Anda di halaman 1dari 4

Kompetensi Kendiri

Kompetensi kendiri bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat


menguruskan dirinya sendiri:

i. Kesedaran Kendiri

Kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu


perasaan dan dapat memberikannya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk
kepada kesedaran hubungan antara buah fikiran, perasaan dan tindakan. Individu
sedar berkenaan pemikiran jenis apa yang merangsang perasaannya. Tambahan lagi
kesedaran adalah perasaan yang akan terbit akibat daripada satu-satu tindakan itu.
Paling penting, kita menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana
emosi itu dapat membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Kesedaran
kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri. Guru pemulihan yang
bersikap prihatin akan perasan emosi seseorang murid pemulihan, kerana biasanya
emosi murid pemulihan akan terpancar daripada wajahnya seperti:

ii. Pengurusan Kendiri

Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai
diri. Kemampuan kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan
menguasai kita. Emosi datang tanpa diundang kerana bila-bila sahaja emosi boleh
muncul tanpa direncana. Namun apa yang boleh dilakukan ialah dengan menentukan
emosi yang menguasai kita itu hanya sementara sahaja. Kita boleh menentukan
berapa lama emosi itu akan menguasai diri kita. Emosi marah akan menjadi aktif dan
bertindak dengan cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi
seperti apabila ego kita dicabar,keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau
hak kita dirampas ataupun dinafikan. Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan
segera maka ia akan membawa mudarat. Maka beberapa kemahiran boleh
dipraktikkan, seperti memikir kembali rangsangan emosi tadi, mencabar fikiran yang
mencetuskan emosi marah itu dan mengalih tumpuan masalah. Seseorang yang
mampu mengurus emosinya boleh dikira mempunyai sebahagian kecerdasan emosi.
Guru pemulihan boleh membantu murid pemulihan menguruskan emosi yang
menguasai diri seperti tidak cepat putus asa jika masih tidak dapat menguasai
kemahiran 3M.

ii. Motivasi kendiri

Motivasi adalah satu dorongan yang menyebabkan seseorang bertindak atas


kehendak mereka sendiri. Setiap individu bertanggungjawab memotivasikan diri
mereka sendiri, orang lain hanyalah sebagai perangsang.
Guru pemulihan boleh mendorong murid pemulihan untuk menghargai hasil kerja
mereka sendiri, dokumenkan secara sistematik semua hasil kerja murid dan minta
murid pemulihan melihat sendiri hasil kerja mereka dari semasa ke semasa untuk
membuat perbandingan peningkatan prestasi.

2. Kompetensi Sosial
i. Kesedaran Sosial
Kesedaran sosial bermaksud seseorang individu itu sedar mengenai perasaan,
kemahuan dan perihal orang lain.

Melibatkan keupayaan yang dimiliki oleh murid pemulihan:

1. Rasa empati
Dapat merasai dan memahami perasaan emosi yang ditanggung oleh orang lain, rasa
empati yang dimiliki akan menjadikan murid pemulihan bersikap lebih prihatin dan
tidak menimbulkan masalah kepada keluarga dan pihak sekolah dari segi disiplin

2. Membangun individu
Jika murid pemulihan telah dapat menguasai kemahiran 3M, mereka sudi untuk
berkongsi bersama rakan-rakan dalam program pemulihan, gaya belajar mereka
supaya rakan mereka turut sama dapat menguasai kemahiran 3M

3. Kesedaran organisasi
Memahami peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, akur jadual waktu
yang telah ditetapkan, murid pemulihan sendiri akan ke bilik khas pemulihan pada
waktu mata pelajaran bahasa Melayu dan matematik

4. Berorientasikan perkhidmatan

Guru pemulihan sedaya upaya menyedarkan murid pemulihan peranan guru untuk
membimbing murid pemulihan sehingga dapat menguasai kemahiran 3M, peranan
guru perlukan kerjasama murid & ibu bapa murid pemulihan

5. Melayani kepelbagaian
Selain perlu menguasai kemahiran 3M, kepelbagaian kebolehan murid juga diambil
kira untuk peningkatan perkembangan pembelajaran murid ,guru boleh membuat
penilaian kebolehan pelbagai murid berdasarkan pemerhatian ketika aktiviti p&p
dilaksanakan dalam kelas
ii. Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial bermaksud seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya
dalam sesuatu situasi dan menginginkan tindak balas daripada orang lain.

