Anda di halaman 1dari 8

Pengarang

Nama Goh Ling Kiang


Niew Yi Tong
Daerah Sekolah Kedah
Nama Sekolah SJK(C) Sin Min
Bandar dan Negeri Sungai Petani, Kedah
Pandangan Keseluruhan Rancangan Unit
Tajuk Rancangan Unit
1000 feet 1000 years
Ringkasan Rancangan Unit
Sempena “Karnival Sains Sekolah”, ahli-ahli Kelab Astronomi ingin mendedahkan mesej “Sayangi bumi kita,
kurangkan penghasilan CFC” kepada para warga sekolah. Maka mereka diberi satu persoalan “Mengapakah
jarak antara bumi dengan matahari ialah 400 kali ganda jarak antara bumi dengan bulan?”. Mereka
dikehendaki menghasilkan satu model untuk membuktikan bahawa jarak antara bumi dan matahari yang sedia
ada adalah yang paling sesuai untuk ditinggal oleh makhluk bumi.

Melalui hasil kajian, murid sedar bahawa jarak antara bumi dan bulan adalah lebih dekat berbanding dengan
jarak antara bumi dan matahari. Maka mereka diberi tugasan kedua untuk memikirkan cara untuk sampai ke
bulan. Cara tersebut dipersembahkan dalam bentuk rakaman video.

Model dan video tersebut akan dibentangkan dalam pameran “Karnival Sains Sekolah”. Ahli-ahli Kelab
Astronomi akan membentangkan hasil dapatan mereka kepada para warga sekolah. Kesemua produk
persembahan akan dinilai (berkumpulan dan individu) oleh pelbagai pihak seperti guru, rakan sebaya dan ibu
bapa.

PETUNJUK
Set of
Goal Role Audience task and Product Evaluate
solution

Bidang Subjek
☒ Bahasa Melayu □ Matematik □ Pendidikan Islam □ Pendidikan Muzik Lain-
□ Bahasa Inggeris ☒ Sains □ Pendidikan Moral ☒ Pendidikan Seni Visual lain□
□ Bahasa Cina □ Kajian Tempatan □ Pendidikan Jasmani ☒ Kemahiran Hidup
□ Bahasa Tamil □ Pendidikan Sivik □ Pendidikan Kesihatan
□ Geografi
Tahun / Tingkatan
Dunia Sains dan Teknologi Tahun 4
Masa Yang Diperuntukan
4 minggu (4 jam interaksi)
Asas Unit
Standard Kandungan dan Penanda Aras
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dunia Sains dan Teknologi Sekolah Rendah

Matlamat
Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti
murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

Organisasi Kandungan
Standard Kurikulum Sains Tahun 1 hingga ke Tahun 6 disusun mengikut enam bidang pembelajaran iaitu
Pengenalan kepada Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains Angkasa serta Teknologi
dan Kehidupan Lestari. Sungguhpun begitu, setiap tahun pembelajaran tidak semestinya merangkumi
keenam-enam bidang pembelajaran tersebut.

Bidang Pembelajaran Pengenalan kepada Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains
Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari diperincikan melalui Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan
berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain
kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi
unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan
Standard Pembelajaran yang dihasratkan.

Standard Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang
boleh diukur. Standard Pembelajaran merangkumi skop pembelajaran dan kemahiran saintifik serta
kemahiran berfikir yang menuntut murid melakukan sains bagi membolehkan mereka menguasai konsep
sains yang di hasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke
kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan
keperluan pembelajaran. Standard Kandungan bagi domain afektif ditulis di akhir Standard Kandungan
domain kognitif yang berkaitan, tetapi tidak semua Standard Kandungan domain kognitif diikuti dengan
domain afektif.
Objektif Pelajar / Hasil Pembelajaran
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 4

BIDANG 1:
Kemahiran Saintifik
Aktiviti Simulasi
 Mencari gambar dan maklumat daripada Internet, surat khabar, majalah dan sumber-sumber lain
 Mempersembahkan dalam bentuk powerpoint
 Membuat simulasi putaran dan peredaran bumi dan bulan

Standard Pembelajaran
1.1 KEMAHIRAN PROSES SAINS
1.1.1 Memerhati
1.1.6 Berkomunikasi

BIDANG 6:
Pengukuran
Aktiviti Pengukuran
 Mengukur saiz bebola yang dibuat dengan bahan terbuang
 Mengukur jarak antara 3 bebola

Standard Pembelajaran
6.1 UKURAN PANJANG
6.1.3 Menyatakan panjang boleh diukur dengan menggunakan alat piawai seperti pembaris dan pita pengukur
dengan menjalankan aktiviti.
6.1.4 Menyatakan unit piawai ukuran panjang dalam sistem metrik iaitu millimeter (mm), sentimeter (cm),
meter (m) atau kilometer (km)
6.1.5 Mengukur panjang dengan menggunakan alat dan unit piawai yang sesuai dengan kaedah yang betul

BIDANG 9:
Sistem Suria
Aktiviti Model
 Menggunakan bahan terbuang untuk membuat 3 bebola yang berlainan saiz
 Menyusun kedudukan bebola mengikut nisbah jarak yang betul
Standard Pembelajaran
9.2 SAIZ DAN JARAK RELATIF ANTARA BUMI, BULAN DAN MATAHARI
9.2.1 Mengganggar saiz relatif Bumi berbanding dengan Matahari.
9.2.2 Mengganggar saiz relatif Bulan berbanding dengan Matahari
9.2.3 Mengganggar saiz relatif Bulan berbanding dengan Bumi
9.2.4 Mengganggar jarak relatif Bumi ke Matahari berbanding jarak Bumi ke Bulan.
9.2.5 Meramalkan keadaan di Bumi jika jaraknya lebih dekat dengan Matahari.
9.2.6 Meramalkan keadaan di Bumi jika jaraknya lebih jauh dengan Matahari.
9.2.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

BIDANG 10:
Teknologi
Aktiviti Video
 Menghasilkan video tentang cara manusia sampai ke bulan dengan bantuan teknologi

Standard Pembelajaran
10.1 Kepentingan teknologi dalam kehidupan
10.1.1 Mengenal pasti aktiviti yang mampu dilakukan dan tidak mampu dilakukan oleh otak, deria dan anggota
badan dengan menjalankan aktiviti.
10.1.2 Mengitlak manusia mempunyai had keupayaan dalam melakukan aktiviti.
10.1.3 Menjelaskan melalui contoh alat yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia melalui
pemerhatian menerusi pelbagai media.
10.1.4 Menyatakan teknologi merupakan salah satu aplikasi pengetahuan sains untuk mengatasi had
keupayaan manusia.
10.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Soalan Berasaskan Kurikulum


Apakah yang terdapat di Sistem Suria?
Apakah planet yang terdapat di angkasa?
Soalan Utama (EQ)
Bagaimanakah manusia boleh sampai ke bulan?

Adakah jarak antara bumi dengan matahari yang sedia ada sesuai untuk
Soalan Unit (UQ) ditinggal makhluk bumi?

Soalan Kandungan (CQ) Berapakah nisbah jarak antara bumi dengan matahari dan jarak antara bumi
dengan bulan?
Bagaimanakah saiz bumi, bulan dan matahari berbeza?

Rancangan Pentaksiran
Garis masa Pentaksiran
Minggu 1 Minggu 2
Penilaian Instrumen Penilaian Instrumen
Sebelum hasil model Sewaktu hasil model
Lembaran kerja Edaran Soalan Model Senarai semak yang
digunakan oleh rakan-rakan
PowerPoint Rubrik tentang persembahan dan komen oleh rakan-rakan
PowerPoint

Simulasi Senarai semak

Minggu 3 Minggu 4
Penilaian Instrumen Penilaian Instrumen
Sewaktu hasil video Model & Video Voting dan komen diberikan
Video Rubrik dalam bahan oleh pengunjung
persembahan video

Ringkasan Pentaksiran
Terdapat 2 tugasan yang diberikan iaitu penghasilan model dan persembahan video yang menunjukkan jarak
antara Bulan, Bumi dan Matahari serta cadangan cara untuk sampai ke Bulan. Tugasan yang diberikan terdiri
daripada gabungan hasil tugasan di dalam dan luar bilik darjah termasuk pameran “Karnival Sains Sekolah”.
Keseluruhan penilaian adalah gabungan daripada penilaian rakan sebaya, guru dan pihak pengunjung.
Perincian Unit
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada
Pengetahuan Am
1. Murid tahu bahawa bumi, bulan dan matahari berbentuk bulat.
2. Murid pernah belajar bahawa matahari mengeluarkan haba.
3. Murid pernah belajar menghasilkan model dan video.

Teknologi
1. Menyampaikan maklumat menggunakan PowerPoint.
2. Menghasilkan video tentang cara manusia sampai ke bulan.
Prosedur Pengajaran
Minggu 1 (Jam Pertama) RPH 1
Set induksi unit
Guru bercerita tentang kemunculan planet-planet di dalam Sistem Suria berbantukan video. Sesi soal jawab
dijalankan bersama dengan murid. Lembaran kerja diberikan untuk menjawab soalan utama dan soalan unit.

Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan seperti berikut: Murid-murid
diminta mencari gambar dan maklumat daripada Internet, surat khabar, majalah dan lain-lain tentang
a) Kumpulan 1: matahari
b) Kumpulan 2: bumi
c) Kumpulan 3: bulan
Setiap kumpulan menerangkan maklumat yang dikumpul dengan menggunakan PowerPoint. Guru
menerangkan bahawa ketiga-tiga matahari, bumi dan bulan boleh didapati dalam Sistem Suria. Aktiviti
simulasi dijalankan dengan meminta 3 murid memain peranan sebagai matahari, bumi dan bulan. Mereka
berdiri dengan adanya jarak di antara mereka. Jarak antara bumi dan matahari lebih jauh daripada jarak
antara bumi dan bulan. Guru akan membuat refleksi penilaian hasil kerja murid ke dalam Edmodo
menggunakan rubrik dan senarai semak yang disediakan.

Soalan Utama
Apakah yang terdapat di Sistem Suria?
Apakah planet yang terdapat di angkasa?

Soalan Kandungan
Berapakah nisbah jarak antara bumi dengan matahari dan jarak antara bumi dengan bulan?

Minggu 2 (Jam Kedua) RPH 2


Guru meminta murid berbincang cara membuat model untuk membuktikan jarak antara bumi dan matahari
yang sedia ada adalah yang paling sesuai untuk ditinggal oleh makhluk bumi. Selepas perbincangan, murid
diberi tugasan kedua untuk memikirkan cara untuk sampai ke bulan. Cara tersebut dipersembahkan dalam
bentuk rakaman video.

Soalan Utama
Bagaimanakah manusia boleh sampai ke bulan?

Soalan Unit
Adakah jarak antara bumi dengan matahari yang sedia ada sesuai untuk ditinggal makhluk bumi?
Soalan Kandungan
Apakah keadaan di bumi jika jaraknya lebih dekat dengan matahari?
Apakah keadaan di bumi jika jaraknya lebih jauh dengan matahari?
Bagaimanakah saiz bumi, bulan dan matahari berbeza?

Minggu 3 (Jam Ketiga) RPH 3


Murid meneruskan penghasilan model dan video.

Guru akan menghulurkan bantuan dan mengajar murid cara menghasilkan video. Apabila video selesai
dirakam dan dihasilkan, guru akan membuat refleksi penilaian hasil kerja murid ke dalam Edmodo
menggunakan rubrik yang disediakan.

Minggu 4 (Jam Keempat): Karnival Sains Sekolah


Murid akan mengadakan Karnival Sains Sekolah di dewan sekolah. Hasilan model akan dipamerkan pada
sudut yang disediakan di dalam dewan. Persembahan video juga turut ditayangkan. Penerangan perlu diberi
oleh murid kepada para warga sekolah dan ibu bapa yang berkunjung ke karnival tersebut. Murid akan
mendedahkan mesej “Sayangi bumi kita, kurangkan penghasilan CFC” kepada para pengunjung.

Bahan dan Resos Yang Diperlukan


Teknologi – Peralatan

□kamera □cakera padat □VCR


☒komputer □pencetak ☒alat perakam video
☒kamera digital ☒sistem projektor □alat konferensi video

☒DVD □pengimbas □lain-lain


□televisyen
☒sambungan Internet
Teknologi – Perisian

□pangkalan data □Pemproses Imej ☒pembinaan laman web


□penerbitan desktop ☒pelayar Internet □pemproses kata
□e-mel □multimedia □lain-lain
□ensiklopedia dalam CD
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahan Bercetak Surat makluman kepada ibu bapa
Jadual kerja
Bahan Yang Disediakan Sokongan murid
Buku teks
Persembahan elektronik
Kriteria Tugasan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran: Sains Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Sumber Internet Mok, S.S. (2011). Pedagogi untuk pengajaran-pembelajaran. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sufean Husin et.al (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan.
Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sumber Lain Alat tulis dan kemudahan elektronik yang diperlukan bagi setiap tugasan.