Anda di halaman 1dari 18

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Sekilas Bicara 2

2. Abstrak 3

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4

4. Fokus Kajian 5

5. Objektif Kajian 5

6. Objektif Khusus 5

7. Kumpulan Sasaran 5

8. Pelaksanaan Kajian 6 - 17

9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 17

10. Bibliografi 18

SEKILAS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya


ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak


mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid
pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar


SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang
terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya
usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,


maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-
murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan


( GURU PEMULIHAN KHAS )
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi
2010

1. Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa

Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2

orang.

Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian

yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk

melihat penguasaan anak-anak murid saya dalam mengeja , menyebut dan

melengkapkan perkataan kvkv.

Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan

Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan

yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap

aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan murid

mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar

kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau

sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang

sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama
untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa

Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK.


Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak
masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah
tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang belum
menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik
terutamanya murid-murid pemulihan khas .

Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung
tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka
sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan
mereka tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata
pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran
Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut.

Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam


kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan
sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu
melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka
melengkapkan semula sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat
semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku
kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua.
Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk
mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat
untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal
melengkapkan perkataan dengan baik.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .

2. FOKUS KAJIAN

Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal


perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah
mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat
mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat, mereka
juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu,
mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint


mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya berharap dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan
serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut :

i. Objektif umum

 Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan melengkapkan


perkataan kvkv

ii. Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini adalah agar

 Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut sukukata
dengan betul.
 murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
 Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam menguasai
kemahiran melengkapkan perkataan kvkv.
 Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk
meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan kvkv

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,


tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan
mengutip data seperti berikut.

 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid


semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati
murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan
tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga
tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna

 Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )

Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk


mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu
dilengkapkan oleh murid .

 Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah


terlibat dalam kajian ini.
 Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,l
ori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
 Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina
untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar.

KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1
diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan
untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang
demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk
powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT Bestari

Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini,


saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan
latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang
terlibat.

Aktiviti yang dijalankan


Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
a) Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
b) Eja dan sebut perkataan
c) Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
d) Latihan melengkapkan perkataan interaktif.
Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.
Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

Cara pelaksanaan

 Guru memaparkan senikata lagu .


 Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.
 Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.
 Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan
 Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik
 Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan
lagu suku kata yang diberi.
 Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu
tersebut.

Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba ba ba
be be be be
bi bi bi
bi bi bi
be be be be be be
bu bu bu bu bu bu
bo bo bo
bo bo bo
Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar
ba ba ba ju
be be be si
bi bi bi ru
bi bi bi ri
be be be be be ca
bu bu bu bu bu ku
bo bo la
bo bo la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1

Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu

sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk

menyebut sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan

perkataan yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit

sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan.

Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan

lagi perkataan yang boleh diingati murid.

Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan


Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010

Cara Pelaksanaan:

 Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan
membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan.
 Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut
sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata dan
perkataan tersebut
Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2

Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut

perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya

sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara

menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid

dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan

menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi
huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan,


mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan
gambar yang diberi.

Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3

Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus
menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan
aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan
dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak membolehkan murid
menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan menggunakan hyperlink
dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga
sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi
latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv
dengan betul.
Tarikh : 4 Mei hinga 8 Mei 2010
Cara Pelaksanaan:

 Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan
perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
 Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4

Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan

perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan

perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv.

Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan

perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan

tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan

sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS

 1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )

Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk


Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan
dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan
24 perkataan kvkv yang diberikan.

 Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20


perkataan adalah gagal dalam kajian ini.
 Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,l
ori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk
mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2
diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan
melepasi had yang ditetapkan
Penilaian dan refleksi
Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa
Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint
khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan
dapat menarik minat murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid pemulihan
dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah dapat melengkapkan
perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar ataupun secara lisan.
Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-
bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat berharap agar sentiasa
mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada
sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi
bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.


Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan
kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut
dan melengkapkan perkataan kvkvk.
Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi
powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..
KAJIAN TINDAKAN- PENGAJIAN AM
Posted on March 10, 2013 by Dr. R. Dhanapal

ABSTRAK
Saya selaku guru mata pelajaran Pengajian Am bagi kelas-kelas tingkatan enam menghadapi
banyak masalah dengan pelajar berkaitan dengan konsep dan bidang kuasa yang terdapat
dalam Bahagian Kenegaraan . Untuk menangani masalah ini, saya telah menjalankan satu
Kajian Tindakan bagi tajuk Kerajaan Persekutuan : Bidang Tugas Yang DiPertuan Agong
(YDPA) sebagai kuasa eksekutif dalam kerajaan. Niat untuk menjalankan kajian tindakan ini
timbul apabila keputusan Ujian Pra yang saya jalankan dalam kelas PAF tidak begitu
memuaskan saya. Malah mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran yang
penuh dengan pelbagai istilah dan fakta tetapi amat relevan dengan kehidupan seharian
pelajar sebagai seorang warganegara Malaysia. Kajian Tindakan ini membantu saya dan
pelajar untuk memahami amalan pengajaran guru, pembelajaran pelajar, keadaan pelajar,
suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Setelah kajian ini dijalankan, saya berjaya
menyelesaikan masalah profesional saya tanpa merujuk arahan luar dan saya dapat membuat
keputusan dalam bilik darjah dengan sendiri. Pendekatan Kuiz Kenegaraan yang saya ambil
dalam kajian tindakan ini sememangnya satu pendekatan lama, tetapi guru-guru sekarang
gagal melaksanakannya di peringkat tingkatan enam atas. Persepsi rata-rata guru tingkatan
enam ialah pelajar tingkatan enam ini pandai dan mereka boleh memahami apa jua yang
diajar dalam sekelip mata. Kita harus ingat bahawa walaupun mereka agak matang
berbanding pelajar-pelajar lain tetapi mereka juga meminati kaedah-kaedah yang pernah
dilalui oleh mereka ketika mereka di bangku sekolah rendah terutama kaedah kuiz kumpulan.
Bagi saya pendekatan ini meningkatkan kefahaman saya bahawa amalan saya dalam bilik
darjah selama ini perlu diubah. Saya harus keluar daripada kongkongan amalan rutin iaitu
kaedah ‘chalk and talk’ dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan dalam Kajian Tindakan
ini bagaimanapun telah berjaya meningkatkan skor pelajar dalam Ujian Pos yang telah
diadakan. Program yang dinamakan “CUNGKIL BIJAK” ini menggunakan Pendekatan Kuiz
Kenegaraan. Kajian Tindakan saya ini diharapkan dapat membantu para guru yang lain untuk
meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap topik-topik yang dipelajari di sekolah
tanpa rasa jemu dan bosan.

1.0 PENGENALAN

Kajian Tindakan dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih
dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui
perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan
teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai
mengikut urutan.
Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah yang wujud dalam
bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan
pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjah juga boleh dijadikan asas untuk
memulakan kajian. Selepas itu penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang
masalah itu. Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling
berkait. Murid akan mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang
lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik.
Seseorang guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh murid dengan terperinci
sebelum merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).
Tujuan diadakan Kajian Tindakan ini adalah untuk menangani pelbagai masalah
pembelajaran adalah lebih tepat. Jawapan kepada sebarang soalan dalam penyelidikan adalah
berasaskan data. Kajian Tindakan memerlukan data daripada beberapa sumber untuk
mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai
sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman penyelidik tentang masalah atau isu
yang ditangani. Setelah dikutip, data tersebut hendaklah dianalisis dengan memberikan
gambaran yang jelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas
kepada guru untuk merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai aktiviti yang telah
dijalankan. Apabila merancang aktiviti eloklah dilakukan sumbang saran terhadap langkah-
langkah yang akan dilaksanakan melalui pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana
(Armstrong dll., 2004) .
Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu
melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data
yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui
proses ‘cuba-cuba’ (trial and error). Setelah itu langkah pemerhatian dijalankan. Langkah
pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan
dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Di peringkat refleksi,
penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P
berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung, penyelidik cuba menilai,
menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan
P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan (Arhar dll., 2000).

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran wajib lulus dalam STPM.
Tanpa kelulusannya pelajar sukar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Di
sekolah saya mata pelajaran ini adalah di bawah kumpulan Kemanusiaan. Semua pelajar
adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Jadi semua peringkat kebolehan pelajar didapati
dalam semua kelas. Lagipun tiada streaming untuk pelajar tingkatan enam. Hal ini
menyebabkan guru mengajar pelajar yang bertahap pencapaian akademik yang pandai,
sederhana dan lemah. Dalam P&P saya kerapkali menghadapi masalah pemahaman
konsep dan bidang tugas sesuatu pihak atau agensi. Pelajar sering keliru dengan bidang-
bidang tugas pelbagai hierarki dalam Kerajaan Persekutuan. Pelajar saya sering keliru dan
tidak dapat menghuraikan istilah dan bidang tugas yang dikehendaki, walaupun jawapan
yang diperlukan adalah jawapan yang pendek dan padat. Pelajar kebiasaannya akan
menjawab mengikut logik mereka sendiri dan tidak dapat mengaitkan konsep dan fakta
yang telah dipelajari. Saya telah mengenal pasti beberapa sebab mengapa keadaan ini
berlaku. Antaranya ialah pelajar saya tidak faham dengan jelas topik yang dipelajari.
Malah mereka kurang atau tidak mengulangkaji langsung topik yang telah dipelajari di
rumah. Mereka juga tidak mahu bertanya topik yang tidak difahami kepada saya atau
rakan yang tahu kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau
tidak membuat langsung latihan secara kendiri.
Kebanyakanya hanya membuat latihan yang saya beri sebagai kerja rumah sahaja.
Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Ada
antaranya mengabaikan kerja rumah yang diberi. Perasaan kecewa mendapat murid-murid
seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi itu tidak bermakna tiada
tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang telah saya gunakan
untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am ini. Walaupun
disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek ini adalah
sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap dijalankan sekurang-
kurangnya keputusan peperiksaan STPM kelak akan bertambah baik.
Bagaimanapun pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini mempunyai akhlak yang baik
kecuali hanya beberapa orang sahaja yang bermasalah. Hal ini dapat membantu saya
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Majoriti
mereka membawa modul yang telah saya sediakan dan memberikan kerjasama ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Saya telah melaksanakan beberapa kaedah pedagogi seperti teka silang kata, kuiz,
menjawab soalan secara tarik dan lepas (drag & drop),kotak ajaib,jumble trouble dan
sebagainya. Hasil daripada pemerhatian didapati bahawa pelajar yang berpencapaian
sederhana dan lemah ini lebih suka mengikuti pelajaran dalam suasana ceria dan
seronok.jika saya menggunakan kaedah kuiz. Hal ini kerana mereka masing-masing
inginkan kumpulan mereka berjaya mengumpul skor yang tinggi dalam bilik darjah
mereka.

3.0 ISU KEPRIHATINAN

Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada kuiz yang dijangka dapat memotivasikan
pelajar. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini sering
menganggapnya sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Mereka didapati belajar dalam
keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa subjek ini perlu dilihat dari aspek
yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pengajian Am adalah berkaitan dengan
kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea untuk memasukkan kuiz dalam pengajaran
Pengajian Am STPM. Kebiasaannya soalan-soalan kenegaraan adalah sebanyak 50. Tetapi
soalan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan adalah antara 10 hingga 12 soalan. Jika pelajar
tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu tajuk dalam subjek ini mereka akan kehilangan
markah secara keseluruhannya dengan banyak. Tujuan kuiz ini dilaksanakan dalam kajian ini
juga adalah sebagai salah satu galakan agar pelajar-pelajar berminat dan menambah
keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti mana disangkakan
oleh mereka.

3.0 OBJETIF KAJIAN


Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif seperti
berikut.:
4.0 4.1Objektif Umum
Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Bidang kuasa YDPA dan jenis bidang
kuasanya. Mereka diharapkan dapat menjawab soalan aneka pilhan berkaitan tajuk ini.
4.2Objektif Khusus

• Membantu guru mengenal pasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajar
yang lebih berkesan
• Membantu pelajar supaya dapat memahami konsep, fakta dan istilah Kenegaraan yang
berkaitan dengan Bidang kusa YDPA.
• Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran ini
• Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Terdapat sejumlah 30 orang pelajar dalam kelas PAF. Kumpulan sasaran dalam kajian ini
ialah pelajar yang berprestasi sederhana dan rendah berjumlah 15 orang. Pada kebiasaannya
dalam setiap ujian atau peperiksaan, kadang-kadang mereka lulus atau kadang-kadang
mereka gagal. Dalam kalangan pelajar ini minat terhadap mata pelajaran Pengajian Am
adalah sederhana kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan mereka boleh
memahaminya pada peringkat awal iaitu ketika mereka di tingkatan enam bawah tetapi
apabila hendak menjawab soalan kenegaraan secara aneka pilihan, mereka berasa agak susah
dan mudah keliru dengan cadangan jawapan yang diberikan untuk menjawab dengan tepat.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI


6.1 Tinjauan Awal
Saya mendapati markah ujian bulan Februari yang diperoleh oleh pelajar-pelajar kelas PAF
(Prauniversiti Fikrah) ini rata-rata pencapaian mereka amat sederhana dan ada yang gagal.
Sedangkan tajuk ini tidak terlalu banyak menggunakan konsep atau istileh kenegaraan yang
harus diketengahkan oleh pelajar dalam jawapan mereka. Oleh itu saya terdorong untuk
membuat satu kajian berkenaan pencapaian mereka.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil daripada temubual saya dengan pelajar-pelajar secara rawak bermula selepas markah
ujian diperoleh. Saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar saya mendapati soalan-
soalan yang dikemukakan tersebut amat sukar bagi mereka. Ada antara mereka tidak
memahami kehendak soalan. Yang aneh ialah pelajar tidak memahami istilah kuasa budi
bicara dan kuasa mendengar nasihat PM Pelajar juga tidak dapat membezakan antara YDPA
dengan Majlis Raja-Raja dan tidak dapat membezakan antara Bidangkuasa Sultan dengan
Bidang kuasa YDPA. Pelajar-pelajar sering keliru dengan beberapa konsep dan istilah kuasa
eksekutif, penurunan kuasa, ketua agam Islam bagi Wilayah Persekutuan dan Ketua Agama
bagi negeri baginda sendiri. Soalan Ujian Pra yang telah diadakan ialah pelajar dikehendaki
menjawab sebanyak 25 soalan aneka pilihan yang merangkumi tajuk “Bidangkuasa YDPA
Sebagai Ketua Kerjaaan Persekutuan”. Satu soalan yang betul akan diberi sebanyak 4
markah. Jadu jumlahnya 100 markah

6.3 Tindakan Yang Dijalankan


Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagi
saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar
memahami tajuk “Bidangkuasa YDPA”. Hal ini akan dapat membantu mereka menjawab
soalan aneka pilihan dengan tepat dan efisien.
Fokus Kaedah Kuiz ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak markah yang boleh untuk
kumpulan mereka. Kemenangan bergantung kepada kebijaksanaan dan daya ingatan pelajar
yang diuji dalam kuiz ini. Setiap soalan kuiz yang dijawab ditetapkan markahnya satu. Jika
mana-mana kumpulan dapat menjawab semua soalan dengan betul maka mereka akan
mendapat 45 markah. Saya mengingatkan pelajar-pelajar agar berhati-hati semasa menjawab
soalan kuiz tersebut. Di peringkat awal pengajaran saya pernah menggunakan kaedah
penerangan dan latih tubi. Saya juga pernah menggunakan persembahan power point dan
juga internet sebagai bahan sokongan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan.
Tujuannya adalah untuk mengukuhkan ingatan pelajar. Permainan ini dijalankan mengikut
giliran. Saya menyediakan soalan-soalan mengikut kemampuan dan keupayaan pelajar. Jika
pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka denagn betul maka mereka
akan memperoleh skor mengikut bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
Setiap pelajar akan menjawab soalan kuiz sebanyak tiga pusingan. Teknik ‘bayangan minda’
juga di laksanakan dalam kuiz ini. Pelajar-pelajar diberi‘clue’ untuk menjawab soalan. Oleh
sebab tajuk ini berkaitan dengan “Bidangkuasa YDPA”, maka sepanjang proses pengajaran
ini berlangsung mereka diingatkan bahawa kepentingan pelajar mengetahui bidangkuasa
YDPA dan istilah-istilah kenegaraan dengan betul supaya mereka dapat menggunakan
pengetahuan ini apabila mereka menjadi dewasa dan menjadi seorang rakyat yang
berkesedaran sivik. Pelajar harus tahu membezakan bidangkuasa sultan dan Yang Dipertua
Negeri sebagai ketua-ketua negeri dan bidangkuasa mereka amat berbeza dengan YDPA
sebab baginda adalah ketua negara. Pelajar juga harus mengetahui sistem YDPA sebagai
ketua negara amat berbeza dengan Presiden sebagai ketua negara republik. Soalan yang
dikemukakan kadang-kadang berulang-ulang kerana saya percaya bahawa perulangan ini
akan membina dan meningkatkan daya ingatan pelajar berkenaan tajuk ini secara tidak
langsung.

