Anda di halaman 1dari 1

International Conference On Post Graduate Research (ICPR 2017) 7-8 Dis, Seremban 2017

AL-AWIBA: INOVASI KAEDAH WAQAF BACAAN AL-QUR’AN

SAPIYAH MD RANGGA, MOHD ARIFFIN SALLEH, ¹


1
Jab.Pend.Islam & Moral, IPGK PM

Durian Daun, Melaka

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau amalan pembacaan al-Quran dalam kalangan pelatih IPGK PM terhadap penguasaan
tajwid khususnya waqaf (menghentikan bacaan), jenis-jenis kesalahan yang sering dilakukan ketika mewaqafkan
bacaan serta keberkesanan aplikasi AL-AWIBA meminimumkan kesalahan tersebut. Responden kajian adalah 30
orang guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) bukan pengkhususan Pengajian
Islam. Data dikumpul melalui senarai semak bacaan dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Pemerhatian
sebelum kajian menunjukkan ada sepuluh jenis kesalahan yang dilakukan oleh responden ketika mewaqafkan
bacaan al-Qur’an mereka. Hasil analisis data berdasarkan sepuluh jenis kesalahan yang telah dikenalpasti
menunjukkan bahawa kaedah mewaqafkan bacaan al-Quran secara tepat dalam kalangan guru pelatih selepas
menggunakan perisian AL-AWIBA meningkat sebanyak hampir sembilan puluh peratus. Penurunan ketara
kesalahan daripada 90 peratus kepada 0 hingga 30 peratus merupakan satu impak yang memberangsangkan terhadap
aplikasi al-AWIBA. In sya’ Allah bahan yang dibina ini akan diperluaskan lagi kepada hukum-hukum bacaan yang
lain untuk memperkaya kaedah sedia ada dalam bentuk yang lebih mudah diakses di mana sahaja dan pada bila-bila
masa, praktikal dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Kata Kunci: Tajwid, hukum waqaf, bacaan al-Qur’an, Al-AWIBA

Anda mungkin juga menyukai