Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Matematik berfungsi menguji kecerdasan
pemikiran seseorang dalam menyelesaikan masalah dengan bantuan daya ingatan terhadap
konsep, fakta, kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, penguasaan murid
dalam mata pelajaran matematik menjadi salah satu matlamat utama dalam sistem
pendidikan Malaysia. Maka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan
Matematik sebagai satu mata pelajaran teras yang perlu diajar di setiap peringkat
persekolahan. KPM telah menyusun semula kurikulum dan sukatan pelajaran iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) bagi memenuhi kehendak dan cabaran peredaran masa. KSSR memainkan
peranan penting dalam menggerakkan fikrah murid terutamanya apabila menjawab soalan
penyelesaian masalah.

Setiap topik matematik yang terdapat dalam kurikulum mengandungi pembelajaran


penyelesaian masalah matematik. Ia memerlukan murid untuk mengaplikasikan kemahiran
asas matematik yang dipelajari untuk menyelesaikannya. Manakala dalam soalan matematik
ujian peperiksaan, soalan matematik berbentuk masalah berayat merangkumi sebanyak
70% daripada keseluruhan soalan ujian. Ini menunjukkan penyelesaian masalah diberikan
penekanan yang berat oleh KPM.

Sepertimana yang dikatakan oleh Cummins, Kintsch, Reusser, dan Weimer (1988),
murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah kerana
mereka tidak dapat mengenal pasti kehendak soalan dan memahami masalah dalam
konteksnya. Perkara ini menjadi agak teruk apabila soalan yang ditujukan merupakan
soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Menurut KPM bermula pada
tahun 2011, penekanan lebih diberi kepada KBAT dengan memperkenalkan KSSR.

Bagi mencapai hasrat KPM, guru harus memikul tanggungjawab untuk


melaksanakan pedidikan abad ke-21 bagi melahirkan generasi yang berilmu. Menggalakkan
murid berfikir pada aras tinggi adalah salah satu elemen penting yang diterapkan dalam

1
pendidikan abad ke-21 (O’Sullivan, 2006). Kemahiran berfikir aras tinggi merangkumi
pemikiran kritis, kreatif, inovatif serta bijak mengambil keputusan. Soalan bukan rutin dan
masalah harian KBAT menggalakkan murid mengaplikasi, menganalisis dan menilai
maklumat dan bukan semata-mata mengingat fakta. Guru-guru harus mengambil inisiatif
untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membimbing murid-
murid menggunakan langkah-langkah penyelesaian yang tersusun untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

Untuk membantu murid menguasai kemahiran menyelesaikan masalah harian KBAT,


seseorang guru boleh menerapkan kemahiran metakognitif dalam kalangan murid semasa
mempelajari matematik. Metakognitif merujuk kepada kesedaran proses mental dan
kebolehan untuk menyelesaikan serta membuat refleksi terhadap hasil intelektual. Dengan
melatih murid untuk menggunakan kemahiran metakognitif semasa menyelesaikan masalah
harian KBAT, murid-murid dapat meningkatkan penguasaan metakognisi. Di samping itu,
murid-murid turut belajar untuk menjadi seorang murid yang reflektif dan belajar untuk
berdikari. Mereka sentiasa dapat merenung kembali strategi kognitif penyelesaian masalah
yang dilaksanakan di samping membuat penambahbaikan bagi penyelesaian masalah yang
baru.

1.2 Konteks

Saya guru pelatih Insitut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan dari
kursus PISMP Semester 6 ambilan Jun 2014 Unit Matematik SJK(C). Saya telah menjalani
praktikum fasa 1 saya di sebuah Sekolah Kebangsaan, Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini
mempunyai pelbagai kemudahan yang penting dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 yang mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) seperti makmal komputer, bilik Chromebook yang membolehkan murid meluangkan
masa mereka di lapangan Virtual Learning Environment iaitu Frog serta mempunyai LCD
Projektor yang mudah alih agar para guru boleh menggunakannya dalam bilik darjah
masing-masing. Kemudahan yang lain seperti perpustakaan, bengkel RBT, makmal Sains,
kedai buku, kantin, tandas dan sebagainya juga disediakan untuk membekalkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan seronok kepada murid-murd. Sekolah ini terdiri daripada 38
orang guru dan 450 orang murid. Setiap kelas mempunyai 10 hingga 20 orang murid.
Semasa menjalani praktikum, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Matematik
bagi murid Tahun 3 di mana tahap pencapaian mereka dalam subjek Matematik agak
rendah. Kelas tersebut terdiri daripada 10 orang murid. Di mana, 5 orang murid lelaki dan 5

2
orang murid perempuan daripada pelbagai aras kebolehan, budaya, latar belakang keluarga
dan tahap sosioekonomi yang berbeza. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran saya. Sejajar dengan itu, saya sentiasa peka ketika
merancang dan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Menurut Abd. Raof & T. Subahan (1991), latihan mengajar adalah satu komponen
yang sangat penting dalam sesuatu program latihan guru. Ini adalah kerana praktikum
memberikan pengalaman praktikal kepada guru pelatih supaya mereka boleh mengamalkan
tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba mengaplikasikan
segala teori yang telah dipelajari semasa mengikuti kursus pendidikan. Sebagai seorang
guru pelatih, saya telah menjalani praktikum pertama kali di sebuah Sekolah Kebangsaan,
Kuala Lipis, Pahang. Dalam tempoh 3 bulan tersebut, saya telah mengajar murid Tahun 3
yang terdiri daripada pelbagai arus. Topik yang saya pernah ajar adalah topik wang, masa
dan waktu, panjang, jisim, isipadu cecair dan ruang.

Semasa saya memberikan latihan beraras rendah, kebanyakan murid dapat


menjawab dengan betul tetapi ketika saya memberikan soalan yang beraras tinggi hanya
beberapa orang murid yang dapat menyelesaikannya. Sebagai contohnya, murid-murid
dapat menyelesaikan soalan seperti “Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?”
berbanding dengan soalan seperti “Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria
sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen. Terangkan
jawapan anda.” Murid-murid tidak dapat memikirkan jalan alternatif bagi menyelesaikan
masalah bukan rutin. Apabila direfleksikan kembali tahap pembelajaran murid, saya
difahamkan bahawa murid-murid tersebut jarang didedahkan dengan soalan bukan rutin
untuk melatih kemahiran berfikir murid-murid kerana guru mereka berasa kebanyakan murid
tidak dapat menyelesaikan masalah bukan rutin dan guru lebih rela untuk fokus kepada isi
kandungan mata pelajaran demi menjimatkan masa. Pada pandangan saya, guru tidak
boleh mengabaikan pendedahan masalah bukan rutin kepada murid tetapi sepatutnya
memikirkan cara untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir murid-murid.

Berdasarkan andaian saya, punca murid menghadapi masalah dalam menyelesaikan


soalan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi adalah kerana selama ini mereka
hanya dilatih untuk menjawab soalan berfikir aras rendah iaitu mengingat, memahami dan

3
mengaplikasikan. Bagi menjawab soalan beraras tinggi pula memerlukan seseorang murid
menguasai beberapa kemahiran seperti membuat penjelasan, menjana idea, menganalisis,
menilai, membuat keputusan dan mencipta. Sebagai contohnya, bagi topik masa dan waktu,
murid-murid dapat menyelesaikan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan
masa dan waktu tetapi mereka lemah dalam mereka cerita berdasarkan ayat matematik
tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan masa dan waktu.

Saya juga mendapati bahawa murid sudah biasa dengan pengajaran berpusatkan
guru di mana murid sentiasa mengharapkan guru untuk memberi segala input mengenai
sesuatu topik atau latihan yang diberikan. Murid kurang diberi peluang untuk berfikir secara
kreatif dan inovatif bagi menjana sesuatu idea yang baru. Secara tidak langsung, murid-
murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan beraras tinggi yang memerlukan
pemikiran kritis. Saya bercadang agar strategi pengajaran guru lebih tertumpu kepada
pengajaran berpusatkan pelajar di mana guru akan melibatkan pelajar secara aktif. Ini
bermakna guru berperanan sebagai fasilitator bagi membantu pelajar menyelesaikan
masalah semasa proses P&P. Seperti yang dinyatakan, pengajaran yang berkesan
memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan
menyelesaikan masalah adalah sangat diperlukan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam Dokumen Standard Kurikulum


dan Pentaksiran Matematik (DSKP),

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran


matematik. Justeru, pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran
penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.
Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya
supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. (KPM, 2011,
ms 8)

Dalam tempoh tiga bulan ini, saya berpeluang untuk menjalankan proses pengajaran
dengan membina minat pelajar terlebih dahulu iaitu menggunakan kaedah menggariskan
kata kunci yang penting dalam soalan penyelesaian masalah harian. Mohd Uzi Dollah
(2000) dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan kata kunci dalam menyelesaikan
penyelesaian masalah dapat membantu murid mengenali kata kuncinya dan menjawab
soalan dengan baik. Tetapi, masih terdapat segelintir murid yang tidak berjaya berbuat

4
demikian kerana tahap fikrah mereka yang agak rendah dalam memahami soalan yang
sukar. Renungan mendalam terhadap amalan mengajar saya mendedahkan kelemahan diri
sendiri iaitu peranan pendidik seharusnya merupakan pendorong dalam pembentukan
kefahaman dan bukan sebagai pemberi pengetahuan dengan penghafalan.

