Anda di halaman 1dari 8

DATA ANALISIS

PENGENALAN

Analisis data merupakan salah satu kaedah untuk membantu guru-guru membuat
peningkatan akademik di dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran. Para
pendidik perlu memahami dan menguasai tentang bagaimana membuat analisis
data. Mengikut Kamus Dewan “analisis” penghuraian sesuatu (seperti keadaan,
masalah, persoalan dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya
dan lain-lain) secara terperinci dan mendalam, manakala “data” pula membawa
maksud suatu konsep yang abstrak dari mana maklumat dan pengetahuan
diperolehi dan boleh dibuat pengukuran keputusannya.

Di sekolah, kita sentiasa berurusan dengan data. Data merupakan suatu konsep
abstrak dari mana maklumat diperolehi dan boleh dibuat pengukuran keputusan.
Terdapat pelbagai jenis data dalam sistem pendidikan kita. Data tersebut boleh
berbentuk kuantitatif seperti data linus, data peperiksaan (SAPS) emis data, data
apdm, e-operasi dan sebagainya atau kualitatif yang berbentuk maklumat seperti
PEKA, PLBS, PAFA, SEGAK dan tahap disiplin murid. Maklumat yang diperolehi
daripada data dan analisis yang dibuat boleh membantu mencari pola atau terma
agar dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang kurikulum
atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang berbeza. Jika data hanya
berfungsi sebagai pelaporan, maka data tersebut tidak akan memberikan apa-apa
makna kepada sekolah. Oleh sebab itu semua data yang ada di sekolah perlu di
buat analisis dan sentiasa dijadikan ukuran untuk peningkatan prestasi sekolah
terutama yang termaktub dalam tiga fokus utama PLC iaitu pembelajaran murid,
kolaborasi guru dan pencapaian murid.

“Various analytic procedures provide a way of drawing inductive inferences from data
and distinguishing the signal (the phenomenon of interest) from the noise (statistical
fluctuations) present in the data ...”

Shamoo and Resnik (2003)


Maka analisis data perlu dijadikan satu agenda penting dalam membuat
perancangan peningkatan prestasi sekolah dan dilakukan oleh semua warga
pendidik yang berada di sesebuah institusi.

OBJEKTIF DATA ANALISIS


1. Meningkatkan pembelajaran murid melalui perbincangan berterusan di
kalangan guru.
2. Mewujudkan kolaborasi guru dalam mengurus dan membuat analisis data.
3. Meningkatkan pencapaian murid melalui analisis data yang berkaitan dengan
murid (keputusan peperiksaan).

MATLAMAT DATA ANALISIS


1. Menentukan apa yang pelajar telah belajar.
2. Mengetahui bantuan apa yang diperlukan untuk membantu mereka belajar.
3. Merancang apa yang perlu dilaksanakan untuk memastikan pembelajaran
berlaku.
4. Merancang dan membuat amalan intervensi untuk penambahbaikan dalam
pembelajaran dan pengajaran.
5. Melibatkan pentadbir dan guru sekolah dalam data analisis dan penggubalan
intervensi.

KUNCI UNTUK PELAKSANAAN DATA ANALISIS


1. Apakah indikator standard kandungan yang dianalisis oleh guru penilai?
2. Apakah dapatan maklumat yang boleh diambil daripada data analisis bagi
keperluan kerja murid?
3. Apakah implikasi data kepada pengajaran guru?
4. Adakah murid menunjukkan penguasaan kemahiran dalam data analisis yang
dikumpul?
5. Berdasarkan data yang dikumpul, apakah yang guru boleh buat untuk
menambah baik pengajaran sedia ada?
6. Adakah pengajaran semula atau intervensi yang dibuat selepas data analisis
mampu meningkatkan keputusan murid?
7. Selepas refleksi dan penambahbaikan, adakah murid menunjukkan
peningkatan akademik?
8. Apakah peratus murid yang menunjukkan kecemerlangan dan kelemahan?

PROSEDUR PELAKSANAAN DATA ANALISIS

Mengenal pasti masalah

Memahami punca masalah

Menyenaraikan cadangan intervensi

Membuat prioriti intervensi

Menyediakan pelan tindakan

1. Mengenal pasti masalah

1. Mewujudkan kumpulan penganalisis data di sekolah yang terdiri daripada


penolong kanan pentadbiran, guru data, setiausaha peperiksaan, ketua
bidang/ ketua panitia. Sekolah juga boleh mewujudkan kumpulan
penganalisis data yang lebih kecil iaitu terdiri dari ahli kumpulan panitia
masing-masing.

