Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH CETAKAN

Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah
dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej
kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak
bentuk relif. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan
bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di
Negara China dan seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan
di negara barat menjelang abad ke-14 Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah
warna hitam putih sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan
yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda,
bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk pakaian.

Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan
berkembang sehingga munculnya pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni
cetakan telah berubah dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri
kepada moden dengan menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser,
dan jet. Cetakan yang menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer
grafik. Abad ke-16 pula, cetakan telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang
penting dengan kewujudan karya seniman dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.

SEJARAH CETAKAN DI MALAYSIA


Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940-an
melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura
telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya. Seni cetakan kurang
berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan.
Pada akhir tahun 1950-an, beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England
telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan. Salah satu contoh
adalah cetakan kayu.

Menjelang tahun 1960-an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan


pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu
Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah
lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang
seni halus yang unik. Seterusnya, cetakan diperkembangkan ke sekolah-sekolah dan
individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan
dengan menggunakan pelbagai teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN

Cetakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

Cetakan timbulan

Cetakan benam/intaglio

Cetakan stensil/serigraphy

Cetakan planografi/litografi

Cetakan Timbulan

 Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian


yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.
 Antara jenis cetakan timbulan ialah :

--> Cetakan lino

--> Cetakan blok kayu

--> Cetakan timbul/kolograf/kolaj


Contoh hasil cetakan lino

Contoh hasil cetakan blok kayu dan kolograf


Cetakan Benam/Intaglio

 Memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk
menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada
permukaan.
 Warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat
melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan.

Antara kaedah mencetak jenis benam ialah :

Turisan (engraving)

Gurisan asid (etching)

Akuantin (aquatint)

Mesotin (mezzotint)

Cetakan Planografi atau Litografi

 Diperkenal dan dikembangkan proses penghasilan oleh seorang rakyat dari


Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik
seni cetakan planografi pada tahun 1798.

Teknik Penghasilan

 Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan
imej cetakan.
 Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi.
 Teknik penolakan minyak dengan air.Permukaan imej yang telah dilukis
menggunakan krayon minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur
dengan asid nitrit.
 Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan
lukisan pensel.
 Cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.

Cetakan stensil/serigraphy

 Menggunakan pemidang kain sutera saring untuk mencetak imej.Imej yang


dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau
bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose.
 Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan
disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada
permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk.
 Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk
dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari
permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada
permukaan panduan atau contoh dasar (template).
 Antara bahan-bahan cetakan yang digunakan adalah :
 Kain sutera saring
 Pemidang
 Imulsi(cecair kimia)
 Sekuji(squeege)
 Kain atau kertas
 Kotak lampu/light box

Anda mungkin juga menyukai