Walaupun saya telah mengintegrasikan Model Polya dalam menjawab soalan


masalah harian, tetapi masih terdapat murid yang kurang memahaminya. Berdasarkan hasil
kerja murid, saya mendapati bahawa murid dapat menjawab soalan berbentuk angka, tetapi
tidak dapat menjawab soalan yang berbentuk masalah harian walaupun soalan mempunyai
penyelesaian yang sama. Hal ini kerana mereka tidak dapat menterjemahkan maklumat
yang terkandung kepada ayat matematik. Hal ini telah menjadi lebih kompleks apabila
soalan yang diberikan memerlukan pemikiran yang beraras tinggi. Kajian Mohammad Seifi,
Majid Haghverdi dan Fatemah Azizmohadimi (2012) mendapati bahawa 24 daripada 88
orang guru iaitu 51% guru mengatakan murid sering mengalami masalah dalam memahami
soalan penyelesaian harian.

Memandangkan murid-murid kelas saya terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian,


saya telah mengagihkan murid-murid dalam kumpulan berdasarkan tahap pencapaian
murid-murid. Dengan ini, murid-murid berpeluang untuk berfikir dan saling menukar
pendapat serta mengerjakan sesuatu. Murid-murid yang lemah juga akan dibimbing oleh
murid-murid yang lain melalui aktiviti berkumpulan ini. Penggunaan strategi dan kaedah
mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan pengetahuan pelajar merupakan ciri
kompetensi kemahiran mengajar yang perlu ada pada seseorang guru. Pembelajaran akan
berlaku apabila apa yang diajar itu memberi makna kepada pelajar. Namun begitu,
kelemahan yang dikesan adalah tiada pertukaran idea aras tinggi yang berlaku melalui
aktiviti kumpulan ini kerana saya tidak bertindak sebagai pembina semangat berpasukan
yang menggalakkan pembinaan nilai amanah dan komitmen kerja.

Sebagai seorang guru matematik yang bertanggungjawab, saya perlu menyediakan


diri saya secara menyeluruh sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu
menguasai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar serta isi kandungan
pedagogi sebelum mengajar sesuatu topik. Saya turut mengaplikasikan pendekatan
berpusatkan murid dan hands-on dalam kebanyakan aktiviti pengajaran saya bagi
memperkukuhkan pemahaman murid terhadap tajuk yang dipelajari. Sebagai contohnya,

5
bagi topik penukaran unit melibatkan liter dan mililiter, saya telah menyediakan measuring
silinder untuk murid-murid menjalankan aktiviti pertukaran unit. Kemahiran mengajar,
termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pengajarannya penting
supaya guru dapat mengendalikan pelajaran yang tinggi mutunya dan pelajar pula akan
tertarik kepada pelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa murid masih menghadapi


kekhilafan dengan soalan penyelesaian masalah terutamanya soalan KBAT. Kemahiran
yang perlu ada pada seorang murid untuk menyelesaikan masalah KBAT adalah berupaya
untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Murid-murid juga harus berfikir dari pelbagai sudut
untuk memikirkan jalan alternatif serta strategi untuk menyelesaikan soalan KBAT.
Disebabkan tahap fikrah murid rendah, mereka tidak dapat mengupas maklumat daripada
soalan KBAT dengan betul. Oleh yang demikian, saya bertekad untuk melaksanakan satu
kajian bagi membantu murid menguasai kemahiran berfikir aras tinggi ini.

Sepanjang sesi praktikum, saya beranggapan bahawa hanya murid yang lemah
memerlukan perhatian yang lebih berbanding dengan murid yang pintar. Biasanya, murid
yang lemah sukar untuk memberi tumpuan kepada apa yang diajar, manakala murid yang
pintar akan memberi tumpuan dan menjawab pertanyaan saya sepanjang sesi PdP
dijalankan. Oleh itu, saya memberikan perhatian yang lebih kepada murid lemah agar dapat
menarik minat dan perhatian mereka. Namun begitu, saya mendapati bahawa latihan
tambahan yang diberikan kepada murid yang pintar tersebut tidak dapat disiapkan dengan
lengkap. Situasi ini menjadi lebih teruk apabila soalan masalah harian yang KBAT diberikan.
Hal ini telah menimbulkan tanggapan yang salah. Saya telah menyedari bahawa semua
murid memerlukan perhatian yang menyeluruh bagi menjamin pengajaran yang efektif.

Nilai pendidikan yang saya pegang adalah menghormati perbezaan yang ada pada
setiap orang. Walaupun umur murid saya adalah sama tetapi setiap individu mempunyai
strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran adalah tidak sama dengan individu
yang lain. Perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu
daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku
sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam suatu
kumpulan. Secara tidak langsung, gaya pembelajaran mereka juga akan berlainan mengikut
tahap kognitif mereka masing-masing.  Saya sebagai seorang guru seharusnya mengenali

6
gaya pembelajaran murid-murid saya adalah dengan menggunakan gaya pembelajaran
visual, gaya pembelajaran auditori atau gaya pembelajaran kinestetik. terlebih dahulu dan
merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap tahap murid.

Selain itu, nilai pendidikan yang saya pegang adalah pembelajaran secara
berkumpulan lebih bermanfaat dan bersesuaian dengan murid demi mengharungi
pembelajaran abad ke-21. Mereka dapat menjalankan aktiviti perbincangan dalam kalangan
ahli kumpulan mereka. Semasa membuat perbincangan dalam kumpulan, murid-murid akan
menjana pelbagai idea yang kreatif dan inovatif secara tidak langsung. Murid-murid juga
akan belajar untuk mentafsir dan menilai pandangan rakan serta memproseskan idea bagi
menambahbaikkan idea masing-masing. Menurut Ng Kim Choy dipetik daripada petikan
dalam Effendi Zakaria, Norah Mohd Nordin & Sabri Ahmad (2007), murid dapat memajukan
pembelajaran rakan mereka dengan membantu, berkongsi dan menggalakkan usaha
pembelajaran. Perbincangan kumpulan dapat melatih minda dan pemikiran pelajar untuk
sentiasa berfikir dan bertukar idea sesama mereka yang terlibat dalam kumpulan
perbincangan tersebut. Menurut Mohammad Shatar (seperti petikan dalam Wan Hasmah
Wan Mamat & Munirah T. Abd, 2005) otak dan pemikiran pelajar akan lebih aktif dan
mempunyai daya ingatan yang tahan lama untuk menyimpan maklumat yang diperolehi
semasa perbincangan

Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya akan sentiasa mempertimbangkan tahap
dan kehendak murid saya sebelum merancangkan sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Saya juga akan mengambil inisiatif dalam melaksanakan kajian tindakan ini
agar dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Saya berharap
agar kajian ini dapat mengubah persepsi serta respon murid apabila mereka berhadapan
dengan soalan-soalan yang melibatkan KBAT.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya dapat merumuskan


bahawa murid saya lemah dalam pemikiran beraras tinggi seperti mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Murid saya dapat menyelesaikan soalan yang beraras
rendah seperti mengingati dan memahami seperti soalan “Aiman mempunyai RM950 dan

7
dia ingin memberikan separuh daripadanya kepada adiknya. Aiman tinggal berapa ringgit
sekarang?” dengan betul tanpa bimbingan guru. Tetapi, murid tidak dapat menyelesaikan
tugasan mereka apabila diberikan soalan yang beraras lebih tinggi seperti soalan “Aiman
mempunyai RM950 dan ia dibahagikan kepada Aiman dan 4 orang adik-beradik secara
sama rata, berapakah jumlah wang yang dua orang adik Aiman memperolehi?”

Oleh sebab itu, saya akan menjalankan satu kajian bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid-murid. Fokus kajian tindakan saya adalah meningkatkan kemahiran
murid dalam pemikiran beraras tinggi dan memudahkan murid untuk menyelesaikan soalan
KBAT. Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Saya telah memilih kajian ini kerana murid pada masa kini harus
mempunyai ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 seperti kemahiran berfikir secara kritikal dan
kreatif serta berkomunikasi secara berkesan.

Disebabkan murid-murid saya sangat bergantung kepada guru kesan daripada


pengajaran berpusatkan guru yang diamalkan sebelum ini telah menyebabkan mereka
mengharapkan seseorang untuk membimbing dan membantu mereka dalam menyelesaikan
soalan KBAT dan tidak yakin untuk mencuba dalam menerokai penyelesaian masalah.
Kajian tindakan saya ini amat membantu dalam perkembangan pemikiran murid-murid. Ini
adalah kerana kajian tindakan ini akan membantu murid untuk melatih dan membiasakan
diri mereka untuk berfikir secara lebih mendalam, lebih kreatif serta berfikir dari pelbagai
sudut.

Pada masa yang sama, fokus kajian saya mempunyai kriteria kebolehtadbiran yang
sesuai. Mertler (2006) menyatakan bahawa kebolehtadbiran ini merujuk kepada aspek
praktikal kajian, kemampuan penyelidik dan keupayaan subjek kajian. Kajian ini dapat
dilaksanakan untuk mana-mana tajuk dalam subjek matematik. Saya juga berpendapat
bahawa kajian ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang pendek dan data kajian dapat
dikutip dengan mudah dan cepat. Fokus kajian ini tidak memerlukan persediaan rumit untuk
melaksanakan tindakan yang kompleks. Tindakan yang akan saya ambil untuk mengatasi
masalah kemahiran berfikir beraras tinggi murid adalah meneliti kehendak masalah,
memudahcarakan masalah tersebut dan menyelesaikannya. Pada tinjauan saya, cara saya

8
ini dapat membantu murid dalam peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi. Kekangan yang
mungkin hadapi adalah tahap penguasaan murid dalam matematik sangat lemah
menyebabkan saya harus meluangkan masa untuk memperkukuhkan kemahiran asas murid
terlebih dahulu sebelum membimbing mereka menyelesaikan masalah KBAT.

Kajian ini adalah penting untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
murid-murid demi menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi
memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia seperti
Trend In Mathematics and Science Study (TIMSS). Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta sesuatu maklumat daripada menyatakan
semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar akan
berfikir secara aktif, kreatif serta kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas berfikir. KBAT
memerlukan pemikiran yang meluas dan mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi,
KBAT penting dalam membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan
masalah seperti masalah rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut
hafalan teori. Kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan.
Kemahiran berfikir aras tinggi membolehkan murid menghasilkan idea baru dan munasabah.
Pelajar yang mengaplikasikan konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar
dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Tambahan pula, kajian ini juga boleh digunakan untuk mana-mana tajuk dalam
subjek matematik. Hal ini kerana soalan KBAT merangkumi segala topik di dalam dokumen
standard KSSR bagi mencungkil kemahiran berfikir murid. Tindakan ini juga boleh
dilaksanakan oleh sesiapa sahaja untuk semua tahap murid. Dalam kajian ini, saya telah
mereka satu kaedah bagi mengatasi masalah yang wujud dalam kalangan murid semasa
menyelesaikan masalah KBAT. Dengan kaedah ini, saya telah menerokai cara yang mudah
bagi membaca, memahami serta mentafsir maklumat yang terdapat dalam masalah harian
agar dapat menyelesaikan masalah KBAT dengan tepat. Hasil kajian dapat membantu guru
yang lain mengatasi masalah kelemahan KBAT murid selagi murid tersebut mempunyai
kemahiran asas yang kukuh dan guru menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap
pembelajaran murid. Kajian saya adalah berpusatkan murid dan guru hanya bertindak
sebagai fasilitator. Kajian ini juga banyak memberi kesan positif kepada guru serta murid di
mana ia memudahkan sesi pengajaran guru dan membolehkan murid menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah KBAT. Hal ini menjelaskan kebolehgunaan kajian tindakan ini.

9
Merujuk kepada kawalan kajian ini pula, saya akan memilih murid dari kelas saya
sendiri sebagai peserta kajian dalam penyelidikan tindakan ini dan tidak melibatkan murid
lain yang bukan subjek di dalam kajian ini. Kesemua peserta yang dipilih ini mengalami
masalah yang sama iaitu ketidakupayaan untuk menyelesaikan masalah KBAT. Aspek
kedua adalah masa intervensi. Saya akan menjalankan intervensi dengan menggunakan
waktu pengajaran dan pembelajaran yang sebenar dan tidak mengganggu masa interaksi
guru lain. Selain itu, saya tidak memerlukan ruangan khas kerana kajian saya ini tidak
memerlukan tempat yang besar dan luas. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai
kerana ia lebih kondusif dan selamat bagi melaksanakan kajian tindakan saya ini. Kajian
saya juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Kebanyakan bahan yang digunakan dalam
menyediakan bahan bantuan kajian merupakan hasil daripada bahan kitar semula.
Tambahan pula, murid saya masih dapat menggunakan kaedah yang saya memperkenalkan
walaupun tiada bahan bantu belajar. Hal ini adalah kerana kaedah ini membantu murid
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dengan penggunaan bahan konkrit dan diikuti
dengan pemikiran abstrak.

Saya akan cuba untuk mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak di sekolah,
pensyarah pembimbing dan rakan praktikum saya. Sebelum melakukan kajian, saya akan
meminta kebenaran daripada guru besar sekolah bagi membenarkan murid-murid saya
untuk melibatkan diri dalam kajian bagi mengatasi masalah pembelajaran matematik. Saya
akan berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan rakan praktikum
saya untuk membincangkan kesesuaian fokus kajian yang dipilih. Saya akan berbincang
dengan guru pembimbing mengenai tahap murid dengan kesesuaian kaedah yang dipilih
untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Berkolaborasi dengan guru
pembimbing akan memberi ruang kepada saya untuk mendapatkan pendangan individu
yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam melaksanakan kajian tindakan.
Kemudian, saya juga akan berkolaborasi dengan rakan praktikum saya untuk
menginovasikan kajian tindakan saya. Saya juga akan berkolaborasi dengan rakan-rakan
semasa mengumpul maklumat mengenai kajian dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal,
majalah dan internet. Melalui usaha kolaboratif seperti melaksanakan pemerhatian semasa
intervensi dijalankan, pengumpulan data untuk penyelidikan tindakan akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan. Dengan ini, saya dapat
melakukan penambahbaikan dalam kajian ini berdasarkan pendapat yang telah diberikan
oleh rakan dan guru pembimbing.

10
Aspek terakhir ialah kerelevanan kepada sekolah. Fokus kajian ini dapat memberi
faedah kepada pihak sekolah terutama kepada guru-guru matematik yang menghadapi
masalah yang sama, mereka boleh mengaplikasikan kajian tindakan ini untuk murid mereka.
Tindakan ini tidak semestinya digunakan untuk murid Tahun 4 sahaja. Malahan, guru-guru
lain turut boleh menggunakan kajian ini kepada murid mereka yang menghadapi masalah
yang relevan dengan kajian ini. Guru-guru juga boleh membuat pengubahsuaian mengikut
kesesuaian dan kebolehan murid-murid. Saya juga boleh menggunakan kajian saya pada
murid saya apabila saya sudah menjadi guru pada masa yang akan datang sekiranya murid
pada masa tersebut mengalami masalah yang sama.

2.2 PERANCANGAN PENGUMPULAN DATA AWAL

Data awal ini dapat memberi gambaran mengenai masalah yang terdapat dalam
kalangan murid sambil membantu mempertingkatkan lagi pemahaman tentang masalah
murid. Saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul data awal seperti
analisis dokumen dan temu bual untuk mendapatkan data awal bagi menentukan bahawa
masalah menyelesaikan soalan KBAT ini memang wujud dalam kalangan murid.

Analisis dokumen

Saya memilih kaedah ini adalah untuk mengutip data dan maklumat yang berguna
daripada lembaran kerja murid dan rekod pencapaian murid. Menurut Yin 1984, kaedah
analisis dokumen ini dapat menyokong dan menambah bukti data pemerhatian, temu bual
dan lain-lain data. Berdasarkan pengalaman praktikum fasa pertama saya, saya mendapati
bahawa kebanyakan latihan dalam buku latihan murid tidak disiapkan terutamanya pada
bahagian soalan penyelesaian masalah. Saya juga akan menggunakan lembaran kerja
murid untuk mengumpul data mengenai cara murid menyelesaikan masalah KBAT.
Berdasarkan cara penyelesaian murid, saya dapat mendapati bahawa sama ada murid-
murid saya betul-betul menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah KBAT.
Kesilapan yang biasanya dilakukan oleh murid adalah berpunca daripada ketidakupayaan
murid untuk berfikir secara mendalam. Kebanyakan murid praktikum fasa pertama saya
hanya mampu membaca soalan tetapi tidak memahami kehendak soalan. Dengan
menganalisis rekod pencapaian dan kertas soalan peperiksaan murid, saya dapat
mengesan soalan-soalan yang kebanyakan murid tidak dapat menyelesaikan. Melalui
menganalisis setiap soalan peperiksaan, saya dapat mengesan jenis soalan yang murid-
murid lebih tidak mahir.

11
Temu bual

Saya juga akan memilih kaedah temu bual untuk mengumpul data awal kerana ia
membolehkan saya meneroka dan memperoleh maklumat tentang masalah kelemahan
murid dalam pemikiran beraras tinggi secara mendalam. Melalui kaedah pengumpulan data
awal ini, kadar respons yang tinggi boleh diperolehi. Saya telah memilih jenis temu bual
berstruktur iaitu formal dan soalan-soalan akan ditentukan dan disediakan terlebih dahulu.
Dengan soalan-soalan temu bual yang menyusul punca masalah kelemahan murid dalam
penyelesaian masalah KBAT, saya dapat melaksanakan tindakan yang sesuai dan berkesan
dalam mengatasi masalah kelemahan murid dalam penyelesaian masalah KBAT. Transkrip
temu bual juga akan dilampirkan dalam Lampiran A.

2.3 TINDAKAN

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah memilih model Lewin (1946) yang
diadaptasi oleh Laidlaw (1992). Model proses penyelidikan tindakan ini terdiri daripada enam
langkah. Rajah 1 menunjukkan kitaran model penyelidikan tindakan Lewin (1946) dan
Laidlaw (1992).

Mengenal pasti masalah

Membuat refleksi Merancang suatu


terhadap tindakan tindakan

Mengutip dan Melaksanakan tindakan


menganalisis data yang dirancang

12
Rajah 1: Model proses penyelidikan tindakan

Langkah pertama dalam model ini adalah mengenal pasti masalah yang wujud
dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah menjalani praktikum fasa pertama selama tiga
bulan, saya telah mengenal pasti masalah yang timbul dalam kalangan murid Tahun 4 saya
iaitu murid-murid berkenaan menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah harian
KBAT. Selepas mengenal pasti masalah, saya telah mengumpulkan fakta-fakta yang
berkaitan dengan kajian agar kajian yang dilakukan dapat mencapai tujuannya iaitu
membantu murid bagi mengatasi masalah mereka. Saya telah mengumpul data awal saya
daripada memerhatikan hasil kerja murid dalam buku latihan serta temu bual dengan guru
kelas. Data-data yang dikumpul ini membantu saya meneruskan kajian tindakan saya ke
langkah seterusnya.

Berikutan itu, langkah kedua dalam model ini adalah merancang tindakan yang
sesuai dan efektif bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti. Berdasarkan hasil tinjauan
awal, saya dapat suatu gambaran yang jelas mengenai masalah murid. Setelah membuat
pembacaan dari pelbagai sumber, saya mendapati bahawa kemahiran metakognitif
memainkan peranan yang penting dalam membantu murid berfikir secara aras yang lebih
tinggi. Hal ini terbukti dalam kajian oleh Chin K.E., Denis Lajium & Pang V. di mana dapatan
kajian menunjukkan bahawa pelajar yang berpencapaian tinggi mempunyai perlakuan
metakognitif iaitu penyemakan kendiri yang lebih tinggi semasa menyelesaikan masalah
matematik jika dibandingkan dengan pelajar yang berpencapaian rendah. Antara model
pembelajaran yang menekankan kemahiran metakognitif adalah Model Pembelajaran
IMPROVE yang diperkenalkan untuk kelas yang heterogen. Model pembelajaran ini
menekankan kepentingan memberikan peluang kepada setiap murid untuk membina makna
matematik. Untuk membolehkan setiap murid membina makna matematik, model
pembelajaran ini melatih murid untuk bertanya berdasarkan empat aspek iaitu memahami
masalah, membina perkaitan antara pengetahuan lepas dan pengetahuan baru,
penggunaan strategi yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah dan membuat refleksi
terhadap proses dan penyelesaian. Beliau menyatakan bahawa “IMPROVE” merupakan
akronim yang mencerminkan langkah pengajaran guru dalam kelas. Langkah pengajaran
guru boleh dibahagikan kepada tujuh peringkat iaitu “Introducing the new concepts”,
“Metacognitive questioning”, “Practicing”, “Reviewing dan reducing difficulties”, “Obtaining
mastery”, “Verification” dan “Enrichment”. Memandangkan model pembelajaran IMPROVE
menekankan pula pada sistem pembelajaran aktif, saya telah menginovasikan model ini

13
dengan menggabungkan model pembelajaran IMPROVE dengan pembelajaran koperatif
iaitu kaedah “Think Pair Share”. Rasionalnya adalah kerana pembelajaran koperatif dapat
membantu murid menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih baik. Kerjasama
berpasangan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding dengan
pembelajaran secara individu. Johnson dan Johnson (1991) berpendapat bahawa setiap ahli
dalam sesuatu kumpulan boleh berkongsi maklumat dan berbincang untuk mencari strategi
bagi menyelesaikan masalah, serta berupaya meluaskan pemikiran melalui pentaksiran
maklumat secara bersama-sama.

Langkah 1: Model Pembelajaran IMPROVE – Memperkenalkan konsep baru

Sebagai permulaan, saya akan memperkenalkan topik pengajaran pada hari


tersebut. Pada tahap ini, saya akan mengimbas sepintas lalu pengetahuan lepas murid atau
menyediakan set induksi yang berupaya menarik perhatian murid seperti teka-teki, magik
dan sebagainya. Dengan ini, saya dapat menarik perhatian murid untuk fokus kepada
pengajaran dan pembelajaran. Saya akan menghantarkan konsep-konsep baru iaitu cara-
cara menyelesaikan masalah dengan melontarkan berbagai-bagai pertanyaan yang
membolehkan murid terlibat secara aktif dalam menentukan konsep baharu. Saya juga akan
membimbing murid untuk memahami konsep tanpa memberikan bentuk akhir begitu saja
sehingga murid dapat mengerti konsep tersebut lebih lama dan dapat menggunakan konsep
tersebut dalam konteks lain. Sebagai contohnya, saya akan memberikan contoh-contoh
yang melibatkan situasi harian semasa mengajar cara-cara penyelesaian masalah. Dalam
menyajikan pelajaran guru jangan memberikan konsep yang harus diterima begitu saja,
melainkan harus mementingkan pemahaman tentang proses terbentuknya konsep tersebut.

Langkah 2: Model Pembelajaran IMPROVE – Soalan metakognitif

Pada langkah ini, saya akan membimbing murid untuk merancang dan
menyelesaikan masalah KBAT dengan menggunakan soalan-soalan metakognitif. Terlebih
dahulu, saya akan menerangkan jenis-jenis soalan-soalan metakognitif kepada murid.
Kemahiran penyoalan metakognitif dapat membimbing murid untuk memahami sesuatu
masalah matematik berayat, melaksanakan perancangan, memantau process dan menilai
semula proses penyelesaian masalah dengan melalui pertanyaan pada diri sendiri. Terdapat
empat jenis kategori soalan metakognitif yang saya gunakan iaitu soalan yang berfokus
pada pemahaman masalah, perkaitan, strategi dan refleksi. Soalan metakognitif berfokus
pemahaman mendorong murid untuk membaca soalan, menggambarkan konsepnya

14
dengan kata-kata sendiri dan mencuba memamahami makna konsepnya. Sebagai
contohnya, “Apakah yang dikehendaki dalam soalan?”. Soalan metakognitif berfokus
perkaitan meminta murid untuk mengembangkan hubungan antara pengetahuan yang lalu
dengan masalah sekarang. Contoh soalan yang boleh dikemukakan adalah “Apakah
persamaan dan perbezaan pada tugasan ini dengan tugasan yang diberikan sebelum ini?
Justifikasikan pernyataan tersebut” Soalan metakognitif berfokus strategi pula
menggalakkan murid untuk mempertimbangkan strategi yang bersesuaian untuk
memecahkan masalah yang diberikan dan memberikan alasan. Contohnya, “Apakah prinsip,
taktik, strategi dan operasi yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah ini?
Justifikasikan pernyataan tersebut.” Akhir sekali, soalan metakognitf berfokus refleksi dapat
mendorong murid untuk membuat penilaian terhadap proses dalam penyelesaian masalah.
Contoh soalan yang boleh dikemukakan adalah “Adakah jawapan penyelesaian ini memberi
makna?”. Soalan-soalan metakognitif ini akan diselitkan dalam lembaran aktiviti murid-murid
untuk membimbing murid menyelesaikan masalah KBAT dan guru dapat memperolehi
maklumbalas daripada murid tentang justifikasi langkah penyelesaian murid tersebut.

Langkah 3: Model Pembelajaran IMPROVE – Latihan

Selepas membimbing murid untuk menyelesaikan masalah KBAT dengan


menggunakan soalan-soalan metakognitif, saya akan memberikan lembaran kerja kepada
murid untuk meningkatkan penguasaan materi dan mengasah kogitif mereka. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran matematik harus berteraskan latih tubi dan bukannya secara
deduktif sahaja. Pada peringkat ini, murid dikehendaki menyelesaikan masalah KBAT
tersebut secara individu. Sepanjang proses ini, murid perlu bertanya diri dengan soalan-
soalan metakognitif, memberikan maklumbalas dan menyelesaikan masalah dalam
lembaran kerja yang diberikan. Menurut Vygotsky (seperti petikan dalam Haliza Hamzah &
Joy N. Sammuel), selain daripada berkomunikasi dengan orang lain untuk mempelajari
kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan
diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan
mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-
kanak berusia 3-7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan
bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal. Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati
dan dorongan pemikiran. Vygotsky percaya apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka
menggunakan bahasa untuk mengawal tingkah laku dan membimbing pemikiran mereka.
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang suka bercakap sendiri memberikan impak positif
kepada perkembangan mereka. Mereka yang bercakap sendiri didapati lebih tekun dan lebih

15
cenderung memperbaiki kelemahan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang kurang
bercakap sendiri.

Langkah 4: Model Pembelajaran IMPROVE – Melihat semula dan menilai

Selepas murid menyiapkan lembaran kerja, saya akan melihat semula dan menilai
proses penyelesaian masalah yang dilakukan oleh murid. Saya akan berbincang dengan
murid-murid mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka dan memecahkan masalah
matematik tersebut melalui perbincangan di dalam kelas. Refleksi semula terhadap proses-
proses penyelesaian masalah kelihatan mempunyai persamaan dengan strategi
metakognitif yang dinyatakan oleh Flavell (1979). Flavell mengatakan bahawa strategi
metakognitif digunakan untuk memantau perkembangan kognitif dan memastikan matlamat
kognitif seperti menyelesaikan masalah matematik tercapai. Dalam langkah ini, saya akan
bertanya secara spontan kepada murid bagi mewujudkan komunikasi berkesan antara saya
dengan murid. Pendekatan berpusatkan guru ini akan bertukar menjadi pendekatan
berpusatkan murid di mana murid harus menilai sama ada jalan penyelesaian mereka
memberi makna sendiri.

Langkah 5: Model Pembelajaran IMPROVE – Pemerolehan

Melalui hasil penilaian dan perbincangan dalam kelas, murid akan memperolehi
maklumbalas tentang penyelesaian masalah. Maklumbalas tersebut boleh berbentuk
teguran, peringatan dan pembetulan berdasarkan kekeliruan dan kesalahan konsep
terhadap masalah KBAT. Langkah pemerolehan ini boleh dilaksanakan dengan
menggunakan aktiviti pembelajaran koperatif iaitu aktiviti “Fikir-Pasangan-Kongsi”. Dalam
kaedah ini, selepas murid telah memikirkan jalan penyelesaian masing-masing, murid
diminta untuk berkongsi dan bertukar jawapan secara berpasangan. Daripada maklumbalas
yang diberikan oleh pasangan tersebut, murid akan mengesan kesilapan diri dan
memperbetulkan kesilapan masing-masing. Selepas itu, murid dikehendaki berkongsi hasil
maklumbalas kesilapan masing-masing kepada kumpulan lain sekiranya ada.

Langkah 6: Model Pembelajaran IMPROVE – Menyemak semula

16
Selepas penilaian dan pemerolehan maklumbalas, murid akan membandingkan
jawapan yang diperolehi mereka dengan jawapan sebenar untuk disemak semula. Murid
turut dikehendaki menyemak setiap langkah pengiraan yang dilakukan supaya mereka
dapat melakukan jalan kerja pengiraan dengan betul. Pada masa yang sama, saya akan
mengidentifikasikan murid mana yang sudah menguasai dan murid mana yang masih belum
dapat menguasai dengan melihat hasil kerja mereka.

Langkah 7: Model Pembelajaran IMPROVE – Pengukuhan

Akhir sekali, saya akan memberikan pengukuhan kepada murid. Pengukuhan boleh
berbentuk lembaran kerja. Latihan tambahan ini dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir
beraras tinggi murid-murid kerana semasa murid-murid menyelesaikan masalah, kemahiran
berfikir mereka masih diperkembangkan.

Di samping itu, bagi memartabatkan lagi kajian tindakan ini saya telah menggunakan
beberapa teori sebagai asas kepada tindakan saya. Teori metakognitif merupakan unsur
utama dalam penerapan model pembelajaran IMPROVE. Hal ini kerana metakognitif
meruapakan bahagian terpenting dalam urutan model pembelajaran IMPROVE. Kejayaan
seseorang dalam menyelesaikan masalah adalah bergantung pada kesedaran tentang apa
yang mereka ketahui dan bagaimana seseorang tersebut melakukannya. Metakognitif
merupakan teori yang berkaitan dengan pengenalan terhadap diri sendiri dan bagaimana
dia mengawal serta menyesuaikan perilakunya. Menurut Anton Noornia, metakognitif adalah
suatu bentuk kemampuan untuk melihat pada diri sendiri sehinga apa yang dia lakukan
dapat terkawal secara optimal. Dengan kemampuan seperti ini seseorang dimungkinkan
memiliki kemampuan tinggi dalam pemecahan masalah KBAT, kerana dalam setiap langkah
yang dia kerjakan sentiasa muncul pertanyaan.

Menurut Slavin, sebagaimana dikutip oleh Trianto menjelaskan bahawa teori


pembelajaran konstruktivisme merupakan teori pembelajaran kognitif yang baru dalam
psikologi pendidikan yang menyatakan bahawa murid harus menemukan sendiri dan
mentransformasikan informasi kompeks, mengaitkan informasi baru dengan aturan-aturan
lama dan melihat semula apabila aturan-aturan itu tidak sesuai lagi. Bagi membolehkan
murid-murid benar-benar memahami dan dapat menerapkan pengetahuan, mereka harus
bekerja memecahkan masalah dan menemukan sesuatu langkah-langkah penyelesaian
untuk dirinya melalui idea-idea yang digabungkan antara diri dengan yang lain.

17
Menurut Vygotsky dalam Haliza Hamzah & Joy N. Sammuel (2011), pemikiran
kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Bagi Vyotsky, kanak-
kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina
melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu
bapa, guru, adik-beradik, keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu ini akan
bertindak memberi arahan, maklumbalas dan membimbing komunikasi kanak-kanak.
Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (scaffolding).
Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik
dan bermakna.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

1. Mengkaji sejauh mana penggunaan kaedah “IMPROVE” membantu murid Tahun 4


dalam menyelesaikan masalah harian KBAT.

2. Mengkaji respon murid Tahun 4 terhadap penggunaan kaedah “IMPROVE”


semasa menyelesaikan masalah harian KBAT.

3.2 Soalan Kajian

1. Sejauh manakah penggunaan kaedah “IMPROVE” dapat membantu murid Tahun


4 dalam menyelesaikan masalah harian KBAT?

2. Apakah respon murid Tahun 4 terhadap penggunaan kaedah “IMPROVE” semasa


menyelesaikan masalah harian KBAT?

4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian tindakan saya ini melibatkan sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah
Kuantan, Pahang. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 200 orang murid dan mempunyai
tenaga pengajar yang mencukupi iaitu 27 orang guru termasuk lima orang guru matematik.
Murid-murid sekolah ini terdiri daripada kaum Cina, kaum Melayu dan kaum India. Menurut
Sagor (2011) kumpulan sasaran dapat memberi maklumat atau maklumbalas yang
diperlukan kepada penyelidikan tentang amalan pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan

18
sasaran kajian tindakan saya adalah murid Tahun 4 Kreatif yang terdiri daripada sembilan
orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan. Peserta kajian saya terdiri daripada
pelbagai latar belakang dan taraf ekonomi. Hampir semua peserta berasal dari golongan ibu
bapa yang berpendidikan tinggi. Justeru itu, mereka dapat menerokai sendiri apabila saya
berikan tugasan kepada mereka. Mereka sering memberi komitmen yang baik kepada saya
agar tiada sebarang gangguan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Namun begitu, guru pembimbing memberitahu saya bahawa murid kelas 4K ini lemah dalam
penyelesaian masalah harian KBAT.

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Saya akan melaksanakan Model Pembelajaran IMPROVE dalam sesi pengajaran


dan pembelajaran sepanjang tempoh empat minggu semasa saya menjalankan internship di
sekolah. Selama empat minggu yang diberikan, saya menganggap saya dapat berpeluang
untuk melaksankan intervensi saya sebanyak empat kali iaitu satu kali dalam seminggu.
Satu sesi intervensi dijalankan selama 60 minit. Saya telah mengagihkan langkah-langkah
tindakan yang harus saya lakukan dalam empat minggu.

Jadual 1

Langkah-langkah Tindakan Mengikut Minggu Internship

Senarai Minggu Aktiviti


Minggu Pertama 1. Ujian Pra akan diberikan.
2. Saya akan memperkenalkan model pembelajaran “IMPROVE”.
3. Saya akan menjalankan kaedah “IMPROVE”.
4. Saya akan memberikan lembaran kerja yang mempunyai
langkah-langkah yang tersenarai dengan lengkap dan contoh-
contoh soalan metakognitif.

Minggu Kedua 1. Saya akan menjalankan kaedah “IMPROVE”.


2. Bimbingan diberikan tetapi contoh-contoh soalan pertanyaan diri
dikurangkan.
3. Saya akan memberikan lembaran aktiviti yang mempunyai
langkah-langkah yang tersenarai dengan lengkap dan contoh-
contoh soalan metakognitif tetapi murid menyelesaikannya tanpa
bimbingan guru.
4. Saya akan memberikan lembaran kerja yang mempunyai
langkah-langkah yang tersenarai dengan lengkap dan contoh-
contoh soalan metakognitif.

19
Minggu Ketiga 1. Saya akan menjalankan kaedah “IMPROVE”.
2. Murid akan bertanya diri untuk memahami masalah harian
KBAT dengan soalan metakognitif tanpa bimbingan saya.
2. Saya akan memberikan lembaran aktiviti tanpa menyenaraikan
langkah-langkah dan soalan metakognitif di mana murid
dikehendaki bertanya diri tanpa bimbingan saya.
3. Saya akan memberikan lembaran kerja.

Minggu Keempat 1. Ujian Pasca akan dijalankan.

Pada minggu pertama saya akan memberikan ujian pra kepada murid-murid untuk
menguji penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah harian KBAT murid-murid. Saya
akan memaklumkan mengenai kajian tindakan kepada murid saya. Sebelum memulakan
kajian saya, saya telah mengagihkan murid saya secara berpasangan berdasarkan markah
ujian pra yang saya berikan bagi mengendalikan intervensi. Hal ini dapat menjamin
penglibatan murid yang pandai dan lemah apabila kerja kumpulan diberikan. Setelah itu,
saya akan mengedarkan lembaran aktiviti yang mengandungi masalah harian KBAT dengan
langkah-langkah dan contoh-contoh soalan metakognitif yang dapat membimbing murid
untuk bertanya diri sehingga mendapatkan penyelesaian masalah. Turutan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut ketujuh-tujuh model pembelajaran
IMPROVE tersebut. Lembaran aktiviti yang mempunyai langkah-langkah yang tersenarai
dan pertanyaan metakognitif untuk membantu murid membuat soalan latihan dan
membimbing murid-murid menyelesaikan masalah harian KBAT akan disediakan dalam
minggu ini. Saya akan membimbing murid untuk melihat semula hasil kerja murid dan
menilai sama ada penyelesaian mereka memberi makna. Aktiviti “Think-Pair-Share”
dijalankan dan saya akan membimbing murid memberikan maklum balas antara satu sama
lain secara berpasangan. Dengan maklum balas yang diperolehi, saya akan membimbing
murid menyemak semula hasil kerja masing-masing dengan bertanya kepada kawan atau
membandingkan hasil kerja masing-masing dengan pasangan. Lembaran kerja yang
mempunyai langkah-langkah yang tersenarai dengan lengkap dan contoh-contoh soalan
metakognitif akan diberikan supaya murid lebih mahir dalam penggunaan model
pembelajaran IMPROVE ini.

Pada minggu kedua, saya akan membimbing murid bertanya diri untuk memahami
masalah harian KBAT dengan soalan metakognitif tanpa memberikan murid contoh-contoh
soalan pertanyaan diri. Ini adalah untuk melatih murid bertanya diri berdasarkan
penggalaman mereka dalam minggu pertama. Saya akan memberikan lembaran aktiviti

20
yang mempunyai langkah-langkah yang tersenarai dan pertanyaan metakognitif untuk
membantu murid membuat soalan latihan. Murid-murid akan mengikut langkah dan contoh
yang diberikan dalam lembaran kerja untuk mencari penyelesaian masalah harian KBAT
tanpa bimbingan saya. Selepas itu, murid akan melihat semula hasil kerja dan menilai diri
sendiri sama ada penyelesaian mereka memberi makna berdasarkan soalan metakognitif
yang diberikan. Aktiviti “Think-Pair-Share” dijalankan di mana murid memberikan maklum
balas antara satu sama lain secara berpasangan manakala saya akan bertindak sebagai
pemerhati. Murid akan menyemak semula hasil kerja masing-masing dengan bertanya
kepada kawan atau membandingkan hasil kerja masing-masing dengan pasangan. Saya
akan memberikan lembaran kerja yang mempunyai langkah-langkah yang tersenarai
dengan lengkap.

Pada minggu ketiga, aktiviti pengajaran lebih berpusatkan murid dan bantuan untuk
murid menyelesaikan masalah harian KBAT semakin dikurangkan. Murid akan bertanya diri
untuk memahami masalah harian KBAT dengan soalan metakognitif. Saya akan
memberikan lembaran aktiviti tanpa menyenaraikan langkah-langkah dan soalan
metakognitif di mana murid dikehendaki bertanya diri tanpa bimbingan saya. Selepas
menyelesaikan masalah harian KBAT tersebut, murid melihat semula hasil kerja dan menilai
diri sendiri sama ada penyelesaian murid memberi makna berdasarkan soalan metakognitif
yang diberikan. Aktiviti “Think-Pair-Share” dijalankan di mana murid memberikan maklum
balas antara satu sama lain secara berpasangan manakala saya akan bertindak sebagai
pemerhati. Murid akan menyemak semula hasil kerja masing-masing dengan bertanya
kepada kawan atau membandingkan hasil kerja masing-masing dengan pasangan. Saya
akan memberikan lembaran kerja.

Pada minggu keempat, ujian pasca akan dijalankan untuk menguji peningkatan
murid dalam penyelesaian masalah harian KBAT. Setiap langkah dan contoh-contoh soalan
metakognitif tidak akan diberikan kepada murid-murid. Dalam minggu ini, aktiviti “Think-Pair-
Share” juga tidak akan dijalankan lagi di mana murid-murid dikehendaki mendapatkan
penyelesaian masalah sendiri. Ini adalah untuk memastikan kebolehpercayaan dapatan
kajian.

5.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data

McNiff & Whitehead (2005) menyatakan bahawa penyelidikan tindakan merupakan


suatu bentuk penyelidikan yang mempunyai ciri-ciri empirikal, sistematik, kesahan dan

21
kebolehpercayaan. Bagi mengenal pasti keberkesanan kajian tindakan saya telah
mengumpul data dengan menggunakan pelbagai kaedah. Dalam kajian ini, saya akan
menggunakan kaedah pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif yang dapat menjawab
persoalan kajian saya bagi mengenali keberkesanan pelaksanaan tindakan saya. Sebagai
contohnya, saya memilih kaedah penilaian, analisis dokumen, tinjauan dan pemerhatian.
Kaedah pengumpulan data merupakan aspek yang penting dalam sebuah kajian bagi
mencapai objektif kajian. Instrumen pengumpulan data yang tepat dan sesuai akan
memudahkan pengumpulan data tanpa sebarang masalah dan menepati tujuan
penyelidikan. Saya telah memilih ujian pra dan pasca, lembaran kerja, soal selidik dan nota
lapangan sebagai instrumen kajian saya. Jadual 2 menunjukkan kaedah mengumpul data
yang digunakan dalam kajian saya.