Melibatkan keupayaan yang dimiliki oleh murid pemulihan:

1. Kepimpinan berinspirasi
2. Komunikasi
3. Pengaruh
4. Pemangkin perubahan

3. Pembentukan Sikap

Faktor Membina Sikap Positif Murid

i. Pengalaman manis kerana mendapat kejayaan.

Guru memberikan token yang dapat meningkatkan lagi semangat murid untuk terus
berusaha, memberikan pujian kepada murid pemulihan di kelas aliran biasa supaya
murid pemulihan berasa diri mereka juga dihargai di hadapan rakan-rakan satu kelas.
Menjemput ibu bapa ke sekolah untuk berkongsi kejayaan murid dapat menguasai
kemahiran 3M.

ii. Sentiasa mendapat dorongan dan pujian daripada keluarga, guru dan rakan
sebaya.

Faktor dorongan dan pujian tidak boleh diabaikan, murid pemulihan yang sentiasa
mendapat kata-kata semangat dan diberi pujian ketika mereka dapat menyudahkan
tugasan yang diberi dengan kemas, berdisiplin dan dapat bergaul dengan rakan-rakan
secara baik, akan mengekalkan sikap positif tersebut.

iii. Pencapaian akademik yang memberangsangkan.

Membawa murid-murid pemulihan menyertai kem pembelajaran, supaya mereka


bergaul dengan murid-murid lain dengan cara ini dapat mendorong keinginan murid
pemulihan untuk mencapai akademik yang memberangsangkan.

iv. Keadaan sosioekonomi keluarga yang membuatkan murid berasa selesa dan
senang dengan kehidupannya.

Menyakinkan murid keluarga sangat penting, murid pemulihan perlu menerima


seadanya kehidupan bersama keluarga, tidak bersikap terlalu meminta-minta,
bersikap berjimat-cermat dan bangga mempunyai keluarga yang dapat memberikan
perlindungan kepada mereka.

v. Matlamat yang ditetapkan sesuai dengan tahap murid, membolehkan murid


mencapai matlamat yang diharapkan.

Matlamat yang hendak di capai sesuai dengan keupayaan murid. Menyediakan


pelbagai bentuk bahan yang dapat merangsang murid untuk dapat menguasai
kemahiran 3M seperti bahan bantu maujud, bahan-bahan berasaskan teknologi
maklumat, yang boleh memberikan kepelbagaian bahan dan aktiviti pembelajaran
kepada murid .

Guru sentiasa memberikan pujian dan dorongan kepada murid pemulihan

Bimbingan Berterusan daripada Guru

i. Guru mengelolakan aktiviti yang bersesuaian dengan minat murid bagi membentuk
sikap kendiri positif. Mengadakan bengkel pembelajaran secara aktif, guru
menggunakan pelbagai aktiviti dan bahan yang berunsurkan inovasi dan kreatif yang
dapat mengekalkan minat murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas pemulihan.

ii. Menekankan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan moral dan


agama. Menghasilkan murid yang berdisiplin dan bersahsiah, menghormati ibubapa,
guru, rakan-rakan dan masyarakat.

iii. Menggalakkan murid menyertai kem bina semangat bagi meningkatkan daya
ketahanan diri murid. Membina diri murid yang tabah dengan pelbagai dugaan dalam
mencapai matlamat untuk menguasai kemahiran 3M. Membina sahsiah diri murid
yang kuat keazaman diri untuk berjaya.

iv. Mengadakan kem motivasi bagi murid yang mempunyai keyakinan diri yang
rendah. Menjadikan murid pemulihan lebih berkeyakinan bercakap di khalayak ramai,
berani tampil untuk menyuarakan pendapat dalam kelas, tidak ragu-ragu pada
kebolehan diri sendiri dan boleh hidup dalam masyarakat secara berdikari.

v. Gunakan ganjaran dan pujian untuk menunjukkan perhargaan terhadap hasil yang
dilakukan oleh murid. Ekonomi token boleh digunakan oleh guru untuk menaikkan
semangant murid mencapai kemahiran 3M dan dapat menggalakkan murid sentiasa
menghadiri kelas pemulihan, murid juga akan berasa diri dihargai oleh guru dan
rakan-rakan di sekolah. Hubungan guru dan murid menjadi mesra dan ini
memudahkan guru menyampaikan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai