Anda di halaman 1dari 1

EVIDENS UJIAN LISAN BAHASA MELAYU (ULBM)

SEMESTER 3/2018
AMALAN MEMBACA
Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua
lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca
Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita


dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang
berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana
dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita
tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat
mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk
berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini
amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan
membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca.
Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap
masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup
mereka.

NAMA: PAVITRA A/P SUBRAMANIAM


NO.KP: 000105-10-0076
PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN