Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENGENALAN
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) merupakan satu teori yang penting kerana teori ini
mempunyai hubungan kait yang rapat dengan bidang pendidikan. Setiap murid memiliki
pelbagai kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan
berbanding dengan sesorang murid yang lain. Justeru, dalam tugasan ini saya memilih jurnal
yang bertajuk “Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar
Di Dalam Kelas” hasil Karya Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin dan Siti Hazwani
Mohamed Rozi untuk diulaskan. Jurnal ini memberi pendedahan tentang hasil kajian yang
diperoleh pengkaji kepada guru tentang Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) yang diperkenalkan
oleh Howard Gardner dan bagaimana teori ini boleh dipraktikkan dalam pengajaran duru di bilik
darjah. penulisan ini memfokuskan kepada jenis-jenis kecerdasan pelbagai serta mengapa ia
penting diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Penulisan ini akan mengulas tentang teori pembelajaran, konsep asas dan elemen seni dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran yang terdapat dalam artikel yang dipilih.
Dalam penulisan jurnal yang dipilih, penulis mengemukan konsep Teori Kecerdasan Pelbagai
yang diasaskan oleh Howard Gardner. Menurut Howard Gardner (1983) Teori Kecerdasan
Pelbagai (TKP) didefinisikan sebagai “an intelligence is the ability to create products that are
valued within one more cultural settings”. Gardner bangkit dengan konsep Kecerdasan Pelbagai
(Multi Intelligence) mengetengahkan pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa
yang diketahui. Selain itu, Gardner mengemukakan analisis pencapaian manusia dalam lapan
domain yang berbeza untuk mengukuhkan konsep kecerdasan pelbagai. Antaranya ialah
Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal,
Intrapersonal dan Naturalis. Lapan Kecerdasan Pelbagai ini dapat dijadikan panduan kepada
guru untuk mendorong murid dalam pembelajaran serta merangsang murid untuk membina
masa depan mereka.
1
Selain itu, Menurut Ali Abd. Ghani, Kong Meow San, Tohid Abd. Karim et.al. (2001)
konsep yang dikemukakan oleh Gardner juga disokong oleh Linda Campbell, Bruce Campbell
dan Dee Dickinson dimana mereka melihat dan merumuskan definisi Howard Gardner sebagai
kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Selain itu,
kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau
menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Oleh itu, guru perlu
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kebolehan murid
dalam menyelesaikan masalah sekali gus mengembangkan kecerdasan pelbagai dalam
kalangan murid.
Berdasarkan jurnal yang saya pilih, saya mendapati penulis membuat kajian mengenai masalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sebuah kelas aliran perdana dan dua kelas pendidikan
khas masalah pendengaran. Penulis mendapati pelajar masih kekok dan janggal dengan
kaedah pengajaran berpusatkan guru. Pelajar sukar memberikan kerjasama apabila diminta
menjawab soalan secara sukarela. Situasi tersebut jelas menunjukkan pelajar nampak kurang
berkeyakinan dan takut apabila dipanggil kehadapan untuk terlibat dengan aktiviti berpusatkan
pelajar. Oleh itu penulis telah mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran dimana setiap aktiviti diubah suai dan telah menjalankan aktiviti
tersebut dengan mengambil kira prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai.
2
Setelah mendapati murid kurang memberangsangkan didalam kelas, penulis telah
merancang beberapa aktiviti dalam PdP untuk membuatkan pelajar aktif melibatkan diri dalam
pengajaran dirancang. Melalui aktiviti pertama pengkaji melakukan aktiviti menyusun dan
menyuai padan yang digunakan dalam subjek matematik. Aktiviti mengkehendaki murid keluar
kehadapan kelas dan menyusun jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Kemudian guru
akan bertanyakan kepada murid yang lain jawapan tersebut betul atau salah. Murid yang
berpencapaian tinggi akan cepat bertindak manakala murid yang berpencapaian rendah akan
lebih menumpukan kepada perbincangan bersama rakan dan penerangan guru. Aktiviti ini
melibatkan Kecerdasan Logik-Matematik, Kinestetik dan Interpersonal dimana ia menguji
kemahiran bertindak, menyelesaikan masalah dan keaktifan murid.
Kemudian, aktiviti seterusnya ialah aktiviti latih tubi dimana guru memilih murid secara
rawak untuk menjawab soalan dihadapan kelas. Mulanya murid kelihatan malu dan segan untuk
menjawab soalan kerana dikhuatiri salah. Namun, apabila guru dan rakan sekelas memberi
sokongan dan motivasi, lama-kelamaan timbul keyakinan dalam diri mereka untuk ke hadapan.
Langkah ini seiring dengan penggunaan Teori Kecerdasan Interpersonal dan Intrapersonal iaitu
kebolehan individu menangani dan mengawal perasaan takut dan malu dan kebolehan individu
memahami orang lain dengan memberi motivasi kepada individu lain.
Secara keseluruhannya, aktiviti yang dilakukan oleh pengkaji telah menarik minat dan
penglibatan murid. Aktiviti tersebut didapati dapat mengembangkan Kecerdasan Pelbagai
murid.
3
2.3 ELEMEN SENI
Elemen seni dalam pendidikan merangkumi 3 bidang iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.
Kefahaman ketiga-tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman
dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam
mata pelajaran lain. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan meningkatkan perkembangan
insan dan minda secara holistik dan membantu meningtkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri
seseorang. Seni dalam pendidikan di sokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
kerana seni memberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai.
Justeru, dalam jurnal yang saya pilih, pengkaji menggunakan elemen seni dalam
pembelajaran bahasa Melayu iaitu penggunaan peta minda. Guru memperkenalkan contoh peta
minda yang boleh digunakan iaitu himpunan belon yang mengandungi gambaran ciri-ciri yang
terdapat pada sesuatu watak. Kemudian guru menggunakan kad imbasan untuk pelajar
melengkapkan jawapan yang betul. Selepas itu guru mneyuruh pula pelajar mencipta peta
minda secara berkumpulan mengikut kreativiti masing-masing. Daripada aktiviti ini, guru secara
tidak langsung melatih murid untuk menggambar, membuat rekaan dan corak serta
membentuk dan membuat binaan sesuatu lukisan. selain itu, guru dapat melihat murid
menggunakan unsur seni visual seperti garisan, warna, rupa bentuk dan ruang supaya hasil
kerja mereka lebih menarik untuk dibentangkan. Malah, guru telah mengaplikasikan
Kecerdasan Ruang-Visual secara tidak langsung kepada murid. Dengan itu, seni visual bukan
sahaja perlu diberi pendedahan dalam subjek Pendidikan Seni Visual, malah dalam mata
pelajaran lain juga guru boleh meningkatkan kemahiran seni visual supaya murid lebih minat
untuk belajar.
4
3.0 KESIMPULAN
5
4.0 RUJUKAN
Ali Abd. Ghani, Kong Meow San, Tohid Abd. Karim et.al. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan
Pelbagai dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Pusat perkembangan kurikulum :
kementerian pendidikan malaysia.
Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini et.al. (2014) Seni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin dan Siti Hazwani Mohamed Rozi. (T.Th) Teori
Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas.
Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Retrieved from
http://www.acedemia.edu.my
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan Alam
Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
6
5.0 LAMPIRAN