6.4 Pemerhatian
Ujian pra yang diambil untuk kajian ini adalah daripada ujian bulan Februari. Sebelum ujian
pra dijalankan tajuk Bidangkuasa YDPA telah dipelajari sepenuhnya oleh pelajar. Ujian ini
mengandungi satu set ujian aneka pilihan. Saya menjalankan kajian dengan menggunakan
kaedah kuiz selama dua minggu. Aktiviti dijalankan sebanyak dua kali seminggu dan masa
yang diambil untuk setiap sesi adalah 35 minit. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan
tingkah laku pelajar dapat diperhatikan. Mereka berasa seronok dan aktif semasa sesi ini
berjalan.
Pelajar yang pada peringkat permulaanya berasa malu dan tidak aktif telah menunjukkan
perubahan sikap yang lebih baik. Walaupun ada kumpulan yang tidak memperolehi skor yang
banyak tetapi mereka tetap berasa gembira kerana tiada pelajar yang tidak memperoleh
kosong markah. Semuanya berlumba-lumba untuk mengangkat tangan untuk menjawab
kerana ternyata jelas semangat pasukan pada wajah mereka. Soalan serta jawapan yang
berulang-ulang telah membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengingat fakta mengenai
kuasa-kuasa YDPA. Kesilapan jawapan rakan mereka telah menyebabkan mereka lebih
berhati-hati untuk menjawab soalan dan mereka mencuba sedaya upaya untuk menjawab
soalan dengan betul. Cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepada mereka
bahawa mereka boleh belajar Pengajian Am melalui multikaedah bukan satu kaedah sahaja.
6.5 Analisis Ujian
Jadual 1 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Markah ini
direkod untuk melihat prestasi pelajar dalam menjawab soalan. Semua skor yang diperoleh
ditukarkan kepada Gred untuk tujuan kajian.

Jadual 1. Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Indeks Pelajar Gred Ujian Pra Gred Ujian Pos


1 C- C
2 C- C
3 C C+
4 C C+
5 C C+
6 C+ C
7 B- B
8 C+ B
9 C- C
10 C+ C
11 B B
12 C- C
13 C- C
14 C C+
15 C C+
Ujian Pra menunjukkan 5 orang pelajar memperolehi gred C-(33.3%), 5 orang pelajar juga
memperolehi gred C (33.3%), 3 orang pelajar memperolehi gred C+ (20%) dan hanya 2 orang
sahaja memperolehi gred kepujian B- dan B (13.3%). Ujian Pos pula menunjukkan
peningkatan yang menggalakkan iaitu kesemua 15 (100%) orang pelajar tersebut telah lulus.
3 orang pelajar telah memperolehi B (20%), 5 orang mendapat C+(20%), 7 orang
memperolehi C (33%). Jadual jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam
markah ujian pos, setelah pelajar-pelajar tersebut didedahkan dengan kaedah kuiz ekonomi.

6.6 Analisis Pemerhatian


Penggunaan kuiz Pengajian Am telah dapat menarik minat pelajar dalam tajuk ini. Mereka
tidak berasa bosan dan sentiasa menunggu giliran mereka untuk mengangkat tangan secara
spontan untuk menjawab soalan kuiz. Mereka berlumba-lumba untuk memperolehi seberapa
banyak skor yang boleh untuk memenangkan kumpulan mereka. Hal ini bermakna pelajar-
pelajar berusaha untuk mengingat dan memberikan jawapan yang tepat. Setelah soalan kuiz
ditanya, saya akan berhenti sekejap untuk pelajar mencari jawapan. Jika jawapan yang
diterima itu betul, saya akan menandakan skor bagi kumpulan tersebut pada papan hitam.
Begitulah suasananya sehingga kesemua 45 soalan kuiz ditanya. Keadaan kelas agak bising
tetapi terkawal dan tergambar kegembiraan mereka sewaktu sesi ini berjalan. Suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dapat dilihat dan perasaaan malu untuk berdiri di
hadapan kelas dapat diatasi sedikit demi sedikit. Perasaan rendah diri dan malu pelajar-
pelajar ini memang ketara apabila diminta berdiri untuk menjawab soalan. Tetapi apabila
pertandingan kuiz dimulakan, pelajar-pelajar yang berkeupayaan sederhana dan lemah ini
bertambah yakin.

Jadual 2: Jumlah pungutan skor pelajar mengikut kumpulan


Kumpulan A 25 markah
Kumpulan B 20 markah

6.7 Refleksi Kajian


Penggunaan kuiz merupakan salah satu bahan sokongan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kuiz merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang seronok dan menarik. Daripada pemerhatian saya, pelajar yang
terdiri daripada kategori lemah dan sederhana tidak boleh menerima pembelajaran saya yang
terlalu serius dan penuh dengan fakta. Saya mendapati mereka akan berasa cepat bosan dan
akan mengalihkan fokus mereka kepada perkara lain yang lebih menarik minat. Apabila
pertandingan kuiz ini dijadikan salah satu daripada bahan sokongan pengajaran, maka minat
pelajar terhadap topik ini berubah. Pelajar berasa mereka terlibat secara langsung dan
komunikasi tidak berlaku sehala sahaja.
Daripada tinjauan secara lisan pelajar-pelajar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah
mengulangkaji pelajaran di rumah. Semua mata pelajaran yang diajar oleh guru akan tamat
hanya di dalam kelas sahaja. Mereka akan membuka buku jika ada kerja sekolah yang
dibekalkan untuk mereka. Tetapi bukan semua pelajar ini akan membuat kerja rumah
tersebut. Pelajar-pelajar yang berprestasi lemah dan sederhana ini hanya mengharapkan
sepenuhnya daripada saya dan kurang berusaha untuk mendapat markah yang lebih tinggi
dalam ujian. Markah ujian yang diperoleh jarang dijadikan sebagai panduan atau kayu ukur
untuk mendapat markah yang lebih baik untuk ujian yang seterusnya.
Penggunaan kaedah kuiz ini sedikit sebanyak telah membuka minda mereka bahawa untuk
belajar bukan hanya mendengar dan menulis sahaja tetapi mereka mesti melibatkan semua
pancaindera mereka. Pergerakan tubuh badan dan pancaindera akan membantu mereka untuk
menghayati dan meningkatkan kemampuan mereka yang selama ini dipendam dan seakan-
akan beku dan tepu dalam hati, jiwa dan pemikiran mereka. Walau bagaimanapun dalam
kajian ini terdapat dua orang pelajar yang hanya menunjukkan prestasi yang tidak jauh
berbeza semasa ujian pra dan ujian pos kerana mereka sering ponteng sekolah dan tidak dapat
menyertai kajian ini sepenuhnya. Oleh sebab kerap tidak hadir ke sekolah agak sukar bagi
saya untuk membantu mereka menguasai dan memantapkan pemahaman mereka terhadap
tajuk ini.
Saya berpendapat bahawa sebagai seorang guru, sokongan kepada pelajar amat penting.
Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajar
terhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu
kreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang
menarik. Sebagai guru kita pasti akan berasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata
‘kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu’ untuk mengajar kami. Walaupun
kadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan dan
minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yang
sedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka.
Justeru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaran
terhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi.

7.0 KESIMPULAN
Penggunaan Kaedah Kuiz merupakan satu kaedah yang sering digunakan untuk murid-murid
peringkat tadika atau sekolah rendah. Walau bagaimanapun atas kesedaran bahawa terdapat
pelajar yang masih lemah dalam pelajaran walaupun mereka sudah memasuki sekolah
menengah atas maka pertandingan kuiz seumpama ini telah saya cuba dalam usaha menarik
minat mereka dalam pelajaran. Pelajar yang berprestasi rendah dan sederhana perlu diberi
perhatian yang lebih kerana mereka juga berpotensi untuk mendapat kejayaan yang lebih
baik. Kemungkinan mereka tidak diberi peluang dan bakat serta potensi mereka tidak dapat
digilap sepanjang tempoh pembelajaran mereka dari sekolah rendah sehingga sekolah
menengah atas. Kekangan dan batasan masa seseorang guru semasa mendidik anak-anak
didik ini juga merapakan salah satu faktor yang menyebabkan potensi kesemua pelajar tidak
dapat dikesan dan digilap.
Saya tidak berhenti setakat kaedah kuiz ini sahaja. Pada masa akan datang permainan
komputer secara interaktif juga akan diperkenalkan dalam pembelajaran Pengajian Am
tingkatan enam. Saya berpendapat ini bersesuaian dengan perkembangan ICT yang terkini
dan penggunaannya yang begitu meluas. Belajar melalui interaktif komputer akan memberi
kebebasan, ruang dan peluang kepada semua pelajar untuk belajar secara akses kendiri tanpa
bantuan guru di sekolah dan mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja mereka berada.

SENARAI RUJUKAN

Arhar, Joanne; Holly, Mary Louise; and Kasten, Wendy C. (2000) Action research for
teachers : traveling the yellow brick road. Upper Saddle River, NJ.: Prentice-Hall.

Armstrong, Felicity, and Moore, Michele, eds. (2004) Action research for inclusive
education: changing places, changing practices, changing minds. London: RoutledgeFalmer.

Jeya Velu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru : Kursus Kajian Tindakan Berasaskan


Sekolah. Kota Kinabalu: Maktab Perguruan Gaya

Anda mungkin juga menyukai