Anda di halaman 1dari 4

Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos rakyat malaysia akan menyambut hari

Kemerdekaan dimana tujuannya untuk mengingati dan menghargai keringat


pengorbanan pejuang pejuang negara untuk mendapatkan kemerdekaan. Saban hari
semasa penjajahan kuasa barat ke atas Tanah Melayu menyukarkan kehidupan
rakyat tanah melayu pada masa itu. Penjajahan kuasa Barat membuatkan aktiviti-
aktiviti harian yang biasa dilakukan seperti bercucuk tanam,berniaga dan sebagainya
terpaksa dihentikan demi menyelamatkan nyawa. Namun, tidak semua kuasa-kuasa
Barat bertindak sebegitu, ada kuasa barat yang menggunakan tenaga rakyat tanah
melayu untuk bekerja lebih kerana pasaran getah,biji timah,rempah ratus dan
sebagainya adalah tinggi dan membuatkan mereka mendapatkan keuntungan.
Kesannya, lama kelamaan rakyat tanah melayu menginginkan kebebasan daripada
penjajah dan para pejuang tanah melayu ini bergabung tenaga berlawan dengan
penjajah-penjajah ini sehinggakan ada yang terkorban. Tidak dilupakan juga kepada
pengorbanan-pengorbanan para askar negara dahulu yang juga bermandi darah
membebaskan negara melawan musuh. “Biar putih tulang,jangan putih mata” wajar
disamakan dengan para pejuang tanah air kita yang bermaksud mereka lebih rela
berjuang habis-habisan sehingga terkorban sekalipun demi mendapatkan kehidupan
yang aman dan tenteram untuk anak cucu mereka dan rakyat malaysia di masa
hadapan. Justeru, Malaysia kini telah pun mencapai 60 tahun kemerdekaan,
golongan remaja khususnya mahasiswa makin kurang menghargai erti kemerdekaan
sebenar, jadi apakah cara untuk mahasiswa memainkan peranannya untuk
mengenal erti patriotisme?

Terdapat pelbagai cara untuk mahasiswa memainkan peranannya untuk


meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Yang pertama, mahasiswa
dapat menerapkan semangat patriotisme melalui program program yang berunsur
kemerdekaan. Pihak yang terlibat antaranya, para majlis perwakilan pelajar
khususnya di setiap fakulti perlu berfikir dan bergabung idea bagaimana semangat
patriotisme dapat diterapkan ke dalam diri mahasiswa-mahasiswi fakulti mereka. Hal
ini dapat dibuktikan apabila mereka perlu bergabung tenaga untuk mengadakan
pelbagai program antaranya pertandingan syarahan, pidato, video montaj, poster,
lakonan dan sebagainya yang bertemakan kemerdekaan. Setiap fakulti perlu
menghantar wakil dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Di samping
mahasiswa berpeluang untuk menang, sedikit sebanyak semangat patriotisme dapat
diserap dalam diri mereka dimana itu adalah tujuan utama pertandingan-
pertandingan seperti ini diadakan. “Sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit” . Jika
pertandingan-pertandingan seperti ini kerap kali diadakan,lama kelamaan semangat
patriotisme dalam diri mahasiswa menjadi semakin tebal di dada. Program-program
seperti ini wajar dilakukan bukan sahaja menjelang kemerdekaan tetapi boleh
dilakukan pada setiap semester. Justeru, mahasiswa dari semester pertama
sehingga ke semester terakhir berpeluang untuk menurut serta dalam program-
program ini.
Cara yang seterusnya untuk mahasiswa memainkan peranannya dalam
meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka adalah, mahasiswa perlu
diberikan tugasan bertemakan kemerdekaan. Hal ini demikian kerana, di dalam
beberapa semester, mahasiswa berbeza mengikut fakulti dikehendaki mengambil
subjek seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara, English Report Writing
dan sebagainya dimana subjek-subjek seperti ini mewajibkan para mahasiswa untuk
belajar mengenai sejarah di sesuatu tamadun, membuat laporan mengenai kaum-
kaum di malaysia dan sebagainya. Justeru, para pensyarah dapat mengambil
peluang seperti ini memberikan tugasan kepada pelajarnya melakukan tugasan yang
bertemakan kemerdekaan supaya mahasiswa dapat mengetahui lebih mendalam
mengenai sejarah kemerdekaan malaysia, para pejuang negara, pentadbiran negara
pada masa dahulu dan sebagainya. ‘Sambil menyelam,minum air’ selain mahasiswa
dapat menimba ilmu tambahan mengenai sejarah kemerdekaan malaysia,
mahasiswa juga dapat diperkenalkan semula pejuang-pejuang tanah melayu dimana
kesannya dapat meningkatkan semangat keperwiraan dalam diri. Justeru, besar
tanggungjawab mahasiswa dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam
diri mereka melalui tugasan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Amatlah
penting untuk mahasiswa tidak bertindak seperti ‘acuh tidak acuh’ dalam melakukan
tugasan yang diberikan kerana walaupun pada pandangan mereka tugasan seperti
ini adalah kurang penting kepada kehidupan mereka buat masa sekarang tetapi
memberikan kesan yang besar pada masa hadapan.

Cara yang ketiga yang dapat dilakukan oleh mahasiswa dalam memainkan
peranannya meningkatkan semangat patriotik dalam diri mereka adalah, mahasiswa
dan mahasiswi digalakkan menyertai servis-servis ketenteraan yang terdapat di
universiti masing masing. Antara servis-servis ketenteraan yang terdapat di universiti
khususnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ialah seperti Palapes Darat, Palapes
Laut, Palapes Udara. Bukan sahaja servis ketenteraan yang disediakan, malah Kor
Suksis, Kor Sispa, Kesatria juga ada. Palapes Darat, Laut, Udara adalah pegawai
simpanan sukarelawan dan mereka berpeluang untuk diserap menjadi askar tetap.
Kelebihan menyertainya, mahasiswa dapat menjalani kehidupan seperti seorang
askar sebenar dimana mereka di ajar hidup di dalam hutan, belajar menggunakan
senjata seperti M4, M16, pistol, formasi-formasi ketika berperang, membuat kubu,
belajar solat di medan perang, menggunakan peta,kompas disamping mempunyai
hubungan rapat dengan skuad dan sebagainya persis seperti askar sebenar. Mereka
juga berpeluang untuk ditauliahkan menjadi seorang Pegawai Muda. Justeru, melalui
penglibatan mahasiswa dalam servis ketenteraan seperti ini, mahasiswa bukan
sahaja dapat menerapkan semangat patriotisme dalam diri mereka, malah, mereka
dapat merasa sendiri dilatih menjadi seorang askar yang berjuang untuk melindungi
negara dari serangan pihak musuh.
Langkah yang terakhir yang dapat dilakukan oleh para mahasiswa dalam
menyuburkan semangat patriotisme dalam diri mereka adalah para wakil pelajar
perlu kerap mengadakan sesi tayangan filem pejuang pejuang askar tanah melayu.
Para wakil pelajar disini contohnya yang terdiri daripada pihak Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) di setiap fakulti dan universiti sendiri dan Ahli Jawatankuasa Kolej
(AJK) di kolej masing-masing. Hal ini demikian kerana, jika pihak MPP memainkan
peranannya dengan mengadakan sesi tayangan filem berunsur kemerdekaan pada
setiap bulan atau 2 bulan sekali dan juga pihak jawatankuasa kolej mengadakan sesi
tayangan filem patriotik, semangat patriotisme dapat ditingkatkan dengan lebih cepat
dan bertahan lama. Malah, pihak kolej juga boleh menggunakan masa keemasan ini
untuk menjadikan sesi tayangan filem patriotik ini sebagai aktiviti kolej dimana ada
disediakan kupon aktiviti kolej dan memberi peluang kepada mahasiswa mendapat
kolej pada semester hadapan. Kesan mengadakan sesi tayangan filem berunsur
patriotisme secara berkala ini menyebabkan semangat dan jasa para pejuang
negara dapat disematkan sentiasa dalam hati nurani para mahasiswa kita. Selain itu,
para mahasiswa, mahasiswi perlu bertindak seperti seorang warga malaysia yang
cintakan negara. Disini bermaksud mahasiswa perlu bertindak seperti seorang rakyat
malaysia yang tidak memalukan negara dan tunjukkan bahawa segala jasa dan
matlamat pejuang negara kita dahulu tidak sia-sia. Hal ini demikian kerana, di dada-
dada akhbar kerap kali disajikan dengan mahasiswa yang mengadakan pelbagai
sesi protes kepada negara mahupun pihak kerajaan sendiri dimana kesannya boleh
dipandang serong kepada negara lain, malah ada juga mahasiswa yang bertindak
tidak sepatutnya ketika menuntut ilmu di negara asing. Justeru, besarlah harapan
negara kepada mahasiswa untuk memajukan negara dan mempunyai semangat
patriotisme yang tebal dalam diri mereka.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa langkah-langkah di atas iaitu mengadakan


program-program berunsur patriotisme di fakulti, diberikan tugasan yang
berunsurkan kemerdekaan, digalakkan menyertai servis-servis ketenteraan yang
terdapat di universiti, mengadakan tayangan filem oleh pihak yang berkuasa dan
mahasiswa yang bertindak seperti seorang rakyat malaysia yang cinta dan sayang
pada negara ini penting dalam menyematkan dan meningkatkan semangat
patriotisme dalam diri setiap mahasiswa dan mahasiswi di negara kita. Perkara ini
menjadi penting apabila, mahasiswa adalah tonggak kepada kejayaan negara di
mana mahasiswa ini adalah orang yang bakal memerintah negara pada masa
hadapan. Jika mahasiswa ini sudah ‘hancur’ , maka beratlah negara kita pada masa
hadapan kerana kejayaan negara dan kecemerlangan mahasiswa ‘bagai aur dengan
tebing’ kerana kedua-duanya adalah kepentingan antara satu dengan yang lain.
Justeru, langkah-langkah seperti ini tidak wajar dipandang enteng kerana ianya
memberikan impak yang besar kepada mahasiswa,kini dan akan datang,dan kepada
negara.
Tugasan Karangan Esei:
Mahasiswa dan Patriotisme
HPD112C

Nama: Muhammad NorHafizi Naim Bin Ismail


No. Matrik: 2016238898
Jurulatih: Encik Hisham

Anda mungkin juga menyukai