Anda di halaman 1dari 1

Nama:Tan Kian Yew

Kad Pengenalan: 020816-14-0013


Kelas: SR1COMB
Tajuk: Kepentingan Bersukan
Model:
Aktiviti:

Sukan ialah kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga. Pelbagai


kegiatan sukan yang boleh dilakukan seperti bermain badminton , bola sepak, dan
berlari. Banyak kebaikan diperoleh daripada aktiviti ini.

Bersukan atau bersenam baik untuk kesihatan tubuh badan. Orang yang bersukan
akan sentiasa bertenaga, sihat, dan aktif sepanjang hari berbanding dengan orang
yang tidak bersukan. Apabila tubuh badan menjadi sihat, kita bertenaga untuk
melakukan aktiviti lain seperti belajar.Di samping itu, daya fikiran bertambah baik
kerana tahap kecergasan badan semakin memuaskan.

Kegiatan sukan juga dapat mengisi masa lapang, terutama pada waktu petang
dan hari cuti. Kita boleh memanfaatkan masa dengan berjoging atau bersenam di
taman-taman rekreasi bersama-sama keluarga. Oleh itu, masa terluang tidak
terbuang begitu sahaja.

Menyertai kegiatan sukan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama insan.


Hal ini kerana banyak kegiatan atau pertandingan sukan yang dianjurkan untuk
memupuk perpaduan dan hubungan yang erat antara keluarga, dan masyarakat,
di Malaysia.

Aktiviti sukan juga memberikan pulangan yang lumayan apabila kita terbabit
secara langsung dalam sesuatu jenis sukan yang diminati. Hal ini telah terbukti di
serata dunia bahawa banyak ahli sukan hidup mewah kerana bergiat aktif dalam
bidang sukan, di samping mendapat bayaran penajaan.

Kesimpulannya, kegiatan sukan amat bermanfaat untuk kita. Masyarakat yang


aktif ialah masyarakat yang gemar bersukan kerana melalui kegiatan sukan, kualiti
hidup akan bertambah baik.

Anda mungkin juga menyukai