Anda di halaman 1dari 3

Script persembahan malam kebudayaan hidayah:

Narator: Sketsa ini adalah diapdatasi dari kisah sebenar yang terjadi di salah sebuah
negeri di Malaysia yang telah diceritakan oleh ustazah bahyyah.

Narator: Ini Aiman. Dia berasal dari Kampung Kedondong. Dia seorang yang rajin
belajar dan kini, dia telah menjadi seorang kontraktor yang berjaya.

Scene 1:

Aiman: (Membawa brief case dan sedang bercakap di telefon) Hello Mr Ah Wong!
Ya, ya , I dah terima tender dari syarikat you tu. Yes, tender akan beri keuntungan
around 1 juta juga.

Ah Wong: That’s good ! you dah terima my tender. Later, we meet at Hilton k.

Asyraf: Arrrgghhhh, aku dah lambat nak ke meeting ni! (Keluar)

Scene 2:

Ibu: Ya Allah, lamanya anak aku si Aiman tidak menelefon ku. Balik kampong pun
tidak. Bagaimana la keadan dia sekarang ni? Rindunya aku pada anakku ini. Baik
aku yang menefon dia. (aksi menelefon anaknya)

Aiman: Isshh mak ni kenapa la telefon-telefon ak ni? Aku dah la tengah sibuk sangat
ni. Dah la aku dah terlambat nak pergi meeting.

Ibu: Kenapa la anakku ni tidak mengangkat telefon ni, sihat ke tidak. Baik aku cuba
sekali lagi.

Aiman: waalaikumusalam mak. Ada ape kol eman ni ? Dah x de kerja ke mak nak
buat? Eman tengah sibuk sangat ni. Lain la mak tu, tak kerja , jadi x faham
macamane sibuknya emanl sekarang ni! Kang tak dapat pula mak nak merasa
mewah dari duit eman kalau eman tak sibuk bekerja cari duit. Ok la mak, bye!
(Aiman terus meletakkan telefon tanpa mendengar sepatah pun dari suara ibunya)

Scene 3:

Narator: Semasa dalam perjalanan ke meeting, Aiman berasa sangat bosan dan dia
menghidupkan radio keretanya.

Aimanf: Issshh apa la radio ni, mainkan lagu nasyid pulak. Ingat 5 perkara sebelum
5 perkara pulak tu. Bosan betul! Baik aku tukar channel radio ni.

Narator: Sedang Aiman menukar siaran radio, tiba-tiba.....

Aiman: Arrgghhhh (bunyi kemalangan kereta)


Scene 4:

Misi: Doktor, sudah tiga bulan pesakit ini terlantar koma di sini dan tidak ada sekali
pun ibunya datang melawat . Doktor, doktor tengok ni ada kudis di belakang badan
pesakit ni. Saya kesian melihat pesakit ni dan kita tahu kisah pesakit ini yang
menderhaka kepada ibunya sewaktu sihat. Tolong la doktor, bantulah pesakit ni,
mungkin dia sedang diazab oleh Allah.

Doktor: Apa yang boleh saya bantu pesakit ini misi?

Narator: Tiba-tiba doktor tersebut mengingati sahabatnya iaitu seorang ustaz dan
memanggil beliau ke hospital untuk membantu pesakit ini. Tibanya ustaz ke hospital.

Ustaz: Assalamuaikum dr. Roslan sahabat ku. Apa yang boleh ku bantu.

Doktor: Begini ustaz.....

Narator:doktor menceritakan kisah pesakitnya itu dan ustaz cuba membantu dengan
mengambil sebotol air dan membacakan ayat-ayat Al-quran dan sapukan di muka
pesakit itu.

Ustaz: Roslan, aku rasa pesakit ini tidak berdosa dengan Allah tetapi mungkin
berdosa dengan ibu bapanya. Tolong panggilkan ibu bapa pesakit ini ke sini.

Narator: Misi cuba untuk menghubungi ibu pesakit itu.

Mak:Misi, Hati saya hancur dengan kata-kata anak saya. Daripada saya datang
melawat anak saya, biarla Allah nak mengazabkan anak saya, biar Allah azab anak
saya, biar Allah azab anak saya. Baru dia tahu betapa sakitnya hati saya sebagai
seorang ibu.

Misi: Tolong lah puan, tolong lah puan datang ke hospital untuk melihat keaadan
anak puan.

Narator: Ibu Aiman tetap enggan untuk datang ke hospital walaupun telah dipujuk
oleh misi hospital.

Misi: Ustaz, ibu kepada pesakit ini enggan untuk datang melawat pesakit ni.

Ustaz: x pe lah misi, biar saya cuba kol ibu pesakit ini pula. Assalamualaikum makcik,
Makcik, anak makcik dah tenat, makcik tak nak ke tengok anak mak cik buat kali
terakhir. anak mak cik dah tenat, tak nak ke mak cik peluk anak mak cik sebelum
anak mak cik menghembuskan nafasnya selama-lamanya.

Mak: Ustaz, anak mak cik adalah anak derhaka. Kalau Allah nak tarik nyawa nya
pon mak cik tidak akan datang untuk melawatnya. Mak cik sedih dengan
kelakuannya. Makcik takkan ampunkan anak makcik.
Ustaz: Kalau begitu, kita bakar sahaja anak makcik seperti dalam cerita Al-qomah
daripada anak mak cik terus diazab oleh Allah. Kami tidak sanggup untuk melihat
keaadannya.

Narator: Ibu Aiman sangat terkejut dengan percakapan ustaz.

Mak: Ustaz, semenjak dari kecil mak cik menjaga anak makcik bagai menatang
minyak yang penuh, seekor nyamuk pun mak cik tidak bagi untuk hinggap ke tubuh
anak makcik. Takkan la makcik nak biarkan anak makcik dibakar. Baiklah makcik
datang ke hospital.

Scene 5:

Narator: Setibanya ibu Aiman di hospital....

Ustaz: Makcik, saya rasa masa anak makcik dah suntuk. Makcik ambil besen ini dan
angkat la wuduk. Bekas air wuduk makcik ni, makcik sapu la keseluruh badan anak
makcik dan teruskan berdoa agar Allah memakbulkan doa makcik.

Narator: Akhirnya Allah memakbulkan doa si ibu dan anaknya menghembuskan


nafas terakhir di sisi ibunya.

Terus nyanyi lagu aeman.

Mak: Aiman anak kuuuuuu...