Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (26 MAC 2018)

Pada hari ini saya membuat sesi rawatan kajian tindakan yang telah saya pilih. Saya

memulakan tindakan dengan memberikan lagu Jom Bahagi kepada murid rawatan.

Seramai 8 orang murid telah dipilih untuk mendapatkan rawatan. Lagu ini bertujuan

untuk membantu murid menghafal lagkah kerja bagaimana untuk menjalankan operasi

bahagi. Pada rangkap pertama murid akan mempelajari bagaimana jika isi rumah lebih

besar ataupun sama besar dengan pembahagi. Setelah itu bagaimana untuk memilih

fakta bahagi untuk menjalankan operasi bahagi tersebut.

Pada rangkap kedua pula, pula, lagu akan menerangkan bagaimana jika isi rumah lebih

kecil daripada pembahagi. Oleh itu pelajar perlu melihat kepada jiran sebelah isi rumah.

Begitulah seterusnya untuk menjalankan operasi bahagi dan murid perlu menghafalnya

supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

Setelah itu, saya menunjukkan dalam bentuk algoritma sebenar supaya pelajar dapat

melihat sendiri apa yang lagu itu cuba disampaikan. Pada ketika ini, perhatian pelajar

perlu diberikan sebaik mungkin supaya mereka dapat melihat perbezaan yang terdapat

pada soalan bahagi.

Pelajar kemudiannya diberikan soalan untuk menguji kefahaman mereka. Secara

keseluruhannya penguasaan mereka berada pada tahap bawah sederhana dan akan

dibimbing pada sesi seterusnya.


REFLEKSI ( 1 MAC 2018)

Pada sesi kali ini, saya meneruskan dengan sesi penambahbaikan. Pada kali ini saya

memanggil murid rawatan secara individu dan lebih berfokus. Hal ini sedemikian kerana

saya ingin mengetahui di manakah bahagian yang mereka kurang faham dan perlukan

penerangan yang lebih lanjut. Tindakan seperti ini sangat penting supaya saya dapat

membantu mereka sehingga ke punca sebenar.

Setelah itu, saya memberikan lagi soalan untuk mengkaji setakat mana kefahaman

mereka bertambah. Dapat dilihat daripada jawapan yang diberikan, kefahaman mereka

telah bertambah kerana mereka telah mampu untuk menentukan fakta bahagi yang

perlu dipilih dan dapat memberikan jawapan yang dikehendaki.

Sesi pada kali ini dapat disimpulkan secara amnya bahawa telah berlaku peningkatan

kefahaman terhadap operasi bahagi bagi murid rawatan