Anda di halaman 1dari 2

Sedikit perkongsian daripada buku The Kite Runner: Bagaimana Amir Mula Menulis.

Amir mempunyai seorang hamba yang menjadi kawan baik dia sejak dari kecil. Namanya Hassan.

Keakraban mereka sangat jelas sehingga perkataan pertama Hassan semasa masih bayi ialah nama Amir.

Amir ini tua setahun daripada Hassan. Mereka juga sebenarnya adik-beradik susuan.

Sebagai seorang hamba, Hassan tidak bersekolah dan tidak pandai membaca. Tapi Hassan seorang budak

yang suka belajar. Dia menganggap yang setiap perkataan itu seperti harta karun. Dan yang memegang

kunci harta itu ialah Amir.

Hassan akan menyuruh Amir membacakan buku untuk dia. Amir pula memang suka membaca. Kadang-

kadang Amir sengaja kenakan Hassan dengan perkataan-perkataan yang Hassan tak faham.

Suatu hari, Amir mereka-reka cerita sambil memegang buku seakan-akan dia membaca daripada buku

itu. Hassan hanya diam dan mendengar. Setelah selesai, Hassan bertepuk tangan dan berkata kepada

Amir yang ini lah cerita yang paling indah pernah didengarinya. Cerita rekaan Amir.

Amir yang terkejut dengan respons Hassan hilang rasa bersalah menipu Hassan malah berasa teruja

dengan diri sendiri. Waktu itu lah Amir sedar yang dia mempunyai bakat mengarang cerita. Selepas

kejadian itu, Amir mengambil pen dan kertas dan mula menulis cerita.

Cerita yang dulu sengaja direka-reka membuatkan dia sedar yang dia punya bakat besar. Hassan lah

puncanya. Hassan yang menolak Amir untuk meneroka minatnya. Dengan cerita pertama yang direka

untuk Hassan, Amir telah berjaya menulis beratus-ratus cerita pendek dan mempunyai novel tulisannya

sendiri sekarang.
Sungguh kita tidak tahu perkataan mana yang memberi kesan mendalam pada hati seseorang. Maka,

teruslah memberi yang baik-baik.

Anda mungkin juga menyukai