komisen anda telah ditambah dan menjadi lebih banyak...

Untuk melihat penerangan bagaimana anda boleh menjana


pendapatan melalui Kiosk dengan lebih terperinci, klik di bawah:

Peluang Pendapatan Internet Bersama Kiosk!

Saya berharap anda berasa gembira kerana, dengan sistem ini, anda
dapat menjana pendapatan daripada menjual sebuah ebook dan anda
juga mendapat peluang untuk dibayar secara berterusan daripada
langganan webhosting pelanggan anda dan daripada mereka yang
kumpulan anda perkenalkan kepada Kiosk.

Saya tidak tahu siapa anda tetapi saya tertarik untuk membina
perniagaan Internet ini bersama Kiosk kerana...

1. Selain daripada menggunakan servis webhosting mereka,


saya tahu yang program referral Kiosk peluang perniagaan yang
benar. Saya mendapat komisen daripada Kiosk sekarang
melebihi yuran langganan yang saya bayar kepada mereka.

2. Saya masih lagi menjual ebook ini kepada pelanggan baru


dan sebahagian daripada mereka pastinya akan menyertai Kiosk
di bawah kumpulan saya. Walaupun ianya bukan satu janji, anda
juga boleh mendapat manfaat daripada ahli-ahli tajaan saya.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 33
Rahsia Perniagaan Digital

3. Kiosk telah beroperasi lebih dari 8 tahun (sehingga 2007)


dan ia adalah sebuah syarikat yang kukuh dan boleh dipercayai.
Saya tahu yang pendapatan saya akan terjamin kerana Kiosk
adalah sebuah syarikat yang stabil.

Lebih daripada itu, webhosting Kiosk adalah satu alatan perniagaan


Internet yang WAJIB ada. Anda mesti menggunakan Kiosk sebelum
anda boleh menjual semula ebook ini. Jual ebook ini sebanyak mana
yang anda boleh dan perniagaan Kiosk anda akan berkembang secara
automatik untuk anda.

Secara ringkasnya, anda sekarang boleh melihat bagaimana satu


peralatan yang perlu, “WAJIB-digunakan” diubah menjadi satu
keuntungan berterusan kepada anda. Cara inilah yang digunakan oleh
ramai usahawan Internet untuk memperkembangkan pendapatan
secara berterusan di Internet.

Selain daripada mendapat bayaran daripada menjual ebook, anda juga


mampu memperolehi bayaran secara berterusan setiap bulan tidak
kira anda hanya membuat satu atau dua jualan ebook pada bulan ini
(syaratnya, Bahagian yang lebih menarik adalah anda mampu
menjana pendapatan daripada peralatan yang seMESTInya anda
gunakan.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 34
Rahsia Perniagaan Digital

Menjana Pendapatan Yang


Pelbagai Dari Internet

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 35
Rahsia Perniagaan Digital

Menambah Pelbagai Sumber Pendapatan Secara Online


Dengan Mudah

Mari kita simpulkan.

Kita telah mempelajari bagaimana cara mencipta satu mesin jualan


automatik tanpa henti, dan kita telah bercakap mengenai cara
menjana pendapatan berterusan daripada peralatan perniagaan
Internet WAJIB digunakan.

Anda boleh menjana pendapatan yang baik jika anda mengikuti


langkah yang saya terangkan sebelum ini secara konsisten...tetapi
saya hendak berikan anda lebih lagi.

Di dalam ebook ini, terdapat beberapa lagi link rujukan yang boleh
membantu anda membina perniagaan Internet anda. Anda boleh
membeli produk-produk tersebut atau menghadiri bengkel perniagaan
Internet untuk lebih kefahaman bagaimana untuk memasarkan
perniagaan anda di Internet.

Dan, bila anda membuat satu pelaburan melului sumber-sumber ini,


saya akan dibayar dengan jumlah tertentu kerana saya adalah affiliate
kepada produk-produk tersebut. Itulah secara ringkasnya bagaimana
saya mencipta pendapatan melalui Internet yang pelbagai dari sebuah
produk/ebook.

Sebagai contoh, jika anda membeli produk XSitePro melalui link di


dalam ebook ini, saya akan mendapat komisen melebihi USD$48
daripada setiap jualan. Jika anda membeli “Rahsia Sistem Merekrut
MLM”, terdapat komisen RM10 untuk saya di situ. Jika anda membeli
tiket ke “Bengkel Saifulsham”, saya akan mendapat RM50...dan saya
fikir anda telah faham sekarang bagaimana ianya berlaku untuk jualan
produk-produk affiliate yang lain.

Sekarang, dengan bayaran yang kecil, saya akan memberikan peluang


untuk anda mengubah beberapa link di dalam ebook ini dengan link
affiliate anda. Setelah link affiliate ini telah diubah dengan link affiliate
anda, anda boleh menjual semula ebook ini dan setiap kali pelanggan

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 36
Rahsia Perniagaan Digital

anda membeli sebarang produk/bengkel melalui link tersebut, anda


akan mendapat komisen (dan bukannya saya lagi).

Apa perasaan anda jika anda boleh menjana pendapatan yang


pelbagai dengan mengubah beberapa link didalam ebook ini dan
menjualnya kepada orang lain?

Saya pasti ianya menyeronokkan, bukan?

Lawati www1.bisnesdigital.com/bonus untuk keterangan lanjut.

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 37
Rahsia Perniagaan Digital

Kata-kata Akhir

Tiada apa yang akan berlaku jika anda hanya membaca ebook ini
tanpa mengambil sebarang tindakan. Saya juga boleh memberi
jaminan yang setiap 7 dari 10 orang yang membaca ebook ini tidak
akan mengambil peluang terhadap apa yang saya telah ajarkan ini.

Soalannya...adakah anda sebahagian daripada 7 orang tersebut?...


atau, adakah anda sebahagian daripada 3 orang elit yang akan
berusaha untuk mencipta sistem ini sekaligus menjadikannya bekerja
untuk menjana pendapatan melalui Internet yang berkembang dan
berterusan untuk anda...24 jam sehari, 7 hari seminggu?

Jika anda perlu semakan sekali lagi, di sini adalah kos keseluruhan
yang diperlukan untuk mencipta sistem jualan melalui Internet yang
lengkap ini.

1) Satu nama domain $ 8.88 Setiap tahun


2) Langganan Webhosting $ 18.95 setiap bulan
3) Pengubahsuaian ebook $7 yuran sekali bayar
4) Fasiliti perbankan Internet PERCUMA PERCUMA
Maybank2u

Seperti yang anda lihat, satu-satunya pelaburan secara bulanan yang


perlu anda lakukan adalah langganan webhosting, yang berjumlah
hanya USD$18.95/bulan (atau lebih kurang RM64/bulan), iaitu
jumlah yang kurang dari jumlah kos...

1) Langganan sebulan akhbar “The Star” dan “Utusan Malaysia”

2) Sekali makan malam di Pizza Hut bersama keluarga

3) Langganan satu bulan satelit TV Astro

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 38
Rahsia Perniagaan Digital

Sekarang, saya ingin bertanyakan anda satu soalan...

Berminatkah anda untuk memiliki saluran pendapatan yang


berkembang dan berterusan melalui Internet setiap bulan?... dengan
sedikit pengorbanan daripada anda?

Jika anda sanggup untuk berusaha untuk mendapatkan beribu-ribu


dollar SETIAP BULAN, sanggupkah anda berhenti untuk sementara
waktu daripada melanggan akhbar, makan malam bersama keluarga
di restoran yang lebih murah dan bukannya di Pizza Hut atau
membatalkan langganan TV Astro untuk sementara?

Semua ini anda lakukan untuk sementara waktu sehinggalah


perniagaan anda berkembang kepada satu pendapatan yang anda
inginkan... sanggupkah anda berkorban untuk membina sesuatu yang
lebih bermakna dan baik dari apa yang anda miliki sekarang… untuk
masa depan anda?

Saya tahu sesetengah daripada anda mungkin berfikir saya terlalu


emosional dan cerewet..dan soalan-soalan saya di atas agak menerjah
dan mungkin juga membuatkan anda kurang senang…

Tetapi, marilah kita hadapinya... dan kita tahu yang kita semua
dewasa. Lagipun, realiti kehidupan tidak semestinya manis.

Apa yang saya dapat katakan adalah... hanya anda yang boleh
menjawab soalan-soalan saya di atas!

Hanya anda yang mampu menjadikan impian-impian menjana


pendapatan secara autopilot melalui Internet menjadi realiti!

Selebihnya terletak pada diri anda...

Saya telah lakukan ini dan saya ingin anda bersama-sama merasai
keseronokan apabila bangun pagi dan melihat wang di dalam akaun
bank anda bertambah.

Sehingga jumpa lagi…

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 39
Rahsia Perniagaan Digital

Selamat berjaya!

p.s: Klik DI SINI untuk mengubahsuai ebook ini untuk mencipta


pendapatan yang pelbagai dari Internet dan mencipta satu mesin
jualan buat-duit digital secara online yang lengkap hari ini.

Cipta Pendapatan Berterusan Beribu Dollar Dari


Internet Dengan Hanya Pelaburan Bulanan
Sebanyak $18.95 Hari Ini! Lawati...

www.Kiosk-Webhosting.com

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 40
Rahsia Perniagaan Digital

Rujukan
Perisian Membina Laman Web

Microsoft Frontpage, XSitePro atau NVU.

Pendaftar Nama Domain

1. Go Daddy – Daftar Nama Domain Dengan Hanya $8.95 Setahun

2. Namecheap – Daftar Nama Domain Dengan Hanya $8.88


Setahun

Servis Webhosting

1. Kiosk – Servis Webhosting bermula dari $18.95 setiap bulan

Pemproses Bayaran Kad Kredit

1. 2Checkout – Pemproses Pembayaran Kad Kredit (hanya $49)

2. PayPal – Pemproses Pembayaran Kad Kredit percuma

Contoh Produk-produk Digital Dari Malaysia

1. Rahsia Sistem Merekrut MLM

2. Pakej Lengkap Perniagaan Internet

3. Mini Encyclopedia of Internet Business Models

Seminar-seminar dan Bengkel-bengkel di Malaysia

1. Bengkel Jutawan Internet (dalam English & Bahasa) oleh


Dr. Irfan Khairi

2. Rahsia Buat Duit Dengan Internet (dalam Bahasa) dari


Saifulsham

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 41
Rahsia Perniagaan Digital

DIYMiniSite.com (Do It Yourself Mini Site)

Ketahui Cara Untuk Membina Laman Web


Mini Site Dengan Mudah Dan Cepat Dalam
Masa Hanya 30 minit – Tanpa Perlu Menjadi
Pakar-Web, Membeli Perisian Yang Mahal
atau Membayar Upah Pereka Laman Web
Yang Tinggi.

Dapatkannya Secara PERCUMA di


www.DIYMiniSite.com

Success University (Malaysia)

Personal Development Program


+ Network Marketing
= Success University

Learn the SUCCESS principles that


have never been taught in school.
Listen to over 50 successful
entrepreneurs and business leaders
such as Jim Rohn, Brian Tracy, Jerry
Clark, Les Brown and many others.

Free trial for 14 days is available.

www.SuccessUniversity.com.my

(Team in Malaysia is NOW growing)

Hakcipta Terpelihara © www.Zamri Nanyan.com


Mukasurat 42

Anda mungkin juga menyukai