Anda di halaman 1dari 33

Penghargaan

Bersyukur kepada Tuhan yang amat mulia, dimana telah merahmati saya bagi
menyempurnakan Kerja Kursus bagi Generik Statistik Asas dengan jayanya terlebih dahulu.
Setinggi-tinggi jutaan terima kasih diucapkan dan menganugerahkan rasa penghargaan
saya kepada pensyarah saya iaitu Encik Badrul Hisham bin Jaafar yang penuh berdedikasi,
kerana beliau telah menghulurkan bantuan dan bimbingan serta nasihat yang amat jitu
terhadap proses pelaksanaan kerja kursus ini. Realitinya, kemungkinan besar, tugasan ini
tidak dapat disempurkan tanpa bantuan didikan beliau.

Di samping itu, saya juga ingin amat menghulurkan rasa penghargaan kepada ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Walau apa keadaan sekali pun sama ada susah senang mereka
sentiasa membantu saya tidak kira masa. Jasa mereka tidak dapat saya lupakan dan akan
tetap saya semat dalam hati. Tidak lupa juga rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan
agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Mereka banyak membantu saya dalam mencari bahan-bahan tugasan ini.

Akhirnya, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan
yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda
semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian,terima kasih.

1.0 Pengenalan

1
Statistik merupakan suatu fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu
aspek. Statistik dikenali juga sebagai perangkaan iaitu satu proses untuk mengumpul,
mengurus, menganalisis, mentafsir dan membentangkan sesuatu data. Dalam teori statistik,
ketidakpastian sesuatu data dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Tujuan statistik
adalah untuk menghasilkan maklumat yang terbaik daripada data dan pada sesetengah
pendapat, statistik tergolong sebagai cabang teori keputusan.

Menurut (Stuart and Ord, 1991), statistik merupakan salah satu elemen dalam
kaedah saintifik yang digunakan untuk menganalisis sesebuah data yang dikumpulkan.
Manakala, menurut M.Iqbal Hasan, statistik adalah bidang ilmu yang mempelajari tentang
selok belok data iaitu dari segi pengumpulan, pengolahan, penganalisaannya, pentafsiran
yang dilakukan terhadap sesuatu data tersebut.

Berdasarkan definisi di atas dapatlah dijelaskan bahawa bidang statistik merupakan


satu bidang ilmu dan sains untuk mengumpul, mengurus, menganalisis, mentafsir dan
membentangkan sesuatu data untuk tujuan mendapatkan maklumat yang berguna dalam
membuat sesuatu keputusan.

Lazimnya, terdapat dua jenis statistik, iaitu statistik perihalan dan statistik
pentakbiran. Statistik perihalan digunakan untuk meringkaskan atau menerangkan
pemerhatian yang telah dibuat manakala statistik pentakbiran pula pulak lebih menjurus
kepada membuat anggaran ataupun ramalan berdasarkan pemerhatian yang dibuat.

Sesebuah data yang dipersembahkan secara visual adalah lebih mudah difahami
daripada data yang dikumpulkan dalam bentuk jadual. Data yang dikumpulkan boleh
diwakilkan dalam bentuk visual seperti carta palang, carta pai, plot garisan, histogram,
poligon kekerapan, ogif, gambar rajah batang dan daun serta plot kotak dan misai.

1.1 Objektif Kajian

2
Laporan kajian ini dilakukan untuk menganalisis dan mempersembahkan pandangan
warga Institut Perguruan (IPG) Ipoh tentang kemudahan dan perkhidmatan. Laporan kajian
ini juga menggalakkan para pelajar untuk meneroka dan mengaplikasi kemahiran untuk
mengumpul, menyusun, mempersembahkan dan menterjemaah data disamping membuat
pengiraan ukuran kecenderungan memusat, serakan dan perihalan data.

1.2 Batasan Kajian


Projek (laporan kajian) hanya membincangkan pengumpulan data, penterjemaahan
data dan cara dapatan kajian dipersembahkan. Selain itu, projek ini juga akan
membincangkan pengiraan ukuran kecenderungan memusat, serakan dan perihalan data.

1.3 Kaedah kajian


Mengikut (Mohd. Najib, 2003) kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal selidik
banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk
mendapatkan maklumat. Memandangkan kaedah tinjauan mudah dilaksanakan, jadi
sebanyak 50 orang responden (warga IPG Ipoh) telah terpilih sebagai populasi kajian.
Kajian ini juga membantu kita untuk mengaplikasikan teori statistik yang telah dipelajari dan
dapat memenuhi keperluan tugasan kerja kursus subjek GSA 1072, iaitu Statistik Asas.

2.0 Dapatan Kajian

2.1 Persembahan Data

A. Data Tak Terkumpul


3
Data tak terkumpul merupakan satu set mentah data mentah yang tidak
terkumpul dalam kelas. Nilai cerapan dalam data tak terkumpul muncul secara individu.

Soalan 1 : Peralatan kerusi,meja dan papan putih adalah mencukupi untuk keperluan
pembelajaran.

Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 2 : Peralatan dan keperluan amali mencukupi dan beroperasi sepenuhnya.

4
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 3 : Persekitaraan di dalam bilik kuliah, dewan kuliah, makmal adalah bersih,selesa
dan selamat.

5
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 4 : Koleksi di perpustakaan mencukupi untuk rujukan.

6
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 5 : Layanan di kaunter perpustakaan adalah mesra.

7
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 6 : Proses peminjaman buku dan pemulangan adalah cepat dan tepat.

8
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 7: Tahap kebersihan kafe memuaskan.

C D B C D C D B C A

A C D D C D D C D C

C D D B D A D B C B

D E E D E D C D E D

9
B D C D B E D B C D

Petunjuk :

A Sangat tidak setuju

B Tidak setuju

C Kurang setuju

D Setuju

E Sangat setuju

Soalan 8: Harga makanan di kafe adalah selaras dan dipamerkan.

10
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 9 : Kemudahan tempat letak kenderaan adalah mencukupi.

11
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 10 : Kemudahan Internet adalah memuaskan.

12
Petunjuk :

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Soalan 11 : Masa yang diambil untuk makan di kafe

13
Petunjuk :

5-9 min

10-14 min

15-19 min

20-24 min

25-29 min

B. Data Terkumpul

Soalan 1: Peralatan kerusi,meja dan papan putih adalah mencukupi untuk keperluan
pembelajaran.

14
Berdasarkan carta pai di atas,dapat dilihat peratusan ‘setuju’ mendominasi
keseluruhan dapatan kajian soalan 1 sebanyak 44% iaitu seramai 21 orang responden
memilih jawapan ini. Majoriti respoden bersetuju dengan kemudahan peralatan yang
mencukupi untuk keperluan pembelajaran. Peratusan ‘kurang setuju’ juga menunjukkan nilai
sebanyak 24% iaitu seramai 12 orang responden bersetuju dengan kemudahan peralatan
yang mencukupi untuk pembelajaran. Terdapat 6% mewakili tiga orang responden memilih
jawapan ‘tidak setuju, manakala 14% mewakili tujuh orang responden memilih jawapan
‘sangat setuju’ . Mereka tidak bersetuju dengan kemudahan yang terdapat di kampus IPG
kerana mereka berharapan tinggi terhadap kemudahan peralatan dan 12% daripada
responden pula memilih jawapan ‘sangat tidak setuju’ bagi soalan ini.

Soalan 2 : Peralatan dan keperluan amali mencukupi dan beroperasi sepenuhnya.

15
Berdasarkan graf bar di atas, kekerapan tertinggi yang menyokong soalan peralatan dan
keperluan amali mencukupi dan beropereasi sepenuhnya adalah jawapan ‘setuju’. Seramai
18 orang responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai enam orang
responden memilih jawapan ‘sangat setuju’ dengan pernyataan tersebut. Enam orang
responden memilih jawapan ‘tidak setuju’ manakala empat orang responden memilih
jawapan ‘sangat tidak setuju’. Akhir sekali, seramai 16 orang responden memilih jawapan
‘kurang setuju’. Jika dilihat secara majoritinya, dapat disimpulkan bahawa peralatan dan
keperluan amali mencukupi dan beroperasi sepenuhnya.

Soalan 3: Persekitaran di dalam bilik kuliah, dewan kuliah, makmal adalah bersih,selesa
dan selamat.

16
Graf garis dibina untuk soalan berkenaan persekitaran di dalam bilik kuliah adalah bersih
dan selamat. Berdasarkan graf, seramai 20 orang responden bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Seramai empat orang responden juga sangat bersetuju dengan pernyataan
tersebut . Namun begitu, sebanyak dua orang responden memilih jawapan ‘sangat tidak
bersetuju’ dan 16 orang responden memilih jawapan ‘tidak setuju’ dengan persekitaran di
dalam bilik kuliah,makmal adalah bersih dan selesa. Akhir sekali, tujuh orang responden
tidak setuju dengan pernyataan ini.

Soalan 4 : Koleksi di perpustakaan mencukupi untuk rujukan.

17
Berdasarkan graf bar di atas, majoriti responden memilih jawapan ‘kurang setuju’ iaitu
seramai 17 orang responden memilih jawapan ini manakala 15 orang responden memilih
jawapan ‘setuju’. Mereka bersetuju bahawa koleksi buku di perpustakaan mencukupi untuk
rujukan. Selain itu, responden yang memilih jawapan ‘sangat tidak setuju’ dan ‘tidak setuju’
menunjukkan angka iaitu 2 dan 9. Akhir sekali, sebanyak tujuh orang responden sangat
setuju dengan koleksi buku di perpustakaan mencukupi untuk rujukan.

Soalan 5: Layanan di kaunter perpustakaan adalah mesra.

18
Berdasarkan carta pai di atas,dapat dilihat peratusan ‘Kurang setuju’ mendominasi
keseluruhan dapatan kajian soalan 5 sebanyak 32% iaitu seramai 16 orang responden
memilih jawapan ini. Majoriti responden tidak bersetuju dengan layanan di kaunter
perpustakaan adalah mesra. Peratusan ‘tidak setuju’ juga menunjukkan nilai sebanyak 14%
iaitu seramai tujuh orang responden tidak setuju dengan layanan di kaunter perpustakaan
adalah mesra. Terdapat 16% mewakili lapan orang responden memilih jawapan ‘sangat
setuju, manakala 30% mewakili 15 orang responden memilih jawapan ‘setuju’ dengan
layanan mesra di kaunter. Lapan peratus daripada responden pula memilih jawapan ‘sangat
tidak setuju’ bagi soalan ini.

Soalan 6 : Proses peminjaman buku dan pemulangan adalah cepat dan tepat.

19
Graf garis dibina untuk soalan berkenaan proses peminjaman dan pemulangan buku adalah
cepat. Berdasarkan graf, seramai lapan orang responden sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Seramai 26 orang responden juga bersetuju dengan pernyataan
tersebut . Namun begitu, sebanyak dua orang responden memilih jawapan ‘sangat tidak
bersetuju’ dan lima orang responden memilih jawapan ‘tidak setuju’ bahawa proses
peminjaman dan pemulangan buku adalah cepat. Akhir sekali, sembilan orang responden
kurang setuju dengan pernyataan ini.

Soalan 7: Tahap kebersihan kafe memuaskan.

20
Berdasarkan graf bar di atas, majoriti responden memilih jawapan ‘setuju’ iaitu seramai
21 orang responden memilih jawapan ini manakala lima orang responden memilih jawapan
‘sangat setuju’. Mereka bersetuju bahawa tahap kebersihan kafe memuaskan. Selain itu,
responden yang memilih jawapan ‘sangat tidak setuju’ dan ‘tidak setuju’ masing-masing
menunjukkan jawapan iaitu tiga dan lapan. Mereka mungkin mengharapkan lebih
kebersihan dan kecantikan kafe. Akhir sekali, 13 orang responden tidak pasti dengan
jawapannya.

21
Soalan 8: Harga makanan di kafe adalah selaras dan dipamerkan.

Berdasarkan graf bar di atas, kekerapan tertinggi adalah jawapan ‘setuju’. Seramai 19 orang
responden sangat bersetuju dengan pernyataan harga makanan di kafe selaras dan
dipamerkan. Seramai tujuh orang responden memilih jawapan ‘sangat setuju’ dengan
pernyataan tersebut. Sembilan orang responden memilih jawapan ‘tidak setuju’ manakala
lima orang responden memilih jawapan ‘sangat tidak setuju’. Akhir sekali, seramai 10 orang
responden memilih jawapan ‘kurang setuju’.

22
Soalan 9 : Kemudahan tempat letak kenderaan adalah mencukupi.

Graf garis dibina untuk soalan berkenaan kemudahan tempat letak kenderaan adalah
mencukupi. Berdasarkan graf, seramai enam orang responden sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Seramai 20 orang responden juga bersetuju dengan pernyataan
tersebut . Namun begitu, sebanyak tiga orang responden memilih jawapan ‘sangat tidak
bersetuju’ dan enam orang responden memilih jawapan ‘tidak setuju’ bahawa kemudahan
tempat letak kenderaan adalah mencukupi. Akhir sekali, 15 orang responden kurang setuju
dengan pernyataan ini.

23
Soalan 10 : Kemudahan Internet adalah memuaskan.

Berdasarkan carta pai di atas,dapat dilihat peratusan ‘setuju’ mendominasi keseluruhan


dapatan kajian soalan 1 sebanyak 26% iaitu seramai 13 orang responden memilih jawapan
ini. Majoriti respoden bersetuju dengan kemudahan Internet adalah memuaskan. Peratusan
‘kurang setuju’ juga menunjukkan nilai sebanyak 14% iaitu seramai tujuh orang responden
bersetuju dengan kemudahan Internet adalah memuaskan. Terdapat 22% mewakili 11 orang
responden memilih jawapan ‘tidak setuju, manakala 20% mewakili 10 orang responden
memilih jawapan ‘sangat setuju’ . Mereka tidak bersetuju dengan kemudahan Internet yang
terdapat di kampus IPG kerana mereka berharapan tinggi terhadap kelajuan Internet dan
18% daripada responden pula memilih jawapan ‘sangat tidak setuju’ bagi soalan ini.

24
Soalan 11 : Masa yang diambil untuk makan di kafe.

Masa (min) Gundalan Kekerapan Peratusan (%)

5-9 IIII IIII II 12 24

10-14 IIII IIII IIII IIII 20 40

15-19 IIII IIII 10 20

20-24 IIII 5 10

25-29 III 3 6

Berdasarkan carta pai di atas, dapat dilhat bahawa peratusan masa yang diambil
oleh responden yang paling tinggi ialah 40% yang mewakili harga 10-14 minit, diikuti masa
5-9 minit sebanyak 24%. Seterusnya, dengan peratusan sebanyak 20% yang mewakili masa

25
15-19 minit serta 10% mewakili masa 20-24 minit. Akhir sekali, peratusan yang terendah
ialah 6% yang mewakili masa untuk makan di kafe iaitu 25-29 minit.

3.0 Interpretasi Data

3.1 Pengiraan Min, Mod, Varians, Kuartil Pertama, Kuartil Ketiga, dan Julat
antara Kuartil.

Interpretasi data: Pengiraan min, mod, varians, kuartil pertama, kuartil ketiga dan
julat antara kuartil adalah berdasarkan soalan 11. ( Berapakah masa yang diambil
untuk makan di kafe ?)

Jadual (i) yang menunjukkan masa yang diambil oleh responden dengan bilangan
responden

Masa yang Bilangan Nilai


diambil oleh pelajar, Kekerapan tengah,
50 responden longgokan
untuk
bersarapan
(min)
5-9 12 12 7 84 49 588
10-14 20 32 12 240 144 2880
15-19 10 42 17 170 289 2890
20-24 5 45 22 110 484 2420
25-29 3 50 27 81 729 2187
N= ∑ ∑ =10965
∑ =685
=
50

26
Ogif bagi jadual (i), iaitu bilangan pelajar (kekerapan longgokan) berlawan dengan masa
yang diambil oleh pelajar untuk makan (sempadan atas kelas).

Pengiraan min, mod, varians, kuartil pertama, kuartil ketiga, dan julat antara kuartil
bagi soalan nombor 11.

Min =

=13.7
Min bagi data ini adalah 13.7

Median = L + ( )
27
Median = cerapan ke- ( )

= cerapan ke 25

Median = 9.5 + ( ) 5

= 9.5 + (0.65)5

= 12.75

Median untuk data ini adalah 12.75.

Mod = L + ( )C

= 9.5+ ( )5
= 11.72
Mod bagi data ini adalah 11.72.

Varians, = -( )²

= – (13.7)²

= 32.26
Varians untuk data ini adalah 32.26

28
Sisihan piawai, 𝞂 = – ( )²)

= 5.68
Sisihan piawai data adalah 5.68.

Kuartil pertama = L + ( )

= cerapan ke- ( � 50)

= cerapan ke- 12.5

= 4.5 + ( )

= 5.54
Kuartil kedua = median
= 12.75

Kuartil ketiga = L + ( )c

= cerapan ke- ( � 50)

= cerapan ke- 37.5

= 14.5 + ( )5
= 17.2

29
4.0 Kesimpulan

Tuntasnya, kajian yang dijalankan ini telah dapat mengenalpasti perihal kemudahan
dan perkhidmatan di Institut Prndidikan Guru Kampus Ipoh dalam kalangan guru pelatih.
Dengan bantuan data dan statistik, proses membuat ringkasan, menjelaskan makna
sesuatu skor dan inferen tentang pencapaian keseluruhan kajian yang telah dijalankan.
Statistik merupakan satu bidang yang penting kerana memudahkan dan
mempercepatkan pengurusan data dengan lebih tepat dan berkesan. Statistik sangat
berguna bagi seorang yang berkerjaya seperti guru untuk membuat segala data
pencapaian dan keputusan markah pelajar. Oleh itu, statistik sangat berguna dalam
kehidupan seharian.

30
RUJUKAN
Azizan, N. A. (2013, April 30). Statistik. Retrieved from Blog Noor Afifah Azizan:
http://noorafifahazizan.blogspot.my/2013/04/matematik-statistik.html

Dreck, J. (2002, Januari 18).Statistik. Didapatkan dari Bab 1:


http://studentsrepo.um.edu.my/3071/4/BAB1.pdf

Fadzil, P. (2007). Statistik. In Introduction to Statistik. Selangor.

Ismail, Z. (2009, April 24). Statistik. Didapatkan dari menganalisis dan mempersenbahkan
data: http://ipgkbm.edu.my/ipgkbm/images/Program/PPG/80654042-topik-5-
menganalisis-dan-menterjemah-data-waj3105ppg.pdf

John, M. (1973). Statistik . In Masalah dan Penyelesaian . Johor bahru: Unit Penerbitan
Akademik.

31
Manan, M. A. (2011). Statistik. Topik 6, 1-13.

Shahran, M. (1995). Statistik. Statistik perihalan dan Kebarangkalian. Selangor: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Sin, K. K. (1994). Statistik. Statistik Permulaan . Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sivasubramaniam, P. (2007). Statistik. In Statistik Asas. Selangor: Oxford Fajar.

32
LAMPIRAN

33