Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN DALAM MEMBINA MODUL P&P BAHASA ARAB KSSR TAHUN 1

1. Modul yang telah siap dibina ini hanyalah sebagai satu contoh dan panduan bagi
guru-guru Bahasa Arab KSSR tahun 1 untuk membina sendiri modul P&P
berdasarkan keadaan kelas dan murid masing-masing.
2. Ianya dibina berdasarkan kemahiran b.arab (mendengar, bertutur, membaca dan
menulis) dan Proses Kreatif 4 fasa terarah.
3. Segala aktiviti yang ditulis di dalam modul ini boleh diubah mengikut kesesuaian
masa dan tahap murid di kelas masing-masing.
4. Penggunaan ICT amatlah digalakkan di dalam setiap aktiviti P&P Bahasa Arab
tanpa meninggalkan unsur-unsur EMK yang lain.
5. Diharapkan dengan adanya contoh modul ini, guru-guru Bahasa Arab KSSR
tahun 1 dapat mengetahui cara membina modul Bahasa Arab ini di masa akan
datang.
6. Proses Kreatif 4 Fasa Terarah :
Proses kreatif terarah boleh diaplikasikan sebagai model pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan guru merancang dan melaksanakan P&P yang
memberi peluang kepada murid mengalami proses kreatif dan seterusnya
membangunkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.
Proses kreatif terarah melibatkan empat fasa :
Fasa persediaan –murid membuat pemerhatian, menganalisis, menyimpan
maklumat
Fasa Imaginasi- murid menjana idea untuk membuat hubung kait idea dan
seterusnya mensintesis idea.
Fasa Perkembangan- murid membuat penilaian, menambah baik dan mengukuhkan
idea
Fasa Tindakan- murid membuat penilaian akhir dan melaksanakan idea (membuat
prototaip, menyediakan laporan)
Model P&P seperti pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan
projek, membuat keputusan secara kreatif, inkuiri penemuan dan konstruktivisme 5
fasa juga memberi peluang kepada murid mengalami proses kreatif dan seterusnya
membangunkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.
Antara nilai-nilai EMK yang boleh ditulis :

berupaya membuat hubung kait : ‫القدرة على إجراء اتصال‬


:mampu berfikir sendiri ‫القدرة على التفكي‬
berani mencuba: ‫يرؤ على الاولة‬

mendengar dan membuat refleksi : ‫الستماع والناعكاس‬

: berdikari ‫العتماد على النفس‬


bijak berkomunikasi: ‫ذكاء التصالية‬

dahagakan ilmu : ‫حب العلم‬

mampu mencorak: ‫قادرة التشكيل‬

semangat sentiasa boleh: ‫روح المإكاناية‬

tidak mudah berputus asa: ‫عدم اليأس‬