Anda di halaman 1dari 3

Sebagai seorang guru, kita seharusnya mengenal pasti jenis murid yang terdapat dalam kelas

yang bakal diajar. Kita perlu mengenali mereka agar mudah merancang pedagogi pengajaran
dalam kelas. Di samping itu, ia membantu guru untuk lebih dekat dan memahami tingkah laku
murid dalam kelas. Satu cara yang mudah untuk mengenal jenis murid ialah dengan
menggunakan ‘Personaliti VAK’. VAK mewakili tiga kategori murid iaitu visual, auditori dan
kinestetik. Seorang guru tidak perlu meminta murid untuk mengisi borang ujian personaliti
tetapi boleh menentukan personaliti murid melalui pemerhatian dalam kelas. Murid kategori
visual ini adalah murid yang mudah tertarik dengan perkara yang mampu dilihat misalnya
bergambar, berwarna dan paparan video. Manakala, murid kategori auditori ini adalah murid
sangat sensitif dengan bunyi. Lazimnya merupakan murid pendiam dan pemalu. Murid
kategori kinestetik pula merupakan murid paling aktif dalam kelas, dan kebiasaannya sukar
duduk di satu tempat sahaja. Dengan mengenal pasti jenis murid, ia memudahkan tugas guru
untuk menarik minat mereka berdasarkan cara pendekatan sesuai mengikut jenis murid.
Pengaruh anda sebagai guru akan lebih terserlah apabila mampu menarik minat kesemua
murid tersebut.

Keterampilan diri yang ideal mampu menarik minat murid melalui apa yang dipakai oleh guru
terutamanya apabila mengikut trend terkini selain boleh mengurangkan kebosanan dan rasa
letih dengan sistem pembelajaran abad ini. Apa yang penting, ia tidak melepasi batas-batas
norma dan sentiasa patuh syariah seiring perkembangan dunia hari ini.

Pembangunan profesional boleh berlaku secara formal dengan menghadiri bengkel,


perbincangan profesional, penyelidikan, seminar, konferen, pementoran atau secara tidak
formal seperti pembacaan bahan-bahan bacaan profesional, dokumentari akademik atau
menonton televisyen. Selaras dengan perkembangan berkenaan, kemahiran guru meningkat
dan guru melalui kitaran kerjaya profesional dari guru novis kepada guru pakar (Glatthorn,
1995; Ganser, 2000). Dua konsep pembangunan profesional guru ialah membangunkan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan amalan profesional berkesan selaras dengan
perubahan semasa dan tanggungjawab baru yang dipikul oleh guru. konsep kedua adalah
pemerolehan pengetahuan dan pembangunan kemahiran yang perlu, hingga ke satu tahap
yang lebih tinggi untuk terus relevan dengan perubahan masa.

Untuk menjadi seorang guru yang prihatin terhadap tugasnya, para guru perlu bersifat dinamik
iaitu sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-
perubahan dari semasa ke semasa. Guru-guru mesti bersedia berubah mengikut perubahan
era globalisasi. Ledakan ilmu pengetahuan hari ini merangkumi dunia tanpa sempadan dan
mencabar kredibiliti guru dalam mendidik pelajar. Oleh yang demikian, guru-guru perlu
bersedia dengan ilmu pengetahuan yang lengkap bagi menangani segala kemungkinan.
Guru-guru hendaklah berorientasikan maklumat, iaitu bersungguh-sungguh mengejar
maklumat-maklumat baharu yang berkaitan dengan pendidikan bagi meningkatkan
pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) kini dengan mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan
menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman.

Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar
dalam pendidikan.Aida juga perlu menanamkan sikap mahupun sifat aktif dan bersikap
terbuka bagi melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari
alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan
menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus
merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

Sebagai seorang yang mempunyai inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab, guru-guru perlulah menyesuaikan dengan misi dan visi sekolah serta mampu
memenuhi matlamat pendidikan negara bagi meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan
cabaran dunia globalisasi. Cabaran global dan transformasi yang kini memerlukan guru
mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum
yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid
yang berlainan bangsa.

Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik
darjah bagi menarik minat dan tumpuan murid-murid untuk terus memberikan rangsangan
yang baik ketika guru-guru mengajar di dalam kelas. Dasar kurikulum baru iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam bilik darjah. Oleh itu bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami
oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan transformasi pendidikan
masa kini menuntut agar guru-guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat
mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan
perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu
mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
Sekiranya para dapat melaksanakan cabaran dalam transformasi pendidikan ini maka kesan
transformasi yang ketara yang dapat diramalkan adalah seperti murid akan bersama-sama
dapat menghayati dan menerima ideologi dan visi ke arah menzahirkan wawasan sekolah.
Harapan yang diimpikan dan pencapaian yang tinggi terhadap murid melalui kata-kata
motivasi daripada guru serta amalan hidup dan bimbingan daripada guru secara berterusan.
Selain itu, Cikgu Aida juga akan dapat melihat kerjasama berpasukan sehingga murid berjaya
menghasilkan sesuatu yang menjangkaui kemampuan diri murid-muridnya. Hakikatnya,
terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru-
guru bagi memastikan peranannya selari dengan cabaran dan transformasi pendidikan masa
kini.

Hakikatnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan kualiti
pengajaran guru-guru bagi memastikan peranannya selari dengan cabaran dan transformasi
pendidikan masa kini. Seperti kita sedia maklum, cabaran pada peringkat kedua dalam Teori
Keprihatinan Fuller (1969) ini iaitu keprihatinan terhadap tugas yang mana guru lebih
memberikan perhatian kepada cara pengendalian tugas pengajaran, pelaksanaan dan
memperbaiki kekurangan yang wujud semakin mencabar lebih-lebih lagi dengan keadaan
dunia masa kini yang dipenuhi dengan arus kemodenan.

Anda mungkin juga menyukai