Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja Ceramah Pencegahan Jenayah 2018

PENDAHULUAN

Media cetak serta media elektronik kebelakangan ini sering memaparkan berita-
berita jenayah dan juga salah laku disiplin. Kejadian jenayah ke atas golongan
masyarakat dan juga kejadian buli di kalangan pelajar sekolah hari ini sangat
membimbangkan. Sama ada menjadi pelaku atau mangsa kepada kejadian malang
tersebut. Apa yang merisaukan adalah kejadian seumpama ini menunjukkan bahawa
berlakunya keruntuhan nilai moral di dalam diri masyarakat sekarang ini. Hal ini berlaku
disebabkan pelbagai sebab antaranya adalah faktor tekanan hidup, kekurangan kasih
sayang, tiada didikan agama, perceraian ibu bapa dan banyak lagi.

Biar apa pun alasan yang diberikan atau faktor penyebab kita tidak boleh
berdiam diri, berpeluk tubuh melihat semua ini berlaku kerana ibarat kudis yang tidak
diubati ia akan terus melarat dan merebak keseluruh anggota badan.

Menyedari hakikat ini maka Unit Bimbingan dan Kaunseling serta bahagian Hal
Ehwal Murid SK Janda Baik mengambil inisiatif untuk menjemput penceramah dari
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk memberikan ceramah kesedaran
dan Pencegahan Jenayah serta mengelak gejala negatif ini dari menular di kalangan
pelajar sekolah ini. Adalah sangat penting untuk memastikan murid-murid ini diberi
bekalan agar dapat melindungi diri dari situasi yang tidak diingini dan juga mencegah
mereka semua dari terlibat dengan anasir yang tidak diingini ini.

MATLAMAT

1. Melahirkan generasi yang bebas jenayah di kalangan murid SK Janda Baik.


2. Murid tahu melindungi diri mereka apabila berhadapan dengan situasi cemas
atau buruk.
3. Murid sekolah SK Janda Baik bebas dari gejala buli dan juga jenayah.
4. Murid mengamalkan tingkah laku bersahsiah tinggi.
OBJEKTIF

1. Murid mendapat kemahiran pertahanan asas diri dalam menghadapi situasi


cemas.
2. Murid sedar keburukan dan juga impak kes buli kepada mangsa, diri sendiri,
keluarga, bangsa dan juga agama.
3. Murid mengamalkan tingkah laku berkasih syang dan bersopan dikalangan
rakan-rakan di sekolah dan juga luar sekolah.

KUMPULAN SASARAN

 Semua murid SK Janda Baik 2018.

PELAKSANAAN PROGRAM

Majlis dirancang dijalankan pada;

Tarikh : 9 Februari 2018

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SK Janda Baik.

Penceramah terlibat : Master Hamiruzzaman bin Mohd Hazir (MCPF)

JAWATANKUASA MAJLIS

1.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
Pn. Hjh. Rosmawati binti Hj. Abdul Rahman (Guru Besar )

Naib Pengerusi I
En. Zabidi bin Harun (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II
Pn. Zainam binti Hashim (GPK Tadbir & Kurikulum)

Naib Pengerusi III


Pn. Noraini binti Abdul Razak (GPK Kokurikulum)

Setiausaha
Pn. Rossaliza binti Ab Rashid
(Unit Bimbingan & Kaunseling)

Penolong Setiausaha
En. Faisal Amilin bin Ibrahim
(Lembaga Disiplin & Pengawas)

1.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH BERSAMA YAYASAN CEGAH JENAYAH


MALAYSIA (MCPF) 2018

Pengacara Majlis En. T. Vijaya Ragavan Thangavelu


En. S. Mohd KamarulHisyam bin S.
Hussain Dokumentasi
Pn. Zuraidah binti M. Yusof Pn. Rossaliza binti Ab Rashid

Bacaan Doa Jurugambar & Sesi Bergambar Bersama


En. Mohd Nor Azmi bin Muhamed
Ust. Zulkifli bin Abdul Samat
Pn. Suhaida binti Samsuddin

P.A. Sistem & LCD


En. Faisal Amilin Bin Ibrahim SIJIL & CENDERAHATI
Pn. Zaleha binti Awang Pn. Nurul Haida binti Jamil
Pn. Nurul Huda binti Md Nor Cik Nor Aisyah binti Zakaria

Disiplin murid Persiapan Tempat


Pn. Saidah Nafisah binti Nor Sapri Cik Norshafiqah binti Ramli
Cik Gurpreet Kaur Khalsa Pn. Noor Azimah binti Awang
Cik Norsyazwina binti Mohamed Zari Pn. Rosnaini binti Mohamed
Pn. Noor`Ainnabila binti Muhamad Pn. Prema Chandra Sekaran Naidu
Zakaria
Pn. Sharifah Hani Balkesh binti Syed Jamuan Tetamu Jemputan
M.Kamal Pn. Sapurah binti Mat Daud
Pn. Rohaidah binti Ahmad
Buku Program
BELANJAWAN

1.1 PERBELANJAAN

1. Bayaran penceramah RM 350.00


JUMLAH RM 350.00

1.2 SUMBER KEWANGAN

1. Kewangan Sekolah (Bimbingan & Kaunseling) RM 350.00


JUMLAH RM 350.00

PENUTUP

Besar harapan program yang dijalankan ini mampu memberi input yang
berguna kepada semua murid SK Janda Baik dan menyedarkan mereka semua tenang
bahaya yang ada di sekeliling mereka yang tidak mereka sedari. Dengan adanya aktiviti
Ini Juga Diharapkan Generasi Sekarang Lebih Menghargai Nilai-Nilai Moral Dan
menerapkan amalan berkasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain
agar dunia ini akan lebih harmoni dan aman.

Disediakan oleh, Disemak oleh;

….…………………… ………………………
(ROSSALIZA AB RASHID) (ZABIDI HARUN)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling GPK Hal Ehwal Murid
SK Janda Baik. SK Janda Baik.

Disahkan oleh;
………………………
(HJH. ROSMAWATI HJ. ABDUL RAHMAN)
Guru Besar
SK Janda Baik.