Anda di halaman 1dari 2

Ulasan Kritis

Artikel “Membaca Perwatakan Stamford Raffles Menggunakan Pensejarahan Baru :


Analisis Dua Teks ialah artikel yang meletakkan dua pandangan yang berbeza terhadap
sikap sebenar Stamford Raffles. Artikel ini membahasakan nukilah Abdullah Munsyi dalam
Hikayat Abdullah dan nukilan Isa Kamari. Stamford Raffles memanfaatkan dua pokok
pensejarah baru, iaitu idea penglibatan kuasa dalam pembentukan wacana yang
menjadikan sesuatu tulisan itu tidak sifatnya dan juga idea rundingan yang berlaku antara
penulis dan bahan tulisannya dalam proses menghasilkan karya. Perwatakan Stamford
Raffles dalam Hikayat Abdullah lebih bersifat positif dengan penonjolan diri, kepintaran,
disiplin, kegigihan dan keberanian tokoh terbsebut. Hal ini berakar punca daripada
hubungan baik antara Abdullah Munsyi dengan Stamford Raffles yang merupakan
majikannya yang megagumi Abdullah Munsyi menulis hikayatnya pada tahun 1849.
Abdullah Munsyi bertugas sebagai jurutulis Stamford Raffles di Singapura. Hal ini bermakna
penulis mengenal tokoh yang diperkatakan itu secara dekat. Boleh disimpulkan bahawa
rakaman Abdullah Munsyi ialah genre yang dikenali sebagai autobiografi tentang rakaman
benar peristiwa yang berlaku.

Seterusnya, sebagai tokoh sejarah yang terlibat secara langsung dalam sejarah
Singapura, Stamford Raffles dikenal sebagai seorang yang mengenang jasa dan tahu
membalas budi. Keakraban Abdullah Munsyi dengan Stamford Raffles yang dilihat
bersedia untuk berkongsi ilmu dengan Abdullah Munsyi. Stamford Raffles menyediakan
surat sokongan untuk Abdullah Munsyi sebelum beliau pulang ke Eropah. Stamford Raffles
menulis surat untuk Abdullah Munsyi tunjukkan kepada orang-orang Inggeris yang datang
dan mudah mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, Abdullah Munsyi juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap
Stamford Raffles. Hal ini demikian kerana, Abdullah Munsyi secara sukarelawan ingin
memenuhi permintaan Stamford Raffles yang hendak mengetahui akan asal-usulnya serta
bangsa Melayu secara umum. Tidak lupa juga, persahabatan antara Abdullah Munsyi dan
Stamford Raffles turut disertakan dalam hikayat ini. Justeru, kita dapat menduga dari awal
lagi bahawa Abdullah Munsyi menganggap Stamford Raffles sebagai tokoh yang bersifat
positif.

1
Stamford Raffles bertindak sebagai seorang yang berani bersuara walaupun
berhadapan dengan seorang sultan. Stamford Raffles berani menggubal hal yang akan
dilaksanakan di Singapura. Hal ini mendapat sambutan yang baik oleh rakyat-rakyat
Singapura. Lebih-lebih lagi, Stamford Raffles menyuarakan niatnya kepada Sultan Hussein
dan Temenggung untuk membina sekolah untuk rakyat-rakyat Singapura. Stamford Raffles
juga memberi pendapatnya tanpa berselindung bahawa wang yang diterima oleh Sultan
Hussein dilaburkan kepada perniagaan agar baginda mendapat keuntungan yang lebih.

Terdapat juga perwatakan mulia yang kita boleh dicontohi dalam kehidupan
seharian. Perwatakan neutral merupakan ciri Stamford Raffles yang disanjung tinggi oleh
sejarawan tempatan. Stamford Raffles tidak hadir dalam pertemuan antara Temenggung
dan Farquhar. Hal ini menyenangkan Farquhar bagi menjalankan pertemuan tersebut
dengan baik kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat. Bukan itu sahaja, campur
tangan Stamford Raffles dalam hal pembinaan Masjid Sultan di Kg. Gelam tidak dapat
dielakkan sebagai pemerintah Singapura, namun beliau telah menghilangkan suara.

Sementelahan itu, Stamford Raffles bertindak sebagai seorang yang berani


bersuara walaupun berhadapan dengan seorang sultan. Stamford Raffles berani
menggubal hal yang dilaksanakan di Singapura. Hal ini mendapat sambutan yang baik oleh
rakyat-rakyat Singapura. Lebih-lebih lagi, Stamford Raffles menyuarakan niatnya kepada
Sultan Hussein dan Temenggung untuk membina sekolah untuk rakyat-rakyat Singapura.
Stamford Raffles juga memberi pendapatnya tanpa berselindung bahawa wang yang
diterima oleh Sultan Hussein dilaburkan kepada perniagaan agar baginda mendapat
keuntungan yang lebih. Boleh disimpulkan bahawa, setiap individu ataupun seorang ketua
perlu mengetahui bahawa mereka harus mempunyai sifat bersuara pandangan ataupun
hujah mengenai sesuatu masalah.

Akhir sekali, keakraban Abdullah Munsyi yang mengenali Stamford Raffles secara
peribadi, di samping kekagumannya terhadap budaya kerja dan sifat kegigihan mencari ilmu
yang diperhatikan oleh Stamford Raffles. Tidak dinafikan juga Stamford Raffles seorang
yang membantu mebangunkan Singapura untuk kebaikan bersama. Justeru, perwatakan
Stamford Raffles yang positif di tangan Abdullah Munsyi itu terhasil daripada
pengalamannya yang memang mempunyai hubungan baik dengan tokoh berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai