Anda di halaman 1dari 14

1

PENGGUNAAN MOBILE LEARNING (M-LEARNING) DI KALANGAN


PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN

WIDA YANTI BINTI MOHAMMAD ZEN UMAR


KOLEJ KOMUNITI JASIN
widamzu@gmail.com

ZARULRIZAM BIN AB. JALIL


KOLEJ KOMUNTI JASIN
z_izam1502@yahoo.com

DATIN SAKINAH BINTI MUPIT


KOLEJ KOMUNITI JASIN
dihahusna@yahoo.com.my

ABSTRAK

Dalam era teknologi maklumat kini, penyebaran maklumat berasaskan ilmiah berkembang
dengan pesat. Seiring dengan perkembangan ini, semua pihak terutama pelajar perlu bersaing
untuk memperoleh banyak maklumat bagi memantapkan pembelajaran mereka. Dengan itu,
pembelajaran mudah alih adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaan
pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Tujuan utama kajian ini adalah untuk
menilai tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaian
penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar dan tahap penerimaan pembelajaran mudah
alih oleh pelajar SKK (T) di Kolej Komuniti Jasin. Seramai 130 orang pelajar terlibat dalam
kajian ini. Kaedah analisa kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan inferensi serta
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS versi 21.0 bagi mendapatkan peratus, min, dan sisihan piawai.
Dapatan kajian akan menunujukkan tahap kesediaan pelajar, tahap kesesuaian dan tahap
penerimaan pembelajaran mudah alih. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa
cadangan akan dikemukakan bagi menjayakan pembelajaran mudah alih di Kolej Komuniti..
Kata kunci :
pembelajaran; pembelajaran mudah alih; pelajar;
2

1. Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini tidak lagi tertumpu di dalam bilik
darjah semata-mata, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Sistem pendidikan telah mengalami satu lagi evolusi dalam teknologi pendidikan apabila
pembelajaran mudah alih atau Mobile Learning (M-Learning) diperkenalkan bagi meningkatkan
tahap pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia, M-Learning boleh dikatakan masih baru dari
aspek pelaksanaannya. M-Learning merupakan suatu konsep baru yang dilaksanakan dalam
proses pembelajaran. Ia menekankan kepada lokasi fizikal proses pembelajaran itu berlaku
(Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Di samping itu juga, Quinn (2002) mendenifinisikan M-
Learning sebagai belajar menerusi peralatan mudah alih seperti Palms, PDA dan juga telefon
pintar.
Teknologi komunikasi mudah alih telah menyediakan pelbagai alternatif dan kemudahan
berhubung, sebagai contoh telefon bimbit tidak lagi terhad bagi tujuan menerima dan membuat
panggilan semata-mata. Telefon bimbit juga sudah dilengkapi dengan kemudahan menghantar
dan menerima e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS)
yang hadir dalam bentuk gabungan muzik, gambar, jujukan-jujukan animasi dan rakaman video
pendek (Donald, 2003). Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit pengguna juga boleh
melayari laman web dan melayari pelbagai aplikasi komputer. Kemudahan komunikasi tanpa
wayar juga telah disediakan bagi memudahkan pengguna menggunakan pelbagai aplikasi yang
memerlukan capaian internet.
Pembelajaran secara M-Learning telah terbukti keberkesanannya di negara luar.
Perkongsian nota di antara pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti
telefon pintar dalam kalangan pelajar. Mereka tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer
peribadi untuk memuat turun nota. Perkongsian nota telah dimudahkan dengan hanya
menggunakan wi fi atau perkhidmatan jalur lebar yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan
telefon mudah alih yang dilanggani dan memuat turun nota boleh dilakukan di mana sahaja dan
pada bila-bila masa. Selain itu, mengikut Triantafillou, Georgiadou & Economides (2006),
melalui kajian mereka terhadap ujian yang dilakukan melalui alatan mudah alih dalam
pendidikan mendapati bahawa penilaian yang dilakukan melalui ujian M-Learning adalah lebih
efektif dan efisyen kerana lebih menjimatkan masa berbanding dengan ujian yang menggunakan
kertas dan pensil.
3

Selain itu, menurut Wood (2003), penggunaan teknologi tanpa wayar (wireless) dalam
pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-
negara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA
adalah lebih murah berbanding komputer desktop. Melalui penggunaan peralatan mudah alih
dalam M-Learning, ianya dapat membantu dalam meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan
kemahiran mengorganisasi, menggalakkan perasaan bertanggungjawab, menggalakkan
pembelajaran kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan
cekap (Savill-Smith & Kent, 2003).

2. Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang yang telah dibincangkan, masalah kelemahan dalam


pengajaran dan pembelajaran tradisional, masalah kelemahan tadbir urus E-Pembelajaran dan
kurangnya panduan penggunaan E-Pembelajaran adalah merupakan salah satu masalah yang
dihadapi dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati penggunaan M-
Learning dalam pembelajaran berkemungkinan dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum
ini.
Oleh yang demikian, pengkaji ingin melihat adakah penggunaan telefon mudah alih dan
aplikasi yang dimiliki oleh pelajar ini sedia digunakan dalam pembelajaran. Perkara utama yang
hendak dilihat adalah dari aspek tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan M-Learning, tahap
kesesuaian penggunaan M-Learning kepada pelajar dan tahap penerimaan M-Learning pelajar
Kolej Komuniti Jasin.

3. Objektif

Objektif kajian adalah seperti berikut:


i. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan M-Learning untuk tujuan
pembelajaran.
ii. Mengenalpasti tahap kesesuaian penggunaan M-Learning kepada pelajar untuk tujuan
pembelajaran.
iii. Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan M-Learning untuk tujuan
pembelajaran.
4

iv. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan penerimaan pelajar terhadap penggunaan M-


Learning antara pelajar lelaki dan perempuan untuk tujuan pembelajaran.

4. Kepentingan Kajian

Kajian in tertumpu kepada faktor-faktor yang mendorong pelajar Kolej Komuniti Jasin
memilih bidang kemahiran. Kajian ini berkepentingan untuk:
i. Memberi panduan yang kepada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti untuk
merancang program yang tersusun dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Memberi pengetahuan kepada pihak institusi tentang tahap penggunaan M-learning
untuk tujuan pembelajaran.
iv. Mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai
teknik pembelajaran yang terkini.

5. Skop Kajian

Di dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji hanya menumpukan kajian di dalam skop yang telah
dikenalpasti seperti berikut:
i. Kajian terhadap elemen kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah
alih, tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar dan tahap
penerimaan pembelajaran mudah alih oleh pelajar SKK (T) di Kolej Komuniti Jasin
ii. Kajian hanya dilaksanakan di Kolej Komunti Jasin, bagi pelajar-pelajar Sijil Kolej
Komuniti Berterusan
iii. Kajian yang dijalankan adalah secara kuantitatif iaitu melalui pungutan data berdasarkan
borang soal selidik yang dihasilkan oleh pengkaji

6. Sorotan Literatur

Bob Little (2012) telah menjalankan kajian berkaitan dengan perkembangan terkini
dalam reka bentuk, pembangunan dan penggunaan M-Learning. Hasil kajian mendapati M-
Learning sedang membangun dengan cepat dari segi aplikasi, falsafah dan piawaian. Selain
5

daripada itu juga M-Learning telah memberi impak yang hebat kepada pelajar kerana menjadi
sebagai penyambung pengetahuan dan kepakaran yang mereka perlukan tidak kira masa dan
tempat.
Mengikut kajian Idrus & Buntat (2008), fokus utama M-Learning adalah pelajar. Suasana
pembelajaran M-Learning akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam
pembelajarannya kerana perancangan pelajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada
dirasakan sesuai atau tidak. Selain itu, pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk
pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh
dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan peranti mudah alih dan internet. Di samping
itu juga, pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka dan pelajar
tidak perlu rasa malu untuk bertanya serta pelajar juga berpeluang mepelajari tajuk yang sukar
berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam
talian dan perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan
menggunakan teknologi yang sedia ada

7. Metadologi Kajian

Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kaedah deskriptif jenis tinjauan sampel
iaitu meninjau penggunaan pembelajaran mudah alih di Kolej Komuniti. Menurut Sabitha
Marican (2005), Soal selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul
maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Malah Sherri L. Jackson
(2006) juga menyatakan ia juga merupakan kajian mendalam tentang satu atau lebih individu
dengan harapan mendedahkan hal-hal yang benar.
Responden kajian ialah terdiri dari kalangan populasi pelajar Sijil Kolej Komuniti
Berterusan. Berdasarkan Jadual Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejeie dan Morgan
(1970), bagi saiz minumum populasi yang berjumlah 200 orang pelajar, saiz minimum sampel
yang diperlukan ialah 127 orang dan jumlah saiz sampel yang telah menjawab adalah berjumlah
130 orang. Pemilihan sampel pelajar adalah berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej
Komuniti Jasin.
Oleh kerana kajian ini berbentuk kajian sosial, maka jenis instrumen kajian yang dipilih
adalah kaedah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Penggunaan soal selidik juga
boleh membantu penyelidik menentukan sifat 'impersonal' dalam jawapan dan
6

keseragaman dikalangan responden. Salah satu kebaikan soal selidik adalah ianya
menjamin kerahsiaan disamping ia dapat memperolehi maklumat yang tepat dari responden
(Ary, Jacob dan Razarieh, 1990). Soal selidik tersebut mempunyai dua bahagian iaitu
Bahagian A mengandungi maklumat responden dan Bahagian B mengandungi item penggunaan
pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar
dan tahap penerimaan pembelajaran mudah alih oleh pelajar SKK (T) di Kolej Komuniti Jasin.
Skala Likert amat sesuai digunakan untuk menjalankan kajian tinjauan ini. Ini kerana Skala
Likert membolehkan pengkaji mengawal maklum balas yang berat sebelah. Skala ini akan
menyatakan Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S), dan
Sangat Setuju (SS). Skala akan diberikan bermula daripada nombor 1 hingga 5 (Jadual 2).

Jadual 2: Skala Likert


Skala Tafsiran
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Pengumpulan data dilakukan sendiri oleh penyelidik dengan bantuan pensyarah dan
pelajar yang terlibat. Kesemua responden pelajar yang terlibat dalam mengisi borang soal
selidik telah mengembalikan semula secara langsung kepada pengkaji. Analisis statistik
deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan min menggunakan perisisan SPSS versi 21.0.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tafsiran skor min untuk menjawab persoalan
satu, persoalan dua dan persoalan tiga yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen bagi
persoalan tersebut. Tafsiran dapatan daripada soal selidik di analisis seperti (Jadual 3).
Jadual 3 : Tafsiran skor min
Kumpulan Julat Tahap kecenderungan
1 1.00 – 2.33 Rendah
2 2.34 – 3.67 Sederhana
3 3.68 – 5.00 Tinggi
(Sumber: Adaptasi daripada Landell, 1997)
7

Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kebolehpercayaan dirujuk bagi menggambarkan kestabilan dan ketekalan


dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach
Alpha pula dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach
1946; Norusis 1977). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 diguna pakai sebagai
indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid 1990; Pallant 2001; Siti
Rahayah 2003). Bagi Sekaran (1992) pula, nilai kebolehpercayaan yang kurang
daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilai Alpha antara 0.60
hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai Alpha yang melebihi 0.80 adalah dianggap
baik.
Berdasarkan penerangan di atas, pengkaji telah menggunakan nilai
Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Secara keseluruhannya
nilai Alpha bagi instrumen kajian penggunaan pembelajaran mudah alih ialah α = 0.973.
Bagi konstruk tahap kesediaan α = 0.944, konstruk tahap kesesuaian α = 0.916 dan
konstruk tahap penerimaan α = 0.924 (Jadual 4).

Jadual 4 : Nilai Alpha, α bagi setiap konstruk item soalan


Konstruk Bilangan Item Nilai alpha, α Tahap kecenderungan
Tahap kesediaan 13 0.944 Sangat tinggi
Tahap kesesuaian 11 0.916 Sangat tinggi
Tahap penerimaan 11 0.924 Sangat tinggi

Menurut Gable dan Wolf (1993) kebolehpercayaan Alpha keseluruhan bagi


konstruk mestilah mempunyai nilai sekurang-kurangnya 0.70 tetapi nilai 0.80 ke atas
adalah lebih baik. Pallant (2001) pula berpendapat nilai indeks Alpha sebanyak 0.7 atau
ke atas adalah baik bagi skala instrumen yang mempunyai sepuluh atau lebih item dan
nilai Alpha sebanyak 0.5 pula dianggap baik untuk skala instrumen yang mempunyai
kurang daripada sepuluh item. Oleh itu, kajian yang dilakukan menunjukkan
kebolehpercaayan bagi setiap konstruk adalah sangat tinggi dan boleh diterima.
8

8. Hasil Dapatan Kajian

Perbincangan akan berkisar tentang hasil-hasil kajian yang telah dianalisis


menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Item-item soalan dibentuk mengikut kod bagi
memudahkan proses menganalisis. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi yang
menunjukkan kesediaan pelajar terhadap penggunaan M-Learning, tahap kesesuaian penggunaan
M-Learning kepada pelajar, tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan M-Learning dan
perbezaan yang signifikan penggunaan M-Learning antara pelajar lelaki dan perempuan untuk
tujuan pembelajaran.
Pengkaji mendapati 130 sampel pelajar Kolej Komunti Jasin yang dipilih adalah terdiri
daripada 88 (67.7%) orang lelaki dan 42 (32.3%) orang perempuan dimana mereka
berkuturunan Melayu sebanyak (92.3%), berketurunan India (1.5%) , berketurunan Cina (5.4%)
dan lain-lain keturunan berjumlah (0.8%). Responden terdiri daripada (31.5%) pelajar Sijil
Multimedia Kreatif Pengiklanan, (40%) pelajar Sijil Pelukis Pelan Senibina, (23.1%) pelajar sijil
Sistem Komputer Dan Sokongan dan (5.4%) pelajar Sijil Akauntansi.

Jadual 5 : Tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih


Sisihan
Bil. Item Min
Piawai

1 M-Learning sesuai dengan gaya pembelajaran saya. 4.2692 .64446

2 M-Learning dapat meningkatkan mutu pembelajaran saya. 4.2154 .65869


M-Learning dapat membentuk rangkaian pembelajaran yang
3 4.2538 .68553
lebih unik
M-Learning dapat meningkatkan kualiti proses penyampaian
4 4.1846 .70199
P&P
5 Penggunaan M-Learning dalam proses P&P menyeronokkan 4.3000 .71148
Penggunaan M-Learning dalam proses P&P tidak
6 4.1923 .73765
membebankan saya
Penggunaan M-Learning mampu memudahkan proses
7 4.2000 .77159
penyampaian P&P
Penggunaan M-Learning dalam proses P&P dapat
8 4.1692 .64865
mengurangkan beban kerja saya.
Menggunakan M-Learning walaupun kos yang tinggi untuk
9 3.8923 .78004
perkakasan telefon mudah alih
9

Menggunakan M-Learning walaupun kos yang tinggi untuk


10 3.7769 .90018
perisian telefon mudah alih.
Menggunakan M-Learning walaupun kos yang tinggi untuk
11 3.7077 .96002
servis telefon mudah alih
Suka menggunakan kaedah M-Learning kerana ia lebih
12 4.4385 .69331
ringan berbanding buku teks
Akan berusaha untuk mendapatkan bahan pembelajaran
13 4.3385 .65331
melalui peranti mudah alih pada masa akan datang
Purata 4.1568

Bagi tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih merujuk
item 12 (suka menggunakan kaedah M-Learning kerana ia lebih ringan berbanding buku teks)
mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 4.44 iaitu pada tahap berkecenderungan tinggi,
diikuti item 13 (Akan berusaha untuk mendapatkan bahan pembelajaran melalui peranti mudah
alih pada masa akan datang) dengan skor minnya 4.34. Manakala skor min yang terendah ialah
bagi item 11 (menggunakan M-Learning walaupun kos yang tinggi untuk servis telefon mudah
alih) dengan skor min 3.70. Secara keseluruhannya tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan
pembelajaran mudah alih adalah berkecenderungan tinggi dengan nilai keseluruhan berjumlah
4.16 (Jadual 5).

Jadual 6 : Tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar


Sisihan
Bil. Item Min
Piawai
1 M-Learning sesuai dengan gaya pembelajaran saya 4.3308 .74071

2 M-Learning dapat meningkatkan mutu pembelajaran saya. 4.2692 .70203


M-Learning dapat membentuk rangkaian pembelajaran yang
3 4.3000 .65474
lebih unik.
M-Learning dapat meningkatkan kualiti proses penyampaian
4 4.2538 .75031
P&P.
5 Penggunaan M-Learning dalam proses P&P menyeronokkan. 4.2692 .75522
Penggunaan M-Learning dalam proses P&P tidak
6 4.2231 .82842
membebankan saya
Penggunaan M-Learning mampu memudahkan proses
7 4.2846 .81872
penyampaian P&P.
Penggunaan M-Learning dalam proses P&P dapat
8 4.3231 .76973
mengurangkan beban kerja saya.
10

Penggunaan M-Learning yang efektif dapat membantu saya


9 4.2385 .82409
untuk merancang aktiviti P&P.
Teknologi mudah alih dapat memberi nilai tambah terhadap
10 4.2308 .81210
pembelajaran saya.
Pembelajaran menggunakan peranti mudah alih boleh
11 4.2308 .96880
membantu meningkatkan pencapaian akademik saya.
Purata 4.2685

Merujuk item 1 (M-Learning sesuai dengan gaya pembelajaran saya) mempunyai nilai
skor min paling tinggi iaitu 4.33 iaitu pada tahap berkecenderungan tinggi, diikuti item 8
(Penggunaan M-Learning dalam proses P&P dapat mengurangkan beban kerja saya.) dengan
skor minnya 4.32 . Manakala skor min yang terendah ialah bagi item 6 (Penggunaan M-Learning
dalam proses P&P tidak membebankan saya) dengan skor min 4.22. Secara keseluruhannya
Tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar adalah
berkecenderungan tinggi dengan nilai keseluruhan berjumlah 4.27 (Jadual 6) .
Jadual 7 : Tahap penerimaan pembelajaran mudah alih
Sisihan
Bil. Item Min
Piawai
1 Suka belajar menggunakan M-Learning. 4.2769 .82608
2 Menjadi lebih produktif dengan menggunakan M-Learning. 4.2538 .79056
Mendapat dorongan daripada kawan untuk menggunakan
3 4.1385 .86941
M-Learning.
Mendapat dorongan daripada pensyarah untuk menggunakan
4 4.2462 .71595
M-Learning.
Yakin akan melakukan tugas yang baik apabila menggunakan
5 4.3154 .77794
M-Learning.
Selalu menyimpan hasil carian saya setiap kali menggunakan
6 4.2769 .75755
M-Learning.
Boleh menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran
7 4.3462 .67871
dengan menggunakan M-Learning.
Banyak menggunakan keupayaan mental yang lebih tinggi
8 4.2308 .81210
ketika menggunakan M-Learning.
Lebih berasa selesa apabila belajar menggunakan peranti
9 4.2846 .86477
mudah alih.
Menggunakan M-Learning untuk mengubah gaya
10 4.3231 .79937
pembelajaran saya.
Berpendapat dengan menggunakan peranti mudah alih, sesi
11 4.3692 .70588
pembelajaran akan menjadi lebih mudah.
Purata 4.2685
11

Merujuk item 11 (Berpendapat dengan menggunakan peranti mudah alih, sesi


pembelajaran akan menjadi lebih mudah) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 4.36 iaitu
pada tahap berkecenderungan tinggi, diikuti item 7 (Boleh menyelesaikan masalah dalam proses
pembelajaran dengan menggunakan M-Learning.) dengan skor minnya 4.34. Manakala skor min
yang terendah ialah bagi item 8 (Banyak menggunakan keupayaan mental yang lebih tinggi
ketika menggunakan M-Learning..) dengan skor min 4.23. Secara keseluruhannya tahap
penerimaan pembelajaran mudah alih adalah berkecenderungan tinggi dengan nilai keseluruhan
berjumlah 4.27 (Jadual 7).

Analisis Inferensi

Analisis Ujian – t.
Kaedah Ujian-t ini digunakan untuk menguji hipotesis yang melibatkan perbezaan skor
min antara dua pembolehubah, iaitu pemboleh ubah bebas bagi penerimaan dengan
pembolehubah bersandar penggunaan M-Learning dikalangan jantina. Ujian-t akan digunakan
untuk menguji hipotesis berikut.

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan pelajar terhadap penggunaan M-
Learning antara pelajar lelaki dan perempuan untuk tujuan pembelajaran.

Jadual 8: Keputusan Ujian-t


Sig.
t df
(2-tailed)
Penerimaan pelajar terhadap penggunaan
-1.977 128 .050
M-Learning antara pelajar lelaki dan perempuan
Aras keertian p=0.05

Hasil Ujian-t menunjukkan bahawa perbezaan ini adalah tidak signifikan (p = 0.05). Oleh
itu, hipotesis nol yang mengatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan pelajar
terhadap penggunaan M-Learning antara pelajar lelaki dan perempuan untuk tujuan
pembelajaran adalah diterima (Jadual 8). Hasil daripada keputusan Ujian-t menunjukkan tidak
12

terdapat perbezaan penerimaan pelajar terhadap penggunaan M-Learning antara pelajar lelaki
dan perempuan

9. Perbincangan Dan Kesimpulan

Hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji menunjukkan bahawa pengkaji berjaya
mencapai ketiga-tiga objektif kajian. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan pelajar terhadap
penggunaan M-Learning, tahap kesesuaian M-Learning kepada pelajar dan tahap penerimaan
pelajar terhadap penggunaan M-Learning berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Jasin bersedia menggunakan
pembelajaran mudah alih ini dalam pada masa yang sama, mereka juga boleh menerima
kehadiran M-Learning di dalam dunia pendidikan. Selain itu, kemungkinan besar pembelajaran
mudah alih sudah mula digunakan dalam kalangan mereka walaupun tidak secara rasmi. Pihak
pengurusan Kolej Komuniti Jasin haruslah memandang ianya dari sudut positif dengan
menggalakkan para pensyarah dan pelajar untuk menggunakan telefon mudah alih sebagai salah
satu cara penyampaian P&P di masa kini. Di samping itu, pihak kolej komuniti juga harus
memberikan pendedahan yang meluas kepada para pelajar tentang kepentingan menggunakan
pembelajaran mudah alih untuk tujuan pembelajaran.
13

Rujukan

Ary, D., Jacobs, L.C., dan Razareih, A.(1990). Introduction to Research In Education
(4th edition). Orlando: Harcourt Brace Publishers.
Bob Little (2012). Effective and efficient mobile learning: issues and tips for developer.
Creswell, J. W. 2002. Educational research - planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril
Prentice Hall.
Creswell, J. W. 2005. Educational research - planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (3rd Ed.). New Jersey: Pearson Merril
Prentice Hall.
Creswell, J. W. 2010. Educational research - planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (4th Ed.). New Jersey: Pearson Merril
Prentice Hall.
Cronbach, L. J. 1946. Response sets and test validity. Educational and psychological
measurement 6:672-683.
Donald, J.L. (2003). Wireless MessagingDemystified : SMS, EMS, MMS, IM and Others.
United States: McGraw-Hill Profesional.
Gable, R. K., Wolf, M. B. 1993. Instrument development in the effective domain. 2nd. Ed.
Boston: Kluwer Academic Publisher.
Idrus, W. & Buntat, Y (2008). Aplikasi M-Learning dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah Malaysia : isu dan cadangan perlaksanaannya. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Jackson, S. L. (2006) Research Methods And Statistics, Wadsworth, Cengage Learning, USA.,
84-85.
Krejeie, R.V dan Morgan, D.W (1970). Determining Sample Size For Research. Educational and
Psychological Measurement.
Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J (2005). Mobile Learning: A Handbook For Educator And
Trainers. London, UK:Routledge.
Landell, H. K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Son Inco.
14

Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Cetakan Pertama, Petaling Jaya,
Selangor. Prentice Hall. 91 – 118
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Norusis, M. J. 1977. SPSS professional statistic 7.5. North Michigan Avenue, Chicago.
Pallant, J. 2001. SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for
windows (version 10). Buckingham Open University Press.
Quinn, C. (2002). Mlearning : Mobile, Wireless, in your Pocket Learning. Dicapai pada Oktober
15, 2012 dari http://www.linezine.com/2.1/features/cqmmwiyp.htm
Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York:
John Wiley & Sons, Inc.
Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian.
Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM.
Savil-Smith, C., &Kent, P. (2003). The use of Palmtop Compuers for learning : A review of
TheLiterature, London, UK: Lerning and Skill Development Agency.
Triantafillou, E., Geogiadou, E., Economides A. A. (2006). He design and Evaluation of
aComputerriaed Adaptive Test on Mobile Devices. Science Direct. Elservier.
Wood K. (2003). Introduction to Monile Learning )Mlearning). Dicapai pada Oktober 27, 2012
dari http://ferl.becta.org.uk?display.cfm?page=65&cntid+192resid-5194&printable -1

Anda mungkin juga menyukai