Anda di halaman 1dari 1

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Sir Muhammad Syafiq Chandran B Abdullah,

Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Salbiah bt Saad

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Mohd Ayub Bin A. Rahman

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum , En Mohd Dasuki B Yusof

Barisan guru serta murid-murid yang saya sayangi sekalian. Assalamualaikum W.B.T.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Program NILAM bagi tahun 2018 SK Seri Paka.

Program pada pagi ini bermatlamat supaya memupuk minat membaca dikalangan warga sekolah.
(terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.)

Apakah objektif Program NILAM?

• Menjadikan murid banyak membaca

• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

Untuk memberkati majlis kita ini, saya ingin mempersilakan Ustaz Hishamsuddin Bin Hussin untuk
membacakan doa. Dipersilakan.

Terima kasih kpd Ustaz Hishamsuddin Bin Hussin atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya tanpa membuang masa, saya ingin mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
Sir Muhammad Syafiq Chandran B Abdullah, Guru Besar SK Seri Paka bagi menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan yang telah diberikan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Sir
Muhammad Syafiq Chandran B Abdullah, Guru Besar SK Seri .

Seterusnya ialah upacara gimik perasmian dikuti dengan pesembahan pantun oleh adik Muhammad
Dzia Irfan B Mohd Khairul Naim dari 4AG dan Nur Fatin Aliesya Bt Mohd Azriza dari 3 AF.
Dipersilakan..

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar dan murid-murid yang terlibat dalam gimik perasmian
sebentar tadi.

Sebelum menutup acara perasmian program nilam hari ini, saya dengan rendah hati ingin
memohon maaf andai terdapat kekurangan atau tersalah kata ketika majlis ini berlangsung.
Sebelum menutup majlis kita pada hari ini,

Sekian , Terima Kasih. Wasalamualaikum W.B.T,