Jadual 2

Perancangan Kaedah Mengumpul Data

Soalan Kajian Kaedah Instrumen


Mengumpul Data Kajian
1. Sejauh manakah penggunaan kaedah Penilaian Ujian Pra dan
“IMPROVE” dapat membantu murid Tahun 4 dalam Pasca
menyelesaikan masalah harian KBAT? Analisis Dokumen Lembaran
Kerja
2. Apakah respon murid Tahun 4 terhadap Tinjauan Soal Selidik
penggunaan kaedah “IMPROVE” semasa
menyelesaikan masalah harian KBAT? Pemerhatian Nota
Lapangan

5.2.1 Ujian Pra dan Pasca

Kaedah penilaian membolehkan saya mengutip data bagi menilai dan mengesan
kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Dalam kajian ini, saya
akan mengadakan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra akan diberikan
sebelum saya melaksanakan tindakan intervensi bagi mengesan kekerapan kesalahan
murid dengan lebih terperinci. Selepas menjalani intervensi yang dirancangkan, ujian pasca
akan ditadbirkan. Dalam ujian pasca ini, saya akan menggunakan soalan yang sama seperti
ujian pra. Hal ini kerana ia dapat membantu melihat perubahan amalan dan peningkatan
pencapaian murid selepas kajian tindakan dijalankan. Dengan ini, saya dapat melihat sejauh
mana penggunaan kaedah “IMPROVE” dapat membantu murid Tahun 4 dalam
menyelesaikan masalah harian KBAT. Kedua-dua ujian pra dan pasca ini mengandungi lima

22
soalan masalah harian KBAT daripada tajuk yang telah dipelajari oleh mereka seperti di
Lampiran B. Agihan topik bagi setiap soalan tidak dapat ditentukan kerana soalan bukan
rutin sentiasa dibentuk dengan mengabungkan pelbagai topik. Kesemua soalan ini adalah
berbentuk subjektif. Dalam ujian ini, murid-murid saya dikehendaki membaca, memahami
dan menyelesaikan soalan masalah harian KBAT yang diberikan. Kedua-dua ujian ini akan
diberikan tempoh masa selama 30 minit. Untuk pemarkahan bagi ujian pra dan pasca ini,
saya telah menetapkan empat kriteria yang akan dinilai bagi setiap soalan masalah harian
KBAT. Empat kriteria yang dimaksudkan ialah memahami soalan, menggunakan strategi
matematik, memproses maklumat dan jawapan akhir.

Jadual 3

Kriteria Pemarkahan Soalan Ujian Pra dan Pasca

Perkara Tiada respon Respon kurang Respon Respon tepat


tepat hampir tepat
1. Memahami 0 1.5 3.5 5
soalan
2. Menggunakan 0 1.5 3.5 5
strategi matematik
3. Memproses 0 1.5 3.5 5
maklumat
4. Jawapan akhir 0 1.5 3.5 5

Keempat-empat perkara ini dinilai berdasarkan proses penyelesaian masalah


matematik. Setiap kriteria diberi julat pemarkahan dari 0, iaitu tiada respon sehingga 5 iaitu
respon tepat bagi setiap perkara. Jumlah penuh bagi setiap soalan ialah 20 markah di mana
saya menambahkan markah yang diberi berdasarkan markah bagi keempat-empat kriteria.

5.2.2 Lembaran Kerja

Kaedah analisis dokumen membolehkan saya mengutip data dan maklumat berguna
daripada dokumen-dokumen yang dikaji. Dalam kajian ini, saya akan memilih lembaran
kerja murid sebagai dokumen untuk mengumpul data. Saya akan mengedarkan lembaran
kerja pada akhir setiap sesi intervensi dan memeriksa setiap hasil kerja murid selepas
mereka menyiapkan. Ini bertujuan untuk melihat perkembangan penguasaan kemahiran
menyelesaian masalah harian KBAT dari semasa ke semasa dan juga bertujuan untuk
melihat dengan lebih cepat dan dapat dilihat secara terus kekerapan kesalahan yang

23
dilakukan oleh murid. Contoh lembaran kerja murid dilampirkan sebagai Lampiran C. Saya
akan melihat cara-cara murid menyelesaikan masalah harian KBAT di samping meneliti
maklum balas yang diberikan oleh mereka semasa proses bertanya diri sendiri. Dengan
meneliti maklum balas murid terhadap soalan metakognitif, saya dapat mengkaji sejauh
mana penggunaan kaedah “IMPROVE” dapat membantu murid Tahun 4 dalam
menyelesaikan masalah harian KBAT. Di samping itu, saya dapat mengetahui corak
pemikiran murid melalui maklum balas mereka terhadap soalan metakognitif. Ini kerana
pemikiran seseorang murid adalah berkait rapat dengan tindakan dan cara penyelesaian
masalah.

5.2.3 Soal Selidik

Tinjauan merupakan cara yang paling mudah untuk memperoleh data yang
diperlukan bagi membolehkan saya mengetahui keadaan sebenar tentang masalah
kelemahan murid dalam berfikir beraras tinggi. Saya telah membina soal selidik untuk
menilai respon murid terhadap kaedah “IMPROVE” ini. Kaedah ini dapat menggambarkan
respon murid seperti perasaan, minat dan kehendak mereka semasa menggunakan kaedah
“IMPROVE” dalam menyelesaikan masalah harian KBAT. Saya akan mengedarkan borang
soal selidik kepada murid pada akhir sesi intervensi minggu keempat. Terdapat lima respon
dalam skala jenis Likert iaitu (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) kurang setuju, (4)
setuju dan (5) sangat setuju. Murid-murid hanya dibenarkan untuk menanda satu skala
sahaja bagi setiap item. Borang soal selidik dilampirkan pada Lampiran D.

5.2.4 Nota Lapangan

Pemerhatian membolehkan saya meneroka fenomena yang wujud secara semula


jadi dengan memberikan perhatian terhadap sebab dan kesan atau hubungan yang saling
berkait. Terdapat dua jenis cara melaksanakan pemerhatian iaitu pemerhati penuh dan
pemerhati sebagai peserta. Saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti pelaksanaan tindakan
manakala saya sebagai seorang pemerhati dan fasilitator. Instrumen yang akan saya
gunakan adalah nota lapangan dan rakaman video. Saya akan membuat rakaman video
apabila murid mengaplikasikan kaedah “IMPROVE” dalam mencari penyelesaian bagi
soalan masalah harian KBAT. Terdapat empat bentuk nota lapangan iaitu catatan ringkas
dengan perkataan, ayat, petikan daripada pemerhatian, catatan terkembang tentang
tanggapan daripada temu bual dan pemerhatian kerja lapangan, jurnal kerja lapangan dan
nota tentang analisis dan interpretasi. Saya dapat memerhatikan setiap peserta dengan teliti

24
dan mencatat dalam nota lapangan. Sekiranya berlaku kekeliruan dengan data yang
dikumpul, saya akan merujuk kembali video yang dirakam untuk memperkukuhkan keaslian
data yang dikumpul. Contoh nota lapangan kajian telah dilampirkan dalam Lampiran E.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Mertler, 2006 menyatakan bahawa data yang telah dikumpul perlu dianalisis dan
dibuat interpretasi bagi membolehkan penyelidik melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-
bukti yang telah diperoleh. Menurut Creswell (2009), analisis data melibatkan prosedur-
prosedur penganalisisan data seperti mengorganisasi, memecahkan kepada unit-unit
tertentu, mensintesis, mengenal pasti corak, menerokai perkara penting yang harus dipelajai
dan membuat keputusan tentang yang akan disampaikan kepada orang lain. Data yang
dikumpul oleh saya dibahagikan kepada dua kategori untuk dianalisis iaitu analisis secara
kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh dalam bentuk numerical dikenali sebagai data
kuantitatif (Creswell, 2009). Data-data yang dianalisis secara kuantitatif adalah ujian pra dan
pasca dan soal selidik. Selain itu, saya telah menggunakan instrumen lembaran kerja murid
sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian secara kualitatif.

Jadual 4

Perancangan Cara Menganalisis Data

Soalan Kajian Instrumen Kajian Kaedah


Menganalisis
Data
1. Sejauh manakah penggunaan kaedah Ujian Pra dan Statistik
“IMPROVE” dapat membantu murid Tahun 4 Pasca Deskriptif
dalam menyelesaikan masalah harian KBAT? Lembaran Kerja
Statistik
Deskriptif dan
Tema
2. Apakah respon murid Tahun 4 terhadap Soal Selidik Statistik
penggunaan kaedah “IMPROVE” semasa Deskriptif
menyelesaikan masalah harian KBAT? Nota Lapangan
Tema

5.3.1 Ujian Pra dan Pasca

25
Saya akan menganalisis markah ujian pra dan pasca murid secara kuantitatif. Bagi
menganalisis ujian pra dan pasca, saya telah mendapatkan markah bagi ujian pra dan
pasca bagi 10 orang murid dengan menambahkan markah yang diberi berdasarkan markah
bagi keempat-empat kriteria iaitu memahami soalan, menggunakan strategi matematik,
memproses maklumat dan jawapan akhir. Saya memberikan markah untuk setiap kriteria
berdasarkan respon murid dengan skala-skala yang ditentukan iaitu dari skala tiada respon,
respon kurang tepat, respon hampir tepat dan respon tepat. Setelah mendapatkan markah,
saya akan mengira peratus bilangan murid yang gagal dan bilangan murid yang lulus
berdasarkan skema pemarkahan analitik. Menurut Maznah (seperti petikan dalam Shahrul
Arbai’ah Othman, 2006), skema pemarkahan analitik bertujuan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan kaedah “IMPROVE” dalam menyelesaikan masalah kemahiran
berfikir aras tinggi murid-murid melalui peratusan (%).

Jadual 5

Skor Pemarkahan Analitik

Gred Peratusan Markah (%) Tahap Keberkesanan


A 80-100 Cemerlang
B 60-79 Sederhana
C 40-59 Tidak Memuskan
D 0-39 Gagal

Markah-markah peratusan ujian pra dan pasca juga akan diwakilkan dalam bentuk graf bar
untuk melihat perbezaan markah bagi setiap individu dan keseluruhan secara jelas. Dengan
menggunakan graf bar, saya dapat memastikan sama ada murid Tahun 4 mempunyai
peningkatan prestasi dalam menyelesaikan masalah harian KBAT. Seterusnya, saya akan
mencari min bagi melihat sejauh mana peningkatan pencapaian murid dalam penyelesaian
masalah harian KBAT secara keseluruhan.

5.3.2 Lembaran Kerja

Lembaran kerja murid telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Saya akan
memberikan markah bagi setiap lembaran yang diedarkan bagi memudahkan saya melihat
peningkatan pencapaian mereka selepas intervensi. Soalan yang saya sediakan
mengandungi soalan-soalan metakognitif. Dengan adanya penerapan soalan-soalan
metakognitif dalam soalan masalah harian KBAT, murid dapat menggunakan soalan-soalan
tersebut sebagai penduan untuk bertanya diri semasa menyelesaikan masalah harian. Saya
akan memberi perhatian kepada maklum balas soalan metakognitif murid dan

26
membandingkan maklum balas metakognitif oleh murid antara satu sama lain. Aspek
perbandingan dinilai dari segi kebolehan mereka menjawab soalan-soalan metakognitf
dengan alasan yang kukuh dan rasional. Setiap kali selepas menjalankan sesi intervensi
kajian tindakan, saya akan menganalisis perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah
harian KBAT murid dengan melihat hasil kerja murid dan membuat catatan ringkas. Saya
akan membuat perbandingan langkah kerja penyelesaian murid sehingga mereka
memperolehi jawapan akhir pada setiap minggu. Dengan ini, saya dapat melihat
peningkatan prestasi murid dalam menyelesaikan soalan masalah harian yang KBAT.

5.3.3 Soal Selidik

Saya akan menggunakan soal selidik bagi menganalisis respon murid terhadap sesi
intervensi yang dijalankan. Saya telah menentukan lima skala bagi setiap soalan. Saya akan
mengira kekerapan skala bagi setiap aspek yang diberi menggunakan gundalan. Kemudian,
saya akan menukarkan dapatan skala tersebut kepada peratus dengan menggunakan

n
formula ×100 , di mana n adalah bilangan sampel yang memilih sesuatu skala dan N
N
merujuk kepada jumlah sampel soal selidik. Selepas mengira bilangan dan peratusan, saya
akan membandingkan keputusan soal selidik dalam jadual. Hal ini dapat membantu saya
untuk menilai persetujuan murid bagi setiap item yang diberi pada soal selidik.

5.3.4 Nota Lapangan

Bagi menganalisis nota lapangan pemerhatian, saya akan merakamkan video.


Selanjutnya, saya akan menceritakan semula rakaman video tersebut. Kemudian, saya akan
menuliskan idea-idea yang timbul dari semasa ke semasa selepas membaca catatan
pemerhatian dengan teliti. Saya juga akan menuliskan perkara-perkara yang tersirat pada
ruangan margin kiri dan kanan supaya dapat memudahkan saya untuk mengkelompokkan
perkara yang penting kepada topik atau tema besar. Kaedah ini akan memudahkan saya
untuk menganalisis. Tema ini mewakilkan respon murid Tahun 4 terhadap penggunaan
kaedah “IMPROVE” semasa menyelesaikan masalah harian KBAT.

5.4 Perancangan Cara Menyemak Data

27
Penyemakan data merupakan sebahagian daripada penyelidikan tindakan yang
sangat penting bagi meningkatkan kesahan data yang dikumpul serta menggambarkan
situasi yang dikaji. Isu kebolehpercayaan dan kesahan dapat ditangani dengan
menggunakan kaedah triangulasi bagi menyemak data yang dikumpul. Triangulasi adalah
pendekatan menjalankan satu penyelidikan dengan menggunakan gabungan lebih daripada
satu alat kajian. Triangulasi digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan
penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif. Triangulasi mendapatkan data daripada
punca yang berbeza. Saya telah menggunakan jenis triangulasi yang membandingkan
pelbagai cara menganalisis data. Ini bermakna saya telah menggunakan pelbagai alat kajian
untuk mendapatkan data yang berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama.
Sebagai contohnya, saya telah menggunakan ujian pra dan pasca serta lembaran kerja
murid bagi mengumpul data soalan kajian pertam, manakala bagi soalan kajian kedua pula
saya telah menggunakan soal selidik dan nota lapangan. Dengan ini, saya dapat membuat
pertandingan kedua-dua kaedah yang digunakan serta memastikan data yang dikumpul
adalah tepat dan betul. Triangulasi juga adalah gabungan data yang diperoleh secara
kuantitatif dan kualitatif. Sebagai contohnya, bagi soalan kajian kedua, data kuantitatif
diperoleh melalui penggunaan soal selidik ke atas sampel manakala data kualitatif diperoleh
daripada pemerhatian. Melalui triangulasi, kaedah saya dapat memberi gambaran
kelemahan kaedah pengumpulan data di mana kaedah tersebut boleh digantikan oleh
kekuatan kaedah pengumpulan data yang lain. Misalnya, bagi soalan kajian pertama, saya
akan membandingkan dapatan yang diperolehi melalui ujian pra dan pasca dengan data
yang diperolehi daripada lembaran kerja murid untuk mengesan pola kesalahan murid.

28
5.5 Jadual Pelaksanaan

Aktiviti Masa
2017 2018
Jan Feb Mac Jul Ogos Sept Jan Feb Mac April Mei
1 2 3 4
Mengumpul,
membaca, dan
menganalisis
jurnal kajian, buku
ilmiah, laporan
dan tesis kajian
lalu
Mengenal pasti
isu, fokus dan
tindakan
Membuat
perancangan
Menulis kertas
cadangan
Mengenal pasti
masalah
Membuat
perancangan
Membaiki kertas
cadangan
Mengumpul data
awal
Pemilihan peserta
kajian
Memurnikan
laporan kajian
Melaksanakan
tindakan
Refleksi dan
cadangan

29
tindakan susulan
Mengutip data
Menganalisis data
Membuat refleksi
dan penilaian
Penulisan
Laporan Kajian
Pembentangan
Kajian Tindakan
Pemurniaan
Laporan Kajian
Penjilidan
Laporan Kajian
RAJAH 2: Carta Gantt

5.6 Anggaran Perbelanjaan

Jadual 6

Anggaran Perbelanjaan

Item Harga Seunit Bilangan / Unit Harga


Kertas A4 RM 11 2 RM 22
Printer Ink RM 28 4 RM 112
Jumlah Perbelanjaan: RM 134

30

Anda mungkin juga menyukai