Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan
Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Bahasa
merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari arti atau makna pada setiap
perkataan yang diucapkan. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis
dan dikaji dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara lain
pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna.
Semantik merupakan salah satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.

2.0 Sejarah Perkembangan Bidang Semantik


Semantik sebagai subdisiplin linguistik muncul pada abad ke-19. Pada tahun 1825,
seorang sarjana Jerman klasik yang bernama C. Chr.Reisig menyatakan pendapatnya
tentang tatabahasa. Dia membahagikan tatabahasa menjadi tiga bahagian utama, iaitu;

i. Semasiologi, ilmu tentang tanda,


ii. Sintaksis, kajian tentang kalimat,
iii. Etimologi, kajian tentang asal usul kata sehubungan dengan perubahan bentuk
maupun makna

(Pateda, 2001, Chaer , 2002, dan Aminuddin, 2003).

Istilah semasiologi yang berasal dari Reisig serasi dengan istilah semantik (Pateda,
2001). Istilah semantik itu sendiri pada masa itu masih belum digunakan walaupun
kajiannya telah dilaksanakan. (Aminuddin, 2003). Berdasarkan pandangan Reisig ini,
pembangunan semantik boleh dibahagikan kepada tiga fasa (Pateda, 2001). Fasa
pertama meliputi setengah abad, termasuk Reisig. Fasa ini dipanggil tempoh semantik
bawah tanah.

Fasa kedua, awal tahun 1883 (dalam buku Pateda, 2001 disebutkan awal tahun 1880)
bermula dengan munculnya buku karya Michel Breal, seorang berbangsa Perancis melalui
artikelnya yang bertajuk "Les Lois Intellectuelles du langage". Pada masa itu, kajian
semantik lebih banyak berkaitan dengan unsur-unsur di luar bahasa itu sendiri, misalnya
bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna
dengan logik, psikologi dan kriteria lain. Karya klasik Breal dalam bidang semantik pada
akhir abad ke-19 ini adalah Essai de Semantique Science des Significations (1897), yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris Semantics: Research in the Science of Meaning
(Pateda 2001 dan Aminuddin, 2003).

1
Fasa ketiga, tiga dekad pertama, adalah tempoh pertumbuhan dalam kajian makna.
Fasa ini ditandai dengan penghasilan buku berjudul Meaning and Change of Meaning with
Special Reference to the English Language (1931) karya ahli falsafah Sweden bernama
Gustaf Stern (Pateda, 2001 dan Aminuddin, 2003). Stern dalam kajiannya telah
melakukan kajian makna secara empirik dengan berubah dari satu bahasa, iaitu bahasa
Inggeris (Aminuddin, 2003). Sebelumnya, iaitu pada tahun 1916, Ferdinand de Saussure
yang sering disebut sebagai bapa linguistik moden telah menulis buku berjudul Cours de
Linguistique Generale (pada tahun 1959, buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
Course in General Linguistics). Beliau berpendapat, kajian linguistik harus difokuskan
pada kewujudan bahasa pada suatu masa tertentu (Chaer, 2002). Oleh itu, kajian bahasa
perlu dijalankan menggunakan pendekatan sinkronik atau kajian deskriptif. Sementara itu,
kajian sejarah dan perkembangan bahasa adalah kajian sejarah yang menggunakan
pendekatan diakronik (Aminuddin, 2003).

3.0 Analisis Artikel Dewan Bahasa dan Pustaka


Artikel yang dipilih bertajuk Bersepakat Mendaulatkan Bahasa Melayu yang ditulis
oleh Alias Ismail. Artikel ini diterbitkan pada siri Bil. 1 2017 di dalam Majalah Bahasa
dan Budaya Membina Tamadun Bangsa.

3.1 Fitur Makna


Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang
masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.

3.1.1 Sifat Makna


Sifat atau ciri- ciri yang terdapat pada makna ialah makna sentiasa
mengalami perubahan dan berkembang menurut peredaran masa.
Makna bersifat dinamik dan berevolusi berdasarkan 4 ciri, pilihan,
budaya, konteks dan peribahasa

“...bak kata peribahasa, “tepuk dada tanya selera”...” (perenggan ke 17,


baris terakhir) telah membawa makna yang lain jika digabungkan
menjadi peribahasa iaitu hendaklah mempertimbangkan segala
sesuatunya sebelum mengerjakan suatu pekerjaan. Sekiranya dilihat
maksud tepuk ialah perbuatan menampar kedua-dua tapak tangan,
manakala dada pula bahagian tubuh yang di hadapan terletak di antara
perut dengan leher. Seterusnya makna tanya pula ialah permintaan
keterangan. Selera pula membawa maksud keinginan untuk makan.

2
3.2 Kelas Makna
merujuk kepada pembahagian dalam jenis-jenis makna yan berkait
rapat dengan pengalaman, sejarah, tujuan dan perasaan pengguna
bahasa. Kelas makna dibahagikan kepada dua kelas utama, iaitu
makna leksikel dan makna struktural.

3.2.1 Makna Leksikal


Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna
leksikal atau kata merupakan subbidang linguistik yang merujuk
kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh
sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Jenis-jenis makna leksikel
ialah sinonim, antonim, hiponim dan homonim.

3.2.1.1 Sinonim
Sinonim membawa maksud kesamaan makna
perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau
hampir sama bentuk kata tersebut berbeza. Contoh yang
diambil dari artikel ini ialah,

“...seolah-olah tidak berasa jijik, tidak berasa bersalah...”

Jijik boleh membawa beberapa maksud atau makna iaitu


meluat, kotor, keji dan boleh membawa makna kepada
makanan, keadaan persekitaran dan juga perangai.

3.2.1.2 Antonim
Antonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata
yang mempunyai makna yang berlawanan. Berdasarkan
perenggan yang ke 8 baris ke-2 artikel ini,

“Kata-kata tersebut mungkin keras, tetapi sangat berpadanan”

Keras membawa maksud berlawanan dengan lembut.

3
3.2.1.3 Hiponim
Hiponim ialah kata yang terangkum dalam makna kata
yang lain atau kata umum yang mempunyai hubungan dengan
kata-kata yang lebih khusus. Contoh yang terdapat dalam
petikan teks DBP ialah,

“...berleluasa dalam ruang media sosial popular, umpamanya


Facebook, Twitter, dan blog...”

Media ditakrifkan alat atau perantara dlm komunikasi


atau dlm perhubungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Manakala
sosial pula, segala hal yg berkaitan dgn masyarakat;
kemasyarakatan. Petikan media sosial telah dijelaskan dengan
beberapa contoh seperti Facebook, Twitter dan blog
(terdapat pada muka surat 18, perenggan ke 10

3.2.1.4 Homonim
Contoh perkataan homonim berdasarkan petikan teks
daripada majalah DBP, “tinggi” ialah jauh jaraknya dr bawah ke
atas. Penjelasan ayat:
i. Bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur semuanya tinggi.
ii. Bahasa Melayu terpelihara sebagai bahasa yang paling tinggi.

Dalam ayat (ii) “ tinggi” tidak membawa makna leksikal


lagi, tetapi sebaliknya membawa membawa makna kedudukan
atau pengiktirafan. Perkataan bahagi, sebahagian, berbahagi,
berbahagian, bahagian, memiliki makna lesikal , kerana
maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,
ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna
lesikal melainkan memiliki makna gramatis. Walaubagaimana
pun, apabila imbuhan tersebut digabungkan dengan kata dasar
maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.

4
3.3 Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada 2 iaitu makna tersurat dan makna
tersirat.

3.3.1 Makna tersurat


Makna denotasi iaitu makna yang tersurat dalam petikan ini.

(“… orang Melayu sendiri, seolah-olah tidak berasa jijik, tidak berasa
bersalah,…”)

Petikan diambil dari perenggan ke 7 baris ke 10. Penggunaan jijik


dalam ayat membawa maksud perasaan meluat dengan situasi yang
telah berlaku terhadap bahasa Melayu.

3.3.2 Makna tersirat


Makna konotasi ialah makna tersirat (“…malah tiada tanda mereka
mahu “bertaubat” daripada kebiasaan melakukan pencabulan terhadap
Bahasa Melayu”)

Diambil daripada petikan perenggan ke 7 baris ke 12. Penggunaan


kata “bertaubat” dengan meletakkan tanda “” membawa maksud yang
tersembunyi iaitu berhenti atau tidak melakukan sesuatu yang buruk.

4.0 Rumusan
Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang mudah.
Oleh itu, pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks. Dalam hal ini ilmu
semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang betul
dalam perbualan. Kadangkala pemilihan untuk menggunakan konotasi dibandingkan
dengan memilih denotasi. Namun demikian, jika kata itu mengandungi konotasi yang
salah, ia boleh menyebabkan kesalafahaman atau kesalahtanggapan pada pihak
pendengar.

5
1.0 Pengenalan
Peribahasa Melayu merupakan satu daripada komponen penting dalam puisi Melayu
tradisional yang mencorakkan nilai budi orang Melayu, yang telah sebati dalam kehidupan
seharian. Keindahan peribahasa Melayu tidak hanya terpancar melalui susunan kata-kata
dan perlambangannya, tetapi lebih jauh daripada itu, peribahasa Melayu adalah paparan
tingkah laku, ketinggian ilmu dan falsafah yang terbit daripada akal budi orang Melayu.
Satu perkara yangtidak dapat disangkal dalam penciptaan peribahasa Melayu adalah
ketinggian tahap regungan orang Melayu terhadap alam sekelilingnya. Oleh itu, kajian ini
bertujuan meneroka akal budi dan falsafah orang Melayu yang terkandung dalam
peribahasa dengan memberikan tumpuan kepada unsur ikan melalui kacamata semantik
inkuisitif. Kajian ini bukan sahaja dapat menghuraikan fenomena yang berlaku dalam
peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu pada
zaman dahulu yang tinggi daya pemikirannya.

2.0 Peribahasa Pepatah


Menurut Za'ba peribahasa ialah susunan kata-kata yang pendek dengan makna yang
luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala
peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan
seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula
merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian
daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan
sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa
merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan yang membina minda. Terdapat
beberapa jenis peribahasa antaranya simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah.
Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu
peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam.
Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-
kerat atau berpatah-patah.

3.0 Analisis Perubahan Makna Dalam Pepatah


“Ditelan mati emak, diluah mati bapa”
Dilihat maksud secara keseluruhan pepatah di atas ialah kesukaran membuat pilihan
kerana kedua-duanya penting. Dilihat dari sudut makna kata dalam pepatah tersebut,
‘ditelan’ diambil dari kata dasar telan yang membawa maksud perbuatan
menyembunyikan rahsia, apabila menerima imbuhan di- makna yang dibawa ialah
perbuatan memasukkan makanan di dalam perut melalui kerongkong. ‘emak’ membawa
makna orang yg melahirkan seseorang, ibu dan seorang wanita. Seterusnya, diluah

6
berdasarkan kata dasar luah iaitu berasa hendak muntah atau loya. Setelah menerima
imbuhan di-, membawa maksud perbuatan mengeluarkan sesuatu darpada mulut. Mati
pula membawa makna tidak bernyawa lagi manakala bapa pula membawa maksud
seorang ayah, seorang lelaki dan sudah berumur atau lelaki dewasa.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih”


Makna kata bagi ‘buang’ ialah bagi perlakuan air besar atau pun air kecil. ‘Yang’ pula
membawa maksud kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan
berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan. Seterusnya ‘keruh’ membawa
makna tidak jernih kerana mengandungi kotoran seperti keladak, lumpur, sampah dan
lain-lain. Bagi kata ‘ambil’ pula bermaksud mengambil atau memegang sesuatu lalu
membawa atau mengangkatnya. Manakala ‘jernih’ pula boleh dilihat menerusinya tidak
semestinya air atau kaca. ‘jernih’ juga boleh digambarkan dengan raut muka yang manis
dan berseri. Hasil gabungan beberapa kata ini telah membawa kepada pepatah “buang
yang keruh ambil yang jernih” yang bermaksud berhenti melakukan yang jahat dan ambil
segala kebaikan.

“Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan”


Maksud pepatah ini ialah menerima apa jua dengan hati yang terbuka. Jika dilihat dari
sudut analisis makna setiap kata dalam pepatah tersebut setiap satunya membawa makna
yang berbeza iaitu ‘kecil’ bermaksud sesuatu barang yang tidak besar atau sesuatu ruang
yang tidak lebar atau tidak luas dan boleh membawa makna kanak-kanak yang masih
kecil. ‘Tapak’ pula membawa makna bidang kaki atau tangan sebelah bawah. Tapak juga
boleh bermaksud bahagian bawah bangunan sebelum dibina dan binatang yang bernama
sulaiman dan berbentuk seperti bintang. ‘Tangan’ pula bahagian anggota tubuh dari siku
sehingga hujung jari, kemudi tangkai atau pemegang kemudi. Seterusnya, kata ‘nyiru’
bermaksud alat yang dianyam daripada rotan dan sebagainya untuk menampi beras.
Kemudian maksud ‘tadah’ ialah benda yang digunakan untuk menampung sesuatu seperti
baldi. Jika digabungkan menjadi pepatah lalu membawa maksud menerima apa jua
dengan hati yang terbuka.

“Bagaimana acuan, begitulah kuihnya”


Pepatah di atas membawa maksud keseluruhannya anak yang mempunyai tingkah laku
atau kepandaian sama seperti didikan yang diberi oleh ibu dan bapa mereka. Analisis
makna ‘bagaimana’ bermaksud kata tanya yan bertanyakan tentang hal sesuatu keadaan
atau perkara. 'acua‘' pula bermaksud bekas yang mempunyai bentuk tertentu untuk
dituangkan bahan dalam bentuk cecair. Seterusnya, ‘begitulah’ hasil kata dasar begitu

7
yang menerima imbuha –lah. Maksud begitu ialah sinonim dengan bagai itu, macam itu,
seperti itu yang menggambarkan amat sangat kekayaan seseorang. Manakala kuih pula
membawa makna penganan atau juah atau dijadikan pemanis mulut setelah menikmati
hidangan.

“Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”


Maksud pepatah tersebut ialah bekerjasama dan tolong-menolong dalam segala hal.
Manakala maksud makna bagi setiap kata dalam pepatah tersebut iaitu ‘berat’ bermaksud
tekanan benda atau ukuran timbangan sesuatu supaya diketahui. Selain itu, berat juga
boleh bermaksud tugasan atau kerja yang sukar atau susah dilakukan oleh seseorang.
Dugaan yang dihadapi oleh seseorng juga boleh diterjemahan kepada kata yang sama
iaitu berat. ‘sama’ di sini membawa maksud tidak ada beza atau serupa. Dikategorikan
bagi jantina atau taraf seseorang tersebut. ‘dipikul’ diambil daripada kata dasar pikul yang
bermaksud barang yang diangkat dan digalas di atas bahu. Menerima imbuhan di- dan
sinonim dengan kata mengandar serta menggalas. Seterusnya ialah ‘ringan’ iaitu tidak
berat atau enteng dan boleh diangkat dengan sebelah tangan sahaja. Boleh tergolong
dalam kategori benda, tugasan atau kerja, serta bantuan yang dihulurkan dalam
mengurangkan beban yang ditanggung. Dijinjing pula hasil kata dasar jinjing iaitu
menjinjing membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit.

4.0 Rumusan
Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup.
Justeru, banyak pengajaran yang boleh dicungkil di sebalik peribahasa. Semuanya
bergantung kepada sudut pandang penuturnya. Peribahasa tidak seharusnya difahami
secara harfiah kerana maknanya tersimpul secara tersirat. Hal ini bermakna pemikiran
Melayu hanya dapat dicungkil setelah kita berjaya memahami apa-apa yang terselindung
di sebalik susunan kata-kata yang indah ini. Dalam peribahasa, terpancarnya hubungan
antara bahasa dengan pemikiran bangsa Melayu. Cara bangsa Melayu memandang
dunianya tersimpul dalam peribahasa yang dicipta mereka. Cara seseorang penutur
berfikir dalam bahasanya tergambar menerusi penggunaan sesuatu perkataan itu dengan
lebih meluas. Dengan yang demikian dapat dikatakan bahawa bahasa merupakan
bahagian integral, iaitu yang perlu atau yang menjadi sebahagian daripada hidup manusia.
Ungkapan peribahasa ini menunjukkan adanya hubungan intrinsik antara bahasa dan
sikap, pemikiran dan perilaku sesuatu bangsa itu yang dapat diidentifikasikan melalui
pemakaian bahasa termasuklah peribahasa.

8
Rujukan

Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik ;Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan

Bahasa Melayu, Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Siti Hajar Abdul Aziz(2009). Bahasa Melayu II, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Indirawati Zahid, 1995. “Semantik Leksikal dalam Peribahasa Melayu”. Ijazah Sarjana.
Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf & Dr. Norul Haida Reduzan, (2012) BML 3083 Semantik dan Pragmatik

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Percetakan Ti,
Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur : Pengantar
Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Ahmad Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2010. Pengkategorian Peribahasa
Melayu Berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik. Selangor:
Universiti Putra Malaysia.

A. Khaled Mat Nor, 2008. Peribahasa SPM. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai