Anda di halaman 1dari 6

Pada 5 Mac 2018 (Isnin), kami telah menjalani satu program kesihatan iaitu

makanan seimbang. Tujuan program ini kami laksanakan adalah untuk membantu

meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat

memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan

kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat

makanan yang seimbang. Hal ini kerana kami mendapati terdapat murid-murid tidak

tahu makanan yang seimbang dengan sesuka hati makan makanan yang tidak

berkhasiat. Dengan itu, kami telah melaksanakan program ini untuk membantu

meningkatkan taraf pemakanan murid yang seimbang.

Program ini kami telah melaksanakan di SJKC Chen Sin Tuaran. Sasaran bagi

program ini ialah murid-murid RMT dari Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 30 orang

murid. Kami melaksanakan program ini di kantin sekolah tersebut dan mendapat

sokongan dan sambutan yang meriah daripada murid-murid RMT serta murid-murid

yang bukan RMT. Walaupun sasaran kami adalah murid-murid RMT, tetapi murid-

murid yang bukan RMT juga turut sertai program ini selepas mereka telah selesai

makan. Terdapat juga beberapa orang guru juga memberi sokongan kepada kami

dengan sertai program ini dengan membantu kami memastikan murid-murid memberi

perhatian kepada kami.

Program ini dilaksanakan dengan menjalani aktiviti pemilihan menu makanan.

Aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih menu

makanan yang mereka suka. Selepas aktiviti ini selesai, kami memberikan

penerangan kepada pemilihan menu makanan daripada murid-murid. Dalam menu

makanan tersebut terdapat makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Terdapat

sesetangah murid memilih menu yang berkhasiat dengan adanya nasi, ayam, sayur,
buah-buahan dan segelas susu. Bagi murid-murid yang memilih menu ini, kami

memuji mereka kerana tahu apakah makanan yang berkhasiat. Tetapi ada daripada

sesetengah murid memilih menu yang tidak berkhasiat seperti KFC, Pizza dan Ice-

cream. Walaupun mereka tahu apakah makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat,

tetapi mereka lebih suka makan makanan seperti KFC, Pizza dan Ice-cream. dengan

itu, kami meberi penjelasan jika memilih makanan yang tidak berkhasiat, penyakit

obesiti dan kencing manis akan mudah dijangkit. Bukan sahaja penyakit tersebut,

tumbesaran murid-murid juga tidak akan sihat atas pemakanan yang tidak seimbang.

Justeru, kami telah sediakan satu 3D piramid makanan untuk menjelaskan

makanan yang seimbang. Piramid makanan tersebut sangat besar dan dalam bentuk

3D untuk bertujuan menarik perhatian mereka dan keingin tahuan mereka. Dengan

pembentukan 3D piramid makanan ini, bukan sahaja kumpulan sasaran mempunyai

keingin tahuan dan minat; murid-murid yang lain serta guru-guru bertugas pada masa

itu turut mempunyai keingin tahuan dan minat terhadap program kami.

Seterusnya, kami bergilir-gilir menjelaskan setiap aras piramid makanan dan

apakah makanan-makanan yang sesuai pada setiap aras. Kami telah menyediakan

makanan yang sesuai dan meletakkanya pada setiap aras piramid makanan tersebut.

Semasa aktiviti ini dijalankan, sepatutnya kami akan memberitahu kepada murid-

murid apakah makanan yang sesuai pada setiap aras piramid makanan; tetapi ada

daripada murid-murid memberikan makanan-makanan kepada kami dan menyatakan

makanan tersebut adalah di mana satu aras. Kami berasa kagum kerana ada

sebahagian daripada mereka tahu piramid makanan yang seimbang.

Walaubagaimanapun, kami masih menjelaskan kepada semua murid terhadap

makanan yang sesuai bagi setiap aras.


Dengan itu, program ini dijalankan dengan lancar dan berjaya. Objektif program

ini telah tercapai iaitu murid-murid dapat mengetahui dengan jelas apakah makanan

yang mereka perlukan bagi proses tumbesaran badan dan dapat mengetahui susunan

piramid makanan serta dapat mengenalpasti apakah makanan berkhasiat yang perlu

mereka makan untuk tumbesaran badan dan mengelakkan makanan yang boleh

membawa kemudaratan terhadap sistem tubuh badan.

Kekuatan Projek / Aktiviti :

Antara kekuatan dalam projek / aktiviti ini ialah semasa kami sampaikan

maklumat kepada murid-murid, mereka dapat memahami isi pengajaran. Kami

menyediakan maklumat-maklumat yang mencukupi dan contoh-contoh yang kukuh

semasa kami sampaikan maklumat kepada mereka. Sebelum projek ini dilaksanakan,

kami telah mencari maklumat di laman sosial dan buku-buku rujukan supaya masa

kami sampaikan maklumat nanti tidak mempunyai masalah. Kami bergilir-gilir

menyampaikan maklumat supaya murid-murid tidak berasa bosan. Di antara kami

yang tidak menyampaikan maklumat adalah membantu rakan yang menyampaikan

maklumat meletakkan makanan-makanan di atas piramid makanan tersebut.

Selain itu, kumpulan sasaran kami adalah murid-murid RMT, tetapi semasa

projek ini dilaksanankan, terdapat rami murid juga menyertai program ini untuk

mendengar apakah maklumat yang kami sampaikan. Begitu juga dengan guru

bertugas pada waktu tersebut turut menyertai program kami kerana kekaguman

mereka menyebabkan projek kami disambut dengan meriah dan mendapat sokongan

daripada semua peserta.

Kami telah menyediakan bahan bantu mengajar yang besar serta menarik dan

ini disebabkan dapat menarik perhatian daripada peserta dan juga murid-murid yang

lain. Bahan bantu mengajar yang kami hasilkan adalah dalam bentuk 3D piramid
makanan dan ia mudah dilihat oleh semua murid. Justeru, ramai murid ditarik

perhatian untuk mendengar maklumat yang kami sampaikan.

Semasa kami bersedia di kantin, ramai murid berehat pada waktu tersebut dan

menyebabkan kami sukar untuk memanggil murid-murid yang terlibat dalam projek

kami ini. Dengan itu, guru yang bertugas pada waktu tersebut cuba membantu kami

untuk memanggil murid-murid tersebut supaya lajukan makan dan bersedia untuk

menyertai projek ini. Kami sangat berterima kasih kepada guru bertugas kerana

mereka telah membantu kami semasa kami melakasanakan projek kami. Kerjasama

di antara kami dengan guru yang bertugas telah membantu kami berjaya

melaksanakan projek kami.

Di samping itu, menu yang telah kami sediakan sangat menarik perhatian

murid-murid. Pada permulaannya, kami memberikan mereka peluang untuk memilih

menu yang mereka suka makan seperti mereka memilih menu makanan di restoran.

Mereka berbinbang dan memberikan idea masing-masing untuk memilih apakah

menu makanan yang mereka ingin pilih. Dengan itu, persediaan menu makanan ini

amat membantu kami menarik perhatian murid-murid untuk menyertai projek kami.

Akhir sekali, aktiviti kumpulan kami berjalan dengan lancar dan semua murid

agak aktif dalam projek kami ini. Walaupun kami sampaikan maklumat kepada

mereka, tetapi ada di kalangan mereka juga memberi idea mereka masing-masing

dan berkongsi pengalaman mereka. Dengan itu, objektif projek di tercapai dan kami

telah berjaya menyelesaikan projek pertama kami iaitu Program Pameran Makanan

Seimbang.

Kelemahan Projek / Aktiviti :


Antara kelemahan projek ini adalah tempat pelaksanaan kami tidak berapa

sesuai. Hal ini kerana pada waktu rehat semua murid berada di kantin dan suasana

pada masa tersebut agak bising. Pada masa tersebut kami terpaksa menguatkan

suara untuk menyampaikan maklumat kepada peserta kerana murid-murid yang lain

juga bercakap pada waktu tersebut. Selain itu, ada juga di kalangan murid-murid cuba

mengacau bahan bantu mengajar kami semasa kami sedang membuat persediaan.

Mereka ingin menarik kaki pada bahan bantu mengajar kami dan kami melarang

mereka supaya tidak mengacau sebarang bahan bantu mengajar kami. Kami bukan

sahaja perlu mengawal murid-murid yang menyertai program kami, kami juga perlu

mengawal murid-murid yang lain supaya tidak menganggu bahan bantu mengajar

kami.

Selain itu, bahan bantu mengajar yang kami sediakan iaitu 3D piramid

makanan tidak berapa stabil. Semasa kami menghasilkan bahan bantu mengajar ini,

kami menghadapi banyak masalah untuk mendirikan piramid tersebut. Setiap kali

kami cuba mendirikan piramid tersebut, ia akan jatuh. Semasa kami melaksanakan

projek dengan menggunakan bahan bantu mengajar ini, kami telah mengikat ketiga-

tiga kaki piramid dengan tali dan gum untuk mengelakkan ia tumbang semasa kami

menjalani projek kami. Kami juga ada menyediakan makanan-makanan dalam bentuk

gambar bagi setiap aras dan fungsi adalah menunjukkan apakah makanan pada

setiap aras tersebut dengan mendirikannya. Semasa kami menjelaskan makanan

pada setiap aras dan meletakkan gambar-gambar tesebut, ia mudah tumbang jika ada

angin bertiup kerana ia terlalu ringan. Kami meletakkan semula gambar tersebut dan

ia tumbang semula semasa angin bertiup. Justeru, kami mengambil sedikit masa

untuk meletakkan gambar tersebut semula.


Di samping itu, projek kami sepatutnya bermula pada 10 pagi hingga 10.20 pagi;

tetapi disebabkan terdapat sesetengah murid makan makanan RMT mereka dengan

perlahan dan kami terpaksa menunggu mereka selesai makan baru dapat mulakan

projek kami. Justeru, kami telah lambat mula projek kami dan mengambil sedikit masa

selepas loceng rehat berbunyi. Dalam keadaan tersebut, kami cuba memanggil

mereka supaya lajukan sedikit untuk makan tetapi tidak juga berjaya.

Penambahbaikan Projek / Aktiviti :

Antara penambahbaikkan bagi kelemahan pertama ialah kami boleh

melaksanakan projek kami di dewan sekolah tersebut supaya mempunyai ruang yang

cukup dan suasana yang selesa daripada gangguan oleh murid-murid yang lain.

Dewan sekolah tersebut boleh digunakan dengan meminta izin sahaja dan semua

peserta akan berasa selesa dan dapat menumpukkan perhatian kepada kami. Selain

itu, kami tidak perlu menguatkan suara untuk menyampaikan maklumat kepada murid-

murid. Kami tidak sepatutnya perlu menggunakan waktu rehat untuk melaksanakan

projek kami manakala kami boleh menggunakan waktu sebelum rehat untuk

menjalankan projek kami.

Bagi penambahbaikan bahan bantu mengajar kami, kami boleh menyediakan

kayu yang nipis untuk mengukuhkan pada kaki piramid tersebut ia tidak mudah

tumbang semasa kami menggunakannya. Dengan itu, kami juga boleh menggunakan

gum untuk mengukuhkan pada bawah kaki piramid tersebut supaya ia menjadi lebih

kukuh dan stabil.