2. Mengumpul dan memplotkan graf dari pencapaian murid.

3. Menganalisis data dan membuat perincian. Data diproses, diteliti dan


dimurnikan.
4. Mengenalpasti masalah berdasarkan analisis data menjurus kepada
pembelajaran murid, kolaborasi guru dan pencapaian murid.

5. Membuat perkongsian analisis data sekurang-kurangnya 4 kali setahun atau


bergantung kepada keperluan sekolah dari masa ke semasa terutama apabila
selesai ujian.

6. Memahami punca masalah

7. Melihat pola dalam data dan membuat kesimpulan tentang masalah


pembelajaran murid.

8. Mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid.

9. Mengkaji faktor-faktor yang dikenal pasti mempengaruhi pembelajaran murid.

10. Menyenaraikan cadangan intervensi

11. Menyenaraikan cadangan-cadangan untuk menangani punca masalah.

12. Memilih strategi intruksional bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang


diperolehi daripada analisis data.

13. Membuat prioriti intervensi

14. Membuat prioriti terhadap intervensi yang disenaraikan dan fikirkan


kemudahan pelaksanaan dan adakah intervensi yang disenaraikan itu
berimpak tinggi dalam membantu pembelajaran dan pengajaran.

15. Menyediakan Pelan Tindakan

16. Menyediakan pelan tindakan secara terperinci.

17. Merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan proses


matlamat SMART.
Matlamat SMART

1. Specific – Matlamat perlu jelas dan spesifik bagi menentukan apa yang guru
akan lakukan.

2. Measurable – Matlamat seharusnya boleh diukur supaya guru mempunyai


bukti nyata/ sumber-sumber data bahawa guru telah mencapai matlamat.
Biasanya, pernyataan matlamat keseluruhan adalah ukuran bagi projek itu,
tetapi biasanya ada beberapa jangka pendek atau ukuran yang lebih kecil
dibina ke dalam matlamat.

3. Attainable – Matlamat boleh dicapai dalam masa yang ditentukan dengan


peningkatan keberkesanan guru. Guru mesti mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang sesuai untuk mencapai matlamat.

4. Relevan – Matlamat berfokus kepada pembelajaran murid dalam sesuatu


bidang, kolaborasi antara guru-guru dan peningkatan pencapaian murid.

5. Time bound - Matlamat harus berdasarkan jangka masa yang ditetapkan


untuk mencapai hasil yang berkaitan.
6. Merekod prestasi murid bagi memantau dan melihat perkembangan
murid.

Sarana

Sayugia dicadangkan dan digalakkan agar pelaksanaan sesi Data Analisis disokong
dengan penggunaan borang-borang sebagaimana yang berikut:

Sarana DA 01 – Borang mengumpul data dan membuat carta.

Sarana DA 02 – Borang membuat langkah penambahbaikan.


SARANA DA 01

Mengumpul data dan membuat carta

Perlu merujuk kepada markah ujian

Tingkatan/Tahun : .......................................... Ujian : ...........................................

Haribulan : ........................................... Mata pelajaran : ........................................

J
Bilangan murid

M H PLP
Jauh, tetapi boleh di
mengambil

Mahir Hampir mahir Perlu lebih pemerhatian


pulihkan
ujian
yang

Nama guru
pelajar

pelajar
Nama murid Nama murid Nama murid Nama murid
Bil

Bil

Bil

Bil
Jumlah
%
* RUANG UNTUK BILANGAN PELAJAR
BOLEH DI TAMBAH ATAU DI KURANGKAN
BERDASARKAN PENCAPAIAN PELAJAR
SARANA DA 02
Membuat langkah penambahbaikan

Kekuatan Kesilapan dan salah Keperluan keutamaan


Senarai konsep-konsep faham Menjana penjelasan
Kumpulan pelajar dan kemahiran yang Senarai kesalahan berdasarkan kekuatan, Cadangan Intervensi
pelajar telah kuasai pelajar dan salah faham kesilapan dan salah
dalam ujian konsep faham

Mahir (M)

Hampir mahir (H)

Jauh, tetapi boleh


dipulihkan (J)

Perlu lebih pemerhatian


(PLP)

NOTA :
Mahir (M) : Penguasaan melebihi markah 80
Hampir Mahir (H) : Penguasaan di antara markah 50 – 79
Jauh, tetapi boleh di pulihkan (J): Penguasaan di antara markah 20 – 49
Perlu lebih pemerhatian (PLP): Penguasaan di antara markah 0 - 19

Anda mungkin juga menyukai