Anda di halaman 1dari 11

PERTANDINGAN PIDATO

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja
dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audiens. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi
seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni
pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan
mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

1.1 OBJEKTIF PERTANDINGAN

1.1.1 Membina keyakinan diri.

1.1.2 Meluaskan pengetahuan.

1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.

1.1.4 Memupuk semangat patriotisme.

1.1.5 Menjana daya saing secara positif.

2.0 PESERTA

2.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 4 dan 5 Sekolah


Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama
Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan KECUALI MRSM. Murid
tersebut mestilah warganegara Malaysia.

2.2 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum amat digalakkan.

3.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

3.1 PERINGKAT SEKOLAH

3.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu


diminta mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat
antara kelas dan juga antara rumah. Pertandingan ini merupakan

101
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

aktiviti sokongan kepada pembelajaran mata pelajaran Bahasa


Melayu.

3.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke


pertandingan di peringkat daerah.

3.2 PERINGKAT DAERAH

3.2.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta


mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

3.2.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke


pertandingan di peringkat negeri.

3.3 PERINGKAT NEGERI

3.3.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh


Jabatan Pendidikan Negeri.

3.3.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu


diwujudkan.

3.3.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke


pertandingan peringkat kebangsaan.

3.3.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah


menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

3.4 PERINGKAT KEBANGSAAN

3.4.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh


Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

3.4.2 Seorang peserta dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-
masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

3.4.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing


dan seorang pegawai pengiring.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua

102
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato


TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

4.1 BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang


telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

4.2 BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan


atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta
dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja
ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas
sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah
mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat
persediaan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

4.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.3.1 Peserta diberi masa TUJUH (7 minit) untuk pidato bahagian


pertama, dan EMPAT (4 minit) untuk pidato bahagian kedua.

4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat,


dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.

4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi


setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan


agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.

4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab
dipotong.

4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana
satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

4.3.7 Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam


sekolah / pakaian kebangsaan.

103
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-


mana peraturan di atas.

4.4 PEMILIHAN TAJUK

4.4.1 Peringkat Sekolah, Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato


Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan topik-topik buku teks dan
isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa negara.

4.4.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat


ini disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada


peserta negeri sebaik sahaja semua keputusan
peringkat negeri diterima oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan


secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.4 Enam belas peserta setiap negeri dalam pertandingan


peringkat separuh akhir kebangsaan di bahagi kepada
dua kumpulan. Tiga peserta terbaik setiap kumpulan
bagi dipilih untuk ke pertandingan akhir peringkat
kebangsaan.

4.5 PERATURAN PEMARKAHAN

4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/


isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data /
bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat – 2 markah


Huraian – 4 markah
Data / contoh – 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah
(9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk

104
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

= 30 markah).

4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas,


baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang


lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi
salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato.
Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak
memberi salam / kata-kata aluan / menyentuh isu sensitif/
menunjukkan perlakuan / tutur kata yang kurang sopan.

4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)

4.5.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea


/ isi. Idea / isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan
dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi – 5 markah


Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah
(19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk
= 40 markah).

4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas,


baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang


lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum akan

105
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan


perlakuan / tutur kata yang kurang sopan.

4.6 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.

4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat
kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu
daripadanya) sebagai pemenang.

4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN


SISTEM JURI.

4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.0. TARIKH PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Sekolah


5.2 Peringkat Daerah
5.3 Peringkat Negeri
5.4Peringkat Akhir Kebangsaan

6.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh


Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan
Negeri.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat


keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara
yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada
satu-satu masa.

7.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

BORANG MARKAH
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
A
106
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

Kategori : Menengah Giliran


Peserta
Bahagian l : 7 minit

Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah Jumlah


Bilangan Isi
(30 markah) (2 markah) (4 markah) (3 markah) Besar

Diadili dari segi pengutaraan isi- Isi 1


isi yang bernas, data dan bahan
yang tepat serta logik termasuk
penghuraiannya. Isi 2
Panduan pemarkahan
Diperakukan ialah sebanyak 3 isi. Isi 3
3 markah bonus (3/30) bagi
kematangan isi.
Bonus 3 Markah kematangan isi
Jumlah keseluruhan markah isi (30 markah)

Bahasa (20 markah)

Tatabahasa (10 markah)


Diadili dari segi bahasa yang
jelas, baku (tatabahasa & Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)
sebutan), gaya bahasa yang
berkesan & tepat dengan maksud Sebutan bahasa (5 markah)
yang hendak disampaikan.
Jumlah markah bahasa (20 markah)

Penyampaian dan Persembahan (50 markah)


Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
persembahan (40 markah) menyakinkan ( 10 markah)
Diadili dari segi persembahan
yang lancar, kesesuaian nada, Gaya yang menarik (10 markah)
menyakinkan, menunjukkan gaya
yang menarik & susunan isi yang Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan berkesinambungan
tertib. (10 markah)
Adab (5 markah)
Dipotong 5 markah maksimum Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
jika isi pidatonya mengandungi penonton (10 markah)
kritikan terhadap isu-isu sensitif
seperti politik, agama, bangsa, Adab (5 markah)
kebudayaan & peribadi serta
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan. Istimewa (5 markah)
Istimewa (5 markah)
Diadili daripada keseluruhan Jumlah markah penyampaian dan persembahan
persembahan, kesopanan dan (50 markah)
ketepatan masa.

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama Hakim : ………………………………… Tandatangan : ……………..…..

Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….

BORANG MARKAH
PIDATO SEKOLAH MENENGAH B

107
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

Kategori : Menengah Giliran


Peserta
Bahagian ll : 4 minit

Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah Jumlah


Bilangan Isi
(40 markah) (5 markah) (10 markah) (5 markah) Besar

Diadili dari segi pengutaraan isi


Isi 1
yang bernas, data dan bahan
yang tepat serta logik termasuk Isi 2
penghuraiannya.
Panduan pemarkahan
Isi yang diperakukan ialah
sebanyak 2 isi. Jumlah keseluruhan markah isi (40 markah)

Bahasa (30 markah)

Tatabahasa (10 markah)


Diadili dari segi bahasa yang
jelas, baku (tatabahasa & Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
sebutan), gaya bahasa yang
berkesan & tepat dengan maksud Sebutan bahasa (10 markah)
yang hendak disampaikan.
Jumlah markah bahasa (30 markah)

Penyampaian dan Persembahan (30 markah)


Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
persembahan (20 markah) menyakinkan ( 5 markah)
Diadili dari segi persembahan
yang lancar, kesesuaian nada, Gaya yang menarik (5 markah)
menyakinkan, menunjukkan gaya
yang menarik & susunan isi yang Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan berkesinambungan
tertib. (5 markah)
Adab (5 markah)
Dipotong 5 markah maksimum Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
jika isi pidatonya mengandungi penonton (5 markah)
kritikan terhadap isu-isu sensitif
seperti politik, agama, bangsa, Adab (5 markah)
kebudayaan & peribadi serta
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan. Istimewa (5 markah)
Istimewa (5 markah)
Diadili daripada keseluruhan Jumlah markah penyampaian dan persembahan
persembahan, kesopanan dan (30 markah)
ketepatan masa.

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama Hakim : ………………………………… Tandatangan : ……………..…..

Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….

108
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

BORANG RUMUSAN HAKIM


(Diisi oleh semua hakim)
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH MENENGAH
Markah Pidato
Giliran Markah Pidato Bahagian
Jumlah Kedudukan
Peserta Bahagian Pertama kedua
(spontan)

Tandatangan:......................................

Nama Hakim :......................................... Tarikh :...........................

109
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

BORANG RUMUSAN HAKIM


(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH MENENGAH

KEDUDUKAN PESERTA
Giliran Keputusan
Peserta Hakim Hakim Hakim Hakim Hakim
Catatan Panel
1 2 3 4 5
Hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Tandatangan

Tandatangan :..................................... Tarikh :...........................

Nama Ketua Hakim :.....................................

110
PERTANDINGAN PIDATO
KERTAS KONSEP

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN


(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH MENENGAH
KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

PENGESAHAN

TANDATANGAN
HAKIM NAMA

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

HAKIM 4

HAKIM 5

Disahkan oleh,

.........................................................................
t.t
( )
Nama Ketua Hakim

Tarikh: ..................